Friday, June 30, 2006
Cerita Jun 2006
09 hb - Demam. Lepas zohor tak ke office. Malam badan makin panas. Ke klinik.
10 hb - Masih demam. 4 pm. Panggilan mengejutkan. Baby demam nak tumbuh gigi, aku demam dapat 'Epal' hehehe...
12 hb - Pre-result keluar. Alhamdulillah aku lulus.
16 hb - Keputusan penuh keluar. Pointer kira ok la.
19 hb - Uruskan segala hal berkaitan sekolah. Buat transkrip dan surat pengesahan. Rabu baru siap....alamak....
21 hb - 11 am, keluar office. Ambil transkrip dan surat pengesahan tamat sekolah. Buat salinan, minta Abah sahkan. Kelam-kabut hantar borang kerja hehehe
24 hb - Balik kampung. Dah lama tak balik. Atuk makin kurus. Lawat mak mertua Busu di GH. Atuk perlukan rawatan. Kaki membengkak sedikit. Batu karang mungkin..
25 hb - Magrib. Dapat berita Atuk masuk PSH. 9 pm, ke hospital.
30 hb - Atuk keluar hospital lepas Jumaat. Terus hantar balik kampung seperti mana permintaan dia.
Aku dah mula rasa bosan dengan rutin kerja yang sama. Juga tak ada cabaran baru, tak ada perkembangan baru.
9:00 PM
----------Wednesday, April 26, 2006
Sibuk...
Tiba-tiba rindu nak menulis. lama juga aku tak updet blog ni. Privacy kurang dan penat, ditambahkan dengan kesibukan kerja dan paper akhir aku untuk semester akhir ni. Moga semuanya ok.
April. Bulan yang penuh dengan pelbagai emosi dan kenangan, padat dengan pelbagai rancangan. Bercampur gaul dalam satu bulan. Cukup semua rencah. Huh!! Tak sangka juga aku berjaya lalui semua tu.
Permulaan awal April, membawa emosi berentetan dari peristiwa pertengahan Mac. Aku di'jerit'kan oleh bos aku akibat kesilapan ajk sepatutnya yang bertanggungjawab. Dahla aku cuma diminta membantu. Bila berlaku sedikit kesilapan aku di jeritkan pula. Sudahnya aku jadi jauh hati dengan bos sendiri.
April. tak sangka pula aku terpaksa bekerjasama dengan seorang pegawai yang 'sangat cantik budi bahasa'nya. Moga itu contoh teladan untuk aku agar tidak melayan orang bawahan begitu rupa. Mula-mula memang aku sakit hati, hampir nak menangis dimaki hamun. Marah aku macam aku tak buat kerja, sedangkan aku pentingkan kesempurnaan dalam setiap kerja aku. Tapi nasib baik aku kuatkan hati, zikir dan walllaaaa...menakjubkan hehehe muka aku sekarang cukup innocent dah :p Dan aku umpama manusia tak punya hati dan perasaan kala berdepan dengan perempuan itu!
Aku harapkan aku boleh lulus dengan baik paper akhir aku ni. Dan moga aku dapat cari pekerjaan yang lebih baik selepas ini berbekalkan dengan kelulusan yang aku ada. Moga-moga..
22 hb April. Satu kejutan untuk Mak dan Abah. Sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 26. Pertama kali makan diluar meraikan sesuatu. Memang suprise!! Mak Abah lansung tak menjangka 'makan-makan' itu untuk raikan mereka sebenarnya. Pandai adik-adik aku berlakon. Mak pula excited kununnya anak sulung nak belanja makan...hehehe. Hidangan semua dah licin, bila aku tengok air masing-masing masih berbaki cepat-cepat aku cakap 'lepas ni ada dessert, jangan habiskan air'. Tie n Zek bangun ambil hadiah dan kek yang dah dihantar awal-awal petang tu. Mak Abah gelak-gelak tengok frame yang penuh dengan gambar berdua mereka dari zaman muda sampai sekarang.
April yang penuh kenangan....
Dan tiba-tiba aku rasa bosan untuk lalui itu semua sekali lagi. Berikan aku masa untuk rehat seketika
8:28 PM
----------Tuesday, February 14, 2006
larii...ikhtiar
Terima sms dari Kak S pagi semalam. Lari dari hospital. Lari dari mertua, anak, suami dan adik ipar. Lari dari famili.
Bermalam di rumah bukan melayu bercapur lelaki perempuan, tak sesuai untuk dia. Hari ini aku minta dia ke sini.
Mujur Angah ada di sana. Esok, Angah akan uruskan hal Kak S di sana sebelum di hantar ke sini. Di sini aku pula yang akan main peranan.
Mak Abah sudah maklum akan tindakan Kak S. Uncle D sudah dihubungi untuk dijadikan sebagai orang tengah.
Moga semuanya berjalan lancar nanti...
11:33 PM
----------Sunday, February 05, 2006
Siapa yang call???
Baru sebentar tadi dapat sms dari Tina, dia perlukan sesuatu dari aku tapi sayangnya aku tak dapat tunaikan dengan segera. Bersabarlah ya Tina..=)
Bila saja aku dapat sms dari dia serta merta aku teringatkan 'misscalled' petang semalam. Bila aku bertanyakan Tina, jawapannya bukan dia yang call. Habis tu siapa? Aku sms kawan aku Nini bertanyakan hal yang sama. Bukan dia juga. Mungkin kah Abang???
Rasa menyesal pula silent dan tak pasang vibrator. Tidur. Bangun tidur bila check hp, betul-betul lepas 20 minit aku oggkan segala mode yang berkenaan ada call dari public KL. Dari kawasan yang pernah didiami Abang dulu. Mungkinkah dia???
Lately aku asyik mimpikan Abang. Hari tu aku mimpi dia accident, semalam mimpi Abang sakit...tak berapa ingat mimpi tu. Pagi tadi pun mimpikan Abang lagi...dia agak desprate.Hmm mungkin sebab aku asyik teringatkan dia, juga kerana terlalu rindu aku mimpikan dia. Mungkin juga aku masih mengharapkan akan ada keajaiban antara aku dan dia....
Panggilan itu aku nantikan...
7:07 PM
----------Saturday, February 04, 2006
Result...
Alhamdulillah result exam agak bagus...
Tinggal 1 paper lagi..
Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan
7:21 PM
----------Friday, February 03, 2006
Z & KFC
Tengah hari, balik sekejap kununnye nak mengurut Z yang kepenantan. Z baru mula kerja kat KFC rabu lepas. Muka monyok mengadu penat la itula ini lah... Penyudahnya bila balik, dia dok melalak-lalak. Hmm tu memang tanda dah tahan sangat la tu..alahai Z baru kerja berapa hari. Untuk permulaan dia kene shift petan, masuk pukul 3 balik 12 malam.
Petang lepas balik kerja tengok Z dah ada. Dia berhenti kerja. Alahai...
7:03 PM
----------Tuesday, January 31, 2006
Azam & keinginan tahun baru
- Jadi budak baik
- Umrah
- Jaga solat
- Langsaikan segala hutang :p
- Laptop
- Videocam.
1:38 PM
----------
OBSESSION
CREDITS
host: Blogger & Blogspot
concept: Kimberly
base code: Drogue Designs
pictures: Foto Decadent