Saturday, February 28, 2004
Tawakal.....
B, dorang tak paham B....aku pun tak faham B.
Dorang pening...aku pun sama pening.
Dorang soh aku angkat kaki....
tapi hati aku yang tak nak B
sebab hati aku ni masih lagi ada keyakinan tu B
masih ada lagi rindu itu B
Apa harus aku buat B...
berdoa!!!...yaaa aku sedang berusaha dengan doa
sebab aku dah tak tau nak buat apa....
itu yang dorang tak nampak B
dorang kata aku membabi buta sayangkan dia
membabi buta kasihkan dia
salah ke aku B???
berdosa ke aku sayang dia B???
aku ni manusia...manusia yang punya hati dan perasaan
hati tak pernah menipu diri kita kan B...
Ok...aku mengaku aku pernah terfikir nak angkat kaki
tapi entah kenapa ingatan aku makin kuat pada dia
kasih aku makin dalam pada dia
keyakinan aku makin kuat
bila aku teringatkan dia...aku berdoa
bila rindu itu datang..aku berdoa
ini semua datang dari-Nya ke B???
DIA mahu aku terus mendoakan dia ke B???
Aku redha B, kalau segala usaha aku itu berbaloi
tapi dia memang tidak ditakdirkan untuk aku...
aku pasrah...redha..
kerana doa beserta kasih sayang aku itu...dia berubah
Andai dia sememangnya untuk aku....
aku pasti bahagia kan B....insya allah
Bukankah tuhan maha mengetahui segalanya
Keinginan aku cuma satu B..
aku mahu bersama dia
mahu bersama susah senang dia
mahu menjadi tulang belakang dia
aku mahu bersama dia sepanjang hayat
aku mahu merasa kasih sayang dia
mahu bermanja dengan dia
secara halal B
heh!!! tadi kata satu jek...ni dah berjela pulak!!!
ok memang banyak B...
banyak yang aku nak buat dengan dia
banyak yang aku nak lalui dengan dia
Tapi tuhan akan makbulkan niat aku tu ke B...???
Aku yakin dia akan berubah B...
Aku yakin dia untuk aku B
aku tak tau kenapa keyakinan aku begitu sekali
aku dah cuba buangkan keyakinan tu B
tapi tak boleh jugak
aku dah minta bantuan padaNya B
tapi ini jugak yang aku rasakan...
sampai sekarang ni...saat ini
sakit B....bila ada rasa semacam ini
tapi hanya indah kabar dari rupa...
sakit sangat B...
B....ini ke yang harus aku lalui B????
sebelum aku mengecap bahagia....
Bahagia atau sebaliknya????
mana-mana pun yang berlaku...
aku terima....redha B
Sejak dari mula B,
aku tahu ada sesuatu akan terjadi antara aku dan dia
aku rasa aku akan hidup bersama dia B..
semua tu perasaan semata-mata ke B
Sejak aku dapat sesuatu dariNya
keyakinan aku makin kuat B
aku tak pernah ragu dengan dia
tambah lagi dalam keadaan macam ni
kenapa eh B???
kalau dengan Wawan dulu....
aku boleh rasa perubahan dia
aku boleh rasa dia ada perempuan lain
tapi kenapa sekarang ni aku tak de rasa macam tu
rasa syak pun tak de..
Semua ni permainan syaitan ke B???
Sedey memang sedey B
bila keadaan yang kita harapkan sekarang ni
tak sama dengan apa yang kita mahukan
Hati ni macam dimiliki...tapi terasa sunyi
penat B main dengan teka-teki
B, kawan aku suruh aku sabar B
kawan aku tu tak paksa aku tarik diri atau menunggu
katanya semua tu terpulang pada aku
kalau aku yakin dengan apa yang aku buat
teruskan...peduli apa orang nak kata
tapi katanya aku harus belajar terima kenyataan
aku harus redha bila ada jawapannya nanti
jangan risau kawan...aku memang sudah belajar menerima kenyatan
cuma sedang menunggu jawapannya sahaja
Ko jangan banyak soal B....
nanti ko pening dengan jawapan aku
makin ko tak faham dengan situasi aku
Aku sendiri tak faham B!!!
5:48 PM
----------
Tadi aku dengar lagu nasyid...tak ingat pulak apa tajuknya...jiwang. Buatkan aku terjiwang sama...buatkan aku teringat kat Abang. Makin rindu jadinya. Semalam kalau tak silap aku Ril balik ke Kuala Lumpur semula. Dia lupa ke aku nak minta tolong dia sampaikan barang pada Abang. Atau Ril belum balik lagi??? Aku dah hantar message kat Ril, ingatkan dia pasal barang yang aku nak bagi kat Abang tu...tapi tak de reply pun. Tak apalah, mungkin dia lupa...atau ada hal yang lebih penting. Nanti aku usahakan sendiri tuk sampaikan barang tu pada Abang. Mungkin April nanti aku usahakan tuk bertemu dengan Abang.
Ishhh!!! kenapa pagi-pagi macam ni pasang lagu jiwang. Dejay tu tengah bercinta kee???? Nak tutup radio malas...lagi pun dah jadi kebiasaan mak bukak radio pepagi hari :-(
6:54 AM
----------Friday, February 27, 2004
Kisah semalam.....
Alhamdulillah perjalanan ke Hospital Selayang semalam semacam dipermudahkanNya. Syukur Alhamdulillah. Aku dan Yul hampir terlepas bas ke Kuala Lumpur jam 7 pagi. Gara-gara lambat bersiap. Nasib baik pemandu bas tu nak berhenti masa aku bagi isyarat tangan. Aku sendiri tak perasan bila tangan aku naik. Masuk jek dalam bas co-driver dah membebel. Aku n Yul buat muka selamba, terus cari tempat duduk. Lepas penat lelah, baru Yul perasan handset dia tinggal dalam kereta, purse tinggal kat rumah. Handset aku jadi penghubung antara dia n Kay :-)
9 pagi dah sampai, adusss sesaknya. Kalau aku tiap-tiap pagi macam tu...mau rasanya selalu sakit, tensen..macam Abang kot :p Hmm Abang selalu tak sihat, wonder plak kenapa dia macam tu. Takut dia ada sakit pape plak nanti. Nak suh dia buat full chek-up. Lepas dari tol Sungai Besi nak sampaikan ke Pudu tu terasa macam lama sangat. Driver bas potong ikut jalan lain, jalan yang aku tak familiar...tapi semuanya sesak gak. lebih kurang 9.30 sampai Pudu. 10 lebih sampai Hospital Selayang, breakfast dulu.
Semalam semuanya macam senang jek, masa kat hospital tu. Pak Guard tak banyak karenah. Even masa tu bukan waktu melawat...cakap-cakap sikit. Dia lepaskan masuk. Terus naik tingkat 5, masuk bahagian CCU. Dari jauh dah nampak someone yang mukanya memang ada iras Yiel, seiras sangat...adik lelaki dia. But aku ignorekan dulu, n tolak pintu masuk wad CCU...Yul ikut aku dari belakang. Nurse sekat tengah jalan. Masa melawat jam 1-2 petang, jadi tak boleh nak masuk tengok Yiel...lagi pun doktor tengah rawat dia masa tu. Yul banyak tanya kat nurse tu pasal condition Yiel. Keluar dari wad tu, terus sapa lelaki tu...nasib baik betul adik Yiel, Boy. Rupanya pagi tu Yiel dah tenat....koma, dan dah mula bergantung pada mesin. Kata Boy, doktor tengah berikhtiar...tapi kene berserah dan tunggu masa. Rasa sebak sangat bila dengar dia kata 'tunggu masa' tu...sedih nak berhadapan dengan satu lagi kehilangan. Yeil hidap SLE
Tak lama tu, Hez datang. Aku rasa dia baru balik dari surau sebab dia pegang surah Yasin, rambut depan dia basah. Muka Hez merah, hidung merah...mata merah..kesan menangis. Bahagianya kawan aku tu. Dengan rasa cinta dan kasih sayang yang mendalam, Hez ada di sisi Yiel di saat-saat kritikal macam tu...mendoakan kesejahteraan Yiel, minta sesuatu dariNya untuk seorang gadis yang dicintainya....untung Yiel. Aku tiba-tiba terasa cemburu, Hez menangis kerana Yiel. Sentiasa bersama Yiel sejak hari pertama Yiel masuk hospital isnin lepas. Bahagianya. Hez cuba berlagak tenang, walaupun ada riak kerisauan di wajahnya. Air mata cuba dikawal kala menceritakan keadaan Yiel, melayan soalan aku n Yul. Dia lelaki tabah.
Sementara menunggu masa melawat jam 1 tengah hari. Aku, Yul n Kay melawat mak Yiel di tingkat berlainan. Makcik Sal, masuk sehari selepas Yiel dimasukkan ke hospital. Sedih juga tengok keadaan makcik, dalam keadaan sakitnya dia cuba menerima hakikat keadaan anaknya...sama ada anak itu sembuh atau sebaliknya. 12 lebih, Ozi n Sya datang....tu pun lepas bersusah soal jawab dengan Pak Guard. Afi n Siti pun ada sama, tapi tak dapat naik..terpaksa tunggu masa melawat juga. Lebih kurang 20 minit sebelum pukul 1, Hez tiba-tiba kejang satu badan. Sedih pulak tengok keadaan dia. Mungkin sebab risaukan Yiel, kurang makan n rasa takut kehilangan dia jadi begitu. Hez masuk emergency room....selanjutnya aku tak tahu.
Aku n Yul masuk berdua melawat Yiel. Sedih tengok keadaan Yiel. Badanya susut,berselirat wayar kat badan dia. Menangis aku tengok keadaan dia. Tak sangka kawan yang dulunya sihat, belajar bersama, bertikam lidah....terlantar, koma. Aku n Yul masuk sekejap jek, ramai yang menunggu giliran kat luar wad tu. Ramai jugak yang datang ziarah Yiel semalam. Sedih bila teringat mak Yiel kata 'Kalau Lia sedar, mesti dia suka tengok ramai kawan dia datang'. Ya, Yeil patut rasa bahagia n hepi...kerana punya keluarga yang penyayang dan tabah, punya kekasih yang sentiada ada di sisi dia...menangis untuknya, punya kenalan yang ramai datang melawat. Bahagian masing-masingkan B...
Jam 2 bertolak, cari kedai makan. Makan kat mana ntah. Banyak juga ambil lauk...buat makan berhidang, hampir penuh meja. Lepas tu gerak p KLCC sampai sana dalam 3.30. Wah!!! rekod yang bagus. Aku ke KLCC 2 hari berturut-turut...dari melaka. Target pertama aku Kinokuniya...nak belikan buku yang aku tengok kelmarin tu untuk Abang. Puas dapat beli 'The Millionaire In Me' n 'Millionaires Are From A Different Planet!' by Azizi Ali. Pukul 5 bertolak balik. Dari KLCC nak ke tol Sungai besi makan masa 1 jam, sesak yang amat...hmm peek hour, orang balik keje. Lepas tol Sungai Besi jek Kay pecut giler. Aku rasa macam naik F1 plak. Meter naik....170, 190 main lampu minta kenderaan depan ke kiri. Berdesup. Kejarkan masa nak sampai melaka sebelum pukul 7.30...Yul ada test rupanya malam semalam. Huh!!! berani dia kamikaze. 7.10 sampai melaka...ishh!!!
11.30 mlm aku call Kay, minta pandangan dia pasal aku n Abang, n minta dia sampaikan barang pada Abang. Banyak yang Kay katakan semalam...banyak nasihat. Aku terima semua tu dengan hati terbuka. Memang ada yang dia cakap tu sama dengan apa yang aku fikirkan. Semuanya bergantung pada aku sekarang ni, sama ada nak teruskan atau quit. But aku pilih untuk teruskan apa yang aku rasa betul, berpegang pada keyakinan dan doa. Andai penghujungnya tidak seperti apa yang aku harapkan aku harus terima dengan redha dan tabah kata Kay. Yup....aku sedang belajar menerima semua itu :-)
Aku minta bantuan Kay, sampaikan barang-barang yang aku belikan tuk Abang. Huh!!! bila aku calculate semuanya hampir cecah rm 450 ringgit. Mungkin ko rasa tak berbaloi B, tapi aku puas n tak kesah. Aku beli semua tu sebab tak nak ralat dengan apa yang aku rasa, aku mudah ingat dia...so aku tak nak rasa hampa terkilan bila tak dapat belikan sesuatu yang mengingatkan aku pada dia. Ada 3 jenis barang semuanya. Jam yang aku belikan masa 12 Nov 2003, bulan puasa lepas...beli sebab aku teringat dia masih gunakan jam yang cerminya dah retak n lagi pun masa besday dia aku tak bagi apa-apa pun...dah la aku orang yang last wish dia. Baju hitam bercorak, beli kat Langkawi masa awal bulan Disember lepas. N 2 biji buku yang aku beli kat Kinokuniya semalam. Aku tulis kata-kata peransang kat dua-dua buku tu. Aku harap semua tu selamat sampai kat tangan dia nanti, harap juga dia terima tu semua.
Kay tahu rupanya aku ke Kuala Lumpur kelmarin. Hehehe...tapi aku tak terperanjat, sebab aku tahu orang macam dia dengan kerjaya semacam tu tentu punya banyak 'kaki' , banyak kenalan. Katanya kawan dia yang datang masa majlis pertunangan dia yang call dia bertanyakan pasal aku..orang tu nampak aku kat mana ntah. Kata Kay dia nak dengar pengakuan dari aku jek...hehe
Malam semalam ada orang datang 'pulih' rumah B. pukul 1.45 pagi baru orang tu balik...lepas selesai sesi soal jawab. Heheh macam ada sesi ceramah plak lepas dia 'pulih' rumah.
11:12 AM
----------Wednesday, February 25, 2004
Akur...
Barangkali rabu ni aku akan ke Kl. Aku sudah maklum pada Abang menerusi sms memandangkan call aku yang tak berjawab tadi. Andai diizinkan tuhan...akan terjadilah pertemuan aku dengan Abang. Aku rindu sangat kat Abang B. Tapi kalau tiada pertemuan itu....aku akur. Bermakna Aku dan Abang belum cukup 'kuat' tuk bertemu..... Doakan aku ya B. Doakan aku tabah dan kuat. --- kopi pes dari entry isnin lepas.
Sedey memang sedey B. Tapi aku kene akurkan. Aku dan Abang belum cukup 'kuat' tuk bertemu.....
Tuhan maha mengetahui segalanya...
Barangkali di masa akan datang, akan diizinkan jua pertemuan itu olehNya...sabar menanti
~~ kuatkan dirimu ya wahai hati!!!
9:50 PM
----------
Semalam...Hari ini...dan Esok
Semalam...
Berlaku sesuatu yang tak diduga. Sudah melampau yang amat sangat!!! Hidup zaman teknologi serba maju, moden macam ni masih ada lagi orang menuntut ilmu hitam. Menggunakan kuasa yang entah apa-apa itu untuk membalas rasa amarah. Kesian Makcik +L+ yang menjadi mangsa, memang sudah dijangka itu angkara dia. Selama ni perkara tu didiamkan saja bila ada penduduk yang terkena gangguan kecil, bersangka baik semua tu terjadi secara tak sengaja....kata-kata yang hanya menyedapkan hati saja. Semalam sudah sampai ke puncaknya. Pelik, kita tak kacau dia...dia kacau kita pulak. Kita diamkan dia naik minyak. Pasangan itu harus dihalau keluar. Kuat sungguh ilmu mereka. Selama ni hanya bininya saja yang diketahui punyai ilmu itu. Rupa-rupanya sang suami pun turut sama. Heh!!! apa untungnya bila pelajari ilmu yang salah semacam itu....
Hari ini...
- 10.30 sudah berada di Pudu. Jam 11 berangkat ke KLCC dengan Lrt Putra. Cuba call dia, tak berangkat....ok dia tidur mati. Tinggalkan message 'Yan call dari putra lrt stesen tadi. nk p klcc jap lagi. miskal nanti'
- Dalam lrt sempat berkenalan dengan sorang mamat air force. Dia turun kat Wangsa Maju, ada latihan menembak...(kalau tak silap aku la). Rupanya dia juga punya kawan kat sekolah aku. Kawannya itu sudah jadi tutor di sana. Memang kaw-kaw kepala otak incik tutor tu kata mamat air force tu. Aku kenal orangya bila mamat air force tu sebut nama incik tutor, hmm dengar cerita dari member pun memang mengiyakan apa yang mamat air force tu kata. Terasa macam mudah pula aku berikan nombor handset dan nama aku pada mamat air force. Ishh!!! terukkan aku ni B!!!
- Sampai KLCC, terus p Kinokuniya. Kekunun nak cari sebijik buku programming yang aku dah aim. Alasan jek tu. Aku pun tak tau apa tujuan sebenar aku p book store tu. Wah-wah-wah...mahal bangat harganya. Haha...aku datang nak tengok aje bukannya nak beli...so tengok-tengok jek la. Tiba-tiba ternampak buku Jutawan dari Jupiter, lantas teringat kat impian Abang. Aku cari buku tu dalam englishnye edition...ntah kenapa aku rasa Abang suka baca buku dalam bahasa tu. Wah jumpa...ada 2 buku dari pengarang yang sama The Millionaire in Me n Millionaires Are From A Different Planet!, rm 35 sebuah. Tak jadi nak beli, sebab terasa takkan dapat jumpa Abang hari ni. Tekaan aku benar belaka!!! :-(
- Jam 12.30 call dia lagi. Sah dia belum sihat sepenuhnya. Aku yang degil mengharapkan keajaiban bakal berlaku, semalam dah tahu dia perlukan rehat yang banyak atas nasihat sang doktor. Demamnya pun belum kebah lagi, tak larat nak bangun. Aku banyak diam, cover rasa nak menangis, air mata dah bergenang...berlumba-lumba pulak nak turun. Dia cepat-cepat end kan call. Aku tahu dia tak nak dengar aku menangis. Hahaha...aku cepat-cepat cari 'spek itam' lepas tu...dapat la sebijik kaler brown-brownnye, boleh la cover genangan air mata tu dari pandangan orang :p
- Pusing-pusing satu KLCC, rasa macam sesat pun ada gak. Bila dah masuk satu kedai, keluar...dah tak tau nak sambung ke mana...kiri ke kanan. Aku rasa adala aku lalu lalang kat area yang sama tanpa aku sedari...hahahah...nampak sangat jalan macam orang desperate. Sempat beli 4 ketul brooch ngan headband.
- Tolak balik jam 4.30. Sampai tol Sungai Besi, aku pakai spek baru beli tu....sedey. Sampai Melaka turun kat hospital. Dapat call dari Yul. Diskat kat divider tengah jalan....tak tau nak lintas kat seberang...n balik umah, atau lintas balik kat tmpt turun bas tadi...tunggu Yul. Kat 15 minit gak aku melanguk kat tengah jalan tu.
Esok
Bakal ambil bas jam 7 ke Kuala Lumpur lagi. Nak ziarah kawan aku si Yeil yang masuk CCU kat hospital Selayang. Dia dah koma sejak Sabtu lepas. Aku baru tahu dari Yul...tu yang dapat call dari dia masa turun dari bas trans tu.
--- mata dah penat, nak tdur cepat!!! ---
~~ Heh B, hari ni lah pertama kali aku ke Kl...tuk tahun 2004, pergi tanpa pengetahuan parents n sesiapa pun. Awal pagi lagi aku sudah message Yul kata aku takkan ke sekolah hari ni. Petang tadi Yul tanya aku p mana. Aku belum jawab dia sudah keluarkan jawapan sendiri. Aku mengiyakan jek. Dia tanya aku jalan-jalan mana....dia gak yang keluarkan jawapan n aku mengiyakan jek. Bagus, dia tak terfikir aku sudah merayap di KLCC. Isshh!!! Nakal lagi aku ni kan B!!!~~
9:32 PM
----------Monday, February 23, 2004
Tabah
Tengah hari semalam lepas solat zohor aku call Abang. Dia cakap tak berapa jelas, aku cuma dapat mengagak apa yang dia cakapkan jek. Abang tak berapa sihat. Dia sakit, sakit kepala yang amat dan tak boleh bangun. Nampak macam kuat saja sakitnya. Aku sedih sebab aku tak dapat tolong dia. Aku tak dapat bantu dia dikala dia sakit begitu. Aku cuma mampu berdoa dia kuat dan cepat sembuh.
Malam semalam aku call Abang lagi. Tak berangkat. Pukul 3 lebih tadi pun aku call lagi. Tak berangkat jugak. Abang tak sihat!!! itu fikir ku. Abang memang macam tu, kalau sakit, tidur...memang tidur mati. Kadangkala aku pelik, macam mana kebalnya telinga Abangnya...sanggup dengar dendangan muzik dari hansdet dia tu. Memang dia tidur mati, aku tau tu. Teruk Abang tu kan B :p
B, kadangkala aku pelik B. Sibuk sangatkah Abang sampai tiada masa tuk call aku apatah lagi nak bersms dengan aku. Tiada masa ke untuk reply call dan message aku B. Apakah aku tidak faham dengan klu-klu yang dia hulurkan tu B. Atau dia sememangnya begitu. Abang hanya fikirkan kerjaya dan diri dia semata-mata jek ke B. Atau 'spark of luv' tu dah hilang B??? Apa sebenarnya yang terjadi ni B?
Bila aku kata aku mahu dia kerap sedikit call aku, dia kata oo...nak lelaki yang care eh, p cari lelaki lain. Semudah itu ke B?? Bila aku tanya, Abang tak sayang Yan lagi eh...katanya suka hati la you nak fikir apa, nak kata apa. Bila aku minta diikat katanya you jangan target i, i jahat...you tahu hidup i macam mana sebelum ni.
Bila aku lama menghilang dia tanya 'mana hilang? kenapa lama tak call?... B, siapa sebenarnya aku ni pada dia B. Masih adakah cintanya untuk ku itu. Masih ada lagi ke keyakinan dia terhadap ku itu B? Dia masih inginkan aku menemani hidupnya nanti ke B?? Apa sebenarnya ni B.
Tak apalah kalau ini yang aku terpaksa tempuhi buat masa ni. Asalkan aku masih punya keinginan tuk mendoakan dia dengan kasih sayang dan cinta aku ni. Aku really luv him B. Keyakinan aku pada dia tak pernah kurang B. Selagi aku masih punya rasa percaya, yakin cinta dan sayang....bermakna Tuhan masih mengizinkan aku untuk terus berpegang pada segala rasa tu B. Itu doa aku padaNya, minta diberi kekuatan dan izinkan aku terus berpegang pada segala rasa itu andai itu yang disuratkan untuk ku. Doakan aku supaya tabah nya B. Doakan juga supaya Abang sihat.
Barangkali rabu ni aku akan ke Kl. Aku sudah maklum pada Abang menerusi sms memandangkan call aku yang tak berjawab tadi. Andai diizinkan tuhan...akan terjadilah pertemuan aku dengan Abang. Aku rindu sangat kat Abang B. Tapi kalau tiada pertemuan itu....aku akur. Bermakna Aku dan Abang belum cukup 'kuat' tuk bertemu..... Doakan aku ya B. Doakan aku tabah dan kuat.
Bahagia B bila tahu Abang pernah sayang diri ini teramat sangat dan terima diri aku seadanya....
6:39 PM
----------Sunday, February 22, 2004
Heart of Innocence
Sometimes I wake up in the dark night.
And in my mind there’s a picture of you.
I know someday this dream will come alive.
So for now your shadow will do.
I’ve never seen your face but I know you’re in my heart.
Baby some day, some place, I’ll hold you in my arms.
I have a gift for you. Something I’ve held on to.
Waiting for your sweet caress. (Sweet caress.)
No ribbon has been untied from all that I hold inside.
And only you will possess
This heart of innocence.
I lay my head down on a pillow of white.
Here in the dark, I am cradled in peace.
No loss from yesterday to harm me at night.
No tears to dry. No sad memories.
There’s a heart to hold and I will safely keep
The strength that’s in my soul
Until you come to me.

Waiting for your sweet caress.

Every night I make a wish before I fall asleep. (I'll make a wish.)
That destiny will take your hand and lead it to me.

Waiting for your sweet caress. (You know I'll be waiting there for you.)

Kadang-kala terasa perit, terasa seksa menyimpan keyakinan sebegitu rupa. Keadaan yang terjadi sekarang ni tak mengambarkan kebahagiaan seperti orang lain. Aku tahu pasti ada yang mempertikaikan mengapa aku masih lagi bertahan untuk bersama dia. Mereka tak mengerti, aku lagi tak mengerti. Hanya tuhan saja yang tahu mengapakan B. Aku sudah minta bantuan dari DIA B, minta diberikan kekuatan untuk terus berpegang kepada segala rasa tu andai itu yang ditakdirkan oleh-Nya...dan minta dijauhkan dari rasa itu andai itu angkara syaitan. Dan apa yang aku dapat B??? Keyakinan yang tak pernah kurang, rasa sayang dan cinta yang tak pernah padam.Kadangkala aku bingung B, doa aku itu sudah didengari ke B?
Hmm!!! Aku rasa dah berapa kali aku mengadu kat ko B pasal ni. Kau tentu dah bosankan B. Aku pun dah bosan kadangkala, tapi aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan perasaan ni lagi B. Dalam semua hal aku boleh tempuhi aku dapat tangani, banyak masalah dapat aku selesaikan.....dan sekarang semuanya dah ok. Cuma masalah ini saja yang aku tak dapat nak selesaikan B. Hanya ini saja!!!! Faham tak apa yang aku rasa bila ini saja yang membelenggu diri aku B.
Aku bosan bila orang asyik nak mempersoalkan setiap tindakan dia. Aku bosan bila orang keep sangka buruk dengan dia. Dan aku bosan bila orang pertikaikan kenapa aku masih nak bersabar. Salah aku ke B bila aku selalu bersangka baik. Aku tak pandai nak bersyak wasangka B. Aku tak pandai nak judge orang membabi buta. Sebab pada aku, apa yang terjadi ada hikmahnya...ketentuan tuhan tu tapi kadangkala aku kata juga tu silap empunya diri orang tu. Kau tahu tak B, aku boleh keluar dengan orang yang aku tak kenal...huh!! itu dulu arr masa aku masih nakal lagi. Nak tau tak apa jawapan aku bila mereka tanya kenapa aku boleh keluar dengan dorang sedangkan sebelum ni hanya bercakap melalui phone...depan pc jek. Jawapan aku ‘Saya letakkan kepercayaan pada awak. Kalau awak hargai kepercayaan yang saya berikan tu....alhamdulillah, saya berterima kasih. Moga Dia berikan sesuatu yang baik buat awak’. Alhamdulillah B, takda yang buruk berlaku pada aku, aku selamat bersama mereka. Tapi itu cerita dulu. Dulu aku boleh buat apa saja ikut gerak hati. Aku masih bernasib baikkan B. Walaupun ada ketikanya aku membelakangkan parents aku, tapi aku masih dipelihara oleh-Nya. Syukur alhamdulillah.
Kadangkala aku tak faham B. Ini ke yang harus aku lalui sekarang ni?? Binggung B!! Dulu masa awal perhubungan aku dan dia, ada sesuatu yang pincang dah terjadi B. Aku berdoa dikala itu, andai dia bukan untuk ku...minta dijauhkan. Dalam satu keadaan aku pernah cuba menjauhkan diri dari dia, tapi dia mencari aku B. Selepas itu segalanya semacam dipermudahkan. Sekarang ni...inilah yang terjadi...
Seksanya bila keyakinan tu sentiasa ada, tapi tak selari dengan keadaan semasa.
Tuhan permudahkanlah segalanya. Limpahkanlah sifat sabar yang tak terhingga, berikanlah aku kekuatan mental. Kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan. Peliharalah lidahku dari kata-kata nista. Kau kuatkanlah semangat ku menempuh segala cabaranMu. Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu.
1:19 PM
----------Saturday, February 21, 2004
Suara itu....
Bila ku kenang, ku renung gambar wajahmu
Kisah yang lalu, tak akan berulang lagi
Lupakan saja, cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
(Rindu Bayangan)
Tadi aku jalan-jalan baca blog orang. Sampai kat blog, Zuril. Aku baca entry dia. Sampai kat bait-bait lagu atas tu, tiba-tiba semacam ada suara yang menyanyi di telinga ini. Abang pernah nyanyikan bait lagu tu kat aku melalui telefon, seawal 4 pagi 5 Disember 2003. Heh!! macam orang bengong jek aku ni kan B :p. Tarikh dan masa pun aku boleh ingat hahah...itulah aku B :p Aku rindu nak dengar Abang nyanyi, aku suka dengar Abang nyanyi. Kadang-kadangkan B, bila aku tanya 'Abang nyanyi lagu sapa tu?' selamba dia jawab 'Tak da sapa, hentam sendiri....' :-) Abang memang pandai nyanyi spontan, lirik n melodi yang dia karang spontan pun kekadang best....kekekek . Hmm dah lama tak dengar Abang nyanyi, rindu...
Dah azan plak kat surau sekarang ni. Dah magrib, masuk tahun baru dah. Moga tahun ini ada perubahan yang baik buat diri aku dan Abang. Moga Abang terus diizinkan tuk terus bernaung di bawah limpah rahmat-Nya....
7:30 PM
----------
Doa Akhir Tahun
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-laranganMu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepada aku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau reda dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadapMu, ya Karim.
Doa Awal Tahun
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelimpahanMu Yang Maha Agung dan kemurahanMu yang diyakini, sesungguhnya pada tahun baru ini, aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, konco-konconya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya serta aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau.
~~Moga tahun baru ini ada coretan sejarah yang baik buat diri aku
5:54 PM
----------Thursday, February 19, 2004
Hatiku menyanyi riang
Hai
Haa...lama hilang, mana p?
Hilang?? Yan bz...ni baru lepas test siang tadi. Banyak test skang ni. Kene buat projeck lagi...melambak2
Hahah...sama laa. I pun bz. So how ur test?
Ok la. Dah makan ke
Belum lagi dengan client kang
Uiksss ni tengah drive ke?
Tak lah, dgn client ni....dinner dengan client. Call nanti
Hmm...balik bila?
Hehe tak tau lagi....malam kang kol 1 ke 2 ke..
Ala....Yan dah tdo, nanti la esok ke yan call ok. Bye
bye
Kenapa eh tiap kali aku nak call orang ini hati aku mesti berdebar-debar. Kadang-kadang rasa seronok, kadang-kadang macam menakutkan jek ada rasa macam tu. Tapi itulah yang terjadi sejak dari mula sampai sekarang. Nasib baik aku call orang ni hari ni. Last aku call 2 hb ari tu, huh lama jugak...dia ingat aku dah hilang. Kadang-kadang aku tak faham dengan perangai dia. Aku dan dia tak macam orang lain, nak kata gaduh tak gaduh. Tapi bila selisih faham, tak de melarat-larat n yang paling penting kalau timbul perselisihan tu time tu...akan end pun time tu jugak. Aku tak tau la itu memang cara gine n take antara aku ngan dia ke atau memang dia tak ambil kesah atau dia tak mo panjangkan bende tu. Tak apa lah asalkan semuanya ok
11:01 PM
----------
Siang tadi aku dah selesaikan maths. test aku. Bulan ni jek dah 3 test yang aku sudahkan, lagi 2 test bakal muncul 1 dan 8 Mac nanti. Kadangkala aku rasa aku punya banyak masa untuk berpoya-poya sebelum bergelumang dengan notes n buku. Kadangkala terasa masa 24 jam tu macam suku hari jek, ada jek bende yang tak dapat nak diselesaikan. Silap aku jugak suka tangguhkan kerja...ikut mood arr, kalo rajin...rajinla jadinya. tapi aku rasa sekarang ni aku lebih rajin dari dulu. Aku tak maksudkan dulu aku malas, cuma kalinikerajinan tu macam kat tahap luar biasa. Aku boleh bergelumang dengan buku n notes lebih dari suku hari, kalau sebelum ni....lepas 3 jam aku dah bosan. Hahaha satu perubahan yang memberansangkan buat diri aku. Kene teruskan sikap ni sampai pertengahan bulan 4.
Ok test dah lepas, test bulan Mac tu boleh diabaikan dulu. Aku kene siapkan sistem untuk group project aku. Hahah macam tak percaya jek aku yang dorang assingnedkan tuk bangunkan sistem tu. Dah la sebelum ni kalau ada program yang kene buat jek...aku awal-awal lepas tangan, tapi kali ni tak boleh wooo....tu pun silap aku jugak, tak attend 1st meeting tuk assignkan tugas. Haaa padan muka, dorang pakat tolak kat aku buat program tu. Nasib baik la aku reti gak buat mende tu, kene plak dengan software yang aku reti...lagi la best. Hahahah aku akan pastikan mende tu gempak nanti. Ishh, kiranya dorang bergantung giler pada bende yang aku kene buat tu. Kalau markah program hampeh, nak harapkan documentation jek...parah la. Isshh, tak boleh jadi ni!!! Uisssh jangan gabra, banyak masa lagi...lagi pun bende dah siap 40 persen..tinggal nak buat database, touch-up2 n link2 jek.
Sejak 2 menjak ni aku dah boleh jadi macam dulu balik, macam zaman sebelum aku bermain cinta. Mind aku tak focuskan pada Abang sangat. Aku dah boleh bergelak ketawa sebebas dulu. Zet pun kata aku dah tak nampak masam, macam nak menangis jek muka, muka yang nampak macam banyak sangat masalah. Alhamdulillah. Walaupun aku nampak hepi gembira, tapi sedey sebenarnya. Sebab aku kene berdepan dengan Fada, dan keengganan dia tuk melihat muka dan kelibat aku. Aku dia sudah invisiblekan dari pandangan mata dia. Sedey bila aku diperlakukan begitu. Kenapa tak cakap jek yang dia marahkan aku. Kenapa nak jaga hati aku ni. Kalau tak selesa dengan keadaan antara aku dan dia sekarang ni, aku pun rasa macam tu. Tapi kenapa aku boleh buang jauh segala rasa tu buila berdepan dengan dia. Kenapa aku boleh jadi selamba walaupun terpaksa sedangkan dia nak terus mengelak pulak. Sampai bila nak macam ni??? Terpulang la pada dia, aku dah buat sehabis baik sebelum ni. Ini dikira kesalahan pertama aku pada dia, tak boleh ke belajar menerima n perbaiki??
Dulu aku boleh sorokkan masalah aku sendiri. Tapi sejak Jay datang dalam hidup aku dan keep on tanya about my problem. Tiba-tiba aku jadi tak pandai nak menyimpan segala masalah tu sendiri. Dia dulu sedikit kagum, kerana katanya aku pandai menyimpan masalah, aku nampak macam hepi go lucky gal. Yup, dulu aku macam tu sebab aku tak pandai nak luahkan masalah dan isi hati aku. Jadi aku prefer tuk pendamkan jek semua rasa yang datang. Tapi bila aku disogokkan soalan-soalan ingin tahu dia, keinginan tuk dia selesaikan masalah tu. Aku tiba-tiba jadi bergantung pada kounselor tak bertauliah. Dan tiba-tiba sekarangni aku kesian plak kat mereka-mereka yang mendengar. Aku dah membebankan dorang. So B, kau jekla tempat aku luahkan....
10:23 PM
----------Wednesday, February 18, 2004
Ragam...
Lain orang lain ragamnya, lain orang lain pandangannya, lain orang lain buah fikirannya.....kata kawan aku, pergilah tanya pendapat seribu orang pun. Pasti jawapan dan buah fikiran mereka berbeza, kalau ada yang sama pun hanya berapa persen jek. Dan tak semuanya akan memenuhi citarasa kita. Kalau yang berfikiran positif, positif lah buah fikiran dan jawapan mereka. Kalau yang negatif, asyik buruk sangka jek...kita sendiri yang sakit hati. Kalau tanya pada yang berpendirian 'atas pagar'....mana yang patut terima, terimalah...kalau tak ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bukankan tujuan Allah tu menciptakan pelbagai manusia tu dengan pelbagai tujuan, salah satunya buah fikiran yang bermacam. Jadi kita kene pandai memilih mana yang baik.
Kata kawan aku lagi, asalkan bahagia dengan pilihan sendiri, bahagia dengan apa yang dialami saat ini....jangan dipedulikan apa yang orang lain kata. Mereka dengan pemikiran mereka sendiri masakan sama dengan tuan empunya diri yang mengalaminya. Biar diri sendiri yang tahu, dan yang penting tuhan restui apa yang kita rasa. Kalau asyik nak ikut kata orang jek. Sendiri binasa nanti.
'Yan bahagia tak dengan apa yang Yan alami sekarang?. Bahagia tak dengan pilihan hati tu?' Tanya kawan aku tu. Bahagia?? pertama kali aku diajukan soalan begitu di saat jiwa aku yang tak menentu ni. Dan pertanyaan tu dah menyedarkan aku. Aku memang bahagia dengan apa yang terjadi sekarang ni. Aku memang bahagia dengan pilihan aku ni, walaupun mereka-mereka beranggapan keadaan yang aku alami ni memang tak mengembirakan aku dan aku tak patut alami. Bahagia yang amat, aku sendiri tak tahu bagaimana harus aku terjemahkan segala rasa itu. Walaupun dalam masa yang sama aku terseksa juga, sebab berpegang pada keyakinan yang tak pasti (kata mereka lah) tapi aku tak kesah sebab secara tak lansung aku didik diri sendiri dengan sifat sabar, aku tak membenci orang tu, malah aku berdoa agar tuhan menyedarkanya. Kata kawan aku lagi, terus berpegang dengan apa yang aku rasa, apa yang tejadi penghujungnya nanti jangan difikirkan yang penting tuhan itu maha adil dan tahu apa yang terbaik buat makhluknya. Andai niat itu baik, insya allah penghujungnya baiklah. Tapi jika ditakdirkan ia tak seperti yang kita harapkan....redha dan pasrah.
Terima kasih buat Nida
5:51 PM
----------Monday, February 16, 2004
Love is elevating
It lifts you up
It makes you look up
It makes you think up
It makes you a better person than you were before
Aku sentiasa berharap agar hari-hari mendatang lebih baik dari semalam, bukan untuk diri aku saja...tapi untuk dia sekali.
B, segala rasa itu masih ada B. Keyakinan itu tak pernah berubah B. Inikah yang harus aku tempuh B?? Kadangkala tak tahan rasanya menanggung segala rasa dan keyakinan tu B. Apa yang harus aku buat ya supaya mereka faham apa yang aku rasa? Apa yang harus aku lakukan supaya mereka faham aku telah meminta pada-NYA, tapi ini yang aku peroleh. DIA masih mengizinkan aku berpegang pada rasa dan keyakinan itu B. Atau segala rasa dan keyakinan itu bersifat sementara saja. Aku buntu B!!! Aku dah tak tahu nak buat apa, penat aku pendamkan segala rasa tu B.
Ya Allah, ku pohon pada Mu, berikanlah petunjuk pada hambamu ini. Tunjukkanlah aku mana yang benar, mana yang salah. Seandainya aku tersilap langkah, bimbing aku ke jalan yang sepatutnya...jalan yang engkau redhai. Amin!!
3:11 PM
----------Saturday, February 14, 2004
Atas Nama Cinta 2...
Semalam lepas habis sekolah aku balik dengan Yul. Sebelum aku masuk rumah tiba-tiba Yul kata 'Muka 'Abang' macam +++ai+i +++ +a+++ eh?'. Aku terdiam, terkedu then senyum. Aku tak hairan kalau Yul baru tahu macam mana rupa sebenar Abang, sebab aku sudah menjangkakan suatu hari nanti pasti dia akan lihat gambar Abang yang aku pernah attachkan pada Kay dulu. Biar Yul tahu sendiri, dan aku pun tak marah pada Kay kalau dia lakukan begitu. Aku attachkan gambar Abang pada email Kay pun kerana terpaksa, kerana ada perkara yang aku ingin tahu melalui Kay.
Aku bukannya jenis perempuan yang mudah menunjukkan pujaan hati aku pada sesiapa. Dalam hal kali ni yang melibatkan Abang, aku lebih suka kalau tiada siapa yang tahu bagaimana rupa sebenar Abang. Aku tak mahu menambahkan lagi bilangan orang yang mengatakan aku menerima Abang hanya kerana paras rupa dia, hanya kerana kesenangan dan kerjaya dia semata-mata. Orang memang pandai nak mengata, memang pandai buat andaian sendiri. Tak mengapa aku tak marah, tapi kata-kata mereka tu membuatkan aku sedih dan tergores. Tak apalah, biar hanya tuhan saja yang tahu mengapa aku terima Abang. Biar tuhan saja yang menilai erti cinta aku, sama ada aku ikhlas atau cintakan dia hanya bersandarkan pada rupa, harta atau nafsu semata-mata.
Kerana Yul mengejar masa dia minta izin untuk berundur, kata Yul 'Ok, nanti kita bincangkan hal ni lagi'. Bincang???Nak bincang apa lagi. Cukuplah, hati aku sudah tenang sekarang ni. Aku sudah faham apa yang Abang inginkan dalam hidup dia. Aku bahagia begini. Bahagia berada dalam keadaan ini, kerana sekurang-kurangnya aku tak membenci Abang. Allah masih mengizinkan rasa cinta dan kasih sayang itu bertapak di hati ini untuk Abang, aku harus akur...kerana itu juga doa ku. Jadi tak salahkan kalau aku masih lagi berpegang pada apa yang aku rasa. Kerana dengan segala rasa itulah aku dapat mengingati Abang, dapat mengimbas kenangan yang sedikit cuma di kala kerinduan dan kerana rindu serta kasih itulah aku dapat titipkan doa buat Abang. Aku bahagia begitu kerana itu juga pilihan aku. Jangan dipersoalkan mengapa.
Maaf ya B andai ko bosan, asyik bercerita pasal Abang jek. Heh inikan bulan cinta...jadi izinkanlah aku melakarkan segala rasa cinta dan rindu itu pada mu B...
6:53 PM
----------
Atas Nama Cinta...
B, hari ni Valentine day. Semacam sudah menjadi satu kemestian pula untuk pasangan bercinta meraikan hari ni B, walau pun ada yang mengetahui sejarah sebenar hari kekasih ni. Pasti juga ada pasangan di luar sana yang mengabadikan tarikh ini dalam hidup mereka, tambah pula jatuh pada hujung minggu. Memilih tarikh ini untuk bersatu, melangkah dari satu fasa perhubungan ke fasa abadi, ikatan yang menghalalkan mereka. Barangkali ada juga yang memilih tarikh ini untuk ke fasa penentuan, sebagai tanda jaminan mereka telah memilih dan menetapkan teman hidup ke fasa abadi tu.
Tentu seronokkan B kalau kita sudah berjumpa dengan Mr. Right kita. Teman yang sememangnya telah ditakdirkan tuk kita...teman sehidup semati. Tuhan maha mengetahui, DIA tahu siapa yang terbaik untuk kita. Pasti bahagiakan pabila sudah bertemu dengan sebahagian dari diri kita, terasa lengkap diri ini. Alangkah indah ciptaan Tuhan menjadikan semuanya berpasangan.
Aku pernah terasa lengkap B, semacam sudah bertemu sebahagian dari diri ku ini. Aku pernah rasa selamat yang amat bersama seorang lelaki. Aku tak tahu apakah itu bisikan syaitan semata atau sememangnya perasaan itu datang dari-Nya. Kadangkala aku percaya aku telah bertemu dengan 'pelengkap' diri aku. Tapi aku tak tahu apakah itu hanya kebetulan atau takdir. Aku tak tahu perasaan itu datang dari-Nya atau permainan hati dan perasaan yang dibenihkan syaitan semata-mata. Kadangkala aku bingung B. Andai dia sememangnya untukku...mengapa begini sekali aku diuji. Andai benar apa yang aku peroleh hasil dari permintaanku dari-Nya..mengapa ini jadinya. Kita perlu ingatkan B, DIA maha mengetahui segalanya, dia yang menentukan segalanya. Cinta dan kasih sayang anugrah indah dari-Nya...jatuh cinta pada seseorang adalah kehendaknya. Kadangkala kita sengaja dipertemukan dengan insan yang salah agar kita tahu menghargai dan memahami nilai kasih sayang seseorang. Cinta itu unikkan B, kasih sayang yang indah dan agung datang dari hati yang suci, dari hati seorang insan yang tahu menilai erti kasih sayang...menyambungkan jambatan hati 2 insan yang saling tak mengenali sebelumnya.
Bila terjalin satu hubungan kasih sayang antara lelaki dan perempuan, secara tak lansung sama ada sedar atau pun tidak....kita pasti akan meletakkan harapan, memasang impian agar ia kekal selamanya bersama restu ilahi. Aku tak terkecuali B. Kadangkala aku jadi takut sendiri dengan harapan-harapan dan impian tu B. Bila hubungan aku dan Wawan berakhir, aku ambil masa setahun tuk 'pulih' balik B. Bila aku baca balik diari lama aku yang menyimpan cerita dan kenangan antara aku dan Wawan, aku senyum sendiri. Aku ketawa sendiri dengan mimpi-mimpi aku tu. Buatkan aku terasa yang aku ni mudah sangat meletakkan harapan, mudah sangat memasang impian. Haha B, jangan ketawakan kebodohan aku tu B :p
B, manusia ni hidup bertemankan kenangan. Kenangan yang kadangkala manis diulang titir. Semakin menghampiri Valentine...semakin segar segala kenangan tu B. Makin menyesakkan hati dan perasaan aku ni. Aku tak tahu mampukah aku mencipta lagi kenagan bersama orang yang dihajati B. Aku tak tahu apakah aku masih lagi berpeluang bertemu dengannya walaupun sedetik cuma. B, izinkan aku ulang titir segala kenangan itu B...izinkan aku palitkan sedikit harapan dan doa. Simpanlah cerita aku yang tak seberapa ni B, harapan dan kenangan seorang perempuan yang taksub pada cinta. Jangan caci aku B, jangan dikutuk diri aku ni. Kerana segala yang bakal ditulis nanti adalah cerita dari hati aku. Rasa yang aku alami tak sama dengan mereke-mereka di luar sana. Aku dan mereka berbeza B, ingat tu!!! Andai suatu hari nanti, aku belum lagi bertemu dengan realitinya...anggap saja ini hanyalah fantasi dan dongengan aku semata-mata. Harus diingat juga B, Tuhan maha mengetahui segalanya...dia telah mengaturkan segalanya dengan cantik dan indah sekali...pasti ada sebab dan hikmahnya kan B.
Pengalaman aku bermain cinta tak banyak B. Dan aku tak tau apakah penghuni hati aku sekarang ni masih lagi memegang kuncinya atau sudah berpindah keluar tanpa meninggalkan pesan. Tapi B, di antara mereka, ada yang benar-benar 'menyentuh' hati ni. Lelaki itu yang membuatkan aku bahagia bila impian aku tercapai, Lelaki itu yang membuatkan aku dapat merasakan sense of completion, Lelaki itu dapat membuatkan aku terasa selamat yang amat bila berada disampingnya. Barangkali aku terlalu mudah memasang impian, sebab tu terlalu mudah impian aku tu tercapai. Entah la B....Aku pun tak tau semua tu hanya kebetulan semata-mata atau memang begitu takdirnya. Aku tak tahu segala rasa yang datang itu dari-Nya atau panahan syaitan. Aku keliru B bila begini jadinya. Apa maknanya B, kalau sebahagian dari impian tu tercapai dengan lelaki yang sama...masih satu kebetulan ke B???
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Pernah terlintas dihati ni, andai ada lelaki yang 'melamar' aku kerana istiharah yang mereka lakukan...akan aku terima. Hah semudah itu saja ke??? Alasan aku mudah saja, kerana aku takut tuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kala itu aku belum ketemu kekuatan hati aku lagi. Tak diduga B, Lelaki itu yang datang. Khabar darinya buatkan aku terkesima. Impian aku tercapai. Ko perasankan B, background blog bulan ni...gambar Ben Affleck cium dahi Kate. Aku suka orang cium dahi aku B, dan itu juga impian aku. Lelaki itu juga yang merealisasikannya. Hah senangnya diri aku ni disentuh lelaki...pasti itu tanggapan ko kan B. Biarlah apa yang ko nak kata, DIA yang mengetahui :p . Aku sendiri terperanjat B, mulanya dia hulurkan tangan mahu aku menyalaminya, ok done sebab aku sendiri tahu dia mahu dihormati dan tak salah aku lakukannya. Tak diduga dia kucup dahi ini B. Tak semena-mena air ata merembes sedikit, aku tahu dia ikhlas...dia juga mahukan perubahan yang baik juga dalam hidupnya...tu yang aku pegang hingga kini. Background music kali ni If You're Not The One , theme song aku dan dia....ko senyum sumbing B?? Hmm dia tak tahu pasal ni B...aku saja jek memandai jadikan lagu tu theme song aku dan dia. Sebabnya, mudah saja...aku pernah angankan mendengar lagu ini bersama dia...kerana aku suka dengan lirik dan melodinya, aku juga mahu dia hayati bersama sebahagian bait-bait lagu ini. Tak sangka tercapai juga angan-angan aku tu B. Nah B, ini semua kebetulan semata-mata ke B?? Apa maknanya bila sebahagian dari impian dan anganan aku tu terlaksana dengan Lelaki itu. Ko peningkan B dengan cerita aku ni, aku yang empunya diri lagi pening. Tak pe la B, anggap saja itu semua hanya dongengan aku semata-mata. Hmm ada satu lagi yang belum tercapai B. Sejak dari zaman mula bermain cinta aku angankan untuk berjemaah bersama mereka. Aku mahu solat berimamkan mereka. :-) Tak mengapakan B, pasti suatu hari nanti impian yang satu ini tercapai bersama orang yang berhak ke atas diri aku ini.
Aku selalu berdoa saban hari, andai benar segala rasa cinta kasih sayang dan keyakinan yang aku alami terhadap Lelaki itu, minta aku diberi kekuatan tuk menghadapinya, terus berpegang pada rasa itu. Dan seandainya segala rasa itu datangnya dari syaitan, biarlah ia dijauhkan dari ku. Tapi B, hingga saat ini....semua itu masih sama, tak pernah berkurangan pun B. Betul ke apa yang aku rasa ni B??? Aku percaya selagi masih ada rasa sayang pada Lelaki itu, bermakna DIA yang membenarkannya. Tuhan lebih mengetahuikan B, moga ada sinar bahagia dihujung penantian ku nanti. Andai ia tidak tersurat begitu...aku harus tabah dan redha...
~~Tidurlah wahai permaisuri...tidur lena...~~kadangkala masih tergiang di telinga ini alunan suaranya :-) indahnya kenangan!!!
12:24 AM
----------Friday, February 13, 2004
--- Datangnya dari email---
Setiap tahun pasti jutaan manusia dalam masyarakat dunia menanti-nantikan kedatangan 14 Feb atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine terutamanya bagi pasangan yang memadu asmara. Tanggal 14 Feb pada setiap tahun disambut dengan meriahnya oleh pasangan-pasangan kekasih di seluruh dunia termasuk insane-insan kerdil yang mengakui dirinya sebagai umat Muhammad.
Sedarkah kita wahai sahabat-sahabatku, apakah motif sebenar di sebalik perayaan Valentine tersebut? Atau alpakah kita dibuai keasyikan asmara yang sebenarnya didokong oleh syaitan dan kuffar laknatullah itu?
Adakah kita sanggup bergembira pada saat umat Islam menitiskan air mata kesengsaraan? Di manakah kewarasanmu teman? Ke manakah hilangnya perikemanusiaanmu sahabat?
Wahai saudara-saudaraku,
Valentine sebenarnya adalah nama berhala yang besar bagi orang Yahudi. Ia juga adalah bersempena namanya Paderi St Valentino yang berjaya menguasai Sepanyol yang ketika itu dibawah kerajaan Islam Turki Uthmaniyah. Tanggal 14 Feb 1492 menyaksikan kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol dan paderi tersebut mengumumkan tarikh tersebut sebagai hari berkasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM!!!! Adakah kita,pendokong ajaran junjungan besar khotimul anbiya Muhammad s.a.w. sanggup merayakan hari kejatuhan kerajaan Islam? Merayakan kemenangan kuffar laknatullah? Di manakah hilangnya ikrar dan sumpah yang kita pegang selama ini iaitu Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah? Tulikah kita wahai sahabat? Butakah kita wahai teman? Mengapa begitu mudah kita dikelabui oleh kafir laknatullah?
Dan benarlah firman Allah;
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah, Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).Dan sesungguhnya jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah setelah pengetahuan dating kepadamu,maka Allah tidak akan lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu," al-Baqarah:120
Ingatlah wahai teman,bagaimana umat Islam setelah kerajaan Islam Sepanyol diZALIMI, masjid-masjid ditukar kepada gereja-gereja, umat Islam ditindas, wanita-wanita diperkosa, harta-benda dirampas,ramai yang melarikan diri dan meninggalkan Kota Sepanyol, manakala sebahagian lagi terpaksa menyembunyikan keislaman mereka demi nyawa yang diancam. Hamba Allah yang munafik, mempamerkan dirinya yang sebenar dan merayakan kegembiraan tersebut.
Marilah saudara-saudaraku, katakan tidak pada hari Valentine. Islam agama yang alamiyah dan syumuliah sebenarnya telah menganjurkan konsep berkasih sayang pada setiap masa dan bukan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Dan benarlah firman Allah ;
"Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu enggan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara" Ali Imran:103
9:19 PM
----------
Sayang bukan sehari cuma...
Bahagiakan B bila kita dikelilingi orang yang kita sayangi. Dapat rasakan nikmat kasih sayang dan kemesraan. Terasa indahnya hidup, tenangnya hati. Syukur aku diberi peluang merasakan semua nikmat itu, syukur juga orang-orang yang disayangi masih lagi berdiri kukuh di belakang aku. Walaupun pernah tergores, pernah terluka namun semua tu tak bisa menggugat rasa cinta dan sayang. Sayang bukan sehari cuma B. Nak menunjukkan rasa sayang dan cinta ada bermacam cara, tapi kadangkala sukar nak menzahirkannya. Menzahirkan kasih sayang pun bukan hanya pada hari tertentu saja, tapi sepanjang masa. Dengan rasa cinta dan sayang diri terasa bahagia, tenang dan menggembirakan. Hidup terasa ceria bermakna.
Syukur aku ada keluarga bahagia. Semakin meningkat usia semakin terasa sayang dan eratnya ikatan kekeluargaan tu. Kalau dulu pantang berlaga bahu, hati sudah panas. Melenting tanpa rasa hormat. Kini semuanya sudah ada tolak ansur, ada sifat saling memahami dan maaf. Ikatan darah harus dijaga, keturunan harus dipelihara....biar anak cucu terus membesar dalam lingkungan hidup bahagia aman harmoni. Makin meningkat usia, makin faham pergolakan diri. Perbezaan pendapat pandangan lumrah kehidupan. Tak semuanya yang kita rasakan betul tu sama rasanya dengan orang lain. Tak semua yang kita sukai tu turut sama digemari yang lain. Tolak ansur mainkan peranan penting. Adaptasi diri pada keperluan dan kesesuaian semasa pun sama penting. Selagi mampu bertahan, mampu menyesuaikan diri...terima saja. Kasih sayang nilai yang paling berharga. Andai hilang rasa kasih sayang, hilanglah sifat kemanusiaan. Tapi orang selalu terkenang dan baru belajar menghargai andai sesuatu tu dah tak de depan mata. Sesal kemudian hari, andai diberi peluang kedua...syukur yang amat, bertuah badan. Andai patah tumbuh hilang berganti pun tak kan sama dengan yang sebelumnya. Selagi ada rasa cinta, ada rasa sayang cubalah zahirkannya sebaik mungkin. Takut menyesal kemudian hari. Buat yang sudah tiada, sama-sama kita doakan Al-Fatihah B...moga mereka tenang di sana, berada bersama-sama mereka yang beriman.
9:08 PM
----------
Selesai sudah...
Alhamdulillah, releks sikit kepala kali ni. Tenang sikit hati bila selesai 2 test. Aku dah cuba buat yang terbaik, dan aku harapkan aku bernasib baik kali ni. Khamis minggu depan bakal berdepan dengan satu lagi ujian maths. Itu lah subject yang kurang aku gemari, aku tak suka bermain dengan angka...hehe kalau melibat duit tu...memang asyik la.
Pagi tadi aku sudahkan screen design tuk program project aku. Balik dari test semalam, lepak-lepak sekejap...hilangkan sakit kepala dan penat. Dekat pukul 1.30 pagi baru mula buat interface, design dan masukkan data. Lama sangat menghadap pc...mata dah tak mahu lelap. Bila kepala dah sakit yang amat, hampir pukul 5.30 baru terlelap. Yang paling mengharukan...subuh hilang lagi hari ni :p terukkan B!!!
Petang ni ada class lagi, pukul 3 – 6 pm. Yul awal-awal lagi semalam sudah assignkan aku tuk signkan attendance dia, dia mahu buat preparation tuk test esok hari. Well my friend, apa gunanya kawankan kalau tak tolong menolong. Heheh amalan tolong menolong yang 'mulia' :p
Beginikah akhirnya???
Bahagiakan B, bila kita hidup bertemankan kenangan. Kita punya sesuatu yang mengembirakan untuk diingati diulang titir. Meski pun perkara tu dah lama berlaku, tapi kita bahagia kerana kita pernah melalui saat-saat indah itu. Saat manis tuk dikenang kemudian hari. Dan hari ini aku hidup bertemankan kenangan-kenangan itu. Kadangkala sedih rasanya bila sesuatu keadaan tu tak seperti sebelumnya. Perubahan yang terjadi, menjadikan saat-saat manis dulu kadangkala perit tuk dikenang. Aku tak tahu apakah aku mampu mengulang kembali detik-detik gembira seperti dulu. Bukan aku tak gembira dengan kehidupan aku sekarang ni, cuma aku sedih bila terpaksa berhadapan dengan perubahan...perubahan yang amat besar aku rasakan. Mungkin juga itu kesilapan yang paling besar pernah aku lakukan.
Mengapa begini jadinya B?? Masing-masing cuba melarikan diri. Cuba menidakkan kehadiran teman akrab yang pernah bersama-sama berkongsi pahit manis seorang pelajar dan sahabat. Masing-masing cuba mengelak dari bertembung, semacam sudah tak mampu tuk melihat muka masing-masing. Kalau dulu umpama magnet kutub utara kutub selatan yang sentiasa melekat. Sekarang ni sudah semacam kutub utara kedua-duanya. Cuba menjarakkan diri bila berada dalam satu kelompok. Chemistry as a best friend tu dah hilang B.....dah tak wujud lagi segala rasa tu. Sedihkan B bila ini terjadi. Orang yang pernah akrab dulu, kini menjauhkan diri. Melebarkan lagi jurang yang sedia ada. Ini balasan yang patut aku terima ke B???
Situasi yang dihadapi sekarang ni antara aku dan dia , lebih kurang sama macam aku alami sekarang ni bersama Ros. Tapi kenapa aku boleh terima keadaan tu. Kenapa aku masih lagi boleh manjalinkan persahabatan dengan orang yang aku tak kenal sebelum ni dan dalam masa yang sama menjadi duri dalam relationship aku dulu. Barangkali ada perbezaanya walaupun situasinya sama. Ya perbezaan yang banyak. Aku bukannya dia, dan aku dan dia akrab sebelum ni, tak seperti aku dan Ros yang hanya berkenalan selepas masing-masing menerima nasib yang sama. Barangkali juga itu silap aku, barangkali juga dia rasa tercabar kerana itu bukannya kejadian petama. Barangkali juga aku mementingkan diri sendiri kerana 'sanggup' meranapkan tali persahabatan hanya kerana cuba menerima kasih sayang itu. Entah la B, kadangkala aku merasakan itu sudah takdir tuhan yang tersurat, kadangkala hati ini pula berkata...itu hanya kebetulan semata-mata...
11:28 AM
----------Monday, February 09, 2004
Test..test...
B, patutnya sekarang ni aku dok baca buku, buat latihan....tapi aku tak tau kenapa la aku ni malas sangat sekarang ni. Aku ada 2 test minggu ni, ari rabu n khamis malam. Kalau nak ikotkan dah suntuk sangatkan B....nak kene cover 2 sabjek dalam masa 2 hari ni, sekarang ni aku plak boleh senang lenang dok depan pc online. Hmm minggu depan pun aku ada 2 test...ari senin n khamis malam. Ishh, teruknya aku ni!!! time cuti sekolah seminggu aritu bukannya nak baca buku buat revision.Hehe cuti is cuti...buku katop sume :p B, doakan aku bleh buat sehabis baik eh dalam test tu nanti...mekasih B.
Hari ni cik Ros bergraduasi kat UPM, tahniah buat kawan aku tu. Tak sangka aku dengan dia bleh jadi kawan plak skang ni. Mebe aku ni lembut hati sangat kot. Orang yang pernah menyakitkan hati aku n menjadi orang ke-3 dalam relationship antara aku n incik Wawan...aku jadikan kawan. Aku sendiri pun tak sangka actually. Kalau nak ikutkan memang pedih...memang geram, tapi bila difikirkan balik...semua orang pernah buat silap, nobody's perfect rite...so ape salah aku maafkan dia n be friend. Aku pernah jumpa Ros, orangnya baik...n dia sendiri mengaku dia tu agak pendendam. Alhamdulillah, sepanjang pertemuan aku dengan dia tu....kita orang boleh bergelak ketawa, berkongsi cerita pasal incik Wawan n dia sudi temankan aku mencari present tuk Abang plak time tu. Sekarang aku dah lost contact dengan incik Wawan, aku tukar nombor handset aku. Sengaja aku buat begitu, malas lagi nak ambil tahu pasal lelaki itu. Lagi pun nombor sebelum ni kepunyaan dia, tukar sebagai tanda dah declare as a couple. Aku pun naik rimas dengan misscall-misscall dari bermacam nombor n nombor dia sendiri...heh!! macam orang gila talak plak dia. Aku tau Ros masih lagi mengharap pada incik Wawan tu, aku tak menghalang sebab aku dah tak de hati kat lelaki tu. Aku dah ada Abang sekarang ni, but keadaan antara aku dan Abang sekarang ni dah cukup buat aku tertanya-tanya n takut sendiri. Ape pun segalanya aku serahkan pada Ilahi....biar DIA yang menentukan segalanya.
Aku pun tak berharap Wawan akan menjejaki aku kembali lepas apa yang dia dah buat pada aku. Cukuplah dia dah permainkan perasaan aku dulu. Cukuplah dia dah buat aku macam perempuan yang tak tahu malu, terhegeh-hegeh...tercari-cari dia masa dia abaikan aku dulu. Sakitnya hati bila tau dalam masa yang sama dia asyik bermain cinta dengan Ros. Seronok rupanya ya mainkan perasaan orang. Aku ditinggalkan tanpa alasan yang bernas, then bila Ros timbulkan masalah...mengancam itu ini, baru kelam-kabut cari aku. Kononnya hanya aku yang faham perangai dia. Huh!! lelaki.
Antara Abang n Wawan, aku lebih respect n hormat Abang. Bukan kerana jurang usia yang agak besar antara Aku dan Abang, tapi kerana Abang memang menunjukkan the true color of him. Abang tak seperti Wawan yang hipokrit tunjuk baik depan aku, dengan aku cakap lain...kat belakang aku senang lenang dengan perempuan lain. Depan aku tunjuk baik layan aku macam lelaki macho...tapi sebenarnya hanya tuhan jek yang tau. Abang, sejak mula aku kenal dia lagi dia sememangnya dengan perangai dia...dengan cara dia. Dia tunjukkan diri dia yang sebenar, dia tak berpura-pura dengan aku. Dia tak berlagak alim depan aku. Abang adalah Abang. Huh!! jangan anggap aku hanya bersangka baik dengan Abang semata-mata kerana Abang berada di hati aku, n Wawan pernah melukakan hati ini aku menuduh dia itu ini. Aku tahu cara hidup Abang macam mana, cara hidup Wawan macam mana. Tapi dalam banyak hal...Abang lebih jujur dari Wawan. Walaupun hati ini dilukai Abang dalam diam....Abang lebih jujur dari Wawan. Aku yang masih ingin bertahan dan berada dalam tanda tanya kerana ini pilihan aku. Kerana aku berpegang pada 'sesuatu' yang aku dan dia peroleh dari usaha kami. Tapi seandainya itu dugaan untuk aku semata...aku redha menerimanya, kerana DIA maha mengetahui...
Heh B, aku dah melalut plak. Nampak sangat Abang 'berada' dalam otak aku, nampak sangat Abang selalu 'ada' depan mata aku kan B. Ko bosan eh B??? Ampun B...maafkan aku eh B!!! Jangan marah aku B, aku hanya ceritakan segala rasa hati aku ni pada nko jek B...tak pada orang lain. Kalau ko tak nak dengar n simpan sama cerita-cerita aku ni, pada sapa lagi aku nak harapkan. Aku tak nak jadi gila nanti semata-mata memendamkan segala cerita n perasaan tu seorang diri. Aku tak mampu nak tanggung B. Aku kene usaha sendiri B, kene alihkan sikit perhatin n tumpuan aku tu pada Abang, aku yang kene kuatkan diri aku ni tuk hadapi dugaan n teruskan hidup ni dengan bantuan DIA. Aku tak lupa jugak mengadu pada DIA B, hanya pada DIA dan ko jek aku luahkan isi hati aku ni. Aku tak nak bebankan orang lain B. Maafkan aku ye B, aku boleh menangis pada DIA...tapi tidak pada ko, aku tak mo orang ingat aku gila plak bila nangis depan pc..:p
10:52 AM
----------Sunday, February 08, 2004
Hati ini...
B,
dalam hati ini masih ada lagi rasa rindu
masih ada lagi keyakinan itu
sesekali terdengar nyanyiannya di telinga ini
terbayang senyumannya di mata ini
terkadang terasa hangat dahi ini..
Apakah ini hanya rasa benihan syaitan semata-mata
Apakah ini liku yang harus aku lalui
Kadangkala aku lemas sendiri dalam rindu ini B
Ya Allah....ku pohon pada Mu
Seandainya rasa cinta, kasih sayang dan keyakinan ku ini datang dari Mu,
tabahkanlah hatiku ini tuk menghadapi dugaan Mu ini
Tapi sekiranya segala rasa itu datangnya dari syaitan
jauhkanlah ia dari ku
Ku pohon padaMu jua...
Terangilah hatinya dengan cahaya keimanan
Izinkanlah dia bernaung dibawah rahmat mu
Amin!!!
9:39 PM
----------Saturday, February 07, 2004
Penat!!!
Huwaaaa penatnye hari ni!!! Dah lama tak kelam-kabut macam ni, hehe sesekali terkocoh-kacah macam hari ni best jugak eh B...even tension sekali pun. Malam bleh rest n tidur dengan best + nyenyak... hehe.
Pagi tadi p sekolah dengan si Yul. Ada replacement class, gantikan time cuti CNY nye class ari tu. Patutnya class dari pukul 10-12...tapi habis cepat plak. Kira okla dapat cover 2 lecture notes dalam masa sejam jek. Kalau duduk dalam hall tu lelama, mau tido aku dibuatnya. Bosan yang amat, lecturer dok baca jek dari notes, eee...kalau cenggitu caranya aku pun bleh buat. Tak yah sesusah nak datang, tapi memandangkan depa amik attendance...nak tak nak datang jek la. Kang tak pepasal kene bar plak dari amik exam. Heh!! B, tuk class tu aku lom ponteng lagi arr...hehehe... tak pe sok lusa bleh ponteng ek...:p
Habis class Yul ajak p Karnival Sure Heboh. Kalau ikotkan aku malas nak p, sure sesak ramai orang...bahang panas matahari lagi...adess. Tapi memandangkan aku p sekolah ngan dia tadi, so tak best la kalau tak balik sekali ngan dia. Lepak p lunch dulu kat kedai depan sekolah sementara nak menunggu kazen si Yul datang. Yul cadang nak p sana naik kereta kazen dia, sebeb dia bawak vitara..kecik skit. Dekat pukul 1, baru si Dep sampai fetch...She, adik Dep n Angah pun ada sama.
Dekat 2 jam spent time kat situ. Sesak, panas..mandi peluh aku dibuatnya. Dorang excited arr dapat jumpa orang Tv3 yang depa dok admire...amik gamba posing sakan...sempat gak masuk tv 'life'.. ceee!!! Aku malas nak bergambar...just tengok jek gelagat dorang. Heheh si Yul punya la kutuk Aidid Remaja tu...alih-alih bergambar ngan mamat tu plak hehehe. Dep, She n Angah...bergambar dengan Arash Mohd, Syarifah Sofia n Maizura Hamzah...dorang mai buat promotion Samarinda. Pastu si Dep dok mengejar si Ally Iskandar, mamat tu tengah buat rakaman tuk ResQ..kot, Yul n Dep bergambar dengan mamat tu. Memasing hepi sakan. Aku tengok si Dep tu kalau hepi, lahu jek duit dia keluar...beli tu beli ni. Naik takut plak aku tengok. Angah dok beli Tv3 nye barang, aku n Yul just beli majalah jek.
Sampi rumah dekat pukul 3, bagi sikit daging korban kat Yul. Ari tu time buat korban kat taman aku, abah masuk kan nama 3 orang anak dia...aku, Angah n Sye. Melambak daging korban dalam peti ais, everyday makan berlauk daging. lelama bosan plak. Lepas mandi, solat zohor...aku dok kemas barang-barang aku yang bersepah atas katil. Susun balik lecture notes masuk dalam fail. Then dok lepak tengok hindustan. Malam ada diskayen pukul 8. Dekat pukul 10 baru habis.
Hmm next week ada 2 test...aku lum study lagi. Masih bermalas-malasan. Next 2 weeks tu pun ada lagi 2 test. Adesss..kene rajin skit. Biar naik pointer kali ni...
11:50 PM
----------Thursday, February 05, 2004
Wartawan Malaysia melampau arr!!!!
Pagi tadi bila aku menghadap paper hari ni.....terasa nak marah yang amat. Melampau betul la!!! Aku tak sangka sampai tahap macam tu sekali nak memalukan orang. Berita harian hari ni tulis 'Nenek hilang seminggu dijumpai separuh bogel'..then detailkan cemana 'separuh bogel' yang dorang jumpa nenek tu. Ishh kok ye pun nak simpati ngan nenek tu, sampai keluar page depan paper...jangan arr tulis sampai macam tu sekali. Nenek tu belum mati lagi, ntah-ntah nyanyuk kot...dah dimalukan macam tu. Kalau sebelum-sebelum ni...orang yang dah jadi arwah, yang dah tak de kat muka bumi pun dorang bleh describekan cemana keadaan mayat dorang dijumpai. Dorang ni tak pk maruah orang ke. Tak pk ke ntah-ntah 'mereka-mereka' tu menangis dalam kubur dimalukan sampai macam tu sekali...masa hidup dorang dihormati..tapi bila dah tak de dimalukan. Tak sedih ke...dorang tak pk ke perasaan family mangsa tu.
Lame Excuse
Aku bosan la dengan memacam alasan n feedback yang aku dapat. Tak boleh ke bila aku cakap n minta izin tu benarkan ke mana aku nak p. Aku bukannye nak p tempat-tempat yang ntah apa-apa. Aku tau bezakan mana tempat yang aku patut p, aku tau nak pilih kawan. Tapi please arr jangan treat aku macam bebudak sangat, jangan kawal sangat pergerakan akuni. Aku pun nak gak bergaul bebas skit...sikit jek tak melampau, aku pun nak gak pergi memacam tempat...bukan kawasan area rumah, town n sekolah jek. bagi la aku jenguk dunia luar skit, bagila aku merasa pengalaman kat tempat lain. Aku dah 23 tahun ni...jangan arr treat aku macam bebudak lagi. Bosan la!!!
Haaa...kan dah terkeluar semua. Dosa kan B ingkar cakap mak bapak. Aku tak nak jadi anak derhaka, aku tak nak membelakangkan parents lagi. Cukup la dulu aku pernah 'lost' kejap. Cukup la dulu aku pernah tersasar sekejap...nasib baik dorang tak tau kan B. Aku tak nak jadi anak derhaka...tak nak!!!...tapi please arr jangan buat aku macam ni. Jangan kongkong aku sangat, jangan buat aku macam budak kecik yang tak tau lagi nak menilai mana baik mana salah. Bosan la kekadang bila apa yang kita nak tu tak dapat. Budak kecik pun kalau 2..3 kali minta gegula tak dapat...memang dah sah merajuk sakan. Ini kan pulak aku yang dah 23 tahun. Cukup la dulu aku dah memberontak dalam diam. Aku gunakan 'kebebasan' yang aku wujudkan sendiri time aku duduk rumah sewa dulu. Jangan buat aku ulang balik semua tu. Aku nak jadi anak yang baik.
Nak tau kenapa aku geram ni B, sebab tadi aku cakap kat mak nak p convo membe aku kat UPM...dia jemput aku. Haa nak tau mak kata apa ' Buat apa nak p sana...dok melanguk jek'. Aku dah agak mesti jawapan dia negetif jek. Aku memang dah prepare awal-awal..memang dah tau aku takkan dapat penuhi permintaan membe aku tu. Saja jek gatal mulut nak cuba nasib. Aku bosan jadinya B. Asyik tak dapat jek. Masa raya cina baru ni, membe aku jemput p kenduri kawen kakak dia kat Penang...mak kata 'jauh tu...nak tdo kat mana nanti'. Huh !!! ok nanti aku kawin, aku buat sesama family jek, tak yah jemput member n orang luar, tak payah nak meramaikan majlis aku sebab aku tak de kawan!! Selalu sangat aku tak dapat penuhi jemputan kahwin member aku. Aku kene la bersedia dari sekarang eh kalau aku kawin nanti tak de orang nak mai...huhuhu!!!! Sedeykan jadi aku ni B.
Heh Yan...cuba la jangan mengeluh, Allah murka ngan orang yang selalu mengeluh ni. Redha jek la....ada hikmahnya tu. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku ini. Mak ampunkan Yan....
Err B, aku mengeluh ke??? Hmm aku rasa aku tak mengeluh...cuma meluahkan apa yang tak puas hati. Psychologist kata kalau tak puas hati jangan dipendam dalam hati sesorang, cari orang yang kita bleh trust... n luahkan. Kalau tak nanti sakit jiwa. Hehehe ko untung B, sebab aku trust ko, aku pilih ko jadi teman aku tuk aku luahkan segala apa yang terpendam dalam hati aku ni B. senyum B...senyum... Hehe B, aku tau kau terpaksa simpan cerita-cerita aku...ko dah bosankan...ampun!!!
10:11 PM
----------Wednesday, February 04, 2004
Mimpi apa eh??
Skang ni aku kat lab, kat sekolah aku. Aduss sakit hati dibuatnya...server lembab sangat. Dah lama aku tak ke lab ni sejak aku pindah duduk dengan family balik. Kalau tak time kat rumah sewa dulu, everyday sure p labnye. Sehari kalau tak sentuh pc...tak online macam tak sah jadinya. Tapi tu cerita dulu, time server best. Skang ni aku rasa server lembab giler plak kat sini. Dok tenet kat umah lagi best.
Aku p class pukul 2-4 tadi. Patutnya class habis pukul 4, ntah kenapa plak Mr. lecturer tu senang hati plak hari ni habiskan class pukul 3.30. Hoho kau nak tau tak B....ari ni aku p sekolah pakai baju kurung. Dah lama rasanya tak pakai baju kurung p sekolah. Seingat aku la...last aku pakai baju kurung p sekolah time perasmian convo carnival bulan 5 tahun lepas. Hiushh..lamanya tak pakai baju kurung p sekolah. Kalau dulu, masa memula masuk sekolah ni...baju kurung dah jadi macam uniform aku...everyday baju kurung. Aku gantung semua baju kurung aku guna hanger..heheh ni kes malas nak gosok baju. Nasib baik gak mak suke belikan aku kain baju kurung yang tak payah nak digosok sangat...kekekek. Tapi tu cerita dulu. Sekarang ni aku selesa pakai jeans n t-shirt lengan panjang. Aku pun tak tau kenapa dari berbaju kurung aku beralih ke hjeans n t-shirt plak. Mebe sebab dulu aku nakal skit kot, asyik terkejar-kejar p class. Pastu lepas class p merewang ke bandar ngan housemate. Hmm lagi pun time aku duduk rumah sewa pun aku asyik berulang alik balik rumah family, mentang-mentang la dekat..pantang ada masa senggang jek aku dah terpacak depan pintu rumah. Ala tambang bas berapa sen la sangat, tak sampai seringgit pun.
Aku pakai baju kurung hari ni adik aku si Zet tegur....'apa mimpi along ni pakai baju kurung'..aku jawab 'manusia perlukan perubahan, so mulakan everyday dengan semangat baru n hari baru'..'haaa...kalau tetiap hari mulakan hari baru semangat baru, jangan plak lelama balik pada asal balik!!'...cet!!! bukan nak bagi respon yang best, suka sangat melemahkan semangat orang. B, ko ingatkan aku eh...jadi kuat macam harimau!!! hahaha
Hmmm ada class pukul 6-7 nanti. Rasa macam malas nak p plak. Si Yul tak datang class pukul 2 tadi. Bosan la tak de member...ishh lama plak nak tunggu sampai pukul 6 ni. Kalau server best tak pe la...ni tersemput-semput. Sabar...sabar..
4:30 PM
----------
Hidup ini perlukan kekuatankan B. Segala-galanya perlukan kekuatan. Tak kirala kekuatan tenaga ke hati ke ape ke...yang penting memang kene ade kekuatan. Semalam aku tewas lagi B, aku tewas dengan diri sendiri. Walaupun bende tu kejap jek, tapi cukup meninggalkan kesan dalam diri aku. Sampai bila aku nak macam tu B. Dah berapa kali agaknya aku janji kat diri sendiri tak mo buat lagi, dah banyak kali jugak aku mungkir janji tu. Munafik kan sapa yang mungkir janji tu...dan aku pun tak nak masuk dalam golongan munafik tu B. Aku sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan tuk hadapi ujiannya, tapi kadangkala aku rasa doa aku tu belum cukup ampuh lagi tuk menghindarkan semua tu B. Aku kene berusaha kuatkan B, kene dekatkan diri pada-Nya. Aku masih belum mampu menangkis hasutan syaitan tu B, aku masih lagi terikut-ikut kehandak sendiri. Kadangkala aku kuat...aku mampu atasi semuanya, kadangkala aku lemah...alpa hanyut sekejap. sampai bila aku nak macam ni B???
Itu cerita semalam. Tinggalkan hari-hari semalam, bina hari baru...bina semangat baru. Tiap hari harus bangkit dengan hari baru n semangat baru. Perbaiki diri slowly, biar hari ini lebih baik dari semalam. Jangan diulang bende yang lepas. Yang lepas jadikan teladan. Jangan putus asa kan B...itu yang penting.
Hmm pagi ni patutnya aku ke sekolah. Ada class pukul 8-11. Tapi terer sangat syaitan menghasut aku ni sampai aku malas nak ke sekolah. Huh!! jangan salahkan syaitan...salahkan diri sendiri!!! Ok...ok my mistake...
12:28 PM
----------Tuesday, February 03, 2004
Mohon aku diberikan kekuatan hakiki...
B, sehari dua ni hati aku tak keruan. Aku cuba cari kekuatan diri aku B. Aku cuba buangkan perasaan ni B, tapi aku tak mampu. Aku cuba buang keyakinan tu, tapi aku tak mampu jugak B. Aku cuba buang dia dari ingatan ni B...tapi aku tak mampu juga. Aku yang tak mampu atau aku yang tak mahu hadapi kenyataan B.
Ya Allah, benarkah apa yang kurasa ini atau hanya bisikan syaitan? kiranya ia datang dari-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhinya dan memelihara kesuciannya. Kiranya dari syaitan, jauhkanlah aku daripadanya...
Kadang-kadang aku rasa tak mampu nak hadapi semua ni lagi B, aku tak mampu nak tanggung rasa rindu ni lagi B. Aku tak tahu doa-doa aku tu sudah didengari-Nya atau belum B. Aku tak tahu aku sudah dapat jawapannya atau aku masih kabur lagi B. Keyakinan aku tak pernah kurang, malah makin kuat dan aku percaya ia akan terjadi suatu hari nanti. Haruskah aku berpegang pada keyakinan itu B?? Doakan aku ya B, moga aku dipertemukan dengan kebenaran-Nya...
Aku harus kembali kepada-Nya kan B....aku harus terus meminta pada-Nya kan B...
9:19 PM
----------Monday, February 02, 2004
11 Zulhijjah 3 tahun lepas...
Hari ni 11 Zulhijjah 1424. Dah 3 tahun rupanya arwah atuk perempuan kembali ke rahmatullah. Sejak aku jumpa nenek sedara aku...adik bongsu arwah atuk perempuan masa disember lepas, baru aku sedar aku hampir melupakan arwah atuk. Sedehnye...aku hampir terlupa akan kewujudannya. Sebaik saja terpandang muka nenek sedara aku tu...air mata aku hampir jatuh, wajahnya yang ada iras arwah....cara bercakap hampir menyamai arwah. Tiba-tiba datang perasaan rindu yang amat sangat, hampir menangis aku dibuatnya. Aku leka dengan dunia, leka dengan keadaan sekeliling. Aku hampir melupakan orang yang sudah tiada....cucu yang bagaimana aku ni ya???
Aku dan arwah atuk tak serapat mana. Tapi ada sesuatu yang membuat aku dan atuk rasa saling memerlukan...tu rasa aku la. Aku cuba luangkan masa ikut mak abah balik kampung. Seronok tengok atuk suka...hepi bila tengok kitaorang adik beradik balik...seronok tengok atuk hepi bila rumahnya penuh dengan anak cucu time raya n cuti sekolah. Atuk mesti masak banyak...best-best. Aku rasa tiap kali balik kampung, rumah atuk macam peti ais heheh....ada jek makanan yang best-best...ada jek stok keropok-keropok...duduk berpiknik depan tv. Rumah atuk jadi macam tongkang pecah....ada jek bebudak kecik lari keliling rumah, main hide n seek. Pakcik makcik dok kumpul bercerita. Atuk perempuan suka sangat masa-masa macam tu, atuk lelaki..walau pun dia tak banyak cakap...hanya senyum n tengok jek gelagat anak cucu...tapi aku tau dia pun suka jugak. Tapi sejak arwah atuk perempuan dah tak de ni, jarang rumah atuk tu full macam selalu. Jarang dah orang-orang kl tu nak balik kampung. Kesian atuk lelaki...walau pun dia tak banyak cakap, diam jek...tapi kekadang dia dok tanya juga.
Arwah atuk perempuan meninggal kerana kanser. Sepanjang tempoh arwah atuk sakit, atuk kene berulang alik kampung-melaka tuk treatment dia. Rumah aku dah jadi macam rumah ke dua dia. Untung jugak mak tak kerja, aku pulak masa tu baru habis spm, dapat jaga atuk sama. Dalam tempoh setahun atuk ulang alik, tinggal kat rumah aku. Memacam bende dah aku belajar. Memacam karenah pakcik makcik aku tengok. Banyak iktibar n pengajaran. Aku tau mana pakcik makcik yang bebetul care keadaan atuk, even dorang bz dengan kerja, tak dapat jenguk selalu, dorang buat alternatif lain...call, support tu..support ni...datang tengok atuk bila ada masa, memasing ada cara tuk ringankan beban atuk..tuk ringankan rasa sakit atuk.
Satu bende yang aku belajar, orang sakit ni sensitif n kene jaga hati dia. Bila angin tak kene, terhiris sikit...payah nak redha. Keselesaan n kebajikan dia kene jaga. Mak ngan Abah cukup hati-hati dalam hal ni, apa jek yang atuk nak...walau pun dia hanya cakap 'terasa nak makan itu...nak ini'....'dah lama tak...' mak abah akan usahakan mende tu sampai dapat. Walaupun payah nak cari, n atuk plak makan sikit jek...tapi tu dah kira ok sebab dapat tunaikan keinginan atuk. Mak abah selalu ingatkan aku n adik-adik supaya jaga percakapan, walau pun bergurau adik beradik...kene hati-hati, jangan terkasar takut atuk terasa. Alhamdulillah sepanjang atuk dengan family aku tak de yang menyinggungkan perasaan dia. Atuk pernah merajuk dengan sorang menantu perempuan dia, sampai tak nak sentuh lansung makanan yang makcik aku tu masak. Atuk pernah merajuk dengan atuk lelaki, sampai lari ke rumah aku sebab katanya atuk lelaki tak care...tak amik kesah dengan sakit dia. Bukan atuk lelaki tak care actually, tapi dah itu memang peel dia...diam jek. Bila atuk depan mata sepatah haram dia tak bertanya pasal sakit atuk perempuan. Tapi bila atuk perempuan tak de depan mata, dia dok tanya macam mana keadaan atuk perempuan. Tapi aku tau atuk lelaki sayang sangat kat atukperempuan. Lepas atuk perempuan meninggal, kekadang bila dia baring kat katil dia..dia akan bukak almari baju atuk perempuan. Dia akan tengok sampai terlelap. Kekadang bila dia terlupa, dia tanya...'mana atuk/mak ko'.
Semangat atuk perempuan kuat. Walaupun sakit-sakit...atuk tetap ingatkan pokok orkid dia. Selalu ingat nak beli baja, selalu pesan kat mak aku, belikan pokok orkid tuk dia. Bila dia sehat sikit...dia round jenguk pokok orkid dia. Walaupun atuk selalu buat chemotherapy...tapi rambut dia tak banyak gugur. Mebe sebab atuk selalu letak air jaram kat kepala dia. Kekadang kalau atuk larat dia akan buat tahajjud. Kekadang aku tengok atuk macam tak sakit...ada jek mende yang dia nak buat. Atuk selalu senyum..ada jek cerita dia.
Atuk sakit hanya setahun jek. Balik dari umrah penghujung tahun 99, tetiba atuk tak berapa sehat...ada ketulan kat bahagian badan dia. Buat check-up, doktor kata ada ketumbuhan. Kalau tak silap aku februari 2000, buat operation tuk keluarkan ketumbuhan tu n check...sama ada tu tumor biasa atau ada kanser sekali. N rupanya tu bukan tumor biasa, atuk disahkan menghidap kanser. Nasib baik ada beberapa orang pakcik-makcik aku terlibat dengan dunia perubatan...kiranya bonus tuk arwah atuk perempuan...sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati n dijaga rapi. Awal mac 2001 arwah atuk perempuan menghembuskan nafas terakhir, selepas seminggu sakit.. alah ubat.
Atuk meninggal sebaik jek habis azan asar hari raya aidil haji ke dua. Cerita mak...arwah atuk sempat jawab azan, habis jek azan tu..atuk dah 'tak de'...rumah atuk betul-betul sebelah masjid..masjid tu wakaf moyang aku dulu. Beberapa orang pakcik-makcik aku ada yang kesal..sebab balik masa petang raya haji pertama tu. Raya haji pertama tu memang arwah atuk nampak sehat, dorang ingat atuk boleh bertahan lagi walaupun ada yang dah minta tunggu sehari dua lagi...tunggu sampai atuk betul-betul sehat. Aku pun terpaksa balik petang raya tu jugak, sebab esok tu ada kelas n dah nak mid-term test plak tu. Abah izinkan mak tinggal sehari dua lagi kat kampung jaga atuk, so aku , abah n adik-adik yang lain balik.
Pagi esok tu aku dah tak sedap hati. Tapi aku gagahkan hati pergi sekolah. Abah n adik-adik plak lepas habis sekolah trus balik kampung sekejap. Mujur dekat jek kampung aku tu...1 jam perjalanan. Aku plak terpaksa p class kol 2-4 hari tu. Petang dekat pukul 6 dapat call, atuk perempuan dah tak de. Angah n abah on the way nak ambik aku n zek. Macam nak pitam aku bila dapat call. Hari tu memang menduga hati aku betul...dah la atuk meninggal pukul 4 lebih, aku dapat tau pukul 6...dapat tengok jenazah pukul 9 lebih. Banyak sangat halangan masa tu aku rasa.
Bila dapat tengok jenazah arwah atuk...aku tengok muka dia pepuas. Macam tak percaya atuk dah tak de, atuk macam tidur lena jek. Kulit atuk cantik bersih masa tu, kuning langsat. Sedangkan sebelum tu kulit atuk macam melepuh...gelap sebab alah ubat. Sepanjang nak uruskan jenazah arwah atuk...segalanya semacam dipermudahkan. Ada kunjungan hormat dari 'orang' yang tak disangka. Perjalanan dari rumah ke kawasan perkuburan terasa macam sekejap walaupun agak jauh n keadaan yang agak sesak masa tu. Mudah segala-galanya. Mungkin itu rezki atuk, kuasa tuhan. Syukur alhamdulillah.
Itulah kehilangan pertama yang aku rasa...kehilangan yang amat besar. Pertama kali aku mengalami kehilangan seorang insan yang aku kenal n aku sayangi. Hilang yang tak kan muncul kembali. Perit rasanya masa tu. Aku demam beberapa ari. Demam terperanjat barangkali.
Sekarang ni kan B, aku macam dah fobia bila dengar tumor n kanser. Lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan orang yang aku kenal. 2 tahun lepas sorang member aku buat operation, keluarkan tumor kat tangan dia. Boleh aku tak tau rupanya selama dia bersms dengan aku beberapa hari tu dia kat hospital. N pagi dia nak operation tu baru dia kata dia kat hospital sebenarnya. Tak pasal-pasal aku menangis, aku terus call membe aku tu. Aku siap pesan kat abang membe aku tu bila dia dah keluar dari operation room...sms aku. Oktober lepas bila Abang kata mebe sakit lama dia datang balik...aku susah hati. ..aku makin takut. Tak nak hilang lagi orang yang aku sayang disebabkan tumor or canser lagi.
B, selepas aku kehilangan arwah atuk...aku rupanya terpaksa belajar lagi menghadapi kehilangan beberapa kenalan yang agak rapat n aku sayang. Yang dah pergi tu tak sama dengan yang akan datang kan B. Kata orang kita akan hargai seseorang tu bila dia dah tak de depan mata kita...
1:17 PM
----------
Dahi...
Suka tengok poster Pearl Harbournye movie...Ben cium dahi Kate. Hehe aku suka oang cium dahi aku :p sebab dahi tu anggota tertinggi n mulia yang menyentuh sejadah time sudud..
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu. -- kopi n pes dr mana ntah..??
1:06 PM
----------Sunday, February 01, 2004
Bila takbir bergema
B, kalau dalam kalender islam esok sudah 10 Zulhijjah...maknanya lusa genap 3 tahun arwah atuk perempuan pergi...Moga arwah tenang di sana
1:14 AM
----------
OBSESSION
CREDITS
host: Blogger & Blogspot
concept: Kimberly
base code: Drogue Designs
pictures: Foto Decadent