Tuesday, September 30, 2003
Mengapa??
Mengapa bila rindu ini bertamu...
Aku tidak bisa menjejaki mu...
Mengapa tika ku ingin mendengar suaramu...
aku terpaksa memainkan kembali bait katamu di kotak fikiranku
Jangan biarkan aku membelai rindu ini sendirian...
Jangan biarkan aku tersenyum sendirian mengingati detik2 bersama mu
kerna aku tak barangkali tak bisa mengahadapi semua ini sendirian lagi.....
where r u Abang!!!!
2:09 PM
----------Sunday, September 28, 2003
Makin Aku Cinta...
Seperti yang dijanjikan semalam[antara aku ngan Ad]... hari ni aku bersemuka dengan Ad kat JJ. Huh!! sepanjang aku dengan dia...hanya berkisarkan siapa kawan 'lelaki aku' yang betul2 rapat dengan aku. Aku lansung tak teringat nak tanya tentang latar belakang dia. Mana aku tak pelik, aku tak ramai kawan lelaki...n yang betul2 rapat pun..hanya si Jay jek. Dia jek arr yang tau real name aku n serba sedikit pasal diri aku. Bila aku tanya Ad..Jay ke lelaki yang dimaksudkan rapat ngan aku, dia kata bukan. Ishh pelik plak aku.
Dan akhirnya...bila nak balik, baru la muncul lelaki yang dikatatan...adik aku sendiri si Sye. Menangis terus aku kat situ [Mekdi], pastu lari p toilet. Aku terasa cam dipermainkan sebab semalam Sye baca semua message dari Ad. Hmm..rupa-rupanyan Sye tak tahu lansung hal ni.
Hmm..sepanjang aku ngan Ad tadi, kepala aku dok pk...best nye kalau kat sebelah aku tu adalah Abang. Keluar ngan Ad, buatkan aku makin rindu n sayang kat Abang. Masa aku nangis2 dalam toilet..aku terasa macam nak call Abang. Tapi entah kenapa aku tak mampu, sebab aku tak mo nanti abang kata aku mengada-ngada.
Arghh!!! aku makin pening dengan situasi aku sekarang ni!!!
Aku kene kawal emosi aku dan perasaan aku supaya aku tak cepat melatah. Aku kene kawal akal fikiran aku supaya aku tak fikirkan yang bukan-bukan!!
Inilah aku...insan yang mudah rasa gelisah n sedih, mudah rasa tersinggung. Aku kene belajar kawal semua tu.
Ya tuhan, bantulah hambamu ini...teguhkan lah hatiku ini, hilangkanlah rasa resah gelisah ku ini. Lindungilah diri ku ini dari mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.
9:30 PM
----------
Lawak of the day
Copy dari my email
Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena buatan org. Aku pun tertimbul idea yang abangnya mati dalam keadaan yang tidak aman. maka dia pun bercerita...
As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampaila ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.
Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba
"Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik
"Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.
Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih.(dalam nada yang bergema gema) Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia...
"Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?"Kata kawanku.
"Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak~"
12:24 AM
----------Saturday, September 27, 2003
Separa masa....geram...pelik
Sepanjang minggu ni aku dok berulang dari sekolah ke rumah. Aku macam malas nak balik rumah sewa dulu, nak bagi Fada masa tuk diri dia n aku pulak kena jadi suri rumah separa masa.Nasib baik musim sekolah kali ni kelas aku banyak pagi, so bleh p sekali ngan Uda.
Semalam keluar makan ngan Kak Yat n Ela, heheh nanti ada Fun Fair la kat area rumah dia tu.. Tak sabar nye nak pergi. Last aku p tempat macam tu...time aku kecik2 dulu, masa duduk kat Sabah.
Petang tadi pukul 5 lebih Mak dan Abah sampai dari Genting, singgah sekejap kat sekolah Jit di Rawang. Minggu depan Abah ke Kelantan plak, meeting. Mak n Man ikut. Ishh kene lagi jadi suri rumah separuh masa.
Geram jadinya bila Man dapat ikut p Kelantan minggu depan. Hari Man habis pekse SSRA, malam tu amik flight ke Kelantan. Huh!! geram sangat. Abah lansung tak tanya aku nak ikot ke tak. Kalau sebelum ni dah beberapa kali aku minta izin nak p holiday ngan kawan2, tak pernah dapat. Abah lebih senang kalau aku ikut dia nanti time dia p outstation. Sekarang ni...buat tak tau pulak. Aku dah malas nak minta izin p holiday memana ngan Abah. Nanti kalau hati aku tergerak nak pergi, aku pergi jek la. Macam aku ke K.L...secara 'haram'.
Tengah hari tadi dapat message dari orang yang aku tak kenal, berlarutan sampai ke malam. Dia tau real name, area rumah aku..n paling worst sekali dia pernah tengok rambut aku. Isshh!!! bila masa plak aku keluar rumah tak pakai tudung ni??? Lelaki ni cuma kenalkan diri as Ad...kenal aku melalui kawan dia, n he said aku kenal kawan dia[him] tu very well. Adess pening kepala aku!!!
Kawan Ad tu....lelaki??? pelik??? Aku tak ramai kawan lelaki, n antara mereka2 tu...hanya 2 orang jek yang tau real name aku. Tak ramai kawan aku yang tau real name aku. Selama ni dorang dok panggil aku ngan nick aku, nick di kalangan kawan n nick chatting aku jek. Kalau chatter pun...3 orang jek yang tau real name aku.
Arh!!! aku makin pening kepala. Kenapa bila aku tak mo layan blues...time2 macam ni la dia orang tu semua nak timbul. Semalam Ha, mula tunjukkan keganjilan...eee sejak dia balik umrah lagi dia dah lain ngan aku. Abang, yang selama ni aku sangka tak mo kat aku...tetiba pagi tadi call aku. Lie, boleh dikatakan sekarang ni rajin plak call aku..everyday. Ni datang pulak lagi sorang si Ad. ishhh!!! ape ni!!!
Hmm..sekarang ni aku tak tau apa status sebenar aku pada Abang. Aku tak tau dia ikhlas ke tidak. Kadang-kadang aku takut apa yang aku sangkakan tak sama ngan apa yang Abang anggapkan. Tapi masa memula approach aku dulu...Abang mmg beria2. Mebe stail dia macam tu kot. Lagi pun dia bz ngan keje jek memanjang, mmg tak cukup tidur...selalu sangat dia call aku pepagi hari. Ishh!! tak paham aku ngan Abang ni. Mebe sebab jarak usia aku ngan dia jauh...hampir 6 thn..so aku tak berapa reti nak cope ngan dia..kot. Tak pe la..mebe takes time..aku ikot jek rentak dia.
11:52 PM
----------
Apa sebenarnya....
Pagi tadi pukul 6.35, ada call-in. Aku macam tak percaya bila tengok nama yang appeare kat hp aku tu...mamai ke aku..mengigau ke aku?? Lama berdering baru aku angkat.
Sah memang Abang. Huh!! Dekat seminggu lebih Abang diam, 17hb hari tu, msg aku pun dia tak reply..Kata2 Abang kat kampung tu...buatkan aku macam dah tak diperlukan lagi, buatkan aku terasa selama ni Abang tak ikhlas dengan aku.
Tapi tadi masa borak...Abang macam biasa plak. Bila aku tanya kenapa cakap macam tu masa kat kampung, Abang kata saja jek. Abang tanya aku, kenapa tak call..tak msg dia pun..senyap jek, aku tak terjawab. Takkan aku nak kata aku ingatkan dia 'tak mo' aku lagi...ish!!! aku naik pening dengan perangai Abang ni.
Hmm Abang rupanya baru balik dari U.K...ikot rombongan PM. P berdua ngan Uncle dia. Hmm sebelum end Abang minta aku call pukul 8 lebih. Sampai skang ni aku try call..dah 3 kali but tak berangkat. Tido agaknya...biarla..Aku pun dah pesan kat dia tadi soh rehat+tido..sbb katanya dia tak tdo masa lam flight td, tp degil gak nak p opis.
Abang, Abang dah buat Yan pening kepala ngan perangai Abang ni. Kadang-kadang Yan terasa macam Abang tak perlukan Yan,Abang cuma nak permainkan Yan. Apa sebenarnya Bang??? Abang betul-betul ikhlas ke ngan Yan ni??
8:52 AM
----------Monday, September 22, 2003
Sekolah lagi...nyeh!!!
Hmm...hari ni hari kedua aku ke sekolah. Class 2 jam jek hari ni, 8-10 pg. Habis class la Untie Lisa mai amik aku..p belajar driving lagi...heheh
Semalam tuhan makbulkan doa aku agaknya. Doa agar aku tak terserempak atau jumpa Fada. Syukur. Habis jek class aku semalam pukul 9.30...on the way nak ke rumah sewa...aku ternampak Fada n Nik, jalan beriringan kat selekoh satu lagi. Diaorang tak perasan aku. Aku terus ke rumah sewa, tukar cadar...amik mana baju n jeans mana yang patut. Aku tinggalkan notes tuk depa gak...beritahu aku mebe balik rumah sewa pertengahan bulan Oktober nanti.
Singgah Jusco jap, beli barang skit. Lepas tu amik bas turun kat hospital. Tak lama tu dapat call dari Erol, dia ada kat sini...nak jumpa Fada. Dah beberapa kali dia try call Fada, but hp dia off...mebe Fada ada class...aku cuba sedapkan hati Erol. Tengah hari, aku online dari rumah...yahoo id Fada menyala, aku bagi tau Fada yang Erol cari dia...but respon dia mengecewakan aku. Ayat terakhir Fada tu selalu bermain kat kepala otak aku ni...'skang ni so many things to think'. Aku makin bersalah plak rasanya...
Hari ni aku tak tau apa jadi antara Fada n Erol semalam...tak tau Erol dapat jumpa Fada atau tak. Kadang-kadang kesian gak kat Erol tu...ntah laa.
Hari ni aku terfikir...wajar ke tindakan aku tu...tak balik rumah sewa. Aku semacam cuba melarikan diri dari dia, betul ke aku larikan diri dari dia??ntah la aku sendiri pun tak tau...tapi buat masa sekarang ni..aku memang belum bersedia nak jumpa Fada.
Hari ni aku rasa sedey lagi...aku miss Abang. Hari tu aku tersebut nama Abang time borak ngan Kak Yat. Kak marah aku ingat kat Abang. Macam mana aku tak teringat kat Abang, taip kali lepas solat aku doakan Abang...aku nak Abang berubah, jadi baik.Kak...Yan nak Abang jadi baik kak, sedey bila orang yang kita kenal n sayang jadi macam tu. Dia pernah buat Yan happy, bahagia. Walaupun Yan tak tau dia ikhlas atau pun tak...Yan maafkan dia. Dia buat Yan makin kenal diri Yan, buatkan Yan sedar kelemahan Yan
1:40 PM
----------Sunday, September 21, 2003
balik ke idak???
Hmm esok aku ada class pagi. Sepatutnye hari ni aku dah bersiap balik rumah sewa. Tapi entah kenapa aku tak de mood lansung nak pack barang, terasa malas nak balik rumah sewa. Ala tak pe...dekat jek rumah ngan sekolah tu...boleh p sekali ngan Angah nanti. Tapi Angah masuk keje pukul 7...ishh mana aku nak duduk nanti eh sementara tunggu class kol 8 aku tu..???
Mebe sebab aku rasa aku belum bersedia nak jumpa Fada kot lepas naik cuti ni...Cuti kali ni dah tak sama macam cuti-cuti sebelum ni. Kali ni aku ngan Fada lansung tak bersms..lansung tak bermiss call..lansung tak call each other. Terasa sungguh kelainannye. Perkara yang terjadi antara aku n Abang lately...makin buatkan aku rasa serba salah ngan Fada. Buatkan aku terasa tak nak jumpa Fada lansung..hmm bukan tuk selamanya, tapi untuk seketika gak. Mebe gak tuk jangka masa 2..3 minggu ni.
Tapi sampai bila eh aku nak bertahan dari berdepan ngan dia. Dah la dia roomate aku...mujur gak musim sekolah ni tak de yang sama class ngan dia...kira boleh gak aku main hide n seek ngan dia...lari-lari dari dia. Hmm tunggula bila aku dah punya kekuatan tuk aku berdepan ngan dia...baru la aku balik rumah sewa tu.
Sabtu minggu depan...Kak D mai dari Brunei, 4 hb Oktober plak...Kak Rin mai dari Singapore. Sis berdua tu nak jumpa Fada, Kak Yat n aku....Huwaaa aku kene berdepan ngan Fada gak. :-(
Nyeh!! esok Baiya n Brader Ri mula oustation kat Sabah..heheh aku nak kenen patung oang Utan dari depa soang seko..hehek
1:13 PM
----------Saturday, September 20, 2003
Alhamdulillah
Alhamdulillah hari ini aku masih bernafas lagi....esok lusa...n seterusnya...aku harap aku berkesempatan lagi. Bangkit dari kesilapan semalam, bina azam, semangat n pedoman..bekalan tuk aku teruskan hidup aku.
Silap sekali tak bermakna silap selamanya kan?? Tapi yang silap itulah yang orang dok ingat selalu. Bende yang secalit tu la nampak besar sangat...jijik yang amat. Kesilapan aku??? hmm aku akui itu kesilapan paling besar yang pernah aku lakukan. Kesilapan yang paling aku kesali...tapi aku tak boleh nak undur balik...aku tak boleh nak padam balik 'babak' tu dalam sejarah hidup aku. Babak yang secara tak lansung menjadi titik penting dalam hidup aku, mengajar aku erti kesedaran n kawalan, mengajar aku erti persahabatan n kasih sayang...yang mana palsu yang mana ikhlas. Dan aku tewas dalam permainan yang tak aku duga. Dalam diam aku diperkotak-katikkan, dalam kenaifan aku dipergunakan. Hey Yan, buat apa nak salah orang lain, apa yang nak dirungutkan lagi...bende yang dah lepas tu lepas la...hidup mesti diteruskan!!! pek!!! weng!!! ok kita cite lain..
Hari ni mak dah makin sehat...demam mak dah kurang, abah plak sblm zohor tadi dah sampai dar Genting. Err mak demam rindu ke??? ekekek..
Hari ni p belajar driving lagi. Macam biasa satu jam jek, blajar parking..naik bukit n 3 pointer...heheh tetiba Untie Lisa kata 'Ok kita stop sini, esok sambung lagi. U gelak-gelak means U dah sampai limit. Dah 'tensen'. Heheh Untie...aku baru perasan...bila aku dah buat silap... n a bit tensen..aku sure gelak. Kenapa aku gelak eh bila aku buat silap, aku pun tak tau??? Habit aku yang wujud secara tak sengaja...eee semacam aku mentertawakan kebodohan n kesilapan aku sendiri plak..uwaa...i dont ask for it..dia spontan jek mai.Esok belajar lagi..
Tadi borak ngan Sis Yat...n aku makin tau sejarah hidup Abang yang lepas. Heh kenapa aku nak panggil dia Abang lagi eh?? ntah la...aku pun tak tau..Mebe sebab aku respect dia. Aku sedih bila dengar pasal Abang, aku tak tau nak kat apa..kalau itu haluan yang dia ciptakan sendiri, even dah beberapa kali dinasihatkan but masih nak teruskan gak..aku tak tau nak kata apa. Aku pun bukannye kenal Abang sangat. Ape pun aku doakan Abang akan berubah dan diberi kesedaran sebelum terlambat.
Bukan Cinta Biasa
Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa
Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya
Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan
1:12 AM
----------Thursday, September 18, 2003
Kasih Mu
Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Hati yang layu kembalilah mekar
Bila nama Mu kusebut-sebut
Tak terungkap kasihku pada Mu
Dalam suka mahu pun duka
Tiada tandingan cinta Mu di dunia
Unggul kekal selamanya
Dari terbit mentari hingga dasar laut
Sebesarnya alam sezarah kuman
Namun tak tertanding kuasamu kasih
Jatuhku bangunku Kau tetap di sisi
Sungguhnya aku yang berdosa
Sehina-hinaku rendah diri
Biar ku terpalit juta noda
Masih ada ruang keampunan
Dari kerdipan bintang hingga kilau pasir
Agung ciptaan Mu akal tak sampai
Semulia-mulianya segala kejadian
Kerdilnya aku di mata Mu
Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Syukur pada-Nya kerana memberi kesempatan pada aku untuk aku menyedari kesilapan aku...perjalanan hidup aku tak sebaik mana. Tapi aku masih mengharapkan ada ruang tuk aku memperbaiki diri kepada yang lebih baik.. :-)
Hmm...result pekse aku tak berapa baik...adess...dah naik sekolah tak lama lagi rupenye...kene wat azam baru ni!! hmm selalu kata nak wat azam baru...memula start sekolah mmg la berazam...bila nak hujung2..dah tinggal segala azam tu..Ape pun aku harap kali ni tak macam musim2 sekolah yang lepas. Biar sepanjang musim persekolahan kali ni aku sentiasa berazam tinggi!! Wish me can do it hah!!!
Mak tak berapa sehat since Selasa lepas...hope mak cepat sembuh..Amin
2:20 PM
----------Tuesday, September 16, 2003
Happy birthday!!!
Happy birthday to my dearest +++
I never thought I'd fall in love with you.
More, i do not know you well, but what I know
I miss you on your birthday,
Not only for your smile,
But for the piece of me that's gone,
I know that I have lost your trust.
I wish I had that moment back again
You used to make me swear never to leave you;
Now you're gone and will not tell me why.
You left me, but you cannot leave my heart.
I hold you there, with or without your will.
No matter where you go, you will be part
Of me, my dearest man and lover still.
I'll tell you of the pain I feel, and all
The things you've done that hurt and make me bleed.
And then your icy words you will recall,
And comfort me, and give me what I need.
This I can do alone, and yet the real
You lives and lies far beyond my touch.
But since my true intention is to steal
The you I loved, the real you isn't much.
Don't worry--I'll treat you tenderly:
The lovely you, you left behind with me.
thanks for all you do.
------------------------------merepek ke hape ni!!!
* Moga +++ dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki, dan peroleh hidayah dari-Nya. Moga tercapai impian dalam kerjaya +++. Yan sentiasa doakan kejayaan +++
4:39 PM
----------Monday, September 15, 2003
Me...me..me
Brief Name Analysis
Your name of ++++++ gives you the desire to understand and to help others but, at the same time you can become too involved in their problems and, as a result, worry too much. You desire a home and family of your own and have the ability to create understanding and harmony in family association as you are pliable, forgiving, and tactful. You love children and would not hesitate to care for any children who might need you. Whenever possible, you avoid argument and turmoil because you prefer not to face an issue if it means hurting anyone's feelings. You shrink from sordidness and poverty because you feel very deeply for anyone in unfortunate circumstances. Though you recognize your responsibilities, you are inclined to put things off until you are forced to take action. If given the opportunity, you could develop musical and artistic abilities. This name is a fairly healthy influence, although it does not give you as much vitality as many people have. Any tension centres in the fluid functions causing overweight, varicose veins, swelling of the legs and ankles, kidney trouble, bladder trouble, or female problems.
11 hingga 20hb April – Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan
Nombor tarikh lahir 2
Anda tergolong dalam kumpulan manusia yang sentiasa cintakan kedamaian. Jiwa anda lembut dan mudah tersentuh, kerana itulah anda selalu memikirkan masalah orang lain. Anda amat peka terhadap keperluan teman-teman sekeliling. Juka berkemampuan anda mahu membantu semua orang yang dalam kesusahan, sehingga terkadang anda mengabaikan keperluan sendiri. Anda amat analitikal. Apabila bertindak, anda cenderung mengikut gerak hati. Persahabatan adalah elemen paling penting dalam hidup anda. Anda percaya, tanpa kawan-kawan sejati, anda tidak mungkin boleh berjaya. Namun, jika sekali kawan mengkhianati anda, anda tidak mungkin boleh memaafkannya. Keserasian dalam aspek hidup berpasangan juga penting. Jika anda dapati anda dan si dia tidak sepadan dan mempunyai banyak pertentangan kualiti, maka anda memang tidak teragak-agak memutuskan hubungan. Sifat pemalu memang tebal dalam diri anda. Belajarlah untuk menjadi lebih yakin, dan tingkatkanlah self estim anda. Jika ada sesuatu yang tebuku dalam hati, luahkan. Kongsilah masalah bersama-sama.
Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.
April
* sgt aktif dan dinamik
* cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
* sgt menarik dan pandai manjakan diri
* punya daya mental yg sangat kuat
* suka diberi perhatian
* sgt diplomatik (pandai memujuk )berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
* sgt berani dan tiada perasaan takut
* suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
* emosi cepat terusik
* try control the emotion
* kecenderungan bersifat dendam
* agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
* kuat daya ingatan
* gerak hati yg sangat kuat
* pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
* berpenyakit disekitar kepala dan dada
* sgt cemburu dan terlalu cemburu
Hijau
* Subur
* suka kepada kebahagiaan
* tidak suka bergaduh atau bertekak
* patuh pada pegangan agama
* suka berhias
* teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
6:29 PM
----------
ye yeh....u can do it...
Hari ni first day Man amik UPSR. Selamba jek dia...tak risau lansung. Dia dah beberapa hari dok releks, tak kesah lansung nak bukak buku...tak kesah lansung nak study.
Ape pun hope dia boleh buat n buat kejutan tuk aku n parents aku. Hmm mamat ni la yang paling selamba dalam family aku...sumenye dia pandang ringan...sumenye tak memeningkan kepala dia. Senang hati jek dia... Man..Man..
Ela, anak Kak Yat pun amik UPSR gak..wish she can do her best.
Hari ni Mak n Angah hantar Jit balik KKB. Heheh patutnye dah sampai pukul 3 lebeh tadi...ni mase aku tulis entry ni tak balik lagi. Call Angah tadi...rupenye depa merayap ke KL...adess...mak..mak. heheh
Loneliness Knows Me By Name
Loneliness is always looking for a friend
It found me once and it has been around since then
Loneliness is never waiting by the door
It sweeps right through and it will never be ignored
Why, why was I chosen?
Why am I left without?
The love of my life, the love that I need
The love that they say is in life for free
The love of dreams, the love that I want
Loneliness knows me by name
Loneliness knows everything I keep inside
My endless thoughts in the silence of the night
Loneliness is the one who made me see
Ain't nobody else who can make a change but me
Why, why was I chosen?
Why am I left without?
Less is more and that would be the vacant space
The cried out tears and a never ending maze
I have found what only loneliness provides
A strength within knowing I will find
Hmm...sepi...sunyi lagi. Kadang-kadang aku nak bermanja...but aku tak tau dgn siapa aku patut bermanja. Kadang-kadang aku terasa nak bergaduh n merajuk...tapi tak tau dengan siapa gak.
Aku tak pernah berpeluang nak marah, bergaduh n merajuk ngan lover...aku rela simpan dalam hati kalau tak puas hati, suka dok diskas kalau ada yang tak kena...hm tapi tu dulu....sekarang ni im lonely!!!
5:22 PM
----------Saturday, September 13, 2003
hari busan aku...
Hari ni tak banyak kerje berfaedah yang aku buat. Sepatutnye hari ni dah boleh mula belajar driving ngan Untie Lisa but lesen L tak siap plak. So kene tangguh ke hari Selasa mebe, Isnin aku kene jaga Man..dia nak UPSR. Mak ngan Angah pulak hantar Jit balik sekolah dia kat KKB.
Petang tadi pukul 4 lebih Abah balik dari Genting. Esok petang bertolak balik sana plak...kursus abah tu tak abis lagi. Heheh macam2 cerita abah pasal handset ni. Ekekek tu arr selama ni kalau pinjamkan handset mak yang tukang jaga n pakai, abah tak kesah nak amik tau. Dah tulis kan note cemana nak pakai pun...abah still 'fail' lagi pasal penggunaan hp...ekeke kene bukak tuisyen tuk abah ni ekek..
Malam semalam p amik spek kat Tmn +++, lepas tu singgah jap rumah Kak Yat. Aku lupa plak dia ada function malam tu...so aku tinggalkan card tuk Ela, anak dia n stoking yg aku pinjam dulu kat dalam letterbox dia.
Hmm Brader Afi naik pangkat [congrate bader], so kene transfer ke PD. Hmm aku baru jumpa dia sekali. Tu pun time p umah Kak Yat dulu. Kak Yat plan nak celebrate Brader Afi before dia pindah..ntah bila la..nak kene Bader tu free.
Khamis malam ari tu chat ngan Kak Yat n Bader Zizi serentak...three of us..conference kat Ym. Heheh tak sangka upenye Bader Zizi tu design logo sekolah aku . Huwaa aku chat ngan designer logo sekolah aku...hmm banyak artwork dia kat sekolah aku tu, nanti nak p cari arr. Tak sabar rasanya nak tengok art-work dia...tak sabar rasanya nak p studio dia nanti heheh!!
==============================
Tell me to silence my heart
Tell me We've been here before
And I will walk away from you love
For there is a wall between you and I
Tell me this love's just a feeling and will pass away
Tell me you're not what I know you are
How am I supposed to leave you now
I can't believe what I just gave away
Aku rindu kat Abang..nak call Abang, but aku takut respon mengecewakan. Takut masuk voice lagi. Rindu nak dengar suara dia. Heh!! aku ni seorang perempuan yang taasub pada satu cinta eh???<
11:36 PM
----------Friday, September 12, 2003
hmm....
Lepas hantar entry kat blog ni. Aku jenguk ***...diary aku kat sana ada respon plak...dr Baiya n yang paling penting dari Fada.
Aku tak tau macam mana perasaan dia bila baca entry aku kat sane. Hmm entry kat web sane pun maybe yang terakhir...aku nak quit dari hantar entry kat web sana. Cukupla aku jadi pemerhati jek kat sana..mebe sesekali aku hantar entry kat sana. Tapi apa gunakan kalau blog ni dah aku wujudkan...baik aku manfaatkan sebaik mungkin blog aku ni.
Aku sedih bila baca entry2 lepas Fada kat web tu. N baca entry dia yang baru pun buatkan aku menangis sekejap. Kenapa ek aku nangiss??? entah la aku pun tak tau kenapa....mungkin sebab rasa bersalah kat diri aku ni pada dia...kadang-kadang nak pandang muka Fada pun aku tak sanggup..sebab aku terasa sedih n nak nangis. Kenapa eh aku sanggup buat besfren aku macam tu.
Ada apa dengan Nama
Heh banyak sangat nama panggilan aku ni...nama panngilan yang datang dari nick2 aku. Sampaikan nama sebenar aku tak ramai yang tahu. Aku rasa Abang pun tak tau nama sebenar aku, betul tak Bang???
Aku sendiri pun lebih senang kenalkan diri dengan nama samaran aku heheh!! Bukan aku tak bangga dengan nama sebenar aku. Aku bangga...maknanya pun cukup baik. Tapi aku selesa bersembunyi di sebalik identiti ciptaan aku sendiri. Aku andaikan andai ada satu masa nanti aku buat salah yang mendatang aib...biarla orang ingat atas nama samaran aku tu..heh manusia hipokrit!!
Two faces of Me...heh!!!
2:13 PM
----------
Makin hari..makin ku tahu jawapannya!!!
Dari sehari ke sehari aku temui jawapan tentang diri aku...sikap aku..perangai aku.
Semalam masa chat ngan Kak Yat, she said aku ni punya unstable mind n a little bit rush.
Chat ngan Baiya gak semalam n he..aku suka fikirkan perkara2 remeh, mende yang sepatutnye aku boleh abaikan..aku keep thingking sampai menjejaskan concentration aku.
Hari ni mak plak kata 'jangan ingat apa yang mak cakap tadi tu layan kau macam budak kecik...memang macam budak kecik pun, adik angah. Cubala tegas sikit...tak de keyakinan diri...
N Abang pun brapa kali dok kata 'kenapa I tengok muka U ni muka problem jek' masa jumpa dia. Heh Abang memang sebahagian masalah Yan tu datang dr Abang!!!
Ishh...masalah sangat diri aku ni. Lack of confident memang aku akui tu..aku slalu rasa aku tak mampu nak buat something. Heheh sebelum nak masuk exam hall pun, kalau rasa tak yakin aku call mak dulu...dengar sore dia dulu.
Aku pun tak suke duduk seorang diri..sure otak aku ni fikir mende yang bukan-bukan.
hmm dah malas nak tulis plak..ada gangguan...!!!!
1:43 PM
----------Thursday, September 11, 2003
Puas tulis pepanjang tadi...luahkan segalanya...ishh tapi sebahagiannya macam mendedahkan kelemahan diri. Tak apalah untuk tatapan aku, pengajaran buat diri aku n juga pada yang membacanya nanti. Aku rasa aku tak patut ceritakan isi hati aku kat sini...aku tak patut ceritakan cebisan perjalanan hidup aku ni kat sini. Tapi ntah kenapa aku puas bila aku menaip pepanjang..macam entry awal aku hari ni...panjang. Puas bila baca balik segala apa yang aku pernah tuliskan sebelum ni.
Mata dah kelat..nak tido..
1:00 AM
----------
Bicara aku...
Saban hari aku makin rasa tak selesa. Makin berserabut rasanya kepala aku nie. Mungkin jugak ini semua bahana sikap aku yang suka fikirkan perkara yang bukan-bukan...perkara remeh yang diperbesarkan. Ahhh aku makin tak tentu arah...ntah bila la aku dapat buangkan tabiat aku nie...ntah bila la aku boleh buat tak endah ngan apa yang berlaku sekeliling aku ni.
Sejak aku habis exam hari tu kepala aku ni dok fikirkan apa yang aku dah buat lately. Fikirkan sikap aku pada orang sekeliling aku, fikirkan hati dan perasaan aku, pelajaran aku n balasan aku sebagai anak pada parents aku. Patut ke aku buat semua tu..patut ke aku deserve semua tu. Even ada antara semua yang aku fikirkan tu dah pun aku peroleh jawapannya...tapi hati aku ni masih lagi tak dapat nak terima hakikat perbuatan aku tu. Aku masih lagi tak dapat nak maafkan diri aku sendiri...rasa bersalah yang amat, kesal sangat.
Artikel-artikel dalam 2 majalah yang aku beli baru-baru ni betul-betul membuatkan aku makin serba salah..makin bercelaru. Memang silap aku..memang salah aku. Dalam tak sedar aku dah bertindak di bawah tahap kewarasan aku....heh senangnya cakap!! Ntah la.. Aku waras...aku sedar apa yang terjadi...but btah kenapa aku teruskan juga. Aku kejam..kejam kat diri aku sendiri n kejam kat orang sekeliling aku. Apa pun kalau aku diberi peluang tuk aku ubah semua yang terjadi..aku akan ambil kesempatan itu sebaiknya. Tapi mana mungkin kan??? Yang lepas tetap akan berlalu..tetap akan jadi sejarah dalam perjalanan hidup aku!!! Aku harus terima hakikat...perkara2 tu dah lepas, tak boleh nak diulang balik. Aku kene hadapi yang akan datang.
Habis jek last paper aku masa exam week haritu, aku terus cabut ke Kl. Kalau ikutkan hati aku nak aje aku terus ke Cherating, makan angin sambil memuhasabah diri. Huh!!! p Kl tu pun tanpa pengetahun parents aku. Ntah kali keberapa la aku buat kerja macam tu. Bermalam sorang diri..sunyi bosan....bosan sesangat....sorang?? dak eh..setan ada dok teman heheh!! Duduk sorang diri buatkan aku mula memikirkan baik buruk diri aku. Apa yang aku dapat?? Nilai2 diri aku yang aku rasakan makin hilang, buat seketika aku rasa aku semakin jauh dari lindungan ilahi huh!! Sesekali aku cuba lari dari diri aku yang sebenar. Aku cuba mencari kebebasan dengan cara aku sendiri. Kadangkala aku bosan dengan kongkongan parents aku, perlu diberitahu segalanya pergerakan aku..perlu lapor diri di rumah setiap hujung minggu.. Kadang-kadang aku bosan dengan sikap parents aku yang aku rasakan melayani aku bagaikan anak kecil....tapi akhirnya aku sedar...itulah cara komunikasi keluarga.
Hipokrit!!! Aku manusia hipokrit ke???...ntah la aku pun tak tau..mebe ye mebe gak tak. Hmm tapi aku rasa aku ni memang manusia hipokrit...baru kini aku tahu itu setelah aku berfikir panjang menelah setiap tingkah laku aku selama ni. Aku berpura-pura dengan parents aku, family aku....dan yang paling aku kesalkan..aku dah tikam bestfriend aku dari belakang tanpa aku sedari, aku dah khianati kepercayaan parents aku n aku jugak dah khianati diri aku sendiri...aku ni mudah diperkotak-katikan rupenye. Ya Allah!!! Ini rupanya nilai diri aku.
Kadang-kadang aku rasa macam nak nangis jek bila terpandang muka parents aku. Rasa bersalah yang amat ngan depa. Depan depa..aku mebe anak yang baik, belakang depa...mebe masih lagi anak yang baik but..dalam diam ada ‘setannya’ aku nie. Belakang depa...aku buat apa yang dilarang..aku langgar prinsip aku sendiri...heh aku ada prinsip ke???
Study aku...hmm sampai sekarang aku masih tak minat lagi ngan bidang aku ni. Sampai bila nak macam ni??? Sedarla skit...membe seangkatan bakal grad tahun depan...hang??? Nak ikutkan lagi rasa tak suke tu ke??? Nak lingkup sama macam luv life hang??? Heh luv life aku....ntah la tak tau nak cakap cemana. Ditinggalkan oleh yang pertama tanpa sebab yang jelas, ngan yang kedua bersebab yang jelas dan nyata....dan dia semakin jauh, barangkali sudah berkira hendak menyepikan diri terus. Mungkin itu hanya firasat aku, tapi naluri orang2 sekeliling aku yang lebih dulu makan garam...yang lebih dulu makan nestum mengatakan aku sudah buat kesilapan besar dan aku perlu terima hakikatnya. Yup hakikat itu...aku memang sudah menerimanya sedari awal lagi, cuma aku bertahan kerana aku tak pandai nak ‘meninggalkan’ orang. Aku lebih rela berteka teki, mendiamkan diri dari menerima jawapan yang tak diduga. Kalau zaman dulu-dulu diam tandanya setuju, tapi sekarang diam tandanya dia tak mahu diganggu lagi......heheh!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------
++++ Kata orang, cinta dan sahabat adalah teman rapat seseorang wanita. Kedua-duanya sama penting-sama ada cinta dikorbankan atau persahabatan menjadi mangsa. Terpulanglah pada anda untuk menilainya. +++ Takdir tuhan, mungkin ujian untuk saya apabila dikhianati sahabat baik yang paling saya percayai. Walaupun dia mengatakan semua itu dilakukan tanpa sedar, saya sukar menerimanya. Saya sudah memaafkannya tetapi untuk melupakan dan memberi kepercayaan itu semula kepada dia adalah sesuatu yang tidak mampu saya lakukan untuk waktu ini.
Hakikatnya, pahit manis dalam persahabatan sebenarnya memberi kita ruang untuk mengenali diri sendiri dengan lebih dekat. Kepercayaan adalah tiang utama yang menjamin kesejahteraan dalam persahabatan. Tanpa tiang itu, robohlah ia walaupun Cuma ditiup hembusan angin petang. Tanya pada diri anda, adakah anda seorang sahabat yang baik? Jika ya, tahniah kerana saya yakin waktu ini anda dilindungi oleh ikatan persahabatan yang kukuh di mana masing-masing menerima kelebihan dan kekurangan seadanya. Jika tidak, anda harus berusaha lebih gigih..anda pasti menemuinya...++++
Petikan sebahagian artikel dari majalah +++
------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku sudah bengong eh!!! Menceritakan secebis kisah hidup aku pada diary ni...yang barangkali menjadi tatapan umum. Ah aku tak kisah!! Bukan niat aku nak mengadu domba pada yang membaca, bukan juga niat aku untuk membuka aib sendiri, bukan juga niat aku menceritakan baik buruk diri aku. Aku menulis hanya untuk kepuasan diri, luhan hati sendiri, untuk tatapan sendiri juga. Aku hias blog ni cantik-cantik mengikut selera aku, supaya aku tak jemu memandang....lumrah manusia sukakan kecantikan!!! [ hmm blog ni kira ok la...hanya ni jek yang mampu aku make-up n touch up ] Kepada yang membaca...terima kasih aku ucapkan, mana yang patut ambil ikhtibar jadikan pengajaran. Mana yang tak elok tu...jangan la kutuk diri aku ni..tak de manusia yang sempurna!!! Aku belajar dari kesilapan...kita semua patut belajar dari kesilapan.
Yang mana patut dirahsiakan tetap menjadi rahsia aku..tak semuanya aku curahkan di sini. Paling tidak pun aku berkias..heheh ada ke aku berkias, apa pun yang penting semuanya tetap ditapis dahulu...tapis setapis-tapisnye!!!. Aku masih lagi waras membuat pertimbangan menilai mana yang patut dijadikan tatapan umum.
To my little sister, Zet...mana la tau nanti kalau hang tercome-accross ngan blog nie...buat2 la macam tak kenal. Jangan la terasa kalau ada ceritanya melibatkan kita atau hang.
* Tadi try call Abang..sama gak macam semalam masuk voice. Abang tak nak Yan ganggu abang lagi eh!!
*Isnin lepas[8.9.03], p buat spect then trade in hp nokia 3310 ke nokia 2100
*Selasa lepas[9.9.03], amik test undang-undang, passed wif flying colour, esok p bengkel..lusa bleh belajar drive plak..heheh!!!Langkah aku makin panjang nampaknya nanti!!!
12:46 AM
----------Monday, September 08, 2003
upss!!!
Hmm sejak malam jumaat lepas aku try call Abang, but masuk voice jek. Abang off hp meybe. N tadi pukul 9.11 pm aku try call lagi. Ingatkan masuk voice gak...berdering rupenye, nak tak nak tunggu jek la dia angkat call aku. Nanti kalau aku letak dia ingat aku buat misscall plak. So cakap kejap la ngan Abang even kat kawasan aku tu bising...tepi jalan..stop kejap beli roti john tuk sarapan pagi esok. Abang tak berapa sihat, so aku malas nak cakap banyak..tak mo kacau dia..mebe dia not in mood tuk bercakap, so bitau nanti aku call dari rumah.
Lepas tu aku rasa tak payah call dia pulak. Kesian dia tak berapa sehat. Nantila esok lusa aku call dia. Hmm aku naik tak paham ngan perangai Abang ni, ntah la mebe dia anggap aku macam kawan biasa jek..ala kalau tadi masa aku call sume orang bleh tanya 'kat mana ni?' kan. Abaikan la..aku ni suke sangat pk bebukan. Mebe gak aku letak kan 'high expectation' pada Abang...mengharapkan dia akan macam ni n macam tu...but..nothing. My mistake!!!
1:30 AM
----------Sunday, September 07, 2003
Huh!!puas!!
Heheh lately dok depan pc selalu abah n mak dah jeling semacam. Sure depa ingat aku dok chatting, padahal aku dok surf sana sini+edit template blog nie. heheh inilah esemen tuk diri aku sendiri time cuti ni. Dari dulu nak buat blog actually, tapi tak berkesempatan. Haaa sekarang ni bila ada peluang, ada pc...ada line internet streamyx plak tu bleh arr aku dok kerjakan mende alah ni.
Lepas zohor tadi Abah bertolak ke Genting. Ada kursus kat sana selama 2 minngu di Institut Aminudin Baki. Sebelum bertolak sempat Sye belikan SIM Card Tmtouch baru untuk abah. Yea..yea abah ada numbor sendiri dah..heheh..handset pakai Angahnye dulu.
4:36 PM
----------
bbq...kpp...tonpan..tonpan..
Khamis malam lepas, pukul 8 lebih amik Z kat Ocean. Pastu aku p tengok kasut plak. Adess gara2 nak belajar driving terpaksa beli kasut. Ishh nak tak nak kenela keluarkan RM 30 untuk sepasang kasut cokelat. Ishh panas arr pakai kasut...rimas!!!
Jumaat malam lepas, for the first time family aku buat barbeque..heheh best rupenye bakar2 n makan2 macam tu. Ada udang, sotong, ayam n sosej...best ayam yang mak perap...terasa macam makan ayam percik kat pasar plak ekekek. Lepas ni boleh bakar2 lagi...
N malam tu murah rupenye rezki member si Angah, Remy. Pagi Jumaat tu Angah dapat call dari Remy, nak mai tido rumah aku malam tu pasal dia buat treatment rambut kat sini. Ekekek kelakar arr Remy tu...dah terbalik ngan aku ngan si Zet hahah. Patutnye aku ngan Zet yang pompuan ni la yang memalu kucing, tertunduk2 pastu memerap dalam bilik...ini dia plak yang macam tu ekekek...lansung tak pandang muka kita orang. Dia nak keluar bilik pun tengok aku ngan Zet ada ka idak kat hall depan... hahaha..Reamy...Reamy...lelaki pemalu rupenye dia tu..
Semalam...Sabtu. Pagi pukul 7.40 Untie Lisa mai amik aku kat rumah. Dia ni instruktor driving aku nanti. Dulu Angah belajar ngan dia...skang ni akak dia plak blaja ngan Untie ni. Esok lusa..semua adik beradik aku bakal belajar ngan dia gak...ekekek. P class Kurikulum Pendidikan Pemandu[kpp] sampai pukul 4 ptg. Heheh yang bagi lecture ada 2 orang, dedua tu india. Sorang muda...cakap memang fasih melayau...aku syak dia ni India penang...sebab kekadang ada lorat2 terkeluar gak. Sorang lagi lelaki tua india... ayat dia sometimes tunggang terbalik, tapi bleh paham la gak. Yang kelakarnya tuan puan tu jadi tonpan. heheh..aku senyum jek bila dia sebut tonpan..topan..
Time break lecture Kpp tu aku beli roti sambal ikan bilis n milo. Mase dok kunyah2 tu datang soang kakak duduk sebelah aku...borak2 sambil aku mengunyah lagi..nyum!!!nyum!!!. Bukan aku tak pelawa dia makan tapi dia yang tak nak. N tak lama tu baru la dia cakap dia tak bawak duit satu sen pun...lupa nak check sebelum mai kuliah tu. So aku bagi arr RM ++, memula dia tolak...aku plak dok bagi2 jek..pasal geram dia tak mo duit tu aku selit kan duit tu kat dalam tangan dia. Akak tu mintak gak contact number aku, nak ganti duit tu nanti...aku tak bagi pun. Heheh jahatnye aku..terpaksa arr dia amik n p beli makanan. Kakak tu cuba pulangkan balance duit tu...but aku tolak. Sian duit tu..kene tolak ke side aku...pastu aku tolak balik ke side akak tu..puas main tolak2 last2 aku cakap.. “saya bagi anak akak duit tu” hahah...kene lagi dia. Ekeke Jahatnye aku ni!!! Hmm mujur gak time borak tu aku dah korek cite pasal anak dia..heheh!! Sorry eh sis!!hmm time sis susah saya tolong. Hope time saya susah ada plak orang lain yang tolong.
Hmm aku bukan tak nak terima duit balance tu..aku tau banyak yang aku bagi dia, n balance tu pun sure banyak gak. But aku memang tak reti nak amik balik duit dari orang. Kalau itu yang aku bagi...memang orang tu kene amik. Orang nak mintak aku belanja..kalau time ada duit bleh arr aku belanja but jangan gatal2 nak pulangkan balik duit..kalau aku wat tak pe heheh but jangan orang buat aku camtu. Even orang pinjam duit aku pun aku tak reti nak mintak balik. Malu arr...heheh nak minta duit sendiri balik pun payah ka!!
Hmm aku decide nak p amik test undang2 tu esok. Hope aku leh lulus..lepas tu bleh ikut bengkel ...n bleh belajar drive pulak. Huwaa tak sabarnyeee!!!
Sejak malam Jumaat lepas aku try call Abang, but tak dapat masuk voice. Abang off hp ke?? Abang what happen to u?? r u ok Abang?? atau Abang tak nak Yan kacau Abang lagi??
10:13 AM
----------Thursday, September 04, 2003
hmm...
Kereta yang kununnye dapat amik arini, tangguh ke tengahari esok. Hmm leceh arr keling yang uruskan hal kete tu..ada jek dolak dalih dia. Ape pun alhamdulillah n syukur gak sebab dipermudahkan urusan pembelian kereta tu. Kalau nak diikutkan loan yang abah minta tu akan bermasalah, sebab abah ada pinjamkan nama tuk pembelian kereta orang lain. Orang yang uruskan hal kereta tu kata..kalau refer pada rekod abah tu...ada 4 bulan yang orang tu tangguh bayar. kalau nak diikutkan..bank takkan luluskan loan yang mana pembayaran tangguh lebih dari 2 bulan. Alhamdulillah pembelian kereta abah tu diluluskan n dipermudahkan.
Bagi mak RM 50 untuk beli udang, ikan n sotong untuk barbeque nite esok. Ayam pagi esok boleh p beli.
Hari ni Z balik cuti...mebe sampai pukul 8 malam.
N aku mebe terpaksa keluarkan lagi duit sikit untuk beli kasut. I hate wearing kasut!!! macam berbungkus jek rasa!!! nak blaja drivingnye pasal..terpaksala pakai.
6:03 PM
----------
duit oh duit !!
Hari ni aku keluarkan lagi RM150 untuk bayar duit permulaan belajar driving. Adess pening aku!! Duit aku makin susut skang ni.. huwaaa...Semalam keluarkan RM 100 untuk beli segala barang tuk preparation barbeque nite family aku. Balik dari Tesco semalam keluarkan lagi RM 100 untuk beli bahan-bahan panggang plak. Huh!! skang ni duit aku makin susut!!
Yea yeh!! esok boleh attend kuliah driving.
Yea yeh!! petang ni dapat kereta baru.
12:17 PM
----------
ini ke yang harus aku lakukan...
Hidup aku makin terpesong rasanya...makin jauh dari Tuhan rasanya. Dalam diri aku ni ada seribu satu rasa yang aku sendiri tak tau macam mana nak tafsirkan. Aku nak jadi manusia yang berguna...manusia yang makin dekat dengan Tuhan..tapi kenapa lately aku makin menjauhi Dia. Kenapa lately solat aku selalu tak cukup 5 waktu. Aku ke yang tak cukup kuat nak menghalanng hasutan syaitan???
Ya!! aku akui tu...aku yang tak cukup kuat. Aku membiarkan syaitan mempengaruhi hidup dan amalan aku. Aku tak punya iman yang kuat nak menepis segala dugaan syaitan. Hati aku makin gelap ke??
Hari ini aku harus kuatkan semangat...menghidupkan kembali solat sunat rawatib yang aku amalkan, walaupun bukan setiap waktu. Aku mahu lakukan solat sunat taubat setiap hari. Diri aku ini banyak dosa!!! Aku berdosa!!!
Ya Allah,...berikanlah aku kekuatan untuk menempuh kehidupan ini. Rahmati dan berkatilah diri aku ini, Lindungilah diri ku ini dari melakukan perkara2 terlarang. Ku pohon dari-Mu jua limpahkan lah aku rahmat dan hidayah Mu ke atas diri hamba mu ini.
PadaMu jua ku pohon...kurniakanlah taufik dan hidayah mu kepada Abang, bimbinglah dia ke jalan Mu agar dia menjadi seorang lelaki yang beriman dan beramal soleh.Amin
9:15 AM
----------Wednesday, September 03, 2003
Luahan aku
Banyak bende yang dah terjadi dalam hidup aku lately. Semua tu buatkan aku terfikir n berfikir. Apa yang sebenarnya aku nakkan dalam hidup ni, berbaloi ke apa yang aku dapat selama ni...berbaloi ke kebahagiaan yang aku cari selama ni. Ini ke kebebasan yang aku inginkan selama ni???
Kebebasan yang aku cari sedikit sebanyak membuatkan akhlak aku terpesong sedikit...sikit ke..entahlah. Kebebesan yang aku inginkan ini mungkin menyebabkan perspektif orang2 sekeliling aku mungkin berubah. Perspektif Fada, Kak Lia dan juga Abang..mebe berubah pada aku.
Fada....my best friend i ever had. Aku kenal Fada masa first day attend lecture English. Fada...kawan pertama aku kat ipt. Kawan yang banyak mengajar aku erti kehidupan..erti persahabatan. Kawan yang bebetul kawan...pernah sama2 susah senang, pernah sama2 menangis...sesama kongsi saat2 hepi. But apa yang terjadi lately antara aku n Fada yang melibatkan Abang...buatkan aku terfikir, peranan aku sebagai kawan n orang yang dia percayai. Sebelum ni Fada really trust aku...sampaikan dia gelarkan aku secondary storage dia. Segala cerita suka duka hidup n rindu dia pada someone di ceritakan pada aku. But bila jadi konflik antara aku, Fada n Abang...friendship kami sedikit tergugat dan yang pasti aku bukan lagi secondary storage dia. Hubungan antara aku n Fada sedikit suram...walaupun memasing cuba mewarnai kembali relationship semesra dulu...tapi nampak juga kepincangannya. Ada sesetengah perkara menjadi rahsia kami sendiri. Kalau sebelum ni memang tiada rahsia antara aku dan dia...but kali ni....ntah la.
Kepercayaan Fada pada aku juga tergugat, impak dari perspektif Abang pada dia. Kata Fada sejak Abang menganggap dia ‘begitu’...dia mula tak mempercayai sesiapa termasuk aku. N dia minta aku beri dia masa untuk mempercayai aku kembali. Tak pe aku faham situasi yang dia alami...sebab..aku juga ‘sama’ seperti dia.
Fada, walau pun hang tak baca apa yang den tulis ni...n mebe gak hang tak tau pasal site ni..den nak hang tau.. walau siapa pun hang, walau apa pun sejarah silam hang, walau apa pun yang terjadi di masa akan datang... hang tetap kawan den dunia akhirat n i luv u so much!! n I really appreciate our freindship ni..thanks for being my friend..true friend.
Aku tak mau Fada anggap aku kawan yang makan kawan. Aku sendiri tak duga apa yang terjadi antara aku n Abang. Aku sendiri tak menduga yang aku akan terima Abang, sedangkan aku tahu Fada menyimpan perasaan pada Abang. N Fada sendiri pernah kata pada aku...dia ingatkan aku akan menolak Abang bila Abang approach aku, sebab Aku kenal n tau isi hati Fada pada Abang. N selepas aku declare secara senyap ngan Abang, Fada dapat rasakan ada ‘sesuatu’ antara aku dan Abang, but dia tak pasti. Aku hipokrit ke???
Kak Yat, hmm aku makin rapat ngan Kak Yat lately. Kalau dulu aku boleh ceritakan segala rasa resah gelisah, gundah gulana hati aku pada Fada...but bila terjadi konflik antara aku dan Fada yang melibatkan Abang...aku cari Kak Yat tuk aku luahkan segala isi hati aku.
Pada Kak Yat aku ceritakan segala apa yang terjadi antara aku n Fada, antara aku n Abang. Memamg mulanya Kak Yat terkejut cerita pasal aku n Abang, but alhamdulillah Kak Yat masih lagi ‘kakak’ aku, masih lagi memainkan peranan menasihatkan aku n mengingatkan aku akan kehidupan. Thanks sis for being my sister..Hmm walaupun aku baru kenal Kak Yat awal tahun ni, masa gathering kat umah dia..but aku percayakan dia. Mungkin sebab ada pertalian saudara antara aku dan dia memudahkan aku menanamkan rasa percaya. But aku really hope aku can trust her much n aku really hope dia akan simpan segala cerita berkenaan aku n Abang n Fada.
Abang, aku kenali Abang secara tak sengaja melalui Fada. Aku tak tau sangat cerita pasal Abang n Fada sebelum ni. Aku ingat lagi, satu malam hujung bulan 5 yang lepas..aku n Fada buat ‘survey’ menggunakan handset aku. N abang salah seorang antara mangsa survey. Tak sangka Abang simpan number handset aku. Pagi jam 3 lebeh, 3 hb Jun 2003...permulaan abang call aku. Berlanjutan call n message...walau pun jarang..hingga ke pertemuan pertama 22 hb Jun 2003, Ahad. Kebetulan Abang outstation kat negeri aku, so on 22 hb itulah pertama kali bertemu mata dengan Abang. Abang fetch aku kat bas stop berhampiran rumah sewa aku. First impression aku “wau tinggi nye!!” masa aku mengekor Abang masuk ke kedai makan. Hmm aku suka lelaki yang lebih tinggi dari aku, aku..parat bahu abang jek..huwaa tingginye dia!!!
Sebelum tu aku mula menyukai Abang, aku suka dengar suara dia...n suka dengar dia panggil aku ‘++Yan+’, aku suka dgr dia bercakap ada campur lorat utara skit heheh :-). N bila berdepan dengan Abang masa tu..aku makin jatuh hati pada dia. But bila fikirkan Fada..aku cuba ketepikan perasaan tu.
27 hd Jun, Jumaat, 4 pagi..Abang hantar message luahkan isi hati. Aku bingung sekejap. Kenapa boleh jadi macam tu..Fada Macam mana. Pagi itu merungkaikan segalanya. Aku terima Abang, lelaki yang hadir dalam hidup aku buat kali ke-2 selepas Wawan. Aku semacam tak percaya...aku kenal Abang tak lama, segala2nya berlaku terlalu cepat n aku ‘declare’ dengan Abang. Kenal awal bulan..3 hb, jumpa 22 hb n 5 hari lepas tu 27 hb aku terima Abang. Bila aku katakan tak terlalu cepat ke?? Abang hanya kata ‘ only god knows why ++Yan+’. N dia yakin dengan pilihan hati dia. Hmm Abang!!
Abang open minded, Abang ceritakan sejarah silam dia..kehidupan lepas dia, abang mengaku dia sosial n ramai kawan. Hmm aku tahu Abang open minded...but aku tak mau tanggapan Abang pada aku berubah nanti!!!
Abang, Yan tetap sayangkan abang. Walau siapa pun abang, walau apa pun sejarah silam Abang..Yan terima abang seadanya, baik buruk Abang Yan terima..sebab Yan tau tiada siapa yang sempurna...n Yan sendiri tak sempurna Abang. But Yan doakan Abang akan berubah suatu hari nanti..meniti kehidupan akan datang bersama hidayah n berkat dari-Nya
1:54 PM
----------Tuesday, September 02, 2003
FADILAT BULAN REJAB
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 2 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
*Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
*Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab,diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
*Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
9:18 PM
----------
main hujan...
Sepanjang hari ni hujan jek, plan asal nak ke, office Kak Yat terpaksa ditangguhkan ke hari lain. But aku still stick ngan plan nak ke bank gak.
3 bank aku pergi hari ni...aku singgah bank tu macam singgah kat pit-stop plak. P satu bank...dok rehat sat sambil tunggu hujan reda. Sambil terketar-ketar menahan sejuk tambah ngan air-cond lagi...rehat sambil tunggu giliran, pastu p lagi ke bank lain.
Hmm memula aku p BCB bank- in kan duit Angah n keluarkan duit aku skali. Lepas tu p Tesco jap..beli cari towel n beli selipar pakai kat umah. Tak jumpa towel yang berkenan p Ocean plak, beli jugak towel even tak berkenan gak. Then pergi Tabung Haji plak, masuk kan duit kat situ...cepat jek service dia maklum la org tak ramai...soang jek pegawai yang jaga kaunter. Lepas tu redah hujan lagi jalan kaki ke Maybank plak.
Kat Maybank ni plak banyak mende yang aku uruskan. Memula clearkan check..heheh tak sangka plak aku leh dapat check dr Celcom. Aku lupa lansung yang akau pernak pakai line Celcom...pelik gak bila dapat check dr Celcom tu. Hmm check yang aku dapat tu pun tak tau atas alasan apa..mebe ada la aku terlebih bayar ke ape ke..aku pun tak tau. Ala orang dah nak bagi duit...amik jek la. Lepas tu bank-in kan gak duit aku kat Maybank ni, then apply ATM card.
Sampai umah kat pukul 3.10...makan-makan, solat..dok rest. Adess penat..pale pun naik pening gak ni..kene ujan tapi tak mandi..mana tak nye.
Hari ni ntah berapa kali aku dengar lagu 'If You're Not The One'[videoclip]...memula dengar kat Tesco..masa tgh pilih towel, pastu kat Maybank..masa tgh uruskan ATM card nye application. Ni skang ni sambil taip sambil dengar lagu ni...isshhh aku makin addict ngan lagu ni. Lagu ni buatkan aku makin rindu kat Abang..makin sayang kat dia. Buatkan aku makin terbayang2 muka dia even baru 3 hari lepas berturut aku jumpa dia. Inilah aku...perempuan yang mudah rindu n sayang pada lelaki bila dah terima dia dalam hidup aku.
Abang, Yan suka tengok muka Abang ngan goatee. Suka tengok muka Abang time jumpa Abang sebelum balik ari tu :-)
5:54 PM
----------Monday, September 01, 2003
hujan...hati aku !!
Hari ni cuaca tak berapa baik. Dari pagi mendung n hujan jek. Niat nak ke rumah Kak Yat terpaksa di kenselkan. Tetiba dekat tgh hari Kak Yat message aku, plan nak ajak aku temankan dia balik umah mak dia n beli barang skit, hmm sayang abah tak bagi. Aku kecik hati ngan cara abah jawab bila aku minta izin nak ke rumah Kak Yat..taula abah bz n pening pale nak cari bahan tuk esemen dia…tp jangan arr tinggikan suara kat aku.
Tgh hari lepas makan, aku cuba call Abang...tetiba terasa rindu plak nak dengar suara dia. Call aku yg pertama mati tgh jalan… ‘number busy’, call aku yang kedua tak berangkat. Tak pe la mebe dia dalam bus on the way nak balik kl atau pun dia tak de mood nak jawab call aku…aku cuba pujuk hati aku. Hmm..tapi dia tak miss call balik pun….aku nak sangat dengar suara dia… miss him so much!!!
hmm aku tak tau sejauh mana sayangnya Abang pada aku, aku tak tau sejauh mana ikhlasnya dia menyayangi n mencintai aku. Kalau dulu nampak kesungguhan dia 'nak kan' aku..tapi sekarang...cara dia treat aku macam memain jek, kekadang jawab call aku macam nak tak nak...but bila ada depan mata, dia layan aku dengan baik...aku naik bingung!!!
Abang, Yan tak nak kecewa lagi abang, Yan tak nak terluka lagi. Cukup la dulu yan ambil masa yang lama tuk recover rasa sedeh Yan bila clash ngan M. Clash tanpa sebab yang Yan sendiri tak pasti...Hmm tapi abang ada alasan kukuh nanti kalau Abang terniat niat nak tinggalkan Yan...Walau siapa pun Abang, walau apa pun sejarah silam Abang, Yan terima Abang kerana diri Abang..kesungguhan yang Abang tunjukkan masa Abang approach Yan.Yan sayang Abang seikhlas hati yan!!!
miss you so much Abang!!!
5:38 PM
----------
KL oh KL!!!
Hari ini kiranya dah masuk hari ke 3 aku bercuti secara rasmi. Tapi kalau nak diikutkan aku dah mula cuti since 28 hb hari khamis hari tu. 27 hb Rabu petang, habis jek paper exam terus cabut ke Kl dengan bas pukul 6.30 ptg. Sepatutnya bertolak pukul 5.30 ptg, tp bas plak rosak so delay ke kol 6. Pindah bas, adesss...lambat gak sebab bas tu ada problem plak. Ahh tak pe la janji malam tu aku selamat sampai kat kol 8 lebeh..
Pagi 27 hb tu pukul sepuluh lebih aku dah hantar msg kat Abang..nak minta dia fetch, but aku bg dia choices gak sama ada dia fetch aku atau aku check in sendiri kat ++++ jek. Huh!! Dia off hp, tgh hari baru aku dpt delivery report yg dia dah trima message aku. Tak lama tu dpt call dr dia, minta aku check in sendiri, sebab dia sendiri tak tau abis keje kol bape. Hmm its ok tak pe..aku paham dia bz..lagi pun aku dtg week days..so pepaham sendiri la kan..tu pasal aku bg dia 2 choices masa msg dia pg tu.
Masa nak sampai Pudu, aku sent msg lg..kata nak sampai Pudu n will check in pas tu. Huwa mmg rezeki aku murah skit kot time2 camni asal dtg kl jek nak tido hotel sure ++++ tu ada promotion, bg rate rm +0 pernite..heheh save skit budget aku. Lps check in, ingat nak mandi2 n lepak but tetiba terasa nak jejalan gak malam tu..even badan penat + berlengas aku trus kuar gak.
Memula jalan p kat area Petaling Street..before that beli fench fries kat Mc D, makan sambil jalan. Pastu tetiba trasa nak p KLCC even time tu dah nak kol 9 lebeh. Amik Lrt dari CM p KLCC.
Huwa time nak sampai KLCC tu dpt msg dr Abang 9.30
Abang : KAT MANA SEKARANG
aku : dlm lrt, nak p klcc
Abang TAK RETI CALL I LA OK TAK APA LA
adess aku dah gabra giler, takkan dia marah.. turun lrt jek aku trus call dia..tanya dia kat mana n say sori, respon dia mmg nak tak nak jek jwb, jawab pun ngan nada quite marah. Lps call dia ku trus anta msg..'sori, kepala yan bercelaru skang ni, jalan ni pun ikot kaki jek. Ingatkan abg bz, tu pasal tak mo kaco abg'aku takut sgt dia marah..aku turs gak jalan kat klcc tu, pastu rush amik lrt, jalan balik ke hotel..huh rekod aku buat, within 30 minutes aku dah sampai bilik. Bukak tudung..baring, call Abang...nasib time tu dia jawab ok.. dia marah sebab aku tak bagi tau aku dah check in ke belum..trus diam jek. Heheh dia sendiri terperanjat aku leh rush dlm masa 30 minit tu balik hotel.. hehel laju giler aku jalan dengan heel putih aku. Malam tu abis keje Abang singgah jumpa aku.
28 hb,lebih kurang kol 11 lebeh, lepas jumpa Abang aku ke KLCC sekali lagi. Kali ni janji nak jumpa dengan Ros..girl yang jadi madu aku time bercouple ngan Wawan. Asalnya janji nak jumpa bertiga...aku, Wawan n Ros...tapi sayang si Wawan ada class n ada hal nak diuruskan petang tu. Abang tau plan aku nak jumpa ex n madu aku. Tak sangka aku ngan Ros bleh beramah mesra macam tu...berborak tanpa ada sakit hati n marah..macam kawan biasa. Memasing amik peluang tanya n cerita pasal 'kejadian2' bersama Wawan...kisah macam mana boleh kenal, copule..n konflik antara kita org. Lepas makan2, Ros temankan aku carikan hadiah untuk Abang...puas jalan cari tie clip. Pastu p Kinokuniya beli buku A Walk To Remember by Nicholas Spark. Petang kat pukul 5 balik hotel. Malam pukul 9, sebelum jumpa client..Abang singgah lagi...hmm asyik kejap jek jumpa!!!
29 hb, pagi pukul 9.30 aku kluar breakfast, beli tiket balik...pastu jejalan kat Mydin, tgok baju kat Reject Shop, rewang-rewang kat Plaza Kotaraya n jejalan kat Central Market. Sempat gak beli lagi satu novel kat situ Girl Night by Stef Ann Holm. Pukul 1.30 balik hotel..tunggu Abang datang. Hari tu Abang ada meeting kat Putrajaya..so mebe habis pukul 3 atau 4. Aku plak kene check out pukul 12 tgh hari...so sebelum kluar pagi tu aku p delaykan time aku check out...aku tambah lagi bayaran. Tak pe la mahal skit..janji aku leh tunggu n jumpa Abang sebelum aku balik.
Pukul 3, Abang call tanya chek out n tiket balik pukul berapa..hmm aku check out pukul 5...tiket pukul 5.30, Abang kata kejap lagi dia datang. Aku tunggu Abang, sambil prepare present yang aku beli semalam tu. Tunggu...tunggu tak timbul timbul...aku tgok kat luar tingkap hotel bilik aku...traffic kat luar dah mula 'jam' tambah lagi ngan hujan renyai2..lagila buatkan aku resah...takut tak dpt jumpa Abang. Penat menunggu aku call dia, Abang trap kat Subang...katanya dia kene balik office dulu n ada keje yang kene selesaikan dulu...so mebe tak dpt jumpa but he'll try to make it. 4.10 Abang call minta aku tunggu kat Seven Eleven. Aku trus siap n check out skali, nasib awal2 lagi aku dah pack barang. Hmm syukur dpt jumpa dia sebelum balik...lagi best dapat dengar lagu If You're Not The One.. tu dalam kete dia. Aku suke lagu tu n penah wish nak dengar lagu tu ngan dia...n ada certain part yang aku nak dia dengar bersama...tak sangka plak wish aku tu tercapai. Aku diam jek time lagu 'on air'..rasa nak nangis pun ada...Abang plak nyanyi ikot lagu tu.
Masa salam tangan Abang..aku minta maaf n minta halalkan makan minum, aku nangis skit.. heheh dia kata 'ish...tak de salah apa2...nak kawan ngan I jangan merepek' heheh
Alhamdulillah aku dapat awal kan tiket ke pukul 5, so sampai sini pukul 7 malam. Stop kat JJ n beli present tuk mak ngan abah plak..share ngan Angah. lepas tu singgah rumah sewa...amik mana barang yang perlu n balik rumah. Pukul 10 lebih baru sampai rumah.
Pagi tu pukul 6.30 Abang call...minta aku wat wake up call pukul 8.45. Heheh dia tanya kenapa aku nangis masa nak balik tu :-)
1:43 AM
----------
OBSESSION
CREDITS
host: Blogger & Blogspot
concept: Kimberly
base code: Drogue Designs
pictures: Foto Decadent