Saturday, April 24, 2004



Bila hati berdetik sunyi
Memori berteman tiada penghujung
Diulang titir tanpa jemu
Buat penawar rindu nan lara

Dalam detik-detik ini
Ku imbau memori semalam
Berada kejap dalam pelukanmu
Dekat dengan hatimu
Ingin kurasa apa yang kau rasa

Sejuk dahi dikucupan ikhlas
Ada rasa mercup meluru ke hati
Terbias sayang, terbitnya kasih
Indahnya mimpi yang nyata kini

Hangat telapak tanganmu masih terasa
Kasih diberi sayang bersambut
Moga detik ini bisa berulang kembali
Bersama restu dan izin dariNya



4:09 PM


----------


Pertemuan di alam realiti

Petang 22 hb, khamis....bertemu muka pertama kali dengan Kak Ita n Kak Ika. Kak Ita datang dari Sarawak, sengaja bercuti menemankan kawanya ke semenanjung...Melaka. Kak Ita kerja sendiri, so tak de masalah tuk dia bercuti. Kak Ika, datang kerana ingin benar bertemu Kak Ita. Aku pula di khabarkan oleh Kak Yat akan kedatangan Kak Ita n Kak Ika. Bermalam di rumah Kak Yat, jam 4 baru lelapkan mata.

Kak Ita, kecil saja orangnya. Kurus melidi. Hehe suka sangat usik dia kala dia dipeluk Kak Yat yang gebu. Kak Ika, dengan Adik..anak Kak Yat, jadi macam belangkas. Ada saja bahan cerita, bergelak ketawa. Aku...macam ahli persatuan bebas berkecuali, boleh ditolak kesana ke mari.

Cerita perihal aku dan Abang sudah diketahui Kak Ika. Adesss!! dia sudah tahu siapa geranganya lelaki itu. Aku ceritakan karenah Abang, apa yang aku lalui. Describe sedikit pasal Abang, tiba-tiba 'Aaaa, akak macam tahu jek sape tu'. Hehehe aku doa berbakul-bakul dalam hati supaya dia tak dapat tahu siapa orangnya. Dia pulak makin galak mengingat. Huh!!! pecah jugak rahsia aku. Kak Ika sudah tahu siapa orangnya...dia meneka. Nasib baik masa Kak Ika teka tu, Kak Ita tak de. Kak Ika gelak-gelak bila aku ceritakan karenah Abang....macam kene batang hidung sendiri kata Kak Ika, sebijik macam dia. Heheh aku buat kesimpulan dalam hati, orang bintang +i++o memang hati kering...stone. Kak Ika bagi tips macam mana nak treat oang berbintang +i++o nie :D

Pagi sempat berjalan-jalan 'melawat' Tesco yang letak betul-betul depan rumah Kak Yat. Tengah hari lepas zohor, kak Ita n kak Ika beransur pulang. Kak Ita berangkat ke Kuala lumpur. Berehat, shopping sehari di sana sebelum pulang ke Sarawak. Kak Ika, aku hantar dia ke bas stesen ekpress, temankan di hingga ke kaunter tuk beli tiket. Lepas dia naik bas aku balik.

Malam, aku tidur awal. Kepala jadi sakit akibat tak cukup tidur.



2:05 PM


----------

Wednesday, April 21, 2004

rama-rama ku....

Dah beberapa hari aku buat ubah suai 'rumah' ni, aku tukar susun atur 'perabot' aku. Aku tukar cat 'dinding' baru, tukar kaler 'lampu' baru. Buat touch-up sikit-sikit. Ok tengok dah cantik, tak de lagi lukisan mural seluruh dinding rumah aku...plain jek kali ni. Hmm puas hati.

Tapi aku rasa macam ada yang kurang lagi. Fikir punya fikir, apa yang tertinggal eh?? Oh!! rupa-rupanya sang rama-rama aku yang seekor tu aku terlupa nak panggil dia balik. Bagi excuse pada cik rerama tuk terbang bebas serata angkasa raya, sebelum dia diam kembali di rumah aku ni.

Hmm aku bukan nak dia buat bancian kunjungan tetamu, aku tak nak dia buat tugas tu. Aku cuma nak cik rerama tu terbang bebas dirumah aku ni, jadi penyeri rumah aku. Dah lama aku tak kembali ke sangkar asal cik rerama, nak ambil cik rerama ni balik bukannye senang, kene pakai ayat. Kene ambil jampi serapah yang aku tak paham tu. Puas aku cuba pelbagai kunci. Hehehe ni lah akibatnya guna macam-macam kunci :p. Ok dah jumpa kunci sangkar, ambik ayat serapah tanam kat halam rumah elok-elok. Lepas ni tak le rama-rama aku tu lari lagi...yehaa!!!

Buat tetamu yang berkunjung, terima kasih kerana sudi bertandang. Tak sangka 'rumah yang entah apa-apa' ini punyai tetamu. Maaf tiada 'hidangan' yang enak, cuma hasil tangan adunan sendiri secukup rasa. Mungkin terlebih masin dari manisnya gula.

Cik rerama, terbanglah seriang hatimu...serikanlah taman rumah ku ini. Sebagaimana sang BatmaN itu menyerikan taman hatiku. Moga BatmaN itu diam sentiasa di taman hati, sebagai mana hebatnya Val Kilmer dalam BatmaN forever.. :p



12:25 PM


----------

Tuesday, April 20, 2004

Buat ku tersenyum


lena terganggu
lewat nada gemerincing riang
buat aku terjaga
ada penawar rasa resahku
ada tawa bersulam rindu
walau tuk seketika
buat aku tersenyum

-6.56 am-




8:28 AM


----------

Sunday, April 18, 2004

Kembara...pertemuan

Petang tadi lepas zohor, aku ke Sagil. Bukan tuk mandi-manda, tapi mengikut Abah yang nak buat pantauan pasal kursus yang akan diadakan di Gunung Ledang Resort tu. Kursus yang akan dihadiri guru pelatih zon selatan. Rupa-rupanya resort tu bersebelahan betul dengan tempat mandi-manda tu...hehe Man frust sungguh sebab tak bawa baju lebih. Man memang pantang jumpa kolam n pantai...bathtub pun hentam sama, sanggup tanggung semput lepas berendam berjam-jam. Kesian Man, frust teramat sangat ...aku pulak makin galak menyakat dia. Kata Abah, tunggu Zek balik...nanti boleh tidur semalam di resort n mandi sampai kecut kat Sagil tu...hehehe. Ambil kesempatan juga meninjau Kolej Matrikulasi Tangkak, tempat Zet bakal mendaftar di sana. Sejak tahu Zet akan belajar di Matrik Tangkak, family aku tak habis-habis menyakat dia dengan kain. Hehehe tangkak syurga kain....mak suka....aku pun suka...kekeke :p

Melusuri perjalanan yang hanya makan masa lebih kurang 15-20 minit antara Melaka-Tangkak, dengan pemandangan yang agak membosankan...kelapa sawit memanjang. Nak ke Sagil pun kene bertemankan kelapa sawit lagi sepanjang jalan...bosan!! Tiba-tiba aku rasa perjalanan aku pun macam tu. Satu perjalanan yang jauh, kejap turun kejap naik ikut bukit n cerun, kejap lurus kejap berselekoh. Jalan kadangkala elok...kadangkala berkelikir. Pemandangan kadangkala mengasyikkan...tapi rasanya banyak yang jemu dari menyeronokkan...hehe pokok kelapa sawit jek manjang mana tak nya. Aku ibarat mengembara dengan kancil. Walaupun kereta aku tu kecik molek, tapi aku tetap gagahkan diri...paksa tuk sampai ke destinasi terakhir. Tapi sampai sekarang aku tak jumpa penghujung jalan yang lurus/ bengkang-bengkok tu. Aku sudah punya co-driver, tapi tak tahu di perhentian mana satu akan aku ketemui dia. Dan aku tak tahu apakah aku juga dapat bertemu dengan dia atau putus asa berpatah balik ke permulaan jalan. Aku rasa aku dan co-driver punya peta perjalanan yang sama, punya matlamat n destinasi yang sama cuma ada halangan yang perlu dilalui. Atau aku perlukan peta baru di destinasi tertentu?? Dengan kancil yang kecil tuk satu perjalanan yang jauh, walau dijaga baik macam mana sekali pun pasti akan meragam jugak. Gagah berlari selaju mana pun, semput jugak nanti. Berkat minyak yang ampuh...servis elok, kudrat yang baik dan percaya pada yang satu itu...alhamdulillah aku mampu teruskan perjalanan tu. Walaupun kadangkala cemburu dengan kereta yang bagak-bagak berjenama berdesup-desup memotong, megah meninggalkan asap berkepul-kepul tapi aku punya kekuatan mental dan hati yang dipinjamkan dariNya. Walaupun kadangkala aku menangis kepayahan dan derita, alhamdulillah aku sudah sampai sebegini jauh. Aku sendiri tak percaya perjalanan aku sudah sebegini jauh. Jadi mengapa harus aku mengalah, mengapa harus aku berpatah balik....Aku tak sanggup nak persiakan duit minyak yang dah aku taburkan, aku tak sanggup nak persiakan kebaikan yang satu itu...jika dia tidak mengizinkan semua ini, aku takkan mampu lalui perjalanan ini seorang diri semata-mata kerana co-driver itu. Hoho aku sudah melalut..doakan saja aku akan temui dengan co-driver itu dimana-mana perhentian yang sepatutnya...akan ku bawa dia ke destinasi akhir itu bersama keizinnan dariNya....

Masa lepak-lepak kat perkarangan resort sambil tengok orang pergi/balik mandi..ada sekumpulan pelatih perempuan lalu. Aku cam salah seorang pelatih tu, kawan aku masa kat ma'ahad dulu. Nama dia pun aku ingat. Aku dan dia bertentang mata, aku cuba senyum..tapi dia lansung tak de reaksi. Mungkin dia ingat aku ni saja nak sedekah senyuman kat dia. Tak pa aku tak marah, sebab ramai juga kawan sekolah aku yang dah tak kenal aku. Alasannya sebab bentuk muka aku dah berubah...eh aku tak buat pembedahan plastik maaa. Aku ambil kesempatan cek nama kawan aku tu dalam buku pendaftaran urusetia...sah...memang betul kawan aku. Hmm tapi macam menyesal pulak tak tegur dia. Betulla...ajal, maut, jodoh, pertemuan ditangan tuhan. Macam kes aku ni, Allah dah ciptakan pertemuan tu tuk aku ngan kawan perempuan aku tu..tapi masing-masing tak ambil inisiatif tuk realisasikan pertemuan tu...



11:36 PM


----------

Friday, April 16, 2004

Adam dan Hawa


Hawa diciptakan dari rusuk Adam,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
bukan pula dari kaki untuk dijadikan alas
tapi dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintai.


Aku dah selalu sangat baca kata-kata ni pada kad jemputan kahwin. Tapi entah kenapa bila aku baca kata-kata ni 2 hari lalu, hati aku tertanya-tanya....

Diakah Adam yang diciptakan tuk aku, Akukah Hawa yang bakal dilindungi dan dicintainya????

Rindu ini datang lagi...seperti biasa...seperti selalunya....semalam, hari ini, esok...selagi DIA mengizinkan rasa ini bertamu untuk lelaki itu...



4:37 PM


----------

Thursday, April 15, 2004

Akhirnya.....

Puas aku menangis sendiri tadi....ada rindu yang amat terpendam dalam hati ni. Puas hati aku bila mendengar suara dia tadi. Dia hampir membuatkan airmata aku menitik lagi. Happynya bila dia nyanyikan lagu besday walaupun sebaris...aku rindu nak dengar dia nyanyi....rindu dengan suara dia...

gumbira...gumbira!!!

Rupa-rupanya dia baru keluar hospital masa dia call aku tadi. Patut la masa aku call semalam n siang tadi tak berangkat. Sampaikan nangis-nangis aku hantar message kat dia bagi tau hari ni besday aku...Dia ni memangla!!!





3:34 PM


----------


Hujan


Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

-- Sudirman Hj Arshad--


Abah kata ini lagu aku, hmm bukan lagu yang diciptakan dia tuk aku, bukan juga lagu yang dinyanyikan Abah tuk aku. Tapi lagu ni kata Abah, dikala Mak mengandungkan aku...lagu ni popular satu masa dulu. Bila Abah kerinduan masa Mak balik Semenanjung, Abah akan dengar lagu ni. Awal perkahwinan Mak dan Abah, mereka menetap di Sabah dan Abah mula membina kerjaya sebagai guru di sana. Menginjak tahun kedua perkahwinan, Mak mengandungkan aku. Bila Mak menunggu hari tuk melahirkan aku, Mak kembali ke kampung halaman di Muar...senang ada pengawasan atuk perempuan, Abah menyusul kemudian. Kata Abah, bila lagu ni dimainkan dia akan teringat kat Mak...n aku yang ada dalam perut masa tu.. heheh :p Hmm patula dulu masa aku mula-mula dengar lagu ni..masa aku form 1 rasanya, aku suka sangat kat lagu ni...terasa familiar sangat. Rupanya ada kisah disebalik lagu ni yang baru aku tahu ceritanya awal tahun ini. Kadang-kadang aku terasa macam dah kene badi dengan lagu tu...heheheh aku 'fragile'...mudah sangat menangis, hehehe nak salahkan lagu pulak :p

Wah lagu tu....dah berusia 20-an...boleh ke aku katakan lagu tu evergreen...

Sudah 23 tahun aku bernafas. Alhamdulillah aku masih sihat lagi, masih diberi keizinanNya tuk berbakti dimuka bumi ini n melakukan suruhanNya. Hari ini aku perlu lakukan perubahan kecil barangkali, biar sesuai dengan usia aku. Heheheh tak patutla kalau aku masih lagi menjinjing, memeluk 'Apin' serata rumah :p..kekeke macam budak kecik. Semalam Abah dok sakat aku 'Apa ni dah besar-besar ni nak peluk-peluk anak patung lagi. Bila keluar jinjing handbag...eee malula kalau orang nampak anak abah ni jinjing anak patung pulak dalam rumah...' Kekeke, selepuk kene kat dahi aku. Hahah aku baru perasan actually aku dah 23 tahun, ingatkan baru 3 tahun :p. Apin, patung dolphin aku tu memang teman tidur aku, aku suka peluk-peluk sebab dia soft. Suka usap-usap bulu dia. Kekadang bila aku rasa tak selesa, nak nangis aku akan peluk Apin, bila terasa need someone sesangat aku akan peluk Apin...then aku akan nangis. Bila air mata meleleh adalah mende aku nak cover muka ni dari orang nampak aku nangis...Aku kene hentikan habit ni right....dah besar-besar ni aku kene kuat, tak boleh nangis-nangis lagi...

Tahun ni aku celebrate awal dari kebiasaan. Ala awal sehari jek, tu pun sebab besday Zet awal sehari dari aku. Selalunya celebrate masa hari besday aku sebab Melaka memang cuti sempena 'Melaka Bandaraya bersejarah'. Heheh best dapat hadiah dari Mak n Abah. Dorang belikan handbag. Hehehe dorang dah buatkan aku makin suka nak melaram, makin suka nak berjalan. Hmm Handbag yang aku belikan kat Langkawi ujung tahun lepas tu pun masih baru lagi..so lepas ni kene gilirkan la beg-beg tu baru adil :p Dapat besday wish dari Ros, she hantar card...salah timing, terawal hehehe. Tadi pukul 12 pun dia hantar sms pulak. Tak sangka Jay nak wish besday aku, he sent sms pukul 1.30 petang tadi. 'Ebish' yang dia hadiahkan tahun lepas...dah setahun ada dengan aku. Abang??? esok aku akan call he...Aku tak mengharapkan hadiah dari dia, tapi cukuplah sekadar doa yang ikhlas dari dia sebagaimana ikhlasnya dia menyayangi aku. Masih banyak lagi 'ruang kosong' antara aku dan dia, dan aku akan menunggu tiba masanya segala kekosongan itu dipenuhi dengan detik-detik bahagia...Insya Allah



2:22 AM


----------

Wednesday, April 14, 2004

Wahhh!!!!

Dah 2 hari server break down kat rumah aku ni. Ntah apa yang tak kene aku pun tak tahu. Angah dok 'on'kan internet line hampir 24 jam, barangkali mengharapkan keajaiban bakal berlaku...hehehe.

Bila internet breakdown aku jadi macam mati kutu. Bila bosan tengok t.v n baca segala macam majalah aku dah tak tahu nak buat apa. Kalau boleh online tu lain la halnye, aku mungkin boleh bercerita dengan blog aku, mungkin aku boleh ikut mana-mana forum, tak pun mencari idea tuk final year project aku nanti :p

Sehari dua ni aku rasa mak aku ni macam nujum pulak. Dia macam dah tahu sesuatu yang aku cuba rahsiakan. Ishh!!! dia dah tahu ke??? Semalam aku terima kad dari Ros [bekas madu aku, masa aku couple dengan incik Wawan. Heheheh masa couple pun aku dah dimadukan :p]. Aku tiba-tiba jadi pelik yang amat, macam mana Ros boleh tahu alamat rumah aku?? Dalam aku berfikir tertanya-tanya...tiba-tiba mak kata 'kenapa ada orang mati hidup semula ke yang hantar surat?'. Aku terkedu kejap, aiseh kenapa mak cakap macam tu??? Dia dah tahu ke aku yang memandai matikan watak Wawan tu dalam novel hidup aku??? Ishh!!! kalau mak dah tahu, ni mesti ada la antara adik-adik aku yang bercerita kat dia ni!!! Fikir punya fikir baru aku teringat bulan lepas aku ada buat pos ekspress kat dia so dari situlah dia dapat alamat aku.

Beberapa hari lepas, masa tengah tengok rancangan '3D Ct' ada selingan iklan cerita 'Sembilu' kejap. Mak tanya
'Apsal suka sangat tengok cerita ni??'
' Erk!!! kenapa...saja jek'
'Awak tu kan selalu tengok cerita omputih...melayu-melayu mana tengok sangat. Dengan cerita tu tekun pulak tetiap minggu tengok'
'Hehehe...nape mak ada rasa pape ke?'
'Ha'ah...ni rahsia besar ke kecik nie?'
'Heheheh ntah la mak...nanti mak tau la'
'Ye la tu'
Kekeke......Mak perasan aku suka sangat tengok cerita tu. Ada sebab kenapa aku suka cerita tu, tapi suka bukan pada jalan cerita...bukan pada environment cerita tu, tapi sebab aku suka pada someone dalam cerita tu yang mirip pada someone :p Someone yang buatkan aku terindu-rindu...dah lama tak jumpa :-( adesss rindunya !!!!

Wawan....kenapa aku matikan watak dia dalam novel hidup aku???? Sebab aku amat sakit hati dengan dia. Dia tak pernah berlaku jujur dengan aku. Dia tau kelebihan dan kelemahan aku, so dia gunakan sebaiknya kedua-dua tu sesuka hati. Bila tak nak aku dia campak aku sesuka hati, bila perlukan aku dia kutip dia tatang. Cess!!!

Kejam ke aku bila aku katakan dia sudah mati pada parents aku??



11:36 AM


----------

Sunday, April 11, 2004

Angle brought me here...

If you could see, what i see, you're the answer to my prayers
And if you could feel, the tenderness i feel
You would know, it would be clear, that angels brought me here...

Brought me here to be with you,
I'll be forever grateful (oh forever Faithful)
My dreams came true
When I found you
My miracle...


Ya Allah bantulah hambamu ini...mengapa begini susah tuk aku kecapi bahagia. Apakah ini jawapannya atas doa-doa ku itu...



11:50 PM


----------


Bicara apa saja....

Hmm ok aku dah buat template baru, bukan buat sebenarnya tapi aku modified dari yang sedia ada kepada citarasa aku. Mungkin aku bersemangat nak gunakan template baru lepas Abang pindah rumah baru, n jugak jiran depan rumah aku tu tengah buat pagar baru..kasi batu semuanya :p

Masa aku bukak blog ni tadi mata aku terus tertacap kat tagboard. Nampak nama cik Nurul yang tanya pasal novel tulisan Dr Hm Tuah- Original. Bende pertama yang terlintas kat kepala aku....'alamak!!! dia baca blog aku'. Hahaha aku sepatutnya boleh terima situasi ni dari dulu lagi. Kadang-kadang aku boleh terima ada orang yang baca blog aku ni, tapi secara peribadi, aku tak rasa ada orang yang baca n ikut cerita-cerita ntah apa-apa aku ni. Aku cuma suka baca tulisan Hm Tuah yang berkaitan dengan motivasi jek. Pertama kali aku kenal Hm Tuah bila aku beli novel dia 'Stefa Isle'. Tapi penulisan dia dalam novel tu tak memenuhi citarasa aku, dia tak boleh buat aku tertarik tuk terus baca tulisan dia tu macam Norhayati Berahim. Tapi aku suka baca tulisan dia pasal motivasi. Aku selalu ikut ruangan motivasi dia dalam majalah Mingguan Wanita, pinjam dari senior aku dulu. Hehehe nak beli malas, sebab aku dah ada bugdet sendiri tuk beli 5 buah majalah sebulan. Kalau tambah Mingguan Wanita yang 4 kali sebulan keluar tu...mau kopak aku. Bila senior aku dah grad n aku pun pindah rumah sewa, aku dah tak dapat ikut rungan tu. Cuma beberapa minggu sebelum exam jek aku jumpa buku motivasi dia tu...aku beli 3 buah.

Petang tadi ke Mp sekejap. Saja jalan-jalan, dah lama tak p sana. Ada promotion Za n make up over Za rupenya. Hari ni last day. Aku memang teringin nak buat make up over tu, tapi bila kene beli barang Za tu yang buat aku fikir 3..4 kali. Apa yang aku boleh beli, lipstik aku, ada lagi 2 tak habis...1 yang aku selalu guna, 1 lagi jarang...tu pun nampak macam baru lagi. Nak beli maskara, yang ada pun aku tak terpakai...hehe tak reti sebenarnya. Compact powder...aku baru beli awal 2 bulan lepas. Nak tak nak aku kuburkan jek la niat aku tu.....

dah tak da mood plak nak taip....





11:03 PM


----------

Thursday, April 08, 2004

Erk!!!

Seminggu dua ni aku rasa tak menentu, sebelum aku nak exam lagi aku dah terasa macam 'ntah-apa-apa' jek. Bercelaru tak tentu pasal. Kadangkala aku boleh kawal apa yang aku rasa, kadangkala aku boleh ignorekan kejap ape yang bermain kat fikiran aku...memandangkan aku nak exam. Kadang-kadang aku rasa apa yang bermain kat hati dan perasaan aku tu dah ada jawapannya, cuma aku tak tahu itu jalan yang terbaik atau sebaliknya. Tapi bila rindu yang datang bertalu-talu, keadaan yang semacam indah khabar dari rupa buatkan aku tah tahan nak hadapi semua tu lagi. Aku tak tau nak luahkan pada siapa. Nak luahkan kat blog ni, semacam dah merevealkan sesuatu yang aku cuba sembunyikan selama ni, walaupun hakikatnya tujuan aku buat blog ni memang tuk aku luahkan apa yang tak mampu aku suarakan. Kadangkala aku rasa orang tak faham dengan apa yang aku rasa. Aku hilang Fada sebagai tempat bercerita...hilang Yul juga...barangkali. Dia semacam sudah tak nak ambil tahu apa yang aku alami sekarang ni. Biarlah, aku pun tak harapkan orang akan faham semuanya.

Makin nak exam aku banyak beli novel, beli buku motivasi tulisan Dr. Hm Tuah. Aku pinjam kekuatan dari watak-watak novel yang aku baca tu. Aku motivate diri aku dengan tulisan-tulisan Dr. Hm Tuah tu. Aku beli majalah, baca segenap inci tiap helaian majalah tu.. supaya otak aku boleh lari sikit dari fikirkan apa yang aku rasa tu. Alhamdulillah cara aku tu menjadi...rasanya la

Tapi malangnya tiap kali aku menghadap kertas soalan aku sakit kepala pulak. Makin aku perah otak tuk jawab soalan-soalan exam makin sakit pulak kepala aku. Dah la masa study pun sakit kepala, masa nak jawab exam pun sakit jugak. Tensen. Aku cuma harap aku boleh lulus dengan baik kali ni.

---------------------------

Berkali-kali aku terkedu hari ni...tergamam terdiam. Lepas tu otak aku macam tak berfungsi buat sementara waktu. Ntah la, hari ni aku kelam kabut sikit. Paling sadis bila aku dapat message dari Abang minta aku call him back, urgent katanya. Hah!!! aku gelabah sekejap. Aku tau dia ada masalah..mebe he need someone to talk to kot..so he nak cakap dengan aku. Bila aku dengar suara dia jek... aku tau dia tak ceria hari ni. Bila aku tanya kenapa...dia tak nak cakap. He berdalih cakap bende lain. Last two days aku call he, dia kata kene keluar dari rumah yang dia sewa masa tu. Sebab landlord nak duduk rumah tu...so masa tu dia pening kepala nak cari rumah sewa. Aku agak ni sure pasal rumah sewa...then aku cuba pancing pasal tu. He refuse gak nak cakap. Aku offer nak carikan dia rumah sewa but he tak nak. Hmm semalam pun aku dah risik dari Sis Wa pasal rumah sewa. She cadangkan rumah kat area Sentul, dekat sikit dengan office Abang nanti. Abang kata dia dah dapat rumah sewa but ada masalahnya lagi...then he stop sampai situ, tak mo sambung lagi. Dah berapa kali jugak aku cakap sebelum ni, kalau ada problem share dengan aku. Kalau aku boleh tolong aku usahakan, paling tidak pun aku jadi pendengar supaya dia release.

Ntah kenapa aku kelam kabut sendiri. Lepas jek cakap dengan Abang aku terus message Sis Wa thru YM, minta dia carikan rumah sewa. Then aku tried call Kay tapi tak dapat, so aku tinggalkan message jek. Aku call Baiya pulak minta dia carikan rumah sewa. Tak lama tu dapat message dari Abang lagi. Barula dia bagi tau apa yang dia tak nak cakap tadi tu. Ishh Abang ni.....aku patut tahu dia memang macam ni. Bende yang sama berulang balik hari ni. Abang ni asalkan ada problem yang nak diceritakan kat aku, but tak tercakap...he akan message lepas tu bagitau hal sebenar. Ishh Abang...Abang... Hmm Alhamdulillah aku dapat settlekan petang tadi.

Hati aku hepi hari ni. Relationship aku dengan Abang tak macam couple lain. So adakalanya aku sedih sendiri bila terasa diabaikan. kadangkalaka aku tak tahu siapa sebenarnya aku ni pada Abang. Bila hari ni Abang ingat kat aku tuk ceritakan masalah dia aku hepi yang amat. Aku tau Abang bukan jenis yang senang nak ceritakan masalah dia kat orang.

Lepas Zohor, hantar mak p dental clinic. Mak nak cabut gigi dia yang dah lama sakit tu. Sementara mak dapatkan rawatan, aku n angah ke pos office sekejap. Uruskan pasal surat berdaftar dan surat yang 'hilang tengah jalan' tuk angah. Jumpa penyelia posmen, minta tolong dia tracekan surat angah tu. tengah dok borak-borak tetiba pak cik tu cakap ' Ni isteri ke?'. Aku terkedu kejap, angah senyum jek. Bukan lah cik, ni kakak saya. Selalu sangat macam ni. Kenapala orang suka ingat aku ni Isteri angah time keluar berdua dengan dia. Kenapa la dorang suka sangat aku ni awek pada adik aku sendiri...

Habis urusan kat pejabat pos ambil mak then pergi town kejap. Nak uruskan card maybank aku pulak. Atm card aku ada problem gara-gara aku lupa password.






10:54 PM


----------

Wednesday, April 07, 2004

Mood yang tak menentu

- Baru habis exam isnin lepas...
- Ada banyak perkara yang hendak aku ceritakan...tapi semuanya masih dalam pertimbangan
- Tiba-tiba terasa malas hendak menguruskan blog ni lagi
- Aku dah macam pungguk rindukan bulan
- Barangkali hanya aku saja yang belum mengenal erti penat memukul rebana itu sendirian...



8:56 PM


----------