Monday, January 26, 2004
Kerna mimpi..aku TERSENYUM...
Patutnya tajuk kat atas tu aku tukar...kerna mimpi subuh aku hilang :p Terukkan aku ni B, boleh tak terbangun subuh tadi. Ok silap aku sendiri actually, aku dah terbangun pukul 6 tadi. Tapi memandangkan surau kat taman aku ni masih lagi mainkan ayat-ayat quran aku so aku decide nak tunggu sampai 6.30. Haa...alih-alih bangun dah 8.30...hilang subuh.
Pandai setan lenakan aku dengan mimpikan Abang. Hmm ni kali kedua aku mimpi Abang. Dulu aku mimpi dia sakit n aku p tengok dia...spent masa jaga dia, time tu mebe sebab aku tak sedap hati kot so tu pasal aku mimpi dia sakit. Abang pun memang tak berapa sehat time tu.
Mimpi kali ni panjang...bangun tidur terasa penat sangat. Mana tak nya aku sempat lagi berjoging ngan member dalam mimpi tu...hahahah. Hmm dalam mimpi tu...aku ngan Win, n beberapa orang lagi...aku tak perasan muka dorang p satu sekolah sekejap, then gerak p kawasan rekreasi n jogging+senam. Lepas tu lepak-lepak kat hotel...shower n tukar baju...wahhhh banyak duit nak lepak hotel lepas jogging semata-mata tuk mandi n tukar baju...heheh ape punya mimpi arr. Then tinggal aku dengan Win p jejalan. Tiba-tiba tergerak hati nak singgah satu kedai cards. Masuk jek kedai tu tiba-tiba aku ternampak sorang lelaki duduk kat kerusi tengah susun cards kat rak. Huh!! Macam kenal! Sah orang tu Abang. Bila Abang nampak aku dia bangun, datang dekat aku n senyum..then bisik soh aku stay kejap kat situ. Angah pun ada sama keje kat kedai tu, dalam kepala aku dok pk...how come Abang n Angah boleh keje kat situ?? Bukan ke Angah dah balik Perlis??? Bukan ke Abang banyak kerje...banyak projek nak kene settle kan??? Tapi mulut aku tak tertanya pulak. Aku n Abang tak banyak cakap, just pandang-pandang senyum-senyum...kekadang pakai isyarat tangan...kekeke ape daa...tapi ada terasa sense of completion...ada terasa safe bila dekat dengan dia. Dalam mimpi tu, aku suka tengok muka Abang...sebab ada goatee, Abang pun nampak hensem bila pakai jeans n baju putih yang macam aku belikan tuk dia kat Langkawi aritu...tapi baju tu kaler hitam. Aku baru realized yang Abang memang 'hensem boy' time tu...hahah. Abang nampak makin tinggi bila pakai jeans, hoho dah la dia memang tinggi...aku parat bahu dia jek. Yang buat aku terperanjat...dia berambut panjang paras bahu time tu...Abang...Abang.Tak terbayang plak cemana kalau in real life dia berambut panjang paras bahu with goatee plak...hensem ke serabai?? Hehehe :p Lepas tu Angah tetiba hilang, lama jugak sampai aku jemu menunggu time tu...Abang asyik susun card n layan customer. Lama tu baru Angah balik...dia pakai 'jubah graduation' siap ngan topi graduate atas kepala sekali...selamba dia masuk n cakap dia p kedai gamba sat...amik gamba...then trus p mandi...then Abang plak amik time for rest n p mandi. Abang masuk toilet jek...Aku terjaga...mak ketuk pintu bilik.
Hehehe terubat sikit rindu aku kat Abang. Puas aku dapat tengok muka Abang...even dalam mimpi jek. Puas aku dapat jumpa Abang...even dalam mimpi jek.Puas aku dapat cakap dengan Abang...even dalam mimpi jek. Mimpi tu buat aku bahagia kejap...buat aku senyum hari ni, mimpi tu buatkan rindu aku terubat sikit :p N mimpi tu gak buatkan aku terlepas subuh hari ni :p
Hensem boy...hehehe ni Kak Yin, member kamcing Abang yang suka cakap Abang hensem boy...tapi Abang pulak suka cakap dia bad boy. Heheh aku sure tergelak bila terdengar perkataan boy tu..kekek Abang dah la late 20s...still nak panggil hensem boy n bad boy lagi...ekekekek. Makin buat aku tergelak bila teringat dia kata 'dah tua-tua ni...' hahaha perasan plak umur tu dah bertambah ek...kekeke gelakkan Abang...meh B kita gelakkan Abang.....kekekek :p Hmm Ampun Bang!!
B, aku hepi dapat mimpi Abang...hepi dapat tengok dia gembira dalam mimpi tu. Tapi realitinya B....hati Abang tenang ke??? Aku tak tau kenapa aku risaukan ketenangan dia tu. Mebe sebab aku ada disisi dia masa dia +e++i+a+ hari tu, so aku terasa macam bertanggung jawab tuk mengembalikan ketenangan hati dia. Aku sedih masa tengok dia +e++i+a+ dulu...dia istifar 2 kali...dia gelisah B. Tapi kenapa Abang tak nak paksa diri tuk cari ketenangan tu? Heh!! Kenapa aku nak risaukan ketenangan orang eh???
Mimpi tu buatkan aku realized. Aku dan Abang memang tak banyak cakap, itu juga yang terjadi dalam dunia realiti ni...cuma body language, pandangan n senyuman yang main peranan. Tapi aku memang terasa safe n ada sense of completion bila dengan dia. Hanya aku jek ke yang terasa semua tu B??? Impian aku dan dia tak selari ke B?? Abang masih milik aku ke B???
Lagi-lagi Abang...Abang..Abang Abang!!! Sure ko bosankan B?? Hahahah tapi ko tak boleh buat apa-apa...macam biasa ko kene simpan gak cerita pasal aku n Abang ni. Hanya kat ko jek yang boleh aku ceritakan. Aku dah tak nak membebankan orang lain lagi. Tapi hari tu aku dah teremail Baiya....cerita pasal Abang n 'sesuatu' yang aku percayakan tu. Kesian Baiya B, kene pk balik apa nak pujuk aku supaya aku tak kecik hati. Apepun aku berterima kasih yang amat dengan Baiya, sebab sedikit sebanyak apa yang dia tulis tu buatkan hati aku tenang, aku kene percayakan diri sendiri. Aku pun tak lupa doakan Baiya...moga dia temui bahagia dengan Kak T, Amin!!!
Dil Chata Hai
Aku rasa semalam entah kali ke berapa aku tengok cerita ni kat tv. Semalam aku tengok part hujung-hujung...yang Sid n Sameer kat spital, Sameer ceritakan si Akash say 'i luv u' kat majlis kawin orang. Then gerak ke satu babak yang Akash dalam kereta...nampak dia, Sid n Sameer berborak-borak gelak ketawa. Then blaaa....blaa...blaaa...
Aku rasa cerita ni lebih emphasizekan pada friendship. Hmm ni yang aku rasala...sebab aku tetiba teringatkan hal antara aku n Fada. Lelaki lebih pada logik...perempuan more to emotional. Lelaki boleh buang ego tuk minta maaf n baiki friendship dengan cara baik. Perempuan??? Tengok pada keadaan kot. Dalam kes aku n Fada, memang susah nak mesrakan balik macam dulu. Setakat bertegur sapa n senyum pun dah cukup syukur alhamdulillah.
Dalam kes aku n Fada, hanya kita orang berdua. Dalam cerita tu...bertiga, A terguris dengan B...boleh lari kat C, C ngan A bergaduh...selisih faham...B jadi orang tengah tolong selesaikan. Tapi aku n Fada....A terguris...diam, B terguris simpan sendiri. Memasing kene amik inisitif sendiri tuk pecahkan jurang yang wujud tak sengaja tu. Akhirnya dah 'lupa' macam mana caranya nak pecahkan tembok yang makin tebal tu. Sedihnya...
Rabun
Sabtu lepas Tv3 siarkan cerita ni. Aku pernah terbaca pasal cerita ni kat dalam paper, pasal dapat anugerah. Anugrah apa aku tak ingat.Aku suka cerita ni...luv story, err betul ke tafsiran aku ni?? Kisah sepasang suami isteri meningkat usia yang saling luving. Saling usik mengusik, saling bermanja, saling memerlukan each other, mandi sesama. Memasing panggil ‘Ling’ n ‘Sayang’....how sweet!!
Aku rasa tak banyak couple lanjut usia yang macam tu, panggil ling n sayang. Aku rasa tak de pun couple lanjut usia kat Malaysia ni yang terlari-lari mengusik n main geletek-geletek macam tu...hehehe. Tapi terasa seronok n bahagianya bila hidup macam tu. Hehehe aku terasa nak jadi macam tu nanti..moga aku dikurniakan suami yang penyayang n dapat menerima diri aku seadanya nanti..heheh.
Tapi aku tak paham ngan 3 babak last cerita tu. Part rambut mak tiri Yem kene tarik, part Pak Atan tersandar kat dinding n Mak Inom lap-lap..nangis-nangis, Part Mak Inom p umah Mak tiri Yem...tepi mulut pompuan tu lebam....n tak tau pasal apa tetiba Yem terkedang terbaring kat tangga.
Ape pun cerita ni best...pelakon veteran pegang watak utama. Luv story orang tua...heheh
'Ling, hati-hati lembu kat depan tu' --- Pak Atan yang Rabun
'tu bukan lembu...tu kereta'
'Ooo...'
Celupar!!!
Aku geram dengan adik aku yang satu ni. Aku tau dia pandang rendah dengan aku, tak pernah nak hormat aku as kakak dia. Tapi kalau yea pun jangan arr cakap sedap mulut jek kutuk aku. Jangan sedap mulut jek mengata kelemahan orang, aku ada hati n perasaan gak. Aku tau aku lemah...tak pandai tapi jangan arr pandang rendah sangat kat aku ni.
Aku geram giler bila dia kata aku tak paham apa yang aku baca time aku campak R++d++'s ++g+++ tu kat dia. Bukan kat dia actually, tapi menyakat baling kat Orang utan dia. Sedap jek cakap macam tu kat aku. Kalau aku tak paham, masakan aku boleh belajar kat sekolah aku sekarang ni, masakan result muet aku boleh ok. Kalau aku tak paham...dah sure-sure le aku kene ulang balik amik muet tu, sure la aku selalu kantoi exam ke test ke sebab sumenye dalam bahasa tu. Aku tau aku ni lack of self confidence....takut no nak bersuara, nak speaking. Kalau buat presentation pun aku rasa aku boleh dengar jantung aku berdengup...dah sama kuat macam ketar suara aku. Tapi time ketar-ketar tu la aku boleh cakap dengan baik..cet..
Bila aku rajin sikit study...mengata 'dah insap la ni eh'...hoho...tolong skit eh, macam la muka aku ni muka supple tiap kali lepas final exam. Geramm...geramm...!!!!
4:01 PM
----------Thursday, January 22, 2004
B, aku masih ada satu keyakinan, yakin akan 'sesuatu'. Aku dah cuba buangkan 'sesuatu' itu sejak sebulan dua ni B...paling perit sejak new year ni B. Tapi aku tak mampu. Aku tak tau apakah aku sudah buta atau pekak?? Semakin aku cuba dikelirukan, semakin aku cuba ditarik dari 'sesuatu' itu...aku makin yakin dengannya. Kenapa aku jadi macam ni B??? Adakah kerana aku terlalu yakin akan 'sesuatu' itu pada mulanya, membuatkan aku jadi macam ni B??? Atau sememangnya aku sudah buta tuli hingga tak mampu nak menilai yang mana kaca yang mana intan??? Aku sentiasa meminta pada-Nya "Andai aku tersilap langkah, bimbinglah aku kembali ke jalan sepatutnya..." . Doa aku itu sudah didengari-Nya ke B?? Apakah ini jalan yang harus aku tempuhi??
Tuhan, bantulah hambamu ini!!! Seandainya ini adalah kifarah ke atas ku...aku redha menerimanya, kurniakan juga sifat sabar yang tak terhingga pada diri ku ini...agar aku mampu bertahan menghadapi segala ujian mu ya Tuhan!!
# Aku sudah pun belajar untuk melepaskan banyak perkara yang amat aku sayangi...yang amat aku senangi dalam hidup ini, kerana aku percaya barangkali itu yang terbaik. Dan aku percaya, sometimes 'love' means to let go...
Wahai hati yang suci
izinkan aku mengunci kembali pintu cinta itu
izinkan aku menlenyapkan segala mimpi-mimpi indah
yang pernah aku lakarkan
usah berduka
usah bersedih wahai hati
kerana ini bukan pintaku jua
namun aku terpaksa
dari terus bermimpi
cekalkan dirimu wahai hati
agar aku tidak lemas
dalam lautan rindu...
------------------------
Dua tiga hari ni aku semacam dah malas nak bersuara B, aku jadi bosan bila aku nak bercerita...cakap aku tu dipotong. Orang lain yang kuasai suasana tu. Aku bosan B!! Aku tau aku ni pendengar yang baik...but please listen arr bila aku nak bercerita...bukan memotong kata-kata aku...bukan menempelak aku balik. Kalau nak komen please arr biarkan aku habis bercerita dulu...bukan potong melulu, bagi signal dulu sebelum memotong...kalau aku bagi jalan depan aku...go on then bagi aku sambung balik perjalanan aku tu...bukan terus menyekat aku kat belakang sampai hilang arah aku dibuatnya. Kalau tak suka dengar suara aku ke...tak suka dengar cerita aku ke...cakap jek laaa!!! jangan lah semata-mata nak jaga hati aku...korang memaksakan diri menadah telinga tu!!! kamon arr...jangan arr buat aku macam ni!!!
Bila aku diam tak bersuara...korang pelik pulak. Tapi pernah tak fikir kenapa aku tak bersuara??? Hmm aku lagi suka cerita kat B, sebab B kene mendengar membabi buta...heheh...kesian ko B. Kekadangkan B aku dengar cerita orang macam radio...macam lagu yang diputarkan...sekali lalu jek masuk telinga aku, sampaikan aku tak sedar apa yang orang tu cakap...just keep senyum n senyum...teruk ke aku ni B?? Aku ni macam hidup dalam dunia sendiri jek 2...3 harini...
Hoho aku terlalu sensetip ke akhir-akhir ni??? Botol hormon aku terbalik eh??
11:34 AM
----------Wednesday, January 21, 2004
Sekejap jek...
#Call he kejap jek tadi...he still in d opis...banyak keje!!! Memandangkan masa aku called dia ari tu kita org agak 'tegang', so aku tak nak dia ingat aku merajuk n jauh hati ngan apa yg dia ckp tu...hmm banyak no 'lame excuse' la ku ni kan..kekek :p
#P class petang tadi...kedatangan maveles...10 orang dari 150++...mavelesnye!!!
----> 6 student lelaki-- 4 lelaki melayu, soang african..soang india.
----> 4 student pompuan---2 pompuan melayu (me n Yul), 2 oang african
lecturer aku...indian, india mali..
#Cuti raya cina ni tak tau nak buat apa, tapi memikirkan naik cuti nanti banyak no test...kenela bergelumang dengan buku n notes. Kene tengok projek gak..edit mana yang patut hoho!!!
8:44 PM
----------Tuesday, January 20, 2004
Hari ni tutorial lab aku tak de pulak. Rasanya last week masa tutorial class tak de plak dia kata nak cancel class. N sebelum aku nak ke sekolah tadi pun aku dah check kat buletin board...tak de plak mention pasal cancel class. Habis tu kenapa aku p lansung takde orang....err ada soang mamat classmate aku jek la. Bila aku tanya dia...dia pun tak tau. Pelik pulak rasanya. How come aku dengan dia jek yang boleh terasa nak attend tutorial class hari ni sedangkan bebudak lain batang hidung pun tarak. Atau hanya aku dan mamat tu jek yang ter'pekak' kejap time tutor tu buat announcement last week...musykill...musykill..Hoho dah la aku memang malas nak p sekolah hari ni..tambah pulak bila datang class takde. Ishh hangin kejap aku. Ni dah nak cuti chinese new year ni..lengang dah kawasan sekolah aku ni, banyak lecture n tutorial dah kensel...tapi ada soang lecturer aku yang mai dari india ni pulak yang degil jugak nak buat class...alasan dia "you not celebrate rite??". Cet memang la tak celebrate...tapi paham-paham la bila kaum lain dalam mood raya so tempias dia pun kene sama arr...sebab nak cuti!!!
P lunch dengan 2 orang staff sekolah aku ni. Macam biasa aku tak banyak cakap dengan orang yang aku tak berapa kenal...banyak diam...senyum, lagi pun kepala aku dok pk lain...nyeh!!
B, tetiba aku tak dapat nak tepis perasaan yang datang tu B. Aku dah cuba tapi tak terdaya...inikah dugaan untuk aku...B. Doakan aku eh B...supaya aku kuat. Doakan aku eh B supaya ada caranya tuk aku buangkan perasaan itu.
Aku dah puas menangis lepas solat zohor tadi...berat rasanya menangung perasaan tu
3:53 PM
----------Monday, January 19, 2004
Bila aku tersasul..
" Dah makan ke ?"
" Sapa?"
"Abang la...err Baiya la.."
" Belum lagi.."
Huh!! kali ni kali ke dua aku tersasul. Ari tu ngan Bader Zi, dia call time aku tengah tidur pukul 4 lebih...dah la itu time yang aku selalu borak dengan Abang. Terkantoi plak ngan Bader Zi, memandang tu 1st time dia call aku...so aku go on gak panggil dia Abang...even aku dah 'termalu'. Kali ni ngan Baiya plak, hoho...bila tersebut Abang tadi...aku dah miss kat Abang pulak :(
Aku tak reti nak panggil orang lelaki yang lebih tua dari aku 'Abang'...kalau sedara mara tu kira okla, tapi kalau orang luar..sorry la..aku memang tak tersebut perkataan tu. Dulu aku guna 'saya awak', tapi tak best la kalau borak ngan bapak orang yang ada nak 3..4 nak ber'saya awak'. So aku guna pekataan 'brader'...brutal sikit. Last-last ntah cemana aku suka guna 'baiya' plak... kekeke...sorri la kalau terasa macam dalam pilem industan plak. Kak Lady tempelak aku " Baiya ngan Abang tu kan sama!!". Hahaha memang la sama. Tapi pada aku...Abang is someone yang really close to me...yang aku boleh rasa n smell skin dia...hoho..kidding jek. Hmm Baiya pun bawa makna yang sama tuk aku...orang yang close dengan aku.
Hmmm ada sorang 'Baiya' yang memang dah termelekat panggilan baiya tu kat dia....kekeke dia pun bahasakan diri dia baiya kat aku...ekekek. BatmaN..lelaki pertama yang aku panggil dia abang.
------------------------
Hari ni class aku pukul 7pm-8pm. Aku n Yul masuk lambat, ala hujan...tu pun kira ok kitaorg datang class. Aku rasa hari ni sure lecturer aku tu sedey giler. Dia dah la berdedikasi...datang gak mengajar even hujan sekali pun, tapi malangnye student dia yang tak berdedikasi. Hanya 8 dari 38 orang student dia jek yang mai class. Aku nak riak skit kat ko B..akulah antara 8 orang pelajar yang berdedikasi tu datang class meredah hujan :p
Habis class, redah hujan lagi p masjid tuk solat maghrib. 8.30pm gerak p lab, jumpa member si Yul...hmm technician lab sekolah aku...ala aku pun kenal dia gak. Tapi kenal-kenal gitu jek la. 9.30pm gerak p Mekdi tuk diner. 10.30pm baru sampai rumah. Semester ni ntah berapa kali aku balik lambat...seploh lebih...seblas. Parents aku paham kot..lepas class malam, keluar jumpa member makan-makan...kot...hope dorang paham la. Ala aku dengan Yul jek sentiasa...dorang boleh call cik Yul tu minta kepastian. Hmm nanti aku set nombor si Yul dalam hp Abah :p
Bintang hati...bersinarlah kau di dada langit, sebagai tanda rinduku untuk nya!!! :p
Andai ada rindu untuk ku, renunglah di dada langit, di situ bintang ku berkerlip cemerlang...kita bernaung di langit yang sama
11:06 PM
----------Sunday, January 18, 2004
Match-maker
* u nak tak kalau uncle kenalkan u wit an arabic guy here...my staff
* still single n hensem hehe
* kalau nak uncle show him ur pic..nak tak
# wala unkellll tak mo la 2 lelaki melayu pun yan tak leh handle nikan pulak pak arab...dah la terbelit lidah...hati pun terbelit sama nanti
# unkel jangan buat pasal..
* hmm uncle just nak alihkan ur focus dr BatmaN
# its ok unkel..skang ni yan belajar tuk letakkan dia kat bawah sekali
# nak tumpukan pada study dulu...dah nak final year nie, bz2 nanti tak le tingking of him sangat..skang ni pun my mind dah lari skit dari tingking of him
* gud...must study rajin2 k...study come first young lady..he u letak jauh2
* bila u habis study inform kat unkel
# ehek...nape...nak bagi job kat sana ke
* nope..nak masuk meminang u
# adess unkel...ur son tu younger den me laa..
* hahaha not for him la...for me...
# cet unkel ni....tak moooo!!!
* hahaha tau takut..
* uncle kiding jek la...
* its seem like u suka old man yan
* u n he almost 6...7 yr bezakan
* if i not mistaken la
# heheh unkel...bukan old man la...juz like someone yang older den me...umo dazen mater..
# as long as i can cope wit dad guy kira ok la
# masa skol days dulu...yan minat kat kevin n chris...dedua tu older member dalam group dorang...bsb n nsync...err unkel tau ke apa yg yan cakap ni
* i know...boyband tu my daughter adore sangat
* see uncle dah kata tadi..u suka old man
# bukan old man la...oang matang
* hmm nanti uncle minta permission ur parents, bawak u ke sini nak tak
# unkellll...tak mooooo
Aku copy paste mende tu dari Ym aku...borak ngan Uncle A. Kekadang geram bila borak ngan dia suka sangat usik aku. N yang aku paling heran Unkel aku yang sorang ni suka sangat jadi match-maker aku...ada jek yang orang yang dia nak kenalkan kat aku. Dulu time p jamuan dia sebelum dia berangkat ke +++b++, dia kenalkan aku dengan nephew dia, nak aku kawan dengan nephew dia. Then masa raya ari tu plak, nak kenalkan aku dengan kazen dia. Hmm lansung aku tak bagi respon,Uncle dah tau aku dengan Abang, but still nak kenen-kenenkan aku....eeee. Now...sorry very-very much la Uncle...skang ni Yan prefer sesoang...Abang?? biarla macam ni. kalau dia kata dia sayang n 'nak' aku...aku terima...kalau tak pepandaila aku nak handle diri aku ni. Biar berteka-teki...biar tergantung macam ni..aku lagi selesa.
Tapi betul ke ape yang aku cakap dengan uncle tu...yang mind aku dah tak thinking of him sangat. Betul...betul tu, aku tak tipu uncle...aku pun tak tipu diri sendiri.Aku selesa ke macam ni?? Yes...sangat. Sebab cara Abang treat aku tu dah cukup buat aku berteka-teki, so now my turn pulak nak main teka-teki dengan dia. Err tapi dia perasan ke??lantak la...dia sedar ke tak...just go on.
Heheh B, sian ko...ada cerita pasal Abang lagi rupanya yang ko kene simpan. Kekekek...ampun B!!! Ni bukan my fault la B, unkel tadi yang bukak cerita pasal Abang...dia yang tanya pasal Abang. Bukan aku yang mulakan...
Hoho B, skang ni Unkel suka jadi match-maker aku...sok lusa nanti dia jadi wedding-planner aku plak kekeke :p
1:52 PM
----------Friday, January 16, 2004
Sekejap..:p
Aku makin suka dengar lagu Kaulah Segalanya by Hazrul Nizam. Kat laptop ada, kat pc ada..kat blog ni pun aku letak sama. Tetiap hari aku dengar lagu ni, bosan?? aku tak bosan..sebab aku suka lirik dia, melodi dia pun best.
Masa aku send file lagu ni kat Kak lady thru Ym semalam, bila dia nampak jek nama Hazrul Nizam tu trus dia kata mamat tu budak Singapore. Lagu ni menang masa pertandingan tulis lirik lagu n mamat tu yang nyanyi lagu ni. Hazrul tu pulak one of the finalist mase talentime. Dari gambar yang aku tengok...bleh tahan gak mamat tu. Err lagu ni best kan, sore mamat tu pun best...
Hmm...bestnye kalau dapat lagu ni dari someone...kekadang terberangan one day nanti Abang yang dedicatekan lagu ni kat aku hehehe...B, aku ni tak habis-habis nak bermimpikan B. Tak pe, asalkan hati aku bahagia...:p B, aku dedicatekan lagu ni kat Abang, n aku nak Abang tau aku luv him IKHLAS...~~cintaku pada mu IKHLAS sejati~~
9:55 PM
----------
Penat yang amat!!!
Minggu ni banyak menguji kesabaran aku, menguji ketahanan mental n fizikal aku. Penat sangat..penat yang amat bila tiba hari rabu n khamis. Tambah dengan class replacement..makin tak bermaya aku. Tapi tak pe sekurang-kurangnya berbaloi penat aku tu..penat sebab cari ilmu.
Semester ni, every rabu n khamis..memang hari tensen n hari yang memenatkan. Nak tak nak kene hadapi. Ala masa ni jek bz-bz. Hmm sekurang-kurangnyakepala aku tak le selalu menerawang jauh nanti kan B.. :p
Hari ni class aku petang, dari 3-6. Kalo nak ikotkan aku dah tak larat nak p class arini...sebab otak aku penat. Aku dah tak mampu nak pay attention kat apa yang lecturer tu bebelkan. Tapi memandangkan aku kene anta satu esemen so aku kene la p sekolah.
Tadi aku dah masuk class pukul 3 tu actually, cik lecturer tu plak tengah dok godek-godek pc lagi. Aku duduk kejap, lepas tu bangun balik nak p solat jap. Hoho sure time aku keluar tu dorang ingat aku nak pontengkan B ekeke. Aku tak sempat nak solat sebelum p skolah tadi. Bukan tak sempat, tapi aku yang melengahkan solat..aku nak siapkan 'mende' dulu, pastu p mandi kejap..hoho kebiasaan aku membazirkan air secara berhemah..mandi sekali lagi di tengah hari sebelum solat. Kluar toilet jek mak dah bising napa tak siap lagi...lepas tu abah plak keluar bilik..tanya aku p sekolah macam mana. Isshh mana tak angin, kan ke time lunch tadi aku dah minta abah hantar...tak ingat ke?? Kebetulan abah pun nak p meeting kol 3, so sekali jalan la. Geram-geramnye hal aku terus siap, ikotkan hati sangat wudu' aku jadi sia-sia.
Masuk class balik kol 3.30..dah solat, esemen pun dah hanta...senang hati aku. Sepanjang lecture aku dok wat keje lain :p jahatnya aku ni. Sapa soh dorang buat class time petang...aku penat...takleh nak pay attention maa.
Hmm tak da mood nak tulis dah...
9:23 PM
----------
Bangkitlah...!
Kita bangkit dari kegagalan
Kita belajar dari kekecewaan
Dan kita mesti mengerti dan memahami
Apa yang kita alami hari ini
Bukan bererti matinya semangat
Berkuburnya keyakinan begitu sahaja
Tapi dari rebahnya sekeping hati
Akan bangkit seorang insan
Mengangkat martabat maruahnya
Yakin akan dirinya
Mengulang kembali kekuatannya
Menggegar kembali jeritan dan laungannya
Dalam perjuangan ini
Penderitaan yang kita hadapi
Terletak kebahagiaan yang kita impikan
Semakin besar penderitaan yang kita alami
Semakin besar tingkat kebahagiaan yang kita dapat
Kerana yang jatuh dan rebah itu
Bukan tersungkur mati
Malah kehidupan yang berselimut kelesuan
Akan bertukar menjadi jaring-jaring
Perkasa menerkup kembali dunia baru
Dan pada masa itu
Kita adalah seorang insan
Yang paling bertuah di bumi ini
Tempat kaki berpijak dan bertunjang
Apa yang penting adalah kesabaran
Kesabaran dalam perjuangan
Mendapat sesuatu yang diimpikan
Tuhan jangan dilupakan
Sush dan senang berserah pada tuhan
Yakinlah akan kebesarannya
Kerana keperitan yang kita alami
Akan beroleh kebahagiaan yang tak disangka
Dan ianya menjadi
Satu corak dan simbol kejayaan diri sendiri
Suatu hari nanti...Insya Allah...
Aku terbaca kata-kata ni kat file member aku ari tu. sedap plak bila baca, so aku pun copy dari In. MOGA AKU KUAT!!!
7:27 PM
----------Wednesday, January 14, 2004
Apakah ini kesudahannya???
B, tadi aku borak dengan Abang. Kesian dia beberapa hari ni dia tak sehat...migrain. Mebe sebab Abang kesian kat aku, asyik call time dia tidur 2..3 hari ni so, malam ni dia tidur lambat sikit...menahan rasa sakit. Hari ni class aku pack sampai ke 8 malam. Sampai rumah dekat pukul 9. Bukan tudung, letak barang trus aku call Abang. Alhamdulillah dia tak tidur lagi..hehe :p Dapat borak dengan dia kejap. Abang suruh aku mandi n solat dulu..hehehe.. dekat pukul 10 call he balik.
Best dapat borak dengan dia, best dapat dengar suara dia...best dapat dengar dia nyanyi..hehehe..bahagia sekejap. Tapi B...Dia tak mahu ada commitment lagi. Dia nak bangun, nak bangkit dari kegagalan dulu. Dia tak nak jadi hamba abdi orang...itu yang dia cakap B.
'You jangan target I, I jahat. You tau macam mana hidup I sebelum nie. Berubah...it takes time...tapi bukan sekarang. I tak nak jadi hamba abdi orang, I nak senang dulu'
Sedey bila dengar Abang cakap macam tu bila aku sentuh pasal relationship kita orang tu B, walaupun aku dah jangka itu jawapan dia [aku prepared for the worst, B] aku menangis...nangis dalam hati. Aku tak bertanya secara serius dan dia tak bagi kata putus actually, juz cakap-cakap macam tu jek...ke aku yang tak paham? Aku sendiri putuskan dalam diam...aku dan dia hanya abang dan adik. Biarlah tergantung macam ni, biar aku sayang dia dalam diam. Mengharap?? Aku cuma berharap sangat dia akan berubah to be better than before. Aku tau tu yang dia inginkan, but dia tak nak force himself tuk lakukan perubahan tu. Aku sayang dia?? Yess...really luv him. Tapi sayang aku pada dia bukan sebab fizikal, rupa paras dia, bukan sebab harta benda dia..bukan juga sebab apa yang dia dah buat dengan aku. Aku sayang dia sebab aku nak dia berubah, aku yakin dia nak berubah dan akan berubah. That's it...itu sebabnya kenapa aku terlalu sayangkan dia. Tuhan maha berkuasa, dia yang maha menentukan segalanya. Aku sentiasa berdoa agar dia diberi kekuatan dan hidayah untuk berubah.
bila hati anda berdetik untuk berubah..
saat itulah, anda sedang mengangkat maruah diri..
cekalkan hati.
usah tunduk lagi.
pandang kehadapan.
bebaskan diri.
berusahalah mengangkat martabat anda kembali.
Tuhan pasti membantu ....
takutkan Tuhan, sayang...
Tuhan sayangkan kita...
moga-moga hati kita lapang.
Aku tak ingat mana aku copy quotes kat atas tu...hmm aku ni suka 'copy paste' sorii arr kalau ada yang marah.
11:22 PM
----------Saturday, January 10, 2004
New Life..
Start new life with a new chapter...dalam tempoh setahun lebih ni ntah berapakali aku dok kata macam nie...semuanya separuh jalan jek. But kali ni, aku harap new chapter yang aku mulakan semalam tu lebih bermakna n sunguh-sungguh. Sempena tahun baru yang dah menganjak setengah bulan nie...aku nak refresh balik new year resolutions aku...biar aku refreshkan jek la dalam kepala otak aku ni eh B..incik blog tak payah tau :p Kenapa nak tunggu sampai setengah bulan?? Orang dah mulakan azam baru..hidup baru masa new year ari tu..aku baru nak terhegeh-hegeh. Ehh..lantak p arr ngan dorang tu...ini diri aku, aku yang pandu n gagahkan diri sendiri tuk teruskan hidup dengan kuasa tuhan...bukan orang lain.But aku perlu pinjam kekuatan orang-orang sekeliling aku, aku masih perlukan guidence n penasihat dalam hidup aku...SENTIASA! supaya aku tak tersasar lagi..supaya aku tak terkulai lagi.
Ok mungkin before this aku dah start a new life, but aku masih lagi tak kuat....banyak menangis. Pantang dijentik air mata dah berbesen-besen. N aku masih lagi lemah bila diuji. But now...Alhamdulillah rasanya aku dah punya sedikit kekuatan yang dipinjamkan oleh-Nya. Itu doa aku everyday...everytime lepas solat. Aku bukan berpura-pura kuat, tapi terpaksa cekalkan hati aku tuk menjadi kuat...have to be strong...have to!! Aku dah terlalu lama manjakan diri aku dengan ikutkan kata orang, memenuhi setiap permintaan orang. Aku dah terlalu lama bersimpati pada bende yang tak sepatutnya dikasihani. Tapi kadangkala aku kalah juga, ini memang sifat semula jadi aku, suka memenuhi permintaan orang sebab aku tak sampai hati nak kecewakan orang. Biar aku sedeh, kecewa sakit hati...asalkan dorang tak benci aku. Aku rela dikongkong kembali, aku rela jadi katak bawah mangkuk kaca kristal yang bersinar dari terus tersasar macam ni. Biar hati sedeh sakit, asalkan aku tak terpesong lagi.
Setiap bende yang terjadi ada sebabnya, ada hikmahnya...dan aku terima segalanya as asam garam hidup aku. Rencah perjalanan hidup yang bakal menjadi sejarah diri aku di masa akan datang. Cerita hidup aku takda yang menariknya B...tapi aku terima sebab aku memang suka low profil...haha kelakarkan B. Aku tak suka orang tau pasal aku...dulu aku rasa hepi bila orang tak tau nama aku. Pelikkan B, hehe aku tak pernah sedeh pun bila orang tak tau nama aku..tapi tu dulu. Aku tak boleh terus macam tu kan... sebab aku diciptakan oleh-Nya dengan salah satu tujuan-Nya..bergaul n meramaikan umat, saling membantu antara manusia....bukan jadi kera sumbang.
Tempoh 2 tahun ni, banyak sejarah dah aku ciptakan...banyak cerita yang dah aku palitkan dalam rencah hidup aku. Kecewa, bahagia, sedih, keliru, derita, suka duka...semuanya ada. N aku rasa 2 tahun ni...2002, 2003 ni la yang aku betul-betul 'hidup bernyawa'. Sebab cerita-cerita dalam tahun-tahun ni lah yang paling banyak meninggalkan kesan dalam hidup aku.
2 tahun ni study aku down, kejap naik kejap turun. Kekadang aku rasa macam lif yang tersekat tengah jalan, pastu jatuh terhempas. Sepatutnya aku terus naik...pk pasal study..study...study jangan ingat bende lain. Tapi aku degil sebab nak bawak lagi satu teman sesama naik lif dengan aku. Aku bawak incik Wawan sama. Tapi tengah jalan dia jadi superman...terbang tinggalkan aku. Aku terpaku...jatuh terhempas dengan lif sekali. Time tu tempoh kejatuhan yang amat perit, aku lansung tak de peluang nak baiki lif tu. ..aku tak jumpa techniciannya...n Wawan sendiri enggan berkompromi dengan aku. Aku buat kesimpulan aku tak boleh naik lif dengan orang lelaki...tak boleh sama sekali.
Huh!! Tapi aku degil. Walau dah jelas kesimpulan yang aku buat tu...aku tetap nak cuba nasib lagi sekali. Aku bawa teman lain, incik BatmaN. Aku bawa dia sebab aku rasa dia mahukan perubahan dalam hidup dia masa tu. N he kata it takes time, ok aku terima dengan keyakinan yang dia akan berubah. Aku sentiasa berdoa dia akan berubah. Tapi aku yang leka sama, aku tak mainkan peranan...aku hanyut kejap dengan dia. Tuhan!! B, aku terukkan?? Aku nak dia jadi better than before, tapi aku tak tolong dia...aku tak ingatkan dia. Hmm aku bukan terus hanyut dengan dia, kekadang aku ingatkan dia...nasihatkan dia, secara lembut, perlahan-lahan aku bisik-bisik kat dia...aku tau dia dengar semua yang aku bisikkan tu. Aku tau dia dengar doa-doa aku tu...
Hmm bila study aku turun naik, pening-pening pale dengan karenah Abang, tambah lagi dengan relationship aku n Fada yang makin hambar...aku jadi tak menentu, hati aku tak tenang, otak aku suka fikir memacam. Fikirkan yang bebukan. Mereka-mereka kata aku suka besarkan bende yang kecik, meremehkan bende yang simple. Silap aku ke B?? Yes aku mengaku memang silap aku tu...suka merumitkan bende yang mudah, memikirkan sesuatu sampai menjejaskan konsentrasi aku. Tapi dorang tak paham B kenapa aku jadi macam tu. Aku dah la tak ramai kawan B, tak ramai manusia yang rapat dengan aku...n aku perlu sentiasa berada di samping seseorang. Aku perlu sentiasa berteman. Sebab aku perlu pinjam kekuatan dorang n keyakinan dorang tuk teruskan hidup ni. Aku kurang keyakinan diri B. Aku tak yakin dengan diri aku sendiri...so bila terjadi perubahan kecil dalam sesuatu relationship tu aku jadi takut. Aku takut hilang mereka-mereka ni...aku takut tak de tempat tuk aku pinjam kekuatan n keyakinan dorang tu. Aku tak nak kalah dengan diri aku sendiri B. Tapi aku terpaksa jugak alami semua tu. Aku terpaksa hilang bestfren, hilang kawan. Terpaksa belajar erti kehilangan....walaupun aku tak sanggup aku terpaksa terima semua ni B.
Aku hilang Fada. Pengajaran yang aku dapat, biarpun sekamcing mana hubungan antara aku n Fada, sebaik mana dia dengan aku...dia tak percayakan aku sepenuhnya. Kenapa eh B? Biarlah...hanya dia jek yang tau kenapa. Biar serapat mana pun 2 orang perempuan, bila terjadi sesuatu yang tak diduga...payah nak mesrakan balik relationship tu. Payah nak pulihkan balik keadaan macam sebelumnya. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan lelaki. Tak berbaloi. Memang tak berbaloi lansungkan B?? Tapi apa nak buat, terima jek la, hambar macam mana pun...aku dan dia masih lagi bertegur sapa. Cuma kadang-kadang aku tak mampu nak berdepan dengan dia, aku nak main hide n seek ngan dia. Sebab cara dia membuatkan aku rasa guilty walaupun dia menafikan...dia kata dia boleh terima n tak marah kat aku. Tapi cara dia berdepan dengan aku...aku terasa kelainannya.
Jay...hilang Jay sebab dia tak nak menunggu buah yang tak gugur-gugur. Tapi salah ke aku bila keadaan jadi macam tu. Dia tak pernah meluahkan hati dia kat aku. But dari cara dia layan aku. Aku tau dia suka aku. Hmm tapi Jay kata aku permainkan hati dia...bila masa??? Bila aku mainkan dia. Dia tak kata pun dia suka aku, takkan aku pulak nak tebalkan muka, ke tepikan maruah aku sebagai gadis pemalu (eh aku pemalu eh B?? :p) tanya kat dia..."awak, awak suka saya eh?? Awak nak saya eh?" nak kene tanya macam tu ke B?? Ok mebe dia fikir ni zaman millenium, its ok perempuan make a 1st step...tapi halooo...im not that type of gal hah!! Bab-bab macam tu, aku masih lagi 'kuno'. Lelaki yang harus make a 1st step, lelaki yang menentukan segalanya. Talak terletak kat tangan lelaki, lelaki yang memimpin n jaga perempuan. Itu pemikiran 'kuno' aku. Bodoh ke aku B?? Ntah la...
Aku hilang Fada, hilang Jay. Tapi aku ada Yul n Kay :-) dorang ni yang susah payah kene tadah telinga dengar keluhan aku pasal BatmaN n hidup aku. Kesian dorang. Dorang gak yang bersusah payah fikirkan masalah aku ni, kesian dorang...aku dah ganggu ketenteraman 'rumah tangga' dorang dengan perkara remeh aku ni. Masalah yang aku ciptakan sendiri. Tapi aku bersyukur sesangat kat DIA kerana menemukan aku dengan 2 orang insan ni...dorang ni yang banyak bantu aku. Yang tolong aku membaiki 'kerabunan' yang aku sengaja adakan, ketulian yang sengaja aku wujudkan...tapi percayalah apa yang dorang cakapkan selama ni...semuanya ada dalam kepala otak aku. Err tapi kalo nak soh 'play' balik apa yang dorang kata tu memang tak boleh arr...sebab aku bukannya tape-recorder :p. Aku tak buta, bukan sengaja nak membutakan mata...tapi aku sengaja merabunkan pandangan aku. Aku tak pekak, tapi aku saja-saja buat tak dengar..sebab aku nak kan feedback dari orang sekeliling aku, aku nak orang bebel kat aku. Aku nak yakinkan diri aku, apa yang aku fikirkan...yang terlintas atau tak kat kepala otak aku ni....memang betul. N aku nak kuat. Bebelan orang buat aku kuat..hehehe ;p walaupun aku nangis-nangis, diam jek tapi aku akan fikir balik lepas tu. Hahaha B, hang jangan meluat plak ngan aku...aku memang macam tu...orang bebel kat aku, nasihat aku..sure air mata aku meleleh berbesen-besen...sebab kata-kata dorang tu buatkan aku sedey. Hati aku ni mudah tersentuh bila dinasihati. Time kecik-kecik dulu aku selalu menangis bila Abah marah-marah nasihat adik-adik aku, sebab hati aku tersentuh...aku sedey bila dengar apa yang abah n mak katakan tu. Kelakarkan B, abah marah orang lain..aku yang menangis kekeke. Cembengnye aku ni!!! Tapi kadangkala aku ni degil pulak orangnya. Degil tak kene tempat..hahaha ;p kat B.
Aku ada Baiya, ada kak Lady..ada kak Yat gak. Kesian jugak kat dorang ni. Lebih-lebih lagi dengan baiya...hehe aritu dia kene dengar aku menangis pulak. Ape pun terima kasih kat mereka-mereka ni semua sebab sudi dengar apa yang aku luahkan, kesian kene tadah telinga, kene..perah otak fikir apa nak nasihat kat aku supaya aku tak kecik hati, supaya aku paham walaupun dorang bengang...kot :p. Terima kasih kerana sudi melayan 'adik' ni yang rapuh hatinya. Kepada mereka-mereka ni - Yul, Kay, Baiya, kak Lady n kak Yat...terima kasih kerana terima diri aku ni seadanya..[Dorang tak baca apa yang ko tulis ni la Yan. Diam la ko B! Dorang baca ke tak...biar la...suka aku la nak tulis apa kat ko ni :p]
Mak Abah, kekadang aku rasa dorang ni macam unfair dengan aku. Mebe sebab hanya aku n Zet jek daughters dorang, so 'dunia' aku dorang nak kawal sama. Tapi aku terasa sesangat bila dorang membezakan antara aku n Zet. Bukannye beza apa, tapi..cara dorang tangani masalah tu buatkan aku terasa n terbeban. Ok B, meh aku nak riak sikit ngan ko...aku as anak perempuan sulung n anak sulung keluarga Incik n Puan O ni, sure secara tak sengaja terdidik sifat mengalah, ringan tulang n tak berkira kan B? ekekek semua tu ada kat aku...aku rajin, aku suka mengalah..aku kesian mak penat-penat buat kerja rumah sesoang even tu memang tanggung jawab dia, tapi sebagai anak aku kene tolong kan B. Zet tak macam aku..hoho riak lagi. So bila dia macam tu, Mak ngan Abah suka soh aku buat itu ini, sebab aku akan buat n tak membantah...tak hentak itu hentak ini....err kekadang hentak-hentak tu ada la bila tensen sangat. Tapi bila dorang bebel itu ini, aku pun kene tempias sama. 'Kunun' aku seperangai dengan Zet. Apa ni?? Ok mebe sebab aku sensetip, so aku rasa dorang bebel kat aku sama. Tapi please arr be spesific skit...jangan gunakan kata-kata umum...tujukan jek semua tu kat Zet. Aku dah la sensetip....asyik nak 'perasan' jek plak tu..penat la asyik melayan hati n perasaan n menangis dalam hati jek.
Sekarang ni aku nak tumpukan pada pelajaran aku. Nak baiki pointer aku yang tak seberapa tu. Aku nak bzkan diri dengan supaya otak aku ni tak mudah nak menerawang jauh fikirkan bende-bende remeh. Lelaki?? Cukup la ada Abang...tu pun tak tau apa yang akan terjadi nanti. Ada atau tak jodoh dengan dia, biar tuhan yang menentukan.. Aku kene terus ke hadapan bina hidup baru...teruskan perjalanan baru yang aku corakkan ni.
Ya Allh, ku pohon pada-Mu berikanlah aku kekuatan tuk menghadapi ujian mu ini, kurniakan aku sedikit kekuatan tuk aku teruskan hidup ini. Permudahkanlah segala urusan ku. Ku pohon pada-Mu jua, kurniakanlah sifat sabar yang tak terhingga agar aku sabar dalam menghadapi ujian-Mu itu. Cekal dan tabahkan lah hati hambamu ini
1:07 AM
----------Friday, January 09, 2004
Kaulah Segalanya
Kau merubah segala
cinta yang ku dahaga
kehadiran diri mu menyinari
kesemua hati ku
kau lah segalanya
yang menyinari hidupku kasih
hanya satunya
yang ku cintai
hulur tangan mu kasih
sambut cintaku
jangan tinggalkan daku
seorang diri
tak sanggup lagi dilukai
maafkan daku
jika salahku
peristiwa yg pernah ku alami dulu
aku tahu betapa pahitmu
menerima sejarah hidupku
Aku masih mengharapkan sesuatu yang baik akan terjadi. Aku yakin dengan ketentuan-NYA...aku redha menerima dugaan-Mu ini....
Tuhan, tabahkan hati hambamu ini tuk menerima segala kemungkinan.
8:59 AM
----------Sunday, January 04, 2004
Test
hug from behind - you like to feel what the other
person is feeling and see things how they see
them. you tend to be serious and emotional.
What Sign of Affection Are You?
brought to you by Quizilla
Your Heart is Red
What Color is Your Heart?
brought to you by Quizilla
Nyeh!!! miss himm...
10:29 PM
----------
Bila rindu mencengkam...aku jadi tak menentu!!!
Dua tiga hari ni hati aku tak menentu. Aku jadi tak keruan. Terasa asyik nak menangis jek. Aku tak dapat contact Abang...hmm bukan tak dapat, tapi aku yang saja keraskan hati tak nak call dia. Abang bz...aku tau dia bz, banyak kerja..banyak project yang dia kene uruskan...outstation sana, outstation sini. Tapi payah ke nak call aku. Aku tak minta dia call aku everyday, cukuplah once a week. Tu pun Abang tak boleh buat ke??? Abang ni pentingkan kerja sangat...ok im not your priority yet...yess!! Yan admit tu...tapi beri Yan perhatian sikit. Yan tak minta Abang limpahkan Yan ngan duit ringgit Abang, Yan tak mintak Abang call Yan everyday...Yan tak minta Abang datang sini jumpa Yan every week. Yan cuma nak kasih sayang Abang, nak dengar suara Abang supaya hati Yan sentiasa tenang...payah ke buat tu semua Abang. Yan nak kan perhatian dari Abang..Yan nak sebahagian tempat Yan dihati Abang...nombo 2 dibawah mak Abang. Boleh tak Abang care kat Yan macam Abang carekan mak Abang????
Yan nak sangat dengar suara Abang...nak sangat dengar Abang nyanyi...rindu nak dengar Abang dodoikan tidur Yan...Abang tau tak Yan rindu kat Abang...rindu...rindu. Jangan buat Yan macam ni!!!! Yan tak tahan lagi dah. Yan dah fobia dengar pompuan digi tu cakap...asyik dia jek yang tolong jawabkan. Mana Abang p ni???? Ya Allah, berikanlah aku sedikit kesabaran tuk menghadapi situasi ini. Bantulah hambamu ini tuk mengharungi rindu ini..
Hmm aku emosional...memang emosional. Dah lama tak dengar suara dia. Abang bz!!! Yan paham.....
Hari ni mood aku tak berapa baik. Asyik nak marah jek rasanya. Nak bercakap pun malas. Mebe sebab hormon aku tak berapa betul sekarang ni, Abang pulak jadi mangsa dalam diam....aku kene cari cokelat!!!
4:58 PM
----------Friday, January 02, 2004
Bila hati diduga....
Class petang tadi aku masuk lambat 15 minit. Bukan sengaja nak lambat, terserempak ngan Yul n Wida kat lobi...borak-borak ngan dorang. Lecture petang tu memang bosan sikit....last week ramai gak budak yang cabut masa lecturer tu bagi break. Lecturer baru...experience mengajar tu tipis sangat...banyak aa..aaa. Aku, Wida n Yul sempat main 'binggo' 3 round. Lepas 30 minit habis satu lecture, break 10 minit sebelum sambuang lecture seterusnya. Kali ni aku n Yul amik peluang cabut sama. Dah berapa kali aku menguap...mengantuk sangat, tak sanggup nak tunggu 1 jam lagi.
P minum petang kat food court. Banyak borak-borak pasal future life, n projek yang bakal Abang dapat (Insya Allah, moga tuhan murahkan rezki dia), pasal company yang nak deal ngan Abang. Kalau itu rezki ketentuan tuhan untuk Abang...syukur Alhamdulillah, hmm aku tak sangka dapat bantu Abang macam ni.Tuhan, permudahkanlah segalanya...murahkanlah rezki dia....
Then borak pasal aku n Fada, rasa terkilan aku ngan apa yang dah jadi antara aku n Fada. Aku dah cuba sedaya upaya nak baiki balik friendship tu tapi Fada buat dingin. Mulut kata dapat terima, but perlakuan dia menafikan. N cara dia tu terus buatkan aku rasa bersalah sentiasa taip kali nampak dia. Tengah-tengah borak ngan Yul, tiba-tiba aku nampak kelibat Fada n In. Aku cuba nak buat tak nampak, tapi sampai bila aku nak terus mengelak dari dia. At last aku tegur si In, Fada nampak terperanjat. Masing-masing cuba to be natural...tapi tak boleh, nampak ketara sangat memasing cuba nak avoid memasing...tu kata si Yul. Perbualan antara aku n Fada...sikit n hambar, memasing kaku jadinya. Sedeh aku bila jadi macam ni. Yul dah sedia maklum ngan keadaan aku n Fada, aku ceritakan kat dia segalanya, tapi si In...aku tak tau la dia tau ke tidak apa yang sebenarnya terjadi ni. Tak pernah terfikir macam ni kesudahan friendship aku n Fada. Aku sangkakan kekal sampai masing-masing dah berkeluarga, rupanya tidak.Tuhan, jernihkanlah kembali kekeruhan antara akun Fada.
11:21 PM
----------
Semalam n hari ni
Hari ni aku bangun lambat sikit. Badan sakit-sakit n mood tak berapa ok. Tetiba lepas mandi aku terasa macam nak hentam bawa kereta Abah tu. Lepas juga bebarap round kat taman ni. Tapi aku tak berapa pandai nak kontrol lagi kereta tu...dah la kalau nak pusing amik lap banyak...kene pandai agak. Kereta lama mitsubishi tredia, dah beberapa kali aku terstuck kejap time nak masuk gear...berapa kali gak aku dok go head n gostan time nak park kereta tu balik. hahah lepas ni aku nak taram wira plak.. kekekek
Semalam aku balik lambat kat pukul 10.50 malam. Keluar dari tengah hari...balik malam adess. Tengah hari p jemputan kenduri kawen abang si Wan, lepas tu amik si Wida nak siapkan draft project yang nak kene hantar every week tu hari ni. Sebelum lepak kat Masjid MITC tuk buat project, p tengok rumahh-rumah kat area Pertam Jaya. Hmm perancangan nak beli rumah n buat investment after 'grad' nanti heheh!!. Dok kat masjid MITC tu dari pukul 3 lebih sampai ke maghrib, lepas jemaah magrib n draft project pun alhamdulillah siap...p dinner kat Mekdi Ayer Keroh pulak. Aku n Yul ada sistem belanja....means buat rotation antara aku n dia...sapa yang akan bayar duit makan. semalam giliran Yul, so next time turn aku pulak. Wida tak mo beli, so dia pau bahagian aku n Yul...ampeh!!! Sebelum balik sempat lagi si Yul ajar balik drive kereta kat area Ayer Keroh tu..hahah tu la pasal agaknya ari ni aku gian plak nak drive lagi....
Tetiba semalam si Yul minta address opis Abang n hp number sekali. Memula aku ingatkan dia nak spy on Abang ( hoho tunang Yul...Mr. Kay tu bahaya woo, penasihat undang-undang. Dia penah anta orang tuk trace Abang ) rupa-rupanya member si Kay nak cari company yang bleh buat project sesame...Hmm kalau Abang dapat project tu Alhamdulillah la. Hmm aku dah lama tak call Abang...dia pun tak call Aku...bz la tu kot :-(
Ok nak p mandi....class after dis!!!
2:09 PM
----------Thursday, January 01, 2004
Warkah hati
Aku banyak cerita pasal Abang @ BatmaN dalam blog aku ni. Kesian ko B...ko kene simpan semua cerita pasal aku dan Abang. Mebe ko pun dah jemu jelak...asyik-asyik Abang. Hahah atapi ko tak boleh buat apa-apa B, sebab ko bisu, pekak...ko nothing. Err kejam ke aku cakap macam ni ah B...ampun!!
Ko baikkan B..hmm terpaksa jadi baik kekeke. Aku tau ko takkan takkan maki hamun aku, takkan caci aku bila aku cerita pasal feeling aku about him. Ko takkan tarik muka masam, tunjuk muka bosan, takkan mengeluh bila aku asyik cerit apasal Abang. Sebab blog ni bodoh n mati. Blog ni pun takkan bersuara sikit pun bila aku story pasal Abang. Blog ni takkan melenting bila geram kat Abang.
Biar aku mengadu kat blog aku yang bisu ni. Biar aku mengadu kat tuhan juga...itu yang lebih baik. Aku dah kesian kat mereka-mereka asyik dengar pasal Abang. Ala kat sini apa kurangnye kan B....orang boleh baca. Hmm lantak la dorang nak baca...baca la...tak nak baca close window blog aku ni, pastu p arr surf kat site lain...senang kan.
Meh sini ko B, aku nak tulis surat kat Abang ni. Meh tolong aku dengar dulu eh B...valid ke tak surat aku ni..heheh. Hmm ini surat hati aku untuk Abang...my BatmaN..
----------------------
Abang nak Yan terima diri Abang sepenuhnya, yes Yan terima Abang...kekurangan kelebihan dan Yan really hope Abang berubah. Yan memang nak Abang berubah. Tapi bukan Yan yang tak dapat terima Abang...Abang yang tak dapat terima Yan. Abang yang tak nak adapt diri Abang dengan Yan. Yan dah cuba penuhi permintaan Abang, adapt myself with you...pada apa yang Abang suka. Tapi Abang pentingkan diri sendiri, selfish. Abang tak pernah fikirkan perasaan Yan. Yan tau Abang tau....Yan really luv Abang, tapi Abang butakan mata hati Abang tu.
Kenapa Abang buat Yan macam ni??? Kalau Abang tak nak berubah, tak nak adaptkan diri Abang dengan Yan...jangan dijentik hati Yan ni dulu, jangan diusik hati Yan ni dulu. Jangan janji dengan Yan yang Abang will be my man now n forever, jangan janji dengan Yan yang Abang takkan kecewakan Yan, jangan janji dengan Yan yang Abang akan berubah. Kalau Abang nak buat Yan macam ni, jangan janji macam-macam dengan Yan!!! Kerana Abang, Yan jauhkan diri dari lelaki yang ada hati dengan Yan, [aku perasan?? Tak pe] kerana Abang, Yan jadi buta dengan lelaki lain. Hati Yan hanya untuk Abang. Hmm..Yan tak salahkan Abang bila yan jadi 'buta', sebab itu memang diri Yan. Sejak dari zaman bermain cinta dengan incik Wawan lagi Yan dah memang macam ni. Itulah kelemahan Yan yang paling besar.
Yan tak nak gaduh dengan Abang, sebab Yan sendiri tak suka bergaduh n yang paling penting Yan tak nak menangis. Tak nak gunakan air mata sebagai senjata. Yan tau Abang tak suka tu...tapi bila Abang buat Yan macam ni...dah banyak Yan menangis...
Sebab Abang...Yan pekakkan telinga, sebab Abang...Yan dah susahkan orang lain, sebab Abang...Yan dah membebankan orang lain. Kesian kat dorang bila dorang terpaksa dengar cerita Yan pasal Abang. Tak pasal-pasal dorang geram dengan Abang, tak pasal-pasal dorang kene fikirkan penyelesaian, tak pasal-pasal dorang kene nasihatkan Yan...kesian dorang bang. Nasib baik Yan ada Yul n Ril, kak lady, kak Lil...ada Baiya yang sudi dengar keluhan Yan pasal Abang. Mebe dorang bosan bila asyik cerita pasal Abang jek...kesian kan. Tapi Abang tak kesiankan Yan pun...
Abang, Yan ni jenis perempuan yang taksub pada cinta, Yan akan buat apa saja tuk orang yang Yan sayang...Yan terima orang tu seadanya. Macam Yan terima Abang....Yan boleh terima Abang seadanya. Tapi Yan sedey bila ada orang ingat Yan terima Abang kerana paras rupa Abang, kerana kesenangan Abang. Orang pertikaikan kenapa Yan terima Abang sedangkan Yan tau kisah hidup Abang sebelum ni. Abang pun mebe ingat macam tu jugak kan?? Yan terima Abang sebab Yan tau Abang nak berubah. That's why masa Abang approach Yan, Abang cerita about your passed life...Abang jujur dengan Yan, Abang nak Yan tau diri Abang yang sebenarnya macam mana kan?? Yan terima Abang sebab Abang sungguh-sungguh nak kan Yan masa tu, kita sama-sama ambil risiko menerima diri masing-masing sedangkan kita saling tak kenal. Salah ke kita ambil risiko tu bang??
Salah ke bila Yan sayangkan Abang kerana yakin Abang nak berubah dan akan berubah?? Sedey bila orang yang kenal Abang....cela Abang, kutuk-kutuk Abang, bagi negetive feedback pasal Abang...tapi dorang tak nak tegur Abang, tak nak ingatkan Abang. So salah ke Yan mainkan peranan yang tak seberapa ni untuk mengingatkan Abang...menegur Abang...salah ke Yan mencuba, walaupun hasil dia sikit atau tak berbaloi lansung. Yan kat sini untung ada 'kawan' yang sentiasa ambil berat pasal Yan. Tapi Abang...Yan tak tau macam mana, Yan tak tau siapa yang betul-betul 'kawan' Abang, siapa yang betul-betul care kan Abang. Yan tak nak Abang terus hanyut macam tu. Sedey bila tiap kali teringat masa Abang +en+i+a+ hari tu...hati Abang tak tenang. Abang pun mengaku tu kan....tapi kenapa Abang tak nak berubah, kenapa tak nak paksa diri tu???
Orang boleh cakap macam-macam kenapa Yan terima Abang dulu, orang boleh pertikaikan kenapa Yan buat macam tu. Dorang boleh judge sesuka hati dorang, tapi dorang tak boleh baca isi hati Yan, dorang tak boleh baca apa yang Yan fikirkan...dorang cuma boleh buat andaian sendiri jek....judge sesuka hati. Tuhan tu maha kaya, DIA yang lebih mengetahui apa yang tersirat kat hati Yan ni, DIA yang lebih tahu apa yang Yan fikirkan, Dia yang lebih tahu kenapa Yan terima Abang dulu...
Tapi sekarang ni apa yang Yan dapat?? Orang kata nothiing!!! Tapi dengan Abang la, Yan makin kenal diri Yan, makin tau kelemahan diri. Kerana Abang, Yan tau siapa kawan, siapa ikhlas n tak. Dan kerana Abang juga Yan terpaksa belajar jadi kuat n buat langkah baru dalam hidup Yan.
Dalam satu keadaan Yan pernah terlalu mengharap pada Abang, yakin itu kehendak-Nya. Tapi mungkin juga itu hanya ujian dari DIA...Yan redha. Ada atau tak jodoh Yan dengan Abang, biar DIA yang menentukan.
Apepun Abang, terima kasih sebab sayang Yan ikhlas. Terima kasih sebab layan Yan macam puteri. Terima kasih sebab pernah buat Yan bahagia n gembira bila dengan Abang.
--------
incik B, mebe lepas ni pun hang takkan simpan cerita pasal Abang lagi :)...ko suka kan??? Hehehe... err tapi kalo ada rindu aku pada dia, tak salahkan aku luahkan kat ko..
3:08 AM
----------
Tahun Baru....semangat Baru
Hari ni aku nak mulakan banyak perkara baru dalam hidup aku. Bukan nak buat perubahan mendadak...cuma nak perbaiki mana yang patut untuk kebahagiaan n kesenangan masa depan aku yang melibatkan semua orang. Aku cuba buangkan mana-mana perangai aku yang kurang elok. Hmm kebanyakkannya dah ok, ada sebahagianya aku dah dapat ubah sejak tahun lepas lagi...alhamdulillah.
Bukan senang aku nak tinggalkan segala kenangan 2003 ni, tahun yang paling banyak peristiwa yang tak terduga berlaku dalam hidup aku. Tahun yang banyak mengajar aku erti kesabaran, persahabatan nkejujuran. 2003 banyak mengajar aku erti kasih sayang n kesetiaan, dalam kepayahan aku terpaksa belajar menerima n melepaskan beberapa insan dalam hidup aku. Terputus sudah persahabatan n kasih sayang, aku tak sangka aku terpaksa menghancurkan perasaan orang.
Pahit manis 2003 buatkan aku sedar, banyak perkara yang aku kene hadapi masa akan datang ni. Banyak bende yang aku kene fikirkan. Dan aku mula belajar memahami tak semua perkara yang terjadi adalah kerana kesilapan kita sendiri...tapi telah ditakdirkan begitu....
1:52 AM
----------
OBSESSION
CREDITS
host: Blogger & Blogspot
concept: Kimberly
base code: Drogue Designs
pictures: Foto Decadent