Saturday, May 29, 2004



Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Hati yang layu kembalilah mekar
Bila nama Mu kusebut-sebut

Tak terungkap kasihku pada Mu
Dalam suka mahu pun duka
Tiada tandingan cinta Mu di dunia
Unggul kekal selamanya

Dari terbit mentari hingga dasar laut
Sebesarnya alam sezarah kuman
Namun tak tertanding kuasamu kasih
Jatuhku bangunku Kau tetap di sisi

Sungguhnya aku yang berdosa
Sehina-hinaku rendah diri
Biar ku terpalit juta noda
Masih ada ruang keampunan

Dari kerdipan bintang hingga kilau pasir
Agung ciptaan Mu akal tak sampai
Semulia-mulianya segala kejadian
Kerdilnya aku di mata Mu

Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah

Kasih Mu - Abot




9:42 PM


----------

Friday, May 28, 2004

Semalam...hari ini

Ada perkara yang ingin aku luahkan. Tapi aku tak tahu nak mulakan dari mana. Ada seribu satu macam rasa yang menyelubungi perasaan aku sekarang nie.

Semalam aku semacam sudah temui kembali diri aku yang sebenar. Diri aku yang aku tinggalkan secara tak sengaja dulu...heh!! secara tak sengaja?? Hmm entahlah, tapi itu yang aku rasa. Lab petang semalam betul-betul meninggalkan kesan dalam diri aku. Aku semacam sudah kembali sebentar ke diri asal aku yang dulu.....aku yang muda remaja dulu, masa zaman persekolahan dulu. Hoh!! macam dah tua benar pulak bunyinya!

Awal pagi semalam aku agak terperanjat dengan keadaan diri Abang yang sebenar, berada dalam kesedihan selama hampir 6 jam, kemudian dapat message yang umpama satu sergahan dari Abang yang secara ajaibnya terus melenyapkan kesedihan dan keemosionalan aku. Petangnya pula aku umpama kanak-kanak rebena, yang secara tak sengaja menuturkan kata-kata dan perlakuan selamba, entah macam mana mengundang tawa teman sekeliling aku tika itu. Aku jadi pelik sendiri dengan situasi itu. Aku tak buat lawak secara sengaja, mahu pun tak sengaja...aku rasalah. Satu kejayaan kecil juga buat aku, kerana berjaya membuat mereka membuntang mata disaat petang mengantuk macam tu, berjaya buat mereka tertawa secara tak sengaja walaupun ketawa kecil tersemput-semput menahan tawa, kerana sedang menuntut dengan tuk guru yang angin berubah-rubah.

Syukur sebentar, aku sudah kembali ke diri aku yang dulu. Hmm...rasanya aku tak buat lawak, tapi barangkali kata-kata spontan dan perlakuan yang tak diduga tu boleh menceriakan suasana pulak. Teman sekolah dulu suka kata aku suka buat lawak, tapi hakikatnya aku tak pandai nak melawak dan yang pelik aku bolah buat orang ketawa.Huh!! apa-apa jek la. Aku nak jadi diri aku yang dulu!!!

Message Abang semalam cukup ringkas. Aku tak tahu dia menghantar message itu dalam keadaan marah atau sedih. Salah aku juga, dah tahu keadaan hati dia yang tak tenteram dengan tahap kesihatan dia, runsing memikirkan hal orang kesayangan sekeliling dia aku tambahkan pulak dengan message yang menyayatkan hati dia...barangkali. Tak kira la apa pun perassan dia semalam masa dia baca message aku tu, aku cuma nak dia tahu yang aku tetap akan bersama dia.

' Stop sms ok '. Message Abang yang amat ringkas, tapi benak aku entah macam mana mentafsirkan sebaliknya dalam 2..3 version. Huh!! hebat daya penafsiran aku ni ek :p
Thanks to Abang sebab sent message yang ajaib macam tu, message yang menghilangkan segala keemosionalan dan kesedihan aku. Aku perlu kuat. Tak boleh menangis lagi. Semalam aku sudah berjanji pada diri sendiri, aku tak mahu menangis lagi...demi Abang. Doa dan harapan masih boleh dititipkan pada ilahi. Moga Abang kuat dan tabah.

Hari ini tiba-tiba hilang rasa hormat aku pada sepasang kawan yang aku kenal, A dan B. Kecewa kerana tersalah berkongsi cerita. Kecewa kerana salah memilih pendengar tuk mendengar dan menenangkan hati aku kala aku kerunsingan. Kecewa juga kerana cerita aib aku sedang dijaja, walau pun pada seorang dua teman yang lain. Janji A dulu, dia takkan ceritakan hal aib aku pada orang lain, kerana hormatkan aku sebagai kakak kepada teman baik dia dan dia akan cuba jaga dan buat sehabis baik tuk jaga maruah dan persahabatan. Tapi sekarang...

# You masih attach wif somebody ke? tanya Aff tiba-tiba, aku terdiam sekejap
* Yup, masih dengan orang yang sama, kenapa?
# tak de pape, saja jek tanya.

Hati aku terbakar sekejap. Aku tak pernah ceritakan hal cinta aku pada Aff. Aku tahu ini mesti kerja A, sebab sebelum ni pun Aff pernah tiba-tiba bertanyakan hal aku dan Abang. Bila aku tanya dari mana dia tahu pasal Aku dan Abang, katanya dari A. Aku sedia maklum A dan Aff memang rapat walaupun suam-suam kuku yang kadang-kadang macam belangkas, kadang-kadang macam magnet lain sama kutub[salah ke betul ni?? aku dah tak ingat maa]. Tapi aku tak sangka A akan ceritakan hal aku pada Aff sebab aku fikirkan dia manusia yang pegang pada janji. Rupa-rupanya talam dua muka, mulut tempayan jugak. Inn juga sudah tahu punca sengketa aku dan Fada...juga dari A. Hmm aku cuma harap dia takkan jaja cerita aib aku seperti mana dia jaja cerita aib Aff pada aku dan barangkali juga pada teman yang lain, yang kononnya hanya untuk dijadikan pengajaran. cess!!!

B, mengapa aku hilang hormat pada B? Sebabnya A pernah membandingkan Abang dengan B. Aku tahu Abang tak sebaik B yang belajar agama, bekerja dalam undang-undang syariah islam...yang pada pandangan mata masyarakat B adalah lelaki soleh. A juga pernah membandingkan Abang dengan seorang tokoh agama yang namanya serupa dengan nama Abang. Aku tak minta dia memuji Abang, tak minta dia memandang tinggi pada Abang, tapi cukuplah sekadar menjaga hati aku kala mengutuk mesra macam tu. Abang dan B, dua manusia berbeza. Manusia lain takkan sama dengan yang lain!! Hilang hormat aku pada B kerana dia juga sama macam lelaki lain yang kurang menitik beratkan hukum hakam agama, sedangkan dia aku rasa agak arif dengan hukum-hakam.

Kisah aku dan Abang, hanya DIA yang maha mengetahui segalanya...bukannya A, bukannya B...bukan juga manusia lain...hatta aku sendiri pun masih cuba memahami dan belajar menerima. Bukan manusia lain yang menentukan kebahagiaan aku dan Abang, tapi DIA. Bukan manusia lain yang menentukan perjalanan kisah aku dan Abang, tapi DIA. DIA yang sudah menetapkan segalanya sejak azali lagi. Aku, Abang, manusia lain juga...hanya pelakon pentas dunia yang memainkan peranan masing-masing mengikut skrip yang sudah ditentukan. Pelakon-pelakon yang akan interframe dalam sub-plot yang lain...punya jalinan cerita yang mengindahkan sebuah kisah...uhuhu dah merapu. Better stop now!!!



12:36 PM


----------

Thursday, May 27, 2004

Ku Mohon


Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Ku Mohon-Sheila Majid


Ada janji dalam diri..aku tak mahu menangis lagi. Tuhan, tabahkanlah hati ku ini.

Aku nak jadi kanak-kanak rebena!!!



10:12 PM


----------


You nak I lagi ke??

6.20 am

Tidur aku terjaga bila lagu dia menyanyi di hp. Dalam mamai-mamai aku tenung sejenak nama yang tertera di skrin hp. Macam tak percaya. Doa aku semalam sudah didengari-Nya. Tuhan...

# Hai
* Abang!! Abang kat mana nie? [Soalan yang agak bodoh dari aku, aku sudah tahu dia dimana. Aku cuma mahukan kepastian, cuba menidakkan apa yang aku rasa barangkali.]
# Hmm.. I kat hospital dah seminggu kat sini. [Diam sekejap]
* Yan cuba call Abang, tapi tak berangkat [Suara aku bergetar. Tuhan, berikan aku kekuatan]
# I know... [Suaranya perlahan. Aku tahu dia tahu, terfikir sekejap macam mana dia sembunyikan hp dia. Diam sekejap.]
# Yang...I ada masalah dengan j**t**g, m**r**n, n my bl**d..ada problem. [ Suaranya terketar-ketar, cuba mengumpul kekuatan barangkali tuk menerangkan sedikit keadaan sebenar dirinya. Diam lagi. Aku terkedu...Ya Allah!!!]
# You nak I lagi ke?? [Suaranya bergetar lagi]
* Abang!!! Yan nak Abang !! Apa yang jadi,Yan dengan Abang. Yan nak jumpa Abang, yan datang sana [Aku hampir menjerit, air mata mula tumpah]
# Jangan!! nanti I keluar kita jumpa
* Abang...pleaseeee, Yan datang sana [Degilnya. tahu tak yan rindu sangat kat Abang!!!!]
# Jangan..nanti kita jumpa. not now ok. [diam lagi. Aku cuba tahan esak tangis]
# Tak boleh lama nie. ni pun curi-curi call you
* Abang nanti...nanti kejap
Yang, nanti I call you lagi
* Abang...nantiiii
# I call you lagi nanti. I miss you
* Miss you...luv you too [Pantas dia matikan talian]

Semalam aku bagaikan orang gila. Menangis tak henti-henti. Aku jadi kalut sendiri. 5 kali aku cuba call dia semalam. Tak berangkat. kali terakhir panggilan yang aku cuba buat jam 2 pagi, sesuatu yang tak pernah aku lakukan. Kalau sekali call aku tak berjawab, aku sudah maklum mengapa. Sejak Sabtu lepas aku cuba call Abang, tiap hari 2..3 kali aku mencuba. Message entah berapa banyak aku hantar pun, dah tak ingat. Aku sudah faham sendiri dia berada di hospital. Tapi aku tak sangka selama ini.Mungkin kasihan, Abang perdengarkan suaranya. Rindunya. Abang tak akan beritahu aku dia masuk hospital. Aku akan diberitahu bila dia lihat banyak misscall dari aku lepas dia balik dari hospital. Dia tak akan beritahu aku dia sedang sakit, tapi aku tahu. Jangan ditanya bagaimana aku boleh tahu, sebab aku sendiri pelik. Ada rasa yang membantu aku tuk mengetahui keadaan dia...

Ya Allah, syukur kerana mendengar doa aku. Syukur kerana beri dia kekuatan tuk menerangkan hal sebenar kepada aku. Tuhan, berikan aku dan dia kekuatan tuk menempuh dugaan mu ini.



1:13 PM


----------

Tuesday, May 25, 2004

Suka-suka 2

Hmm..tadi dah post mende yang sedih sikit..huhu!!! ni nak lari dari kesedihan. Mende kat bawah ni pun copy paste dari friendster gak. Dah gatal pulak nak jawab soalan-soalan macam nie..hehe

// Series one - STATS
Name: saYANg
Birthdate: 15 April 1981
Current Location: atas kerusi depan pc..hehe
Hair Color: black
Righty or Lefty: all righty
Zodiac Sign: Aries
Innie or Outtie: innie

// Series two - DESCRIBE
The shoes you wore today: belum keluar rumah lagi maa.
Your hair: short paras bahu, hitam
Your eyes: hitam
Your weakness: my heart..
Your fears: God n sneaks
Your perfect pizza: entah..makan jek


// Series three - WHAT IS
Your most overused phrase on MSN/AIM: yahoo bley ka...'tuhan kurniakanlah nur di hatinya Amin!!'
Your thoughts first waking up: selalunya blank masa nie...
The first feature you notice in the opposite (or same) sex: lelaki-ketinggian...hahaha n kuku, gal-tak kesah
Your best physical feature: apa ek??? tinggi kot..bleh ka
Your usual bedtime: 12 ++ am
Your greatest accomplishment: i du not no
Your best memory: lots!

// Series four - DO YOU
Smoke: never
Cuss: bila teramat marah
Sing well: oh yes of course..seriously..ha! ha!..utk telinga sendiri la :p
Take a shower everyday: haah yup
Like high school: very much
Want to get married: tentula! hehehe
Believe in yourself: kekadang...
Get motion sickness: apa nie...
Think you're attractive: kengkadang..err bila pakai heel heheh :p
Think you're a health freak: i'm a paranoid
Like thunderstorms: nope...org gila jek yg suka

// Series five - IN THE PAST MONTH DID/HAVE U
Drank alcohol: nope
Smoked: never la
Done a drug: nope
Made Out: nil
Go on a date: hehehe...yes
Go to the mall: yess
Been on stage: nope
Been dumped: oh noo
Gone skating: nope
Made homemade cookies: once a year....time nak raya
Been in love: heheheh
Stolen anything: dicuri dan mencuri...hati

// Series six - HAVE U EVER?
Played a game that required removal of clothing: gilo ape..
Been trashed or extremely intoxicated: huh?
Been caught "doing something": wut something? wut? wut?
Been called a tease: long ago
Gotten beaten up: haah ade..sbb nakal mase kecik2
Shoplifted: tidak pernah
If so, did you get caught: tak pernah ah!! kan dah kata tadi!!!
Changed who you were to fit in: grrr!!!

// Series seven - THE FUTURE
Age you hope to be married: before 26..i hope..
Numbers and names of children: 6..hehe, nama??? simpan sindri arr dulu eh hehe :p
What do you want to be when you grow up: a good n wonderful human being..am i not now? hmm..dunno lah
What country would you most like to visit: mana eh??? hmm...di mana ada BatmaN, di situ ada saYANg..hehehe :p

// Series eight - CURRENTLY
Current clothes: baju tido..huhu!!
Current mood: luar nampak macam kanak-kanak rebina, hati...hanya tuhan yang tahu
Current taste: huh?
Current hair: tidy, well kept ;)
Current Smell:masham sbb blum mandi..huhuhu :p
Current desktop picture: microsoft window xp nye wall paper yg tak lawa
Current favourite groups: tak de
Current song: Kaulah Segalanya by Hazrul Nizam
Current worry: alamak dah kol doblas lebih..tak mandi lagi. busyuk!!!



12:12 PM


----------


Argh!!! perasaan ini....

Semalam aku menangis lagi. Aku dah tak tahu nak buat apa. Ada rindu yang amat membelit hati dan perasaan aku ni. Aku cuba call Abang, tak berangkat lagi.Abang belum balik lagi. Ya Allah, berat sangat ke keperitan yang dia alami? Minggu lepas dia ke sana lagi, 3 malam di sana...balik hari khamis. Sabtu ke sana lagi, dan semalam dia belum pulang. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada dia tuk menghadapi dugaan mu itu.

Aku cuba nak ambil berat dengan keadaan Abang, tapi aku tak tahu bagaimana. Aku cuba bertanya, tapi lidah aku selalu kelu. Dia pula, bila aku bertanya, ada saja alasan dia supaya aku terus kelu. Aku tahu dia tak mahu aku menangis. Aku tahu dia tak mahu merunsingkan aku.

Barangkali silap aku sendiri, menangis kala dikhabarkan keadaan dia masa dia mula terasa keperitan itu. Aku cuba kuat, tapi aku tak mampu. Aku fobia jadinya bila mendengar perkataan itu. Fobia kerana aku kehilangan arwah atuk perempuan kerana keperitan itu. Walaupun aku tahu ajal maut di tangan Tuhan, dan keperitan itu hanyalah salah satu penyebabnya, tapi aku belum cukup kuat rasanya tuk menghadapinya sekali lagi. Apatah lagi dia yang baru muncul dalam hidup aku. Terlalu banyak yang ingin aku lalui bersama dia. Ujian Tuhan, tak boleh nak di sangkal. Aku..terpaksa menghadapinya sekali lagi, begitu juga dia...kali kedua dia terpaksa menempuh keperitan itu lagi.

Terukkan aku ni, tak tahu bagaimana menunjukkan rasa ambil berat. Hatta dia berdiam di mana kala dia keperitan begitu pun aku tak tahu. Bukan silap aku..aku dah bertanya, dia yang enggan menjawab. Keadaan sebenar keperitan dia pun aku tak tahu. Bukan silap aku juga, dia yang enggan menjelaskannya. Ah!!! betapa teruknya aku ini!!!! Aku cuma mampu berdoa, berdoa agar dia sentiasa kuat hadapi dugaan tuhan.

Kadangkala aku jadi takut sendiri, andai satu hari nanti aku takkan dapat mendengar suara itu lagi. Suara yang menjadikan aku perindu, suara yang menyebabkan lidah aku kelu. Suara yang menyebabkan aku hanyut dalam dunia sendiri. Suara yang menyebabkan aku tersenyum panjang...Tuhan...

Hari ini aku menjadi penunggu suara itu...






11:05 AM


----------

Monday, May 24, 2004

Suka-suka

Hmm tadi aku dok belek-belek buletin board kat friendster..member-member aku suka buat survey nie...aku pun dah berjangkit hehehe...

**********


1. Your name spelled backwards?
gnayas

2. Where were your parents born?
both johor, which part ..i dunno

3. What is the last thing you downloaded onto your computer?
song - i dont wanna miss a thing by aerosmith

4. Last time you swam in a pool?
dec 2003, coral bay hotel

5. Have you ever been in a school play?
once..belakang tabir

6. How many kids do you want?
6..hehe

7. Type of music you dislike most?
dangdut n yang bising-bising

8. Are you registered to vote?
nope. malas!!!

9. Do you have cable?
err...internet...cerek n yang bercabel2 la

10. Have you ever ridden on a mop?
gilo apa...nope

11. Ever prank call anybody?
never..

12. Ever get a parking ticket?
nope

13. Would you go bungee jumping or sky diving?
yup...teringin sangat

14. Farthest place you ever traveled?
langkawi..hahaha

15. Do you have a garden?
yes...kecik jek

16. Do you really know all the words to your national anthem?
tentula...

17. Bath or Shower, morning or night?
shower, 4 kali..kekadang lebih hehehe

18. Best movie you've seen in the past month?
tak da, tapi kalo soklan ni dijawab bulan depan...jawapannya SHREK 2..hehehhe

19. Favorite pizza topping?
entah...makan jek apa yang ada

20. Chips or popcorn?
popcorn escpecially yang berkaler2...nyump!! nyump!!

21. What color lipstick do you usually wear?
rose jam, mabelline..tu kaler yg cemane ek??

22. Have you ever smoked peanut shells?
huh!! apa nie

23. Have you ever been in a beauty pageant?
nope.....teringin sangat :D

24. Orange Juice or apple?
orange please

25. When and who was the last person u went out on a date?
10 may 2004, my BatmaN :D

26. Favorite type chocolate bar?
yang ada macam nasi kering kecik2 tu..

27. When was the last time you voted at the polls?
never..

28. Last time you ate a homegrown tomato?
tak sempat tumbuh...pokok tombang...hahahha

29. Have you ever won a trophy?
yes...

30. Are you a good cook?
hehehe...tuk perut sendiri can la

31. Ever order an article from an infomercial?
nebe

32. Sprite or 7-up?
sky juice bleh??? lagi better :D

33. Have you ever had to wear a uniform to work?
nope

34. Last thing you bought at a pharmacy?
enavon c vitamins for my adik

35. Ever thrown up in public?
never i guess..err mebe ada, accidentally kot hahaha

36. Would you prefer being a millionaire or find true love?
true luv la...duit bebila bleh cari

37. Do you believe in love at first sight?
yess..yes...hehe

38. Can exs be friends?
penah try...but tak leh la. so kenot arr

39. Who was the last person you visited in a hospital?
my late friend..

40. Did you have a lot of hair when you were a baby?
hahaha..sikit jek but luckly hitam lebat skang ni..

41. What message is on your answering machine?
apa ek...ntah arr try arr call, dgr sendiri

42. What was the name of your first pet?
3J- joe, justin n jc...hamster's..hahah amik nama nsync'nye member

43. What is in your room?
2 katil, kotak's, 3 almari buku, wardrobe, bantal's, doll's, buku...banyak arr

44. Favorite thing to do before bedtime?
baring2...doa...dreaming then zZZzZZzzZZ

45. What is one thing you are grateful for today?
every single thing that God has given to me

46. What do you think about internet surveys?
hampeh!!! :p

*****ok,done hehehe!!!*****


Dah tak da kerja sangat la ni dok copy paste survey ni kat blog.

Petang tadi ke pasar malam kejap. Abah mengidam nak makan ayam percik heheheh. Dia demam sian dia, kekekeke macam budak kecik plak bila demam dok mengidam nak itu ini hehehe. Sempat tinjau-tinjau vcd pirate...ternampak Shrek 2 ngan Van Helsing, so aku beli 2 cerita tu. Da tengok Shrek 2 tadi, nasib baik kualiti gambar n sound ok hehhee. Kelakar...terutama si kucing sepanyol tu. Van Helsing, aku tak berani nak tengok sorang-sorang. Hahaha nanti sepanjang cerita tu aku dok tengok dari celah-celah jari jek :D > Aku rasa cerita tu macam seram...

Mata dah letih ni, aku menunggu jam 12 actually..tuk mandi n tidur. Tapi ni dah terlajak setengah jam [masa tulis entry ni la]. Macam dah jadi habit baru pulak sekarang nie, time jepun menyerang aku suka pakai perfume kat leher...lepas mandi sebelum tidur. Sejak 3..4 bulan lepas kot macam nie. Hahaha aku nak jadi 'saYANg harum +++++ malam' ke??? huhuhu!!!



12:40 AM


----------

Sunday, May 23, 2004

Mimpi yang sempurna



Mungkinkah bila ku bertanya
Pada bintang-bintang
Dan bila ku mulai merasa
bahasa kesunyian
Sandarkan aku yang berjalan
dalam kehampaan
Terdiam, terpana, terbata
Semua dalam keraguan
Aku dan semua yang terluka kerana kita

Aku kan menghilang
dalam pekat malam
lepas ku melayang
biarlah ku bertanya
pada bintang-bintang
Tentang arti kita
dalam mimpi yang sempurna

Mimpi yang sempurna- Peter Pan


Impian menggunung, sudah terlalu panjang fantasi karya sendiri di minda. Terlalu sukar tuk menghentikan lakaran-lakaran seterusnya. Ahh!! syaitan terlalu pandai membuaikan hati dan perasaan.

Kata Apek ' wayang adalah hidup, hidup adalah wayang...skrip sudah tetulis..direktornya cuma satu...DIA!!'. Hmm...andai aku mampu membaca skrip tu, pasti senangkan. Tapi dah tak de makna hidup ni...tak thrill. Skrip ciptaan aku dan DIA...masakan sama kan???

Ya Allah, bantulah hamba mu ini. Berikanlah aku sedikit kekuatan tuk aku tempuhi kekalutan ini. Kurniakanlah aku rahmat ketenangan mu

Hmm sejak 2 menjak ni aku asyik cerita benda-benda sedih jek dalam blog nie. Maaf, bukan niat aku meraih simpati, bukan niat aku juga mengundang kebosanan pada sesiapa yang membaca. Terima kasih daun keladi kerana ada yang sudi membaca coretan entah apa-apa aku nie.

'Cerita-cerita sedih' itu hanya mampu aku zahirkan di sini...di blog ini. Aku manusia normal, bisa tersenyum ketawa riang disebalik keluh kesah hati ini, yang tak mampu aku luahkan secara lisan. Aku hanya pandai meluahkan rasa hati melalui tulisan.

Dengan Abang juga aku begini, aku rangkaikan bait kata dituliskan dalam kad yang entah bila akan sampai ke tangan dia. Tapi aku tahu suatu hari nanti dia akan baca apa yang sudah aku tuliskan. Macam hari tu, 7 keping kad sudah berada di tangan dia. Kad ke 7, aku tulis depan dia..hahaha dia cuma senyum n gelak.

*'Aii...tak habis lagi ke?', hahaha Abang perli aku.
# Hehehe...Ala sikit jek ni. Hmm nanti bila Abang baca..kalau nak gelak-gelak tergolek-golek pun tak pe, janji Yan tak de depan mata Abang.
*'Hahaha..apa-apa jek la Yang'

Gelak-gelak Abang...aku tahu dia 'touching' sebenarnya. Gelak tuk sembunyikan rasa yang menyerbu hati dia. Ini aku baru belajar dari satu kejadian yang aku tak sangka. Hmm walaupun dengan aku dia macam hati kering, nampak keras n tak kesah...tapi sebenarnya dia mudah tersentuh. Dia juga manusia degil!!

Kadang-kadang aku luahkan juga isi hati aku kat Zet. Tapi aku tak tahu dia mendengar atau tidak. Dia mendengar tanpa hati n perasaan, macam terpaksa menadah telinga. Aku jadi kecewa sendiri. Nak cerita kat Yul pula, dia banyak me'ngondem' n bebel dari bagi respon yang baik. Aku tak harapkan respon yang baik-baik belaka, tak mengharapkan kata-kata semangat semata-mata. Cukuplah sekadar menjadi pendengar n respon yang 'atas pagar'...ada me'ngodem' ada yang membina. Supaya aku boleh berfikir sendiri lepas tu, tak pun supaya aku dapat rasa...'ya, itu yang pernah aku fikirkan'. Kadang-kadang lepas bercerita...meluahkan apa yang aku rasa patut, aku akan cakap 'err..anggap macam ko tak pernah dengar apa-apa, lupakan apa yang dah diceritakan tadi'. Hahaha terukkan aku ni. Dari orang pening kepala dengan aku, baik aku ceritakan kat blog nie. Blog ni bisu, dia tak paham apa-apa. Orang yang membacanya...terima kasih sebab sudi membaca, tapi maafla..cerita bosan-bosan saja. Dulu aku ada Fada, dengan dia aku boleh ceritakan segalanya. N Fada akan respon 'atas pagar'..men'ngondem' n bagi cara macam mana nak atasi, nasihat yang baik..aku suka tu. Tapi sayang aku dan dia tak macam dulu lagi :-(

Ada orang pernah cakap macam ni kat aku 'cerita hidup aku dan ko tak sama, totally different. Cerita hidup ko mebe best-best belaka, dan cerita aku mungkin membosankan. Macam buah laici yang nampak manis comey dari luar. Tapi dalam selonggok laici tu ada memacam rasa. Boleh berkerut muka time makan. Tapi percayalah orang tetap akan cuba merasa n menikmatinya. Sekelompok manusia tu, umpama selonggok laici. Jalan hidup ko takkan sama dengan yang lain, macam rasa sebutir laici tu yang takkan sama dengan butir yang lain. Kekadang kulit luar laici tu nampak buruk, tapi isi manis. Ada pulak yang nampak cantik tapi isinya...'. Huhuh mentang-mentang la baru lepas makan laici, terus buat perumpamaan macam laici. Hmm tapi ada betul jugakkan.

Hmm...mengadu pada DIA lebih baikkan...cepat atau lambat DIA tetap akan tolong kita, kerana DIA sayangkan kita. Tapi sayang kita ni yang selalu lupakan DIA..



11:46 AM


----------


Semakin lama semakin aku mengerti...

Sehari dua ni baru aku realized kenapa sebelum nie Dia selalu hilang. Baru aku sedar kenapa sebelum nie Dia endah tak endah dengan aku. Sehari dua ni juga aku cuba memahami keadaan Dia. Aku flashbackkan segala macam kejadian, peristiwa yang melibatkan aku dan dia. Sedih bila aku sedar, aku hampir menidakkan sebahagian dari diri Dia yang satu itu. Sedih bila Dia masih lagi berdegil tak mahu berterus terang dengan aku, sedangkan aku boleh rasa tempias keperitan Dia. Kalau sekali dua, barangkali boleh dikatakan hanya kebetulan. Tapi kalau dari awal lagi apa yang aku rasakan itu menjadi nyata...bagaimana harus aku tafsirkan setiap rasa itu?? Perlukah dikatakan lagi semua itu hanya kebetulan semata-mata.

Alhamdulillah sejak kejadian 4 messages hari tu, ada sedikit perubahan antara aku dan Dia. Terutama bila call aku tak berjawab, dia akan khabarkan mengapa. Semalam, call aku tak berjawab lagi. Dan aku sudah tahu mengapa, ke mana dia menghilang. Tapi hati aku meruntuh sedih, terfikir aku ini semacam teman yang tak ambil tahu. Aku seolah-olah tak ambil berat akan dia. Sebaliknya dia....Dia masih lagi dengan alasan yang sama.

Teringat dulu, dia sanggup jumpa aku dalam keadaan lemah semata-mata tak mahu aku melihat dia di tempat itu. Aku tak tahu dia check out atau lari dari situ...huhh!!





11:00 AM


----------

Thursday, May 20, 2004

Sensitif???

Aku tak tahu perasaan yang timbul semalam
disebabkan oleh hormon aku yang tengah tonggang terbalik
atau sememangnya kerana aku seorang yang sensitif

Bukan sekali dua aku rasa begini,
berkali-kali
Bukan sekali dua juga aku diperlakukan begini,
tapi berkali-kali

Aku tak tahu Yul sememangnya begitu
atau dia sengaja memperlakukan aku begitu
Mungkin aku insan yang membosankan pada dia
so bila dia jumpa member lain
dibiarkan aku terkontang-kanting
Bila dia kesorangan tak punya teman
dia akan bersama aku berborak bercerita

Bila datang member lain dikala aku bersama dia
aku dibiarkan terkontang-kanting lagi
buat aku macam tak wujud disisi dia
walhal dia sudah berborak dengan aku sebelum tu

Dia tak sengaja atau dia memang macam tu???
dah berkali-kali aku pujuk diri aku
supaya tak terasa hati
maafkan dia...mebe dia tak sedar
tapi kalau dah acap kali begini jadinya
mana aku tahan wei!!!

Sedih aku bila jadi macam tu lagi
Aku memang tak pandai nak menghavockan suasana
aku memang tak pandai nak bercakap kasar
aku memang tak pandai nak bergurau kasar
tak pandai nak kutuk mengutuk mesra
tapi aku juga punya hati dan perasaan
aku boleh ambil port...dok dengar sama
tapi nak buat macam apa yang korang buat memang aku tak pandai
so please la jangan abaikan aku
bila wujud manusia lain disekeliling kau dan aku...
n please arr jangan tinggalkan aku terkontang-kanting
blah macam tu jek tanpa cakap apa-apa dengan aku
ingat aku ni apa
kain buruk!!! yang boleh dikutip bila nak jek!!!

Ok mebe silap aku gak kot...
lebih senang membisu dengar cerita
dari bercerita
tapi nak buat macam mana
dah itu spesis aku
bukan aku tak cuba ubah perangai aku ni
dah berkali-kali aku cuba
tapi ikut musim jugak
bila nak kepoh..kepoh arr
bila terasa mulut macam ada intan berlian
aku automatik diam
huhu!!! payahkan aku nie

tu pasal Yul kutip aku bila perlu jek!!!



11:48 AM


----------

Tuesday, May 18, 2004

Woaaa....



Who's Your Anime Boyfriend?


crystal heart
Heart of Crystal


What is Your Heart REALLY Made of?
brought to you by Quizilla



2:00 PM


----------


Imbasan 1

Entah kenapa dengan mood aku yang tak menentu ni, aku suka baca online diary aku yang dulu. Ada entry-entry yang menceritakan permulaan hubungan aku dan Fada mulai regang. Sedih bila baca balik semua tu. Aku tak minta begini jadinya, tapi inilah kuasa Tuhan. Takdir sudah tertulis untuk aku begini...

-----


It can happen to..
Anyone of us, anyone you think of
Anyone can fall
Anyone can hurt someone they love
Hearts will break
'Cause I made a stupid mistake
It can happen to..
Anyone of us, say you will forgive me
Anyone can fail
Say you will believe me
I can't take my heart will break
'Cause I made a stupid mistake
A stupid mistake

...hmmm lagu ni aku ciplak kat diary si J+M++T
ampun eh cik J+m++t...
tetiba terbekanan plak kat lagu ni...

ape pun aku nak dedicatekan ni kat membe aku si FADA
i'm really sorii fada...
dulu yan penah katakan...
kalo ade pape tak puas hati cakap jek
bitau terang-terang
jangan simpan kat dalam hati
yan manusia...kekadang ingat diri ni baik sgt
padahal busuk semacam jek
yan tak nampak apa yg oang nampak pasal diri yan
mebe yan tak nampak kelemahan diri yan
mebe yan tak nampak kesalahan diri yan
so fada yg nampak bitau la..
jgn dok simpan

bila kita cenggini...yan really rasa tak sedap ati
kita tak penah cenggini...tapi bila kita dah dingin cenggini
yan tak tau cemana nak hadapi..
rasa cam nak duduk jek dlm tin biskut sesoang..
trasa nak pakai jek topeng otomen bila nampak fada

fada tau kan yan tak leh nak idop tanpa ada oang kat sisi yan
even oang tu yan tak kenal...tak pe arr
janji ada oang yg leh djadikan teman
but skang ni yan tak leh plak nak idop ngan oang yg tak berckp ngan yan...

pape pun jgn simpan dlm hati
luahkan jek kat yan
even mende tu menyedihkan n menyakitkan hati tak pe
asalkan kita tak cenggini...

sorii fada... really really sorii

Tarikh siar : 16hb Jul 2003 12.27:43 tghari

-----


Dulu, walaupun aku dan Fada duduk serumah tapi bila ada masalah yang terasa tak boleh diselesaikan secara berdepan kitaorang akan bincang thru YM ataupun chatting kat chatroom yang kitaorang selalu lepak. Kadang-kadang terasa kelakar, sebab time bincang online pun aku dan dia duduk bersebelahan, paling tidak pun aku pc depan dia pc belakang aku. Selalunya aku yang akan tegor dia dulu kat YM or chatroom tu.

Pelik pulak rasanya, bende yang terjadi realiti...dibincangkan secara cyber n lepas tu end pun kat cyber. Kalau secara realiti tiba-tiba dingin, bercakap bende yang penting jek...bila online, bincang settlekan, lepas tu dah boleh p makan sesame.

Hmm..itu dulu. Sekarang ni...

Hey...aku suka cara aku tulis online diary yang dulu tu. Terasa macam selamba yang amat. Mebe dah lama aku tak bercerita kat situ sebelum aku buka blog ni buatkan skill tulis macam tu hilang. Aku menulis sekarang ni pun terumbang ambig lagi rasanya. Kejap nampak macam formal, kejap nampak macam jiwang, kejap nampak macam selamba. Hoho!!! mebe jugak aku takut cik Fada terjumpa blog ni kot..dia rajin surfing tu :p



1:09 PM


----------

Monday, May 17, 2004

Rindu semakin jauh....

Sejak akhir-akhir ni aku makin payah merisik cerita Fada. Kalau sebelum ni, sejak bermulanya keregangan aku dan dia...aku akan baca online diary dia. Tak pun aku risik dari housemate yang merangkap classmate aku jugak. Tapi sejak akhir-akhir ni makin payah pulak. Aku sudah kehilangan sumber tuk mengetahui tentang dia. Dia semakin jarang menulis di online diarynya, sibuk barangkali. Aku juga tak dapat merisik khabar dia dari housemate Fada, dia sedang praktikal di utara.

Hmm...bulan depan, genap setahun aku dan Fada begini. Jun...bulan yang banyak meninggalkan kenangan yang mengesankan, yang tak mampu aku putar kembali tuk baiki apa yang patut. Hikmah...ada hikmah sebaliknyakan. Redha??? yes..aku redha



10:42 PM


----------



Kebelakangan ni hati aku sayu saja. Mudah tersentuh, menangis. Sejak jumpa Abang Isnin lepas pun, aku makin rindu kat dia. Ada antara kata-kata Abang yang terngiang-giang kat telinga aku ni...yang buatkan aku sedih. Semalam baru aku tahu kenapa aku mudah sayu tersentuh macam ni. Huh!! macam manalah aku boleh tak perasan, tak terfikir lansung. Musim pms aku cepat pulak dari kebiasaan. Walaupun jerawat yang dah tersembul keluar hari tu 'meletup' n mulai kecutkan diri...aku masih lagi tak dapat detect. Sekarang aku dah 'slow' ke??? Rasanya tak kot, barangkali sebab 'proses tu' cepat dari biasa..yang buatkan aku tak perasan akan keadaan aku tu.

Petang semalam, Sye minta aku 'maju setapak'. Katanya dia dan kekasih hatinya itu sudah terlalu lama menjalinkan hubungan tanpa ikatan, sejak dari zaman sekolah lagi. Kalau boleh dia nak ikat secara tak rasmi dulu hujung tahun nie. Dan aku, sebagai anak yang sulung patut membuka jalan dulu...bukan dia yang terletak kat nombor 3 dalam ranking adik-beradik nie. Aku terdiam sekejap bila dia kata macam tu. Bukan aku tak mahu punya ikatan pertunangan, apatah lagi ikatan perkahwinan dengan orang yang aku sayang yang aku cintai. Tapi aku tahu keadaan diri Abang, aku tahu dia masih risaukan tahap kesihatan dia, aku tahu dia masih lagi gigih berusaha tuk mengecap impian kerjaya dia...dan aku tak mahu menambah beban dia. Sye, lelaki...aku tak kisah kalau dia nak mulakan pertambahan ahli keluarga aku ni. Bende yang baik perlu diteruskan rite...

----

Sedih bila dapat tahu keadaan Dia, dan yang paling menyedihkan aku...aku tak tahu macam mana nak ambil tahu akan keadaan Dia. Aku pernah berada dalam situasi semacam ini satu masa dulu...bersama arwah atuk perempuan, tapi aku dapat lakukan dengan perbuatan yang menunjukkan aku ambil berat. Bersama Dia...aku tak dapat lakukan apa-apa, aku cuma mampu berdoa



3:40 PM


----------

Thursday, May 13, 2004

Izinkan aku...


Izinkan aku bersama dia
melangkar mimpi fantasi menjadi realiti
Izinkan aku merasa kasih sayangnya
walau tuk seketika cuma
namun Tuhan,
ku titipkan doa buatnya pada Mu saban waktu
pohon aku dan dia bisa terus bersama
restu dan rahmat bahagia dari Mu
di sepanjang hayat ku
Ingin aku layari hidup ini bersama dia
Dia...yang kau temukan aku atas kehendak Mu

Izinkan aku berada disisinya
kala dia berperang menahan derita
Izinkan aku berada disisinya
kala dia menahan jerih sakitnya
Izinkan aku menjadi penguat semangat dia
agar dia terus tabah menghadapi dugaan Mu Tuhan

Perjalanan kasih ini sudah terlalu jauh
Temukanlah aku dan dia di satu titik yang sama
Agar aku bisa sentiasa disampingnya
melepaskan rindu yang tak pernah surut ini
Izinkan aku merasakan kasihnya
agar hatiku bahagia sentiasa...

--12.50 pm--


# Kadang-kadang Yan susah payah try call Abang, baru dapat. Abang pulak kata 'call balik kejap lagi'. Lepas tu bila Yan try call back tak dapat pulak. Kadang-kadang Yan rasa Abang macam nak avoid dari Yan...
* [Gelak-gelak....diam sekejap] Sorry, sometimes I fight dengan sakit I...
# Yan tau. Kadang-kadang Yan dapat rasa ada something happen kat Abang..

Intuisi...satu gerak hati yang sukar aku fahami. Bersama lelaki itu aku bisa rasakan ada sesuatu yang terjadi padanya. Cuma aku tak pasti intuisi yang datang itu terbias lataran rasa sakit,susah hati atau bila dia berdepan dengan masalah. Sudah beberapa kali aku cuba abaikan perasaan itu...tapi bila hati aku kuat tuk bertanya khabar, mencari kepastian dalam diam...memang betul apa yang aku rasa. Aku jadi takut sendiri. Aku abnormal ke??? Tuhan, berikanlah aku kekuatan...



12:39 PM


----------

Thursday, May 06, 2004



I keep on fallin’
In love
With you
Sometimes I love you
Sometimes you make me blue
Sometimes I feel good
And times I feel used
Lovin' you darlin’
Makes me so confused

I keep on
Fallin’
In and out of love with you
I never loved someone
The way that I love you

Oh, oh , I never felt this way
How do you give me so much pleasure
And cause me so much pain
Just when I think
I've taken more than would a fool
I start fallin’ back in love with you

I keep on
Fallin’
In and out of love with you
I never loved someone
The way that I love you

Fallin'- Alicia Keys


Dedication to he :D



3:15 PM


----------


Bengong [edisi hampeh!!!]

Semalam, 12.52 am [refer to call register] dapat call dari He. Eee geramnya...dia gelakkan aku. Memang hati kering la dia nie. Hmm tak pe la sekurang-kurangnya aku dah luahkan apa yang aku rasa melalui 4 messages tu. Dia....macam yang aku dah duga dari awal..takkan reply messages tu...coiii.

# Hehehhehe
* Kenapa gelak?
# Hehehe...ntah dengar suara you...i nak gelak...message2 you tu
* Eeee jangan arrr gelak. Hmm mana tau message2 tu sampai. Selama ni ada yang Yan hantar tak sampai..so ingatkan message2 tu pun tak sampai jugak la. Yan hantar messages tu hari rabu malam, khamis petang baru Abang dapat
# Hehehhe.....my hp ni problem sikit
* p la hantar repair ke beli baru ke
# Duit dah banyak habis kat kereta

Diam kejap. Dia gelak lagi. Penyudahnya dia banyak gelakkan aku. Tak kuasa aku nak 'smash-smash' dia, malas nak gaduh. Lama-lama aku pun gelak sama.

Eee dia ni memangla hati kering!!! Pada dia mungkin messages tu mengelikan hati dia, tapi pada aku...tu la isi hati aku yang aku tak tahu macam mana nak luahkan kat dia. Tak pela, gelak-gelak dia pun aku harap bila dia baca messages tu dia akan terfikir..kalau tak masa dia dapat message tu mungkin bila dia teringat nanti. Hehehe nasib baik jugak aku tak ada depan mata dia...kalau tak makin galak dia gelakkan aku nanti, suka sangat cakap aku ni kelakar n suka merepek

Hmm sejak dia duduk sorang ni rajin sikit dia call aku, walau pun ikut suka hati dia jek bila masa nak call aku tapi tak pe la..asalkan dia call n aku tersenyum sepanjang hari. Mungkin dia bosan kot, tu pasal dia call. Hmm boleh ke aku katakan ini barangkali satu permulaan yang baik buat aku dan dia...mudah-mudahan

Upss!!! dia dah pecah kan tempoh 2 bulan yang aku decided ari tu arr....=p



3:02 PM


----------

Wednesday, May 05, 2004

Pengakuan dari hati...


Bila ku lahirkan
Pengakuan dari hati
Cukup sekali
Tak ku ulang lagi

Padamu terserah
Semoga kau yang dewasa
Bagiku kepercayaan
Cinta dan kejujuran
Suatu ujian keimanan

Ku ingin menghormatimu
Ingin mengasihimu
Dengan kerelaan
Keikhlasan juga kesetiaan

Cinta nan suci
Usah dinodai
Ku harap kau
Bersabar menanti

Pengakuan Dari Hati-Fauziah Latif


Bagaimana harus aku khabarkan pada dia, bukan sengaja aku terdiam kelu kala mendengar suaranya. Bukan sengaja aku mendinginkan suasana perbualan aku dan dia. Bagaimana harus aku katakan pada dia agar dia faham apa yang aku rasa. Satu rasa yang tak mampu aku luahkan, yang tak mampu aku zahirkan dengan kata-kata.

Entah mengapa tiap kali aku mendengar suaranya lidah aku menjadi kelu. Mendengar tiap bait katanya cukup tuk mengubatkan rindu aku pada dia. Mendengar suaranya buatkan aku asyik, rindu makin menjadi-jadi.

Aku tak pandai nak menzahirkan cinta sayang dengan kata-kata, cukup sekadar melalui perbuatan. Namun jurang geografi antara aku dan dia membataskan segalanya. Sikap dia, keselambaan dia, buatkan aku tertanya-tanya. Buatkan aku berteka teki sendiri. Aku tak tahu apakah hati aku dan dia masih senada seirama, atau hanya aku saja yang tak jemu menari di lantai kasih ini sendirian. Minta kepastian lagi, aku tak berani. Takut hendak menghadapi sebarang kemungkinan barangkali. Aku cuma mampu berpegang pada apa yang aku peroleh kala aku meminta padaNya.

Kadangkala aku bisa simpan segala keluh kesah ini sendiri. Kadangkala aku perlukan teman bicara, mahukan feedback spontan. Tapi bila aku punya teman bicara, bila aku sudah cerita apa yang aku rasa, alami dan apa yang aku usahakan, aku terasa macam aku sudah mengadu domba meminta simpati. Bila aku luahkan di blog sendiri, semacam satu dunia sudah tahu. Huh!! payah diri aku ni. Ada saja yang tak kena...

Aku dan dia...barangkali punya masalah kommunikasi yang serius. Saat aku ingin sangat mendengar suaranya...aku jadi kelu seribu bahasa. Dia, barangkali terlalu fikikan hal kerja...ambil tak endah dengan apa yang terjadi. Mungkin juga kerana faktor jarak usia yang agak jauh...jadikan aku kekok kala bersama dia.

Aku dan dia sama peliknya juga barangkali. Dia semacam dingin bila berbual-bual di telefon. Tapi bila aku ada depan mata...aku dilayan bagaikan putri dan aku, tak sudah-sudah memandang wajahnya, setia mendengar butir bicara dia. Itu cerita dulu...sekarang...aku sudah lama tak jumpa dia. Semacam ada saja yang menghalang. Aku tahu mengapa DIA tak mengizinkan pertemuan antara aku dan dia....kerana tak mahu terjadi apa yang tak sepatutnya terjadi. Aku akur...aku redha. Tapi bila berdepan dengan keadaan yang tak aku fahami ni...buatkan aku tertanya-tanya. Bila berjauhan aku merindu...bila dekat aku makin merindu, mendengar suara dia pun aku...kerinduan sampai tak terkata. Argh!!!! apa yang berlaku sebenarnya ni????

Perlu ke aku andaikan apa yang terjadi hanya satu kebetulan. Sejak dari mula lagi segalanya memihak pada dia. Apa yang aku impikan, terlaksana bersama dia. Apa yang aku niatkan, terjadi bersama dia. Bila aku keraguan, aku akan dapat jawapan dengan cara yang baik. Bila aku meminta pada yang satu itu...dia juga yang hadir. Tuhan, bantulah hamba mu ini.

Detik pagi yang indah itu akan berulang lagi hujung bulan hadapan. Saat permulaan satu jalinan hati antara aku dan dia. Ada kata yang terdetik dihati kala dia menyuarakan rasanya...yang aku pasti itu datangnya dari Ilahi. Ada janji yang aku pahatkan dalam diri tuk membantu dia. Satu permulaan yang baik, segalanya memihak pada aku dan dia..tapi entah mengapa kini segalanya terasa sukar. Barangkali kerana terjadinya noda antara aku dan dia, buatkan kisah sekarang ni begini jadinya. Aku terleka, terlalai...lupa pada niat asal aku.

Aku perlu kuatkan..perlu tabahkan...kalau dia sememangnya untuk aku, dia tetap akan bersama aku. Moga satu hari nanti aku dan dia akan berada di satu titik pertemuan yang sama kembali, yang akan membawa bahagia dan restu. Aku perlu kuatkan semangat, cuba menjadi yang terbaik..tuk diri aku sendiri....agar aku bisa membantu dia.

Hmm B, masalah cinta ni masalah terlalu tipikal...bosan bila mendengar, tapi ni la yang aku alami...huhu!!! semua manusia tak terlepas dengan masalah. Hidup tanpa masalah...bukan hidup namanya kan!!

Aku mahu diam dari dia selama 2 bulan. Mampu ke aku bertahan...dulu 3 minggu pun aku sudah kerinduan yang amat.



12:15 AM


----------