Tuesday, June 29, 2004
~kopi dan pasta~ =)
![]()
...bukan kali pertama kita berjauhan
bukan juga kali pertama kita
bertemu kembali setelah berpisah sejenak
tapi mengapa saat ini perutku masih penuh
dengan rama-rama seperti suasana
pertama kali kita bertentang mata
mengapa...
bantu aku tafsir fenomena ini sayang!!!
![]()
...mengapa masih ada debar
masih ada resah juga gelisah
ini bukan temu pertama
barangkali rindu ini teramat
bertemumu kali ini seperti jatuh cinta
untuk kali petama...
kerana rama-rama itu berterbangan
Puisi yang aku ambil dari blog unsunghero. Hmm...suka dengan puisi tu. Aku selalu gemuruh kala bersama Abang. Tapak tangan aku tak henti-henti berpeluh.
*kcing..kcing..kcing* gelang tangan berloceng berbunyi sama. Abang selalu tersenyum, kadangkala tergelak kecil bila dia melihat aku asyik mengesat tapak tangan aku di bahagian peha atau lutut jeans aku.
Aku suka bila punya rasa gemuruh itu. Walaupun gemuruh itu kadangkala menyukarkan aku, menyebabkan lidah aku selalu kelu kala bersama dia...tapi aku suka. Sebab aku tahu aku masih punya rasa yang kuat terhadap dia.
Syukur padaNya kerana masih mengizinkan aku untuk terus berada di sisinya, bersama sayang dan rindu saban waktu yang tak pernah hilang ini. Syukur padaNya kerana memberikan aku kesabaran dan kekuatan tuk terus bersama lelaki itu. Setahun sudah aku bersama dia, setahun yang cukup memeningkan kepala aku. Dia memang begitu!!! Moga suatu hari nanti perjalanan aku dan dia ini bertemu di satu titik yang sama, dan sama-sama menuju bahagia dengan rahmat dan keberkatan. Minta kebahagiaan itu padaNya, kerana DIA yang berhak memberi.
12:41 PM
----------Sunday, June 27, 2004
Adam Hawa...2
Tarikh : 27 hb Jun ***3, Jumaat
Tempat: Bilik Hawa, rumah family
Masa : 03.30++ am
Watak : Adam dan Hawa
Props : Handset [++ segala macam props yang bersesuaian]
Adengan:
Hawa sedang nyenyak tidur. Beautiful Life OST berbunyi riang dari handset Hawa. Hawa terjaga. Nama Adam terpapar di skrin telefon. 'Adam??' Masa di penjuru kanan handset diperhati sepintas, 3.34 am. 'Tak tidur ke Adam nie??' Hawa menguap kecil seraya menekan butang ok.
"Sayang, be my girl..." Serta merta kedengaran suara Adam. Mata Hawa terbuntang besar. Matanya digosok perlahan. 'Aku mengigau ke nie??'
"Err...Awak biar betul??" Suara Hawa bergetar. Kejutan yang tak diduga dari Adam. Mengigaukah Adam??? Sedarkah dia dengan apa yang dikatakanya??
"I tak main-main Sayang. I serious ni. I want you" Suara Adam keras sedikit.
"Wait..wait. Awak mengigau ke nie??" Soal Hawa.
"No lah, I belum tidur lagi. Asyik teringat kat you jek" Adam tertawa kecil. 'What' Kening Hawa terangkat.
"Hati I betul suka you tu Sayang. Ask God, buat solat istiqarah". 'Istiharah...ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni??'. Seingat Hawa hujung bulan lepas dia ada berniat sesuatu. Tuhan, inikah ketentuan Mu...
"How about you Sayang?? Cakap dengan I. Tak kisah apa jawapannya, please jujur dengan I" Desak Adam.
"Awak serius ke dengan apa yang awak cakap nie." Hawa cuba bertenang. Lelaki ini..argh!! Terlalu berterus terang.
"Yes I am. I tak main2. I really-really serious" Adam menekankan suaranya. 'God!!'
"Istiharah...bila awak buat istiharah? Apa yang you dapat?" Soal Hawa.
"Lepas balik dari jumpa you hari tu. Pagi semalam I message you, I cakap I mimpikan you. Remember???" Hawa tersandar di penjuru katil. Message semalam!!! Dia ingat message itu hanya gurauan semata. Hawa menarik nafas panjang. Diam seketika.
"You dah ada yang special ke?" Tiba-tiba Adam bersuara. Hawa sedikit terkejut.'Aik tadi beria-ia. Ni baru teringat nak tanya ke??'
"ErrK. Me?? Hmm tak de, tak de. My ex tinggalkan saya. He ada girl lain!! You?"
"Hmm dia kawin dengan orang lain. Family dia tak nak harta jatuh ke tangan orang luar. She orang nogori. Orang kaya-kaya" 'Huh!!! Macam cerita dulu-dulu pulak'. Diam lagi.
"I simple jek. Macam yang you dah tengok hari tu...itu lah I. hmm dah 2 tahun im alone. If you tolak I dont mind but..." Kata-kata Adam terhenti di situ.
"No..no err saya tak sangka. Sebab sebelum ni saya pernah wish if ada lelaki yang approach saya sebabkan istiharah, saya akan terima dia. And saya tak sangka awak orangnya..." Hawa menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan sebelum cuba menyambung bicaranya.
"And bukan awak sorang jek yang cuba dekat dengan saya sekarang nie. Ada beberapa lagi lelaki lain...awak yang paling akhir muncul dalam hidup saya n now.."
"I tak nak jadi orang yang rebutkan you. I nak you" Pintas Adam, suaranya keras.
"Awak, kita baru jumpa. Last sunday." Hawa sengaja menekankan ayat terakhirnya. Dia diam seketika, mencongak dalam kepala sambil jarinya dilipat satu persatu.
"Hari ni hari ke 5 lepas kita jumpa. Awak tak terasa cepat ke?? Awal bulan kenal, last sunday jumpa. and hari ni jumaat....within a month. Sebulan...tak sampai sebulan. awak really sure ke??"
"Yes" Jawab Adam pendek.
"Awak betul-betul yakin??"
"Yes"
"Awak tak rasa cepat sangat ke. Awak..."
"Only god knows why Sayang." Pintas Adam. Serta merta Hawa terdiam. Ya, hanya Tuhan maha mengetahui, tapi mengapa sepantas ini...
"Ok, you buat istiharah" Suara Adam mengendur sedikit.
"No..no saya tak berani. Sebab tu saya buat wish tu. And awak pulak...oh God." Tanpa disedari Hawa mengeluh kecil.
"You dah tengok I hari tu kan, just a simple person. Nakal tu nakal jugak. Sometimes.." Hawa hanya mendengar cerita Adam tentang kisah hidupnya.
'Mungkin Allah temukan aku dengan dia, untuk aku membantu dia' Detik hati Hawa tiba-tiba setelah mendengar cerita Adam.
"I tahu I tak sebaik you. I.."
"Semua tu boleh compromise. Yang penting awak berubah..slowly" Hawa mencelah. Adam terdiam, terdengar bunyi nafas Adam yang dilepaskan perlahan-lahan.
"Sayang, be my girl..please" Rayu Adam lagi.
"Promise me you wont let me down" Pinta Hawa, walaupun di hatinya tahu jodoh di tangan Tuhan.
"Now and forever I will be your man" Adam menyanyi perlahan bait lagu Richard Marx. Hawa tersenyum kecil. ‘Eeee dia ni memain pulak’
"Awak!!! serious please..."
"Yes Sayang, I am." Adam diam seketika.
"Thank you" Sambung Adam lagi. Hawa cuma tersenyum.
------------
Tempat: Bilik Hawa, rumah family.
Masa : 05.00++ am
Watak : Hawa
Props : Sejadah, telekung [++ segala macam props yang bersesuaian]
Adengan:
Usai sujud syukur. Hawa masih di situ, bersimpuh menantikan subuh yang bakal menjenguk. Dia sendiri kurang pasti mengapa dia lakukan sujud syukur. Cuma hatinya terasa ingin benar berterima kasih pada yang satu itu kerana menemukannya dengan cinta baru. Dipanjatkan juga doa dan harapan agar hubungan Hawa dan Adam ini diberkati dan dirahmati olehNya. Moga dia juga dapat membantu Adam.
'Bantu??? Tolong apa?? Kenapa itu yang tiba-tiba terlintas di hati aku.' Hatinya bersuara.
'Ya Allah! Cubaan apakah yang Engkau timpakan ini. Aku tidak mampu menghadapi dugaan ini tanpa bantuan dan petunjuk Mu tuhan. Aku ini insan yang lemah bisa tersasar dan tersesat dalam melayari cinta. Ya Allah! Ku pohon pada Mu Ya Allah, andai cinta dan kasih sayang yang hadir ini datangnya dari Mu, berikanlah aku kekuatan tuk menghadapinya. Tapi andainya ia mainan syaitan semata, jauhkanlah aku darinya. Peliharalah diri ku dari kekecewaan. Berikanlah aku kekuatan tuk menerima ketentuan takdir Mu itu dengan sabar dan redha. Sekiranya ketentuan ini adalah terlebih baik buatku, maka Engkau tetapkanlah hati dalam menerimanya. Berikanlah kesabaran padaku tatkala menghadapinya.Ya Allah! Aku menyerahkan segala ketentuan hidupku ini di tangan Mu wahai tuhan yang maha mengetahui segala bicara hati ini.'
Tempoh perkenalan yang terlalu singkat bagi Hawa, itu pun secara tidak sengaja. Namun dalam diam dia sendiri cukup selesa dengan kehadiran lelaki tersebut. Entah mengapa dia begitu senang dengan panggilan 'Sayang' dari lelaki itu, sedangkan sebelum ini dia cukup anti dengan lelaki yang memangilnya sayang tak tentu pasal. Adam, istiharah....
Bukan hanya Adam yang cuba mendekatinya, malah ada bebeapa lelaki lain turut mencuba. Dan entah kenapa bila bersama Adam..segalanya senang belaka. Hawa tidak tahu bagaimana untuk memilih antara mereka yang dirasakan terbaik buat dirinya. Lantas dia berniat andai antara mereka yang 'melamarnya' berdasarkan istiharah dia akan menerimanya. Untuk dia melakukan sendiri istiharah tersebut, Hawa merasakan dia belum cukup 'kuat' tuk menghadapinya. Pelik!!! Hawa senyum sendiri. 'Insya Allah, suatu hari nanti aku akan melakukan istiharah.' Janji Hawa pada dirinya.
Usai seruan muazzin, Hawa gagahkan diri kembali menghadap pada yang satu. Di panjatkan juga doa yang panjang pada yang Esa.
'Moga akulah permaisuri hati pengenap rusuknya...'
1:21 AM
----------Saturday, June 26, 2004
...hmm...errmm...
Satu kejutan tuk aku. Mak baca novel cinta. Ayak!!! apa sudah jadi mak. Ohhh Mak bosan rupanya..tak pe..tak pe. Kata Mak baca novel itu juga kesukaan dia masa zaman muda remaja. Sebuah buku perlukan masa 2 hari tuk menghabiskannya, sekarang ni la...lepas dia dah habiskan masak kemas rumah. Selasa dan Rabu lepas Hati Seorang Perempuan, Khamis dan Jumaat... Jangan Ada Dusta. Hari ni..mungkin Cinta Pertama sebab buku ni dah ada kat kerusi yang dia selalu duduk. Upss!! masa aku tengah menaip ni Mak dah mula baca Cinta Pertama
Hmm...nampaknya lepas ni aku kene tukar posisi novel-novel yang aku ada kat rak yang tinggi menjulang tu. Senang Mak nak ambil nanti. Tak payah la aku panjat-panjat dan hulurkan kat Mak, bagi description pasal cerita tu. Biar dia sendiri belek dan baca sinopsis and decide sendiri. Hmm tapi aku jamin semua novel yang aku ada tu memang best n sesuai untuk Mak baca juga eheheh.
------------
Malam semalam sebelum tidur aku nangis lagi. Nangis rindu eheeh. Hmm aku dah janji kat diri sendiri tak nak nangis lagi. Tapi bila rindu-rindu ni...aku akan nangis juga. Bila rindu..nangis, rindu...nangis..huh!!!
Aku malas nak call Abang. Nak merajuk dengan dia...ahahah. Hmm aku merajuk pun bukannya dia tahu, ahh tak pe...nak merajuk jugak!!! Dia tau ke tak ke..sama jek, tak pe =p
*pujuk diri* dia bz, dia sibuk. kerja melambak. bulan lepas dah berapa hari dia tak masuk office. dia pun selalu tak sihat. Biarkan dia dengan dunia dia seketika. biarkan aku begini..rindu-rindu merajuk, rajuk yang tak diketahui dia...biarkan...biarkan...biarkan aku dengan labu-labu aku...biarkan..biarkan
12:47 PM
----------Thursday, June 24, 2004
Sesekali
Sesekali aku suka bila keadaan ini berlaku. 2 icon smiley menyala..tersenyum.
Bila aku lihat icon dia menyala tersenyum, aku umpama melihat dia tersenyum. Hati aku jadi senang, gembira.
Chat?? tak, aku tak chat dengan dia. Malah kalau aku online pun, dia tak tahu. Dia tak add yahoo id aku. Cuma aku saja yang punya yahoo id dia.
Aku tak mahu ganggu dia. Kerana aku tahu dia online di pejabat. Dan bukan selalu dia dapat duduk berchatting, bersantai depan pc. Jadi aku tak mahu menganggu dia berbual mesra bersama teman siber.
Aku lebih selesa berborak mendengar suara dia, dari berborak membaca ayat-ayat yang ditaip.
Bila melihat 2 icon itu menyala, tersenyum. Hati aku menjadi senang. Kenapa?? Aku sendiri kurang pasti. Cuma aku cukup selesa dan suka melihat keadaan tersebut.
Moga suatu hari nanti juga aku bisa berada disampingnya, melihat senyuman penawar rindu aku =)
9:01 PM
----------Tuesday, June 22, 2004
Adam Hawa...
Tarikh : 22 hb Jun ***3, Ahad
Tempat : Kedai makan Pak Abu.
Masa : 10.00++ am
Watak : Adam, Hawa dan Sahabat Adam.
Props : 2 pinggan mee goreng, 2 cawan nescafe panas..untuk Adam dan Hawa, sepinggan roti canai dan teh kosong untuk sahabat Adam. [++ segala macam props yang bersesuaian]
Adengan:
Borak-borak, makan-makan.
"Hmm..masin la mee ni" Keluh Hawa perlahan.
"Orang kata..kalau makan masin-masin ni, kawen dengan yang nombor dua" Adam tersenyum, Hawa kerling sepintas. Mata Adam dan Hawa bertaut. Ada rasa yang sukar dimengertikan. Pantas Hawa memalingkan kepalanya.
Masin??? Kawen??? Nombor dua?? Biar hanya Adam dan Hawa ini tahu apa itu 'nombor dua'.
------------
Tempat : Depan rumah sewa Hawa
Masa : 12.00++ pm
Watak : Adam, Hawa dan Sahabat Adam.
Props : Kancil, FnL cream, sebungkus mee goreng. [+++ segala macam props yang bersesuaian]
Adengan:
Hawa keluar dari perut kereta. Menghantar bungkusan makanan kepada teman di dalam rumah. Hawa mengatur langkah kembali ke kereta. Adam sudah berdiri menyandar di Kancil temannya.
"Sorry, dia tak nak jumpa you. So what to say!!!" Ujar Hawa sambil mengelengkan kepalanya perlahan.
"Hmm...marah sangat ke dia dengan I ?? Apa I dah buat ??" Ada riak kurang senang di wajah Adam
"Dunno, tu between you and her. Saya tak nak masuk campur "
"Okla I nak cepat nie, have to go." Adam senyum. Hawa cuba menyembunyikan rasa gugup.
"Wait!!!" Tingkah Adam, pantas dia bergerak menuju ke bonet kereta. Hawa menurut dari belakang.
Hawa diam memerhatikan Adam menyelongkar beg kecil mencari sesuatu. 'Aikk!! dia pun sama macam aku..ada beg toiletries. Gooddd, bleh buat calon nie ehehe' desis hati Hawa seraya tersenyum kecil. Sesekali Hawa memandang Adam dari sisi. Hmm tinggi!!!
"Haa..you ambik nie. Sapu kat dahi you tu. Sapu banyak sikit." Hawa terperanjat. Cream FnL dalam tangan Adam berada dekat dengannya. Ada tanda melecet tepat di tengah dahi Hawa. Gara-gara tangan gatal Hawa cuba memicit mengeluarkan nanah jerawat. Salah teknik, bertanda merah. Spoil betol!!!
'Uikss!!! dia pakai cream nie!!' Desis hati Hawa. Hawa tersenyum sendiri.
"Kulit I sensitif sikit, kene air kotor...gatal. Garu-garu, berparut. Guna ni pun tuk hilangkan parut" Mungkin Adam dapat meneka senyuman sumbing Hawa.
"Eh tak pe la. Saya boleh beli sendiri" Hawa menolak lembut.
"Ambil nie. I dah jarang guna nie.."
"Tak pe...tak pe, saya boleh beli" Hawa cuba menolak lagi, Adam mendesak.
'Issh!! dia ni kalau aku tak ambik kang lagi lama pulak dia kat sini.'
"Ok. Thanks" Adam Hawa berbalas senyuman. 'Ishh!! apala bagi yang dah pakai, belikanla yang baru.'
"Thanks, temankan I breakfast hari nie" Adam sudah berada dalam kereta. Hawa berundur sedikit lantas menuju ke pintu pagar rumah sewanya.
Adam berlalu, Hawa memerhati hingga kelibat kancil hilang dari pandangan.
------------
Tempat : Bilik, rumah sewa Hawa
Masa : 05.00++ pm
Watak : Hawa
Props : Handset, Fair n lovely cream, tilam, bantal. [+++ segala macam props yang bersesuaian]
Adengan:
Hawa berbaring malas atas tilam bujang tanpa katil itu. Sekejap membalikkan tubuhnya ke kiri, sekejap ke kanan. Kepalanya memainkan kembali babak-babak dia bersama Adam. Ada senyuman terlukis di bibirnya.
Sesekali tiub cream FnL diperhatikan. Buka tutup. Membaca perkataan-perkataan yang tercetak di sekeliling tiub.
Sekejap-sekejap matanya menghala ke pintu masuk bilik. Takut-takut kalau teman sebiliknya tiba-tiba muncul.
Masih segar lagi gelagat Adam di kotak ingatannya. Hawa kurang pasti, Adam gelabah sebegitu kerana kurang biasa dengan kereta kawannya, atau dia sendiri di serang resah.
"Ooo Cik Abang, kereta aku ni signal dia belah kanan. Bukan macam kereta hang tu. Isshh!! dah berapa kali aku ajar" Bebel teman si Adam. Barangkali geram melihat wiper asyik ternaik. Adam tergelak besar. Hawa hanya tesenyum.
"Ni bukan kereta I, orang belakang punya. Kereta I masuk klinik, baru lepas accident" Jelas Adam dalam tawa yang bersisa.
Ada perasaan yang sukar dimengertikan. Ada rasa senang bertamu di hati. Namun perasaan itu cuba dibuang jauh. Tak mahu tersilap langkah, tersalah tafsir.
'Tii...tit..tit' Handset bebunyi tanda message masuk. Hawa terus mencapai handset di sisinya. Tertera nama Adam. Ada debaran mula menjengah..
'Kenapa I asyik teringat you dari tadi jek. Maybe I miss u kot'
Hawa bingkas bangun dari pembaringan. Dibacanya message itu berulang kali. 'Alamak!!! Adam pun sama macam aku ke??'...'Dia rasa ke apa yang aku rasa??'...' Aiseh, macam mana nie'
Hawa masih diam bersila di atas tilam bujang. Cuba membuang resah yang tiba-tiba datang. 'Nak reply ke tak nie?? reply..tak..reply...tak. Argh!!!'
'Errr..awak dah sampai KL ke?? hati-hati drive, nanti eksiden payah pulak' Hanya kata-kata itu saja yang mampu Hawa fikirkan. Message anti-klimaks. Hehehe anti klimaks sungguh, gelak Hawa perlahan.
'Ya Allah, apa semua nie???'
12:10 AM
----------Saturday, June 19, 2004
Senja bersama....
Duduk diam bersila di lantai koridor. Melepaskan pandangan dari celahan besi-besi pemisah tangga. Bebas memandang langit senja. Umpama kanvas terlukis cantik, tercetak keindahan ciptaan tuhan. Subhanallah!!
Diam berteleku lagi, menanti teman yang tak kunjung tiba. Sabar menanti. Tiba-tiba terasa sesuatu melingkar di pinggang. Ditoleh sekilas. Senyuman terukir.
"Fuad!! datang pun" Aku menyeringai. Dia tetap selamba. Memandang aku tanpa hati dan perasaan. Ciss!! tak bernafsu punya jantan. Upss!!! jangan marahkan dia, sabar Yan. Sabar!!
Fuad duduk sebelah aku. Tangannya terletak malas atas peha aku. 'Banyak cantik!! Bila aku cakap, dia diam. Pandang aku macam tak de nafsu. Sedap-sedap pulak nak letak tangan atas peha aku.' Gerutu hati aku. Sabar Yan, sabar!! uh!! sabar lagi...
Diam lagi. Aku dan Fuad memandang ke langit senja, masing-masing dalam dunia sendiri. Indahnya. Aku tahu Fuad suka duduk di tepi koridor tingkat empat ini tuk melihat langit senja. Hampir setiap petang Fuad akan datang ke sini. Saban petang juga Fuad berteman, bermacam perempuan. Perempuan??? huh!! Aku tak tahu kenapa ramai sangat perempuan blok ini tergila-gilakan Fuad. Ada yang sanggup mengekori Fuad ke sana ke mari. Ada yang sanngup membawa Fuad ke bilik. Paling aku jelik, Fuad yang memandang mereka tanpa nafsu itu membiarkan saja gomolan manja dari perempuan yang silih berganti itu..suka la tu.
Tang!!! Aku terkejut. Rasa marah hilang. Handset aku berlaga dengan besi pemisah koridor rupanya. Fuad tetap selamba. Memandang aku sekilas, kemudian dia merapatkan kepalanya ke siku kanan aku. Ishh!!! selamba badak jek dia nie la. Semalam dengan girl lain, hari dengan aku pulak. Tak pe-tak pe. Sebabkan kau ni kesukaan ramai, aku biarkan kau kali ni Fuad Daniel..
Tangan kiri aku bermain-main dengan dagu Fuad yang berbulu halus tu. Eheheh aku suka..aku suka!! Macam aku suka main dengan bulu-bulu halus kat dagu Abang dulu. Upss!! macam mana kalau Abang tahu aku buat macam tu dekat Fuad juga. Abang akan marah ke??? Hmm aku rasa Abang takkan marah nye lah. Sebab Fuad ensem, Abang pun hensem..ehehe orang hensem takkan marah dengan orang yang ensem..kan???
Makin galak aku main dengan dagu dia, makin terpejam mata Fuad. Makin terlentok dia kat siku kanan aku.
"Aii Fuad, ko nak tidur dah ke ??". Mata Fuad terus terbeliak. Kepalanya serta merta tegak. Ahahaha aku bukan sengaja nak keraskan suara kat Fuad. Aku geram sebenarnya nie.
"Mana Marchelo ??" Aku pusingkan kepala Fuad memandang aku. Kedua belah tangan aku masih melekat disisi kepalanya. Fuad tetap diam. Dia menguap kecil. Ciss!! Pantas dia memandang ke depan kembali. Tak guna!!! Tak guna!!!
Fuad, Fuad...ko ni memang la tak reti bahasa punya jantan. Sabar Yan..sabar..
Argh..dari aku sibuk tanyakan si Marchelo, baik aku fikirkan masalah aku. Tapi kepala otak aku ni cukup bersemangat nak tau ke mana hilangnya si Marchelo tu. Marchelo Dolah, teman rapat si Fuad Daniel. Juga menjadi kegilaan gadis remaja blok ini, juga blok-blok yang lain..barangkali.
Walaupun kadangkala kedatangan mereka mengundang jeritan panjang gadis-gadis blok ini, tetapi kehadiran mereka tetap dialu-alukan. Hanya Fuad dan Marchelo, jantan gagah perkasa yang berani mencemar ketenteraman para gadis blok ini.
"Tutup pintu...Fuad datang!!!" Dialog menghalau Fuad secara sadis
"Eeee Fuad tak tau malu!!! Intai orang mandi" Dialog yang biasa didengari kala Fuad menjengukkan kepalanya di toilet.
"Apa ni, gi jejauh la" Dialog menghalu Fuad atau Marchelo
Perempuan-perempuan ni pun satu. Dah terkejut menjerit-jerit, lepas tu peluk-peluk gomol-gomol. Bawak masuk bilik ajak tidur sama. Cisss!!
"Waa Fuad, ensem laaa", "Tengok tu, gagahkan Fuad. Kepala tegak ke depan, jalan macam mendada pulak", "Hey Fuad, come...come here. Ala cayang-cayang, busyuk-busyuk" Dialog-dialog mengoda/memuja Fuad. Wekk!!! geli den!!!
Warna-warna langit mula gelap. Seronok juga rupanya duduk disini memandang langit melayan perasaan. Patutla Fuad suka. Patut la dia pun tak kisah duduk dengan pelbagai jenis perempuan. Kala ini Fuad sudah berada di pangkuan aku. Mata tertutup rapat. Agaknya enak sangat dimainkan dagunya sampai tertidur dia. Ahha idea nakal aku datang. Ada senyum nakal menyungging di bibir aku..ehehehehe
Aku dekatkan kepala ke kepala Fuad. Aku tenung misainya yang panjang. Aku suka main 'goatee' dia, aku juga sukakan misainya. Aku tarik perlahan-lahan. Tak de respon.
Sentap.
" Eowwwwwww....." Zzzssss
" Auuu " Adesss selamat muka aku. Habis tangan aku. Panjangnye kuku ko Fuad!!
Ciss!!! kucing jantan tu dah meninggalkan parut halus kat tangan aku pulak. Sakittt mak aiii....
Fuad Daniel dan Marchelo Dolah, dua ekor kucing jantan yang bernamakan manusia....ahahah memang wujud!!! Bukan kucing aku tapi kucing mereka-mereka di blok C asrama perempuan Kolej M*tr*k*l*s* *an**a*. Fuad memang suka duduk kat tepi tangga time senja =)
1:44 PM
----------Thursday, June 17, 2004
Down...again!!!
Semalam aku down lagi. Menangis tak henti-henti. Berserabut segala hati dan perasaan aku. Mungkin sebab keadaan hormon aku yang tengah tak betul ni, so segala macam perasaan yang entah apa-apa tu susah nak hilang. Serba tak kena dibuatnya. Menangis...menangis...menangis. Mata dah bengkak tahap dewa pun air mata susah nak berhenti.
Tiba-tiba aku terasa useless...again!!! Terasa aku ni 'nothing'...again!!! Terasa aku ni memang tak guna..eh kan ke dah sebut tadi!!! Ada rasa marah yang amat, yang aku tak dapat nak keluarkan dan hamburkan pada manusia-manusia yang sepatutnya. Marah tu macam emas intan berlian yang sayang sangat aku nak hamburkan pada orang sepatutnya. Tahap kesabaran dah menipis macam kulit bawang, lagi nipis rasanya. Nak marah tak terkeluar, nak tengok muka manusia-manusia tu, aku cuma melihat tanpa hati dan perasaan. Kosong. Pandang mereka dengan pandangan kosong!!
Bila 'emas intan berlian' tu dah membuak, kesabaran dah mula terbang satu persatu..aku menangis. Nangis sepuas-puasnya. Aku nak keluarkan segala rasa marah, geram dan menyampah tu dengan air mata. Aku cuba jadikan air mata sebagai klorox, cuci segala rasa marah geram menyampah tu. Puas sental, puas cuci..ahaaa pili air pulak tak boleh tutup. Puas aku pujuk diri supaya berhenti menangis. Mata dah bengkak, sakit.
Ahaha dalam nangis-nangis tu aku sempat sent message kat Abang. Aku cuma tulis 'miss u' jek. Bengong!!! Hati dah reda sikit, air mata dah boleh tahan sekejap. Aku cuba call Abang dengan harapan suara azimat dia tu boleh hilangkan segala kesedihan tu. Aku cuma mahu dengar suara dia, aku tak mahu dia tau kenapa aku bersedih. Tapi dia dapat kesan perubahan suara aku rupanya [Again..dalam kepala aku, aku asyik dok pk he tak pernah alert ngan perubahan aku, tak pernah alert dengan apa yang aku pernah buat dengan dia. but he memang amik tau n alert!!!]. Aku tak cerita banyak dan aku tak nak dia terganggu sebab masa aku call tu dia tengah buat kerja dia. Hmm tak pe, aku cuma nak dengar suara dia saja.
2 minit jek cakap dengan Abang. Lepas aku campak hp, aku nangis balik. Ohh!!! aku tak nak nangis lagi, tapi air mata tu nak keluar jugak. Nangis dan nangis dan nangis..sampai aku tak sedar jam berapa aku tidur. Bangun pagi terasa mata lain sangat. Bengkak!!!
Setiap hari aku terpaksa berdepan dengan manusia yang buatkan aku down malam tadi. Setiap hari!!! Tuhan, berikan aku kekuatan...
Tengah hari tadi aku nangis lagi. Aku buka radio, IKIM. Alhamdulillah, kebetulan kene part orang nak mula baca surah Nur. Aku pasang telinga dengar..dan nangis sekali. Mata keluarkan air, hati berdoa..telinga mendengar. Lama-lama tenang sikit. Tenang dan sedikit demi sedikit hilang rasa sedih.
Aku benci bila down time hormon tengah tak stabil macam ni!!
5:46 PM
----------Wednesday, June 16, 2004
Tak de kerja =p
Dari pagi tadi aku dok belek gambar-gambar kat corbis.com. Waaaa...ada macam-macam gambar yang menarik n best. Banyak juga gambar yang aku save. Ahahaha bila tengok balik gambar-gambar dalam folder yang aku save tu, ada banyak gambar baby.
Aiseh!!! awat kemaruk sangat dengan baby nie????
Tolongg!!! Hilangkan segala 'bayangan baby' yang melanda otak aku nie!!!!
Hmm letak 'gambar bergerak' kat blog nie, untuk penenang hati aku. Supaya aku bisa tersenyum melihatnya...
Moga aku senyum selalu
9:24 PM
----------Tuesday, June 15, 2004
Tak bersemangat
Actually malam ni aku ada test maths. Tapi memandangkan status paper maths yang aku ambil sebagai elektif ni tak diketahui lagi sah atau tak...aku hilang mood nak ambil test math nie.
Kalau ikut fahaman aku la kan, mana-mana subjek selain subjek khusus tuk majoring kita, kita boleh ambil sebagai elektif. So aku ambil maths tu sebagai subjek elektif aku. Tapi bila jumpa member-member semajoring n borak pasal paper yang diambil semester ni sure dorang kata 'Eh boleh ke? Bukan ke paper tu lebih kurang sama dengan nu++++cal maths yang kita amik dulu?'. Aduss kalo setakat sorang dua yang kata aku boleh tahan, tapi ni macam dah berpuluh.
Hmm aku pun pernah gak terfikir dulu, memang paper math yang aku amik sekarang ni sama dengan paper maths yang aku pernah ambil dulu. Tapi aku masih berpegang lagi pada fahaman aku tu, jadi aku teruskan belajar subjek tu.
Semalam cuba nak minta pendapat orang yang bertauliah dia cuti seminggu pulak. Pembantu orang tu kata, tak boleh ambil subjek tu sebagai elektif sebab sama dengan paper maths sebelum ni. Dia pun tak boleh nak konfemkan, kene tunggu orang betauliah tu juga minggu depan. Adusss, minggu depan sekolah aku cuti seminggu pulak. Hmm macam mana nie????
Aku dah malas ni. Masa menaip ni jam dah pukul 5.10 pm. Test pukul 8-10 pm. Aku baru browse note aku tadi. Ahahaha best tak macam nie, malam nak test...pukul 2 lebih baru start browse tengok-tengok formula. Ingat maths ni macam baca novel ke!!!! *toing!!*
4:56 PM
----------
My Japanese name is Haniko Kajitani.
Take The Kawaii Japanese Name
Ahahaha HANI tu tetap ada walau ke mana aku pergi...=p
Amik ni dr blog Kak g =)
4:47 PM
----------Monday, June 14, 2004
~Lompat Cik saYANg lompat,
Lompat dari blog ke blog~
Tabiat sejak mula aku kenal dunia blog sampai sekarang tak hilang-hilang. Walaupun dah ada blog sendiri, dan aku juga sudah linkkan address-address blog yang aku suka baca...aku tetap nak melompat baca dari blog orang lain. Hatta nak jenguk ke rumah sendiri pun aku masih lagi guna laluan lain. Buang masa betul!!! Tapi aku suka buat macam tu dan tabiat tu susah pulak nak hilang. Aku sendiri tak tahu kenapa.
Hari ini aku akan ke blog A, jadikan base dan jenguk ke blog aku dulu. Hmm dah tentula kan aku pilih base yang ada menghubungkan rumah aku. Lepas tu akan ke rumah-rumah lain yang punya link di situ...dan pasti itu semua adalah rumah persinggahan favourite aku. Esok aku akan ke blog B pula, ulang tabiat yang sama. Adusss buang masa sungguh aku ni.
Dulu aku tak punya blog. Aku memang akan melompat dari satu blog ke satu blog. Sekarang dah ada blog, dah buat link pun. Masih ulang tabiat yang sama. Kadang-kadanmg terasa macam Janet kekasih si tarzan pulak, melompat dari pokok ke pokok untuk sampai ke ran sendiri.
Lompat-lompat juga, setinggi mana pun aku melompat, sejauh mana pun aku melompat aku tetap baca dan kutip pengalaman orang. Buat panduan diri sendiri. Buat ingatan saat kita suka bahagia ada insan lain yang sedang bergelut dengan realiti kehidupan. Tika manusia lain berkeluh kesah, terasa ingin dipinjamkan kekuatan yang ada, doakan kesejahteraan mereka.
Membaca kisah kehidupan manusia lain, menilai realiti hidup melalui pandangan buah fikiran orang lain..terasa dunia ni terlalu luas. Terlalu banyak rencam kehidupan, banyak ragam manusia. Kadangkala cerita mereka sama seperti cerita kita, cuma masa dan watak yang berbeza. Kadangkala terasa takut nak lalui sama apa yang telah mereka hadapi. Tapi DIA maha mengetahui siapa yang layak dan mampu hadapi dugaanNya. Harus tabah kuat, dan berdoa.
Walaupun kita tak lalui sama apa yang mereka alami, tapi bila membaca coretan hati tulus mereka tetap terasa tempiasnya. Ajaibkan!!!
Saat ini kepala masih bengong-bengong. Terlalu banyak bayangan yang 'agak menakutkan'. Menakutkan!!! Yup!!! menakutkan tapi seronok. hmm...moga 'bayangan menakutkan' itu menjadi nyata...amin!!!
Aku nampak kanak-kanak comel terlari-lari, disakat. Main cuddle-cuddle,kissing-kissing...permainan favourite family tu..waaaaaa
12:58 PM
----------Sunday, June 13, 2004
Masalah ke Alamat????
Subuh semalam dapur terbakar, err bukan terbakar satu ruang dapur cuma stove tempat masak tu arr. Habis hitam dinding, api sempat juga menjulang kecik walaupun tak marak sangat. Sebab kebakaran masih disiasat oleh adik-adik aku.
Nasib tak teruk sangat kalau tak mebe aku dah tak de uhuhuhu minta dijauhkanlah. Bilik aku betul-betul sebelah dapur. Kalau api marak sangat n mak tak perasan, sure aku akan terkandas dalam bilik n.....
Nampaknye kenela beli stove baru. Mungkin juga ni bawa alamat yang renovation akan berlaku tak lama lagi...kot la. Ahahaha tu arrr asyik cakap nak renovate, renovate haaaa dah di tinggalkan asap hitam pekat kat dinding. Tak boleh nak hilang, dah puas menyental. 'Lukisan abstrak' tu..mungkin akan dihilangkan dengan cat masa nak raya nanti atau tunggu renovation....wat ever la
Semalam tak de air, hari pun tak de air. Punyalah seksa. Dah la tak bagi notis amaran ke ape ke..tau-tau jek air kecik n terus takde. Ni sume gara-gara korek tampal ubahla ni. Suka sangat buat macam ni...'grrrr'
6:04 PM
----------Saturday, June 12, 2004
Peranan Doa Dalam Membina Kejayaan Hidup, tajuk buku ke-3 yang aku belikan untuk Abang masa Book Fair kat PWTC hujung bulan lepas. Sepatutnya buku tu sudah berada dalam tangan dia Khamis lepas, tapi sebabkan hepi yang amat...aku lupa. Insya Allah buku itu akan berada dalam tangan dia juga nanti, pertemuan yang akan datang barangkali =. Aku suka baca buku tu. Walaupun nipis..err 115 muka, masih dikira nipiskan?? dengan tulisan besar-besar...tapi isi bulu tu cukup meninggalkan kesan bagi aku.
Detik-detik aku bersama Abang khamis lepas, masih bermain-main dalam kepala aku. Aku masih tersenyum-senyum sendiri..cover tetap cover, ahaha takut dikatakan gila pulak nanti. Syukur sangat, aku harapkan perubahan baru ini akan terus kekal dengan restu dan keizinanNya. Moga ada perubahan yang baik juga suatu hari nanti dalam fasa perhubungan ini. Masih teringat-ingat lagi gelagat Abang, kala aku dan dia sama-sama melepasi budak kecil yang comel, masih tergiang-giang lagi di telinga ini nada suara dia..betapa heppinya dia menyatakan anak Kak Z comel. Ahahahha aku sudah bengong, bengong!!! Aku mahu bersama dia selalu, aku mahu tua bersama dia, aku mahu menjadi perempuan yang berada di sebalik kejayaan seorang lelaki. Dan aku mahu punya anak yang comel bersama dia *toing!!! smack!!!*. Ahahah aku sudah bengongkan. Tidak juga, kerana ini sebahagian dari doa-doa aku. Dan sebahagian dari doa aku juga sudah dimakbulkan DIA. Dan hari ini aku mula kecapi bahagia itu..sedikit demi sedikit.
Hari jadi aku yang lepas[hampir 2 bulan lepas], aku dapat hadiah istimewa dari dia. Bukan rantai cincin emas putih, bukan juga sejambak bunga. Tapi suara dia, panggilan dari dia. Nyanyian lagu hari lahir yang spontan dari dia kala aku menjawab panggilan dia. Hampir 4 bulan dia tak kisah untuk menghubungi aku, sepanjang tempoh itu aku sudah cukup berteka-teki. Lagak aku terasa sumbang macam perigi cari timba. Perubahan yang terjadi sekarang ini pun rentetan dari hari jadi aku hari tu. Peristiwa 4 messages, segala macam kad dan barangan yang aku simpan hampir setengah tahun mungkin sudah menyakinkan dia..barangkali. Pertemuan Mei lepas, semua barang n kad sudah bertukar tangan. Dalam kad aku cuba puisikan isi hati aku, barang-barang tu tanda ingatan n rindu yang tak pernah hilang ke mana saja aku pergi. Aku memang tak pandai nak berkata-kata meluahkan rasa gembira dan rindu pada dia. Biarlah dia baca tulisan rindu aku, biar dia ingat aku bila dia tengok barangan pemberian aku. Itu cara aku melahirkan rasa sayang n cinta, mengantikan lidah aku yang selalu kelu kala berdepan dengan dia.
Hari ini aku semakin sedar kepentingan doa dalam hidup. Satu pengharapan manusia kepada Allah. Pada DIA, dipanjatkan segala macam harapan, mengadu segala masalah hidup, mohon perlindungan dan keselamatan dunia akhirat. DIA maha mendengar. Akan ditunaikan segala permintaan kita kerana dia sayangkan kita. Walaupun kita pernah terlalai leka, DIA tetap akan membantu. DIA tak pernah menghampakan kita, tak pernah membiarkan doa kita kosong tanpa balasan. Cepat atau lambat, DIA tetap membantu. DIA juga maha mengetahui segalanya, tahu apa yang terbaik tuk kita. Mengadu domba pada DIA lebih baik dari manusia. DIA tetap akan membantu. Manusia...nasib la, kalau dapat yang berfikiran positif hati boleh jadi tenang. Tapi kalau kena pada yang ++++ .....
Dalam hal aku dan Abang, alhamdulillah usaha-usaha aku tu mula nampakkan hasilnya. Syukur padaNya. Hal aku dengan si A dan C, aku minta diberi kesabaran yang lebih tuk berdepan dengan mereka. Berdepan dengan manusia bertalam ni sudah cukup menyedihkan aku. Aku tak mahu menangis lagi. Kenapa mereka nak buat aku menangis. A menggunakan kelemahan hati aku ni sebagai senjata ampuh dia, dia jadikan itu kelemahan paling besar aku. A dan C masih mahu berbual mesra dengan aku, lepas dah khianati aku secara terang. Sedih...hanya Tuhan yang tahu. Doa..doa
Dulu-dulu aku selalu berdoa tanpa aku hayati doa aku sendiri. Hmm berdoa macam nyanyi lagu spontan tanpa hati dan perasaan...suka-suka, lebih tepat macam nak memenuhi syarat waktu mustajad doa saja...doa lepas solat. Dia tetap tunaikan permintaan aku...tanpa aku sedari juga. Tapi sejak aku selalu 'down' dan sedih, aku berdoa dengan hati dan perasaan, meminta dan merayu. Alhamdulillah...DIA membantu.
Aku sudah bahagia bersama keluarga dan aku tiada masalah keluraga. Aku cuma berdepan dengan masalah luar...kawan bertalam, kawan berkoyan dan kerenah manusia lain...
# Yan 1: Doakan Abang sentiasa sihat
# Yan 2: Yes i will...alwayz
# Yan 1: Doakan supaya dia tabah n kuat hadapi dugaan hidup dia
# Yan 2: i will...memang itu yang selalu didoakan
~ Aku selalu cakap dengan diri sendiri, macam ada Yan 1 n Yan 2. Psiko ke ni??? paranoid ke ni??? Abnormal ke ni??? ~
10:22 PM
----------Thursday, June 10, 2004
Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya dia
Dia tetap cool walaupun sedang berdepan dengan masalah. Aku tak sekuat dia yang masih mampu tersenyum bergelak ketawa. Aku sentiasa bedoa agar dia diberi kekuatan tuk hadapi dugaan hidup. Semalam, sedikit demi sedikit aku mula fahami masalah dia dan melihat cara dia berhadapan dengan masalahnya buatkan aku kagum dan malu sendiri.
Entah berapa kali muka aku blushing kala berdepan dengan dia. Pelikkan, masih malu-malu kucing hehehe. Aku cuba bersahaja bercerita, tapi kadang kala aku kalah juga. Rasa malu tu masih menebal...kelakar-kelakar. Bila dah nak balik baru la aku banyak bercakap. Sempat juga dia mengusik..hahah aku jawab..enjin baru nak panas. 'Heheheh lamanya nak tunggu enjin panas' dia usik lagi.
Dalam perjalanan balik...
'You tak perasan ke apa-apa perubahan kat I?'
'Tau...Abang dah potong rambut'[ Dari awal lagi aku memang dah perasan dia dah potong rambut, cuma tak tegur. Bulan lepas aku tegur rambut dia panjang.]
'Baru ok macam ni, dorang kata serabut kalau panjang'
'Yan suka kalau Abang rambut panjang' [Diam kejap.Memasing masih meneruskan langkah.]
'Hmm...Yan suka lelaki ada goatee'[Masa ni entah kenapa ku cakap macam nie. mebe teringin sangat nak tengok goatee dia tu tebal sikit. Malu, tapi aku cakap jugak.]
'Tau'
'Mana Abang tau?'[Aku jadi pelik kejap. Aku tak pernah cakap pun kat dia]
'Hehehe tau la. Sebab tu bila jumpa you I tak potong'
'Kasi panjang sikit la. Hmm dulu Yan ada mimpi. Rambut Abang panjang, berikat. Ada goatee..hensem.'[Hehehe nasib cakap pasal ni time berjalan, so tak le aku tercover-cover muka merah aku. Tapi memang betul aku pernah mimpi dia macam tu...waaaaa]
Hari ni aku hepi sangat, bahagia. Aku rasa sepanjang aku dengan Abang muka aku asyik merah jek. Biarkan...biarkan Abang tahu betapa aku sayangkan dia. Biarkan Abang tahu aku memang rindukan dia sentiasa. Biarkan dia nampak sinar mata aku so dia akan tahu aku tidak menipu dia.
Hari ini temu kedua untuk tahun ini. Temu pertama 10 Mei lepas, hari ni 10 Jun genap sebulan lepas temu pertama. Aku suka..aku suka!!! Hmm dia sudah alert sedikit. Bulan lepas aku katakan aku dan dia dah lama tak berjumpa, since oktober 2003. Dia terdiam masa tu. Aku tahu dia bukan sengaja mahu menjarakkan pertemuan itu. 2 pertemuan yang baru ni, dia yang suarakan...aku pula menjerit macam budak kecik..'nak!! nak!!'...hahaha. kelakatkan aku nie, patutla dia suka gelakkan aku.
Aku harapkan perubahan ini akan berkekalan. Dan aku harapkan kemesraan tu akan bercambah perlahan-lahan bersama bahagia yang aku mula kecapi ini...moga ia berterusan dan takkan hilang. Jun, bulan kenangan aku dan Abang. Hujung bulan ni genap setahun aku dan Abang bersama. Tempoh setahun yang cukup memeningkan kepala. Sedikit-demi sedikit aku mula fahami dia. Moga suatu hari nanti akan ada perubahan yang baik dalam fasa perhubungan aku dan dia.
Dulu aku suka usik goatee dia. So mebe dia tau itu kesukaan aku. Rupanya selama ni dia alert juga dengan apa yang aku buat bila aku bersama dia. Muahhhh!!! sayang dia.
Boleh ke aku katakan Aku dan Abang macam 'magnet'. Kenapa?? Sebab aku boleh rasa kehadiran dia. Tak percaya??? Aku pun tak percaya, tapi memang itu yang berlaku. Dan aku cukup suka bila bende tu terjadi tiap kali petemuan aku dan dia. Macam tadi, Abang suruh aku tunggu kat dalam KFC. But aku keep tercongok kat main entrance n aku tak mention kat dia aku nak tunggu kat situ, tapi mata menghadap antara KFC n intrakota-intrakota yang bergerak lalu depan tu. Abang dah kata dia naik train tapi entah kenapa kepala otak aku dok pk intrakota, walaupun aku tau dia refer to STAR. Mebe sebab aku pening kejap dengan kesesakan kl tu so kepala aku mengong sama. Aku tetap tercongok kat situ, mata menghadap KFC n segala macam bas yang lalu. Tiba-tiba aku pusing belakang n nampak Abang dah nak terbabas nak naik jejambat tu, mata aku dan mata dia bertembung. Hati aku menjerit...it's happen again!!!! Sebelum-sebelum ni pun macam tu jugak, tengok tempat lain...pusing n directly aku akan nampak dia. Aku suka bila jadi macam tu...aku suka!!!
9:30 PM
----------Wednesday, June 09, 2004
Kejutan!!!
--- Entry delated ---
-- dapat reload code from 'sape ntah', thanks to that person --
9:50 PM
----------Tuesday, June 08, 2004
Bengong tahap Dewa!!!!
Aku tak pernah guna perkataan nie. Tapi aku tengok segelintir kawan-kawan aku suka sangat guna ayat nie. Hari ni baru aku faham apa sebenarnya maksud tahap dewa tu. Ahahahah. Aku faham sebab segala macam yang melanda jiwa aku, segala macam realiti yang wujud depan aku ni..dalam masa seminggu nie. Seminggu sudah cukup buatkan aku bengong tahap dewa. Seminggu yang buatkan aku rasa diri aku nie useless..nothing. Depression yang amat. Aku tak pernah rasa se'down macam nie. Aku tak pernah rasa useless n nothing macam ni, even aku memang selalu dalam keadaan macam ni.
Barangkali juga silap aku. Suka sangat mengalah, menerima dari membantah. Tak pandai nak marah membuta tuli, mencari cela. Kelemahan aku yang paling besar. Hingga aku rasa seringkali dipermainkan, diperbodohkan. Tapi ajaibnya aku ni tetap tak nak berubah melawan. Biar orang buat aku, jangan aku buat orang....prinsip yang hampeh, memang menjadi pegangan aku dari dulu. Kerana prinsip sebegitulah aku senang sekali dipergunakan, kerana pegangan yang sebegitulah aku sering kali dibuat seperti kain buruk. Salah aku kah?? Atau salah mereka??? Senang cerita dua-dua salah. Bersalah kerana membenarkan diri dipermainkan sebaiknya dan bersalah kerana mempermainkan, adilkan?? Tapi mereka beruntung, kerana aku akan sentiasa memaafkan mereka. Semudah itu?? Yup, bila mereka buat salah aku maafkan, walaupun tidak pernah minta maaf dari aku...tapi aku tetap maafkan mereka. Biarlah, aku tak mahu hati aku menjadi hitam penuh hasad dengki andai aku enggan memaafkan mereka. Maafkan dan lupakan saja semuanya. Anggap itu warna-warni kehidupan, ada hikmah disebaliknya. Perkara yang lepas jadikan pengajaran. Aku dah penat nak berfikir pening kepala kenapa mereka perlakukan aku begitu. Bosan...malas. Biar aku sedih, menyimpan rasa marah yang sekejap asalkan bukan aku yang menyebabkan mereka marah dan sedih. Biar aku merana seketika, asalkan bukan manusia lain yang merana kerana aku. Bodohkan??? tapi itu lah aku, aku tak mahu ada dosa dengan manusia lain...belum tentu mereka akan memaafkan aku semudah aku maafkan manusia lain. Ahahaha nampak macam baik sangat la pulak bila kata macam tu!!!! Pedulikan, yang penting DIA maha tahu aku siapa!!!
Syukur juga kejadian kali ini, tidak menyebabkan aku sedih panjang. Syukur juga aku sudah boleh berdikari. Hmm barangkali ini hikmahnya yang aku belajar dan terima selepas kehilangan Fada. Kalau dulu aku perlu stick to someone, tuk make sure aku berada dalam track yang betul. Selepas kehilangan Fada juga aku masih perlukan someone...tapi sudah berkurangan rasa 'memerlukan' tu. Sedikit demi sedikit aku sudah boleh jadi lone ranger, boleh jadi ahli bebas berkecuali yang boleh ditolak ke sana ke mari. Belajar menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Dan selepas kehilangan Fada juga aku mula membuka mata, melihat n menerima realiti persahabatan. Terima kasih pada A kerana menyedarkan aku tentang manusia muka bertalam 18, menyedarkan aku tentang hakikat mulut tempayan yang berkoyan-koyan besarnya. Dan terima kasih juga kerana menunjukkan nilai persahabatan sebenar sebenar yang ada dalam diri anda. Aku tetap ingat janji manis si A ni, ibarat menanam tebu di tepi bibir...ahahaha walaupun A ni perempuan...tapi dia sehebat lelaki menabur janji. Ups!!! aku tak pernah kene tipu dengan lelaki =p
Tuhan itu maha mendengar. Barangkali berkat doaku juga, memohon pertunjuk darinya saban waktu...aku ditunjukkan perangai A sebenar. Dan tanpa perlu aku menyoal siasat meminta kepastian, Tuhan permudahkan kerja aku. Barangkali DIA tahu aku tak kuat tuk berdepan dengan manusia ini tuk menghadapi karenahnya...DIA permudahkan dengan cara lain.
Hmmm mungkin juga cakap-cakap dulu itu hitam putih saja pada A. Tak perlu diambil kira keseriusannya. Mungkin pada A, semuanya hanyalah cakap kosong semata-mata. Hanya aku saja yang perasan membabi buta mengambil serius semua itu. Aaaaa aku tahu aku siapa. Aku ni nothing, useless pulak tu. Takkan mendatangkan manfaat lansung pada dia. Usahasama akan gagal kalau melibatkan aku...kan??? Tak mengapa..tak mengapa...
Hmm sedeykan bila jadi macam nie...untuk sementara waktu yes aku bersedih yang amat. But hari ini...aku sudah boleh tersenyum dan melupakan semua itu...
Klik!! Tukar channel
Sedih bila aku tak dapat nak bantu Abang dalam apa hal sekali pun. Bukan aku tak ambil berat pasal dia, tapi dia yang enggan berkongsi dengan aku. Bukan aku tak bertanya, acapkali saja jawapannya mengecewakan sampai aku bosan nak bertanya. Hanya menunggu dia bercerita sendiri, walaupun gambaran yang diberikan samar-samar. Hmm tak pela, samar pun samar la...harap satu hari nanti aku punya spotlight tuk menerangkan segala kesamaran itu nanti. Aku cuma boleh berdoa. Yup, membantu Abang dengan doa.
Sedih bila tau Abang sakit n aku tak dapat ada dekat dengan dia. Aku tak boleh p tengok dia n paling sedih aku tak tau dia buat treatment kat mana. Even aku boleh guess..tapi aku tak boleh tunjuk muka buat suprise. Tak berani!!! Aku takut sangat kalau dia marah. Kenapa??? sebab aku tak suka dia marah n aku tak suka buat orang yang aku sayang marah. Hmm aku tak pernah tengok Abang marah dan aku tak nak tengok dia marah. Dia tak pernah marah aku. Tapi ajaib, dengan nada suara yang agak keras aku sudah cukup takut dengan dia. Berapa kali eh dia mengeraskan suaranya....hmm baru sekali. Cukuplah sekali!!!
Klik!! Tukar channel..lagi
ahh nanti la..tak larat aku !!!
2:27 PM
----------Monday, June 07, 2004
menulis..tapi tak publish
Hmm...Boleh ke aku stop blogging?? Boleh ke aku stop menulis???? Boleh ke aku abaikan semua perasaan yang menghuni hati dan perasaan aku nie??
Nehi...Nungka...Tak Boleh...Yilek!!!
Ahahaha...apa yang aku merepek nie???
Hmm aku tak boleh nak tipu diri aku. Aku tak tulis kat blog pun, aku dok tulis kat mana-mana helaian kertas yang aku jumpa. Tulis, tulis lepas tu renyukkan masuk dalam tong sampah. Dah kata tak mo tulis lagi, tapi tangan aku ni tak boleh nak terima arahan tu. Arahan dari otak tak sampaikan cukup input tuk menghentikan kesukaan aku menulis nie. Hehh aku tak menulis suka-suka pun, aku terpaksa tulis juga. Nak study, nak tulis report nak jawab exam pun..perlukan aku menulis jugakkan ahahaha.
Err....terasa macam perempuan jalang pulak bila ketawa ahahaha version 'ketawa dalam hati depan komputer'. Ooo realitinya aku tak ketawa macam nie, lagi sopan...macam perempuan melayu terakhir lagaknya =p
Eheheh baru beberapa jam lepas aku ubah coding blog, resultnye bila bukak blog sendiri...putih melepak, tak de sebarang cerita hatta sebutir huruf pun yang timbul. Tiba-tiba aku rindu balik nak tengok blog bercat kuning tu. Sama macam aku rindu yang datang bila asap kereta Abang yang tertinggal lepas dia turunkan aku kat Pudu. Aku rindu kat kaler kuning blog aku nieeeee!!!!
Hmm hari ni aku menulis...tapi tak dipublishkan. Hmm nantila bila kesedihan tu dapat dibuang jauh, segala rasa hati tu dapat dipujuk supaya tak bermaharaja lela memakan diri membiaskan muram n hati yang tawar kat muka aku nie....akan aku publishkan balik semua yang aku dok bebelkan nie.
Hmmm orang bintang aries macam aku nie, suka sangat buat mende yang entah apa-apa, tak fikir panjang...lepas tu bila dah berpijak dibumi nyata, macam baru lepas kene electric shock baru nak terkeluar segala macam alamak. Alamak...tak patut buat macam nie, alamak...suppose buat macam tu, alamak..nasi dah jadi bubur, padan muka. Ahahah itulah aku!!!!
12:09 PM
----------Saturday, June 05, 2004
~ Tipah tertipu tertipu tipu tetipah tipah tertipu tertipu tipu tetipah tipah tertipu tertipu tipu tertipah tipah tertipu lagi~
Ahahaha...macam kene jek dengan keadaan aku sekarang ni. Hmm Tapi aku bukan ditipu oleh lelaki. Tapi ditipu oleh kaum sejenis. Uhuhu kaum sejenis???
Hmm bila aku belek-belek archieve aku kat blog ni, rupanya banyak cerita sedih dari yang mengembirakan. Kenapa jadi macam ni eh?? Hmm aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa. Nak buang jauh cerita-cerita dan keadaan yang menyebabkan aku sedih jauh-jauh dari kotak ingatan aku. Hmm tapi macam setiap hari, setiap keadaan aku bersedihkan??? Well, mebe aku boleh katakan im a great pretender. Manusia yang bertopeng-topeng. Gambaran luaran, aku ibarat kanak-kanak rebena. Dalaman...macam ribut taufan tornado tsunami segala macam angin melanda. Mungkin sifat aku yang suka mengalah, menerima dari melawan menyebabkan aku jadi macam ni. Kekadang aku rasa macam dipergunakan, kekadang kau rasa macam dipermainkan. Tapi hakikatnya...hanya dorang yang tau dan Allah juga. Barangkali dorang tak berniat macam tu, mungkin juga tak terlintas pun nak membajakan segala rasa tak menentu dihati aku ni...aku jek yang mentafsirkan dengan pelbagai version. Aku jek yang senjaga mencipta kedukaan n kejelikkan. Hmm hanya Tuhan yang tahu apa sebenarnya yang terjadi rite??
Aku selalu rasa nak delete blog ni. Aku tak nak blog aku ni wujud kat alam maya ni lagi. Tapi kalau aku buang blog ni, mana aku nak buang cerita sedih aku tu??? Hmm...tak pe la, aku biarkan blog ni terus hidup dibaja cerita-cerita sedih. Biarkan blog ni subur dengan segala macam perasaan tak menentu aku. Aku takkan baca segala macam entry yang lepas-lepas tu. Ahahaha memang aku dah lama tak baca balik entry-entry tu sejak blog ni menyimpan cerita sedih. Dari aku ceritakan pada manusia, baik aku cerita kat blog yang buta kayu ni. Sebab manusia akan menjaja mencaci aku nanti, tapi blog buta kayu ni....takkan bersuara hatta mengutuk aku pun. Mengadu pada Tuhan, itu yang sebaiknyakan...rite. Tapi aku perlukan juga satu medium lain, mengapa...entah aku pun tak tahu. Mungkin sebab tabiat aku suka menulis, luahkan isi hati...so aku kumpulkan segalanya disini. Hmm bila menulis, menulis dengan hati...jujur ikhlas. Bila melihat tulisan-tulisan di helaian kertas...[hmm itu dulu, sekarang aku menaip..:p] bila melihat setiap huruf yang tercetak di skrin pc, tertacap kemas di blog..terasa semua rasa tu dah melekat sama kat blog. Perasaan yang entah apa-apa itu sudah dipindah keluarkan dari hati yang sepatutnya tenang. Dan aku akan merasa lega.
Kata orang, kalau nak tulis diari..mende tu sepatutnya rahsia..kan, bukan dipublishkan tuk bacaan umum. Hmm dulu aku pun berpendapat macam tu. Tapi sekarang ni pada aku, biar manusia lain tahu gelodak hati manusia lain. Biar manusia lain tahu apa yang jadi dalam hidup manusia lain, kerana perjalanan manusia lain takkan sama dengan yang lain. jangan disangka hidup manusia lain indah belaka macam hidup sendiri, jangan disangka hidup orang lain malang sentiasa. Dan biar manusia lain tahu...ada pretender dalam kehidupan nie..ahahah pretender..macam aku!!! Aku selalu risau bila orang baca blog aku ni, sebab aku takut orang dapat detect empunya blog ni. Ahaah tapi aku dah buat sebaik mungkin supaya aku tidak dapat dikesan. Ada yang membaca??? Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca. Ambil pengajaran mana yang patut. Tapi jangan ikut macam tuan empunya blog ni yang naif..huh naif???
Aku mahu buang rasa yang tak best ada dalam hati aku ni. Aku tak nak kenang apa yang berlaku semalam. Satu keadaan yang cukup jelas berlaku depan mata aku. Aku ibarat kain buruk di mata dia...yup kain buruk!!!
Mungkin silap aku selama ni, terlalu bergantung pada orang lain. Bukan 'terlalu' bergantung pada orang lain..aku rasa, tapi aku perlukan teman sentiasa tuk aku rasakan aku mampu dan punya sokongan tuk melakukan sesuatu. Aku tak boleh jadi lone ranger, aku tak boleh bergerak seorang diri sebab aku takut. Takut?? kenapa..entah aku tak tahu. Tapi kejadian semalam sudah cukup membuatkan aku bertekad, aku tak boleh lagi bergantung pada manusia lain. Aku kene berdikari. Aku kene berani n kuat. Kalau dulu aku perlukan teman tuk terus merasakan aku memang berada dalam track yang betul, tapi hari ini aku tak perlukannya. Aku sendiri kene terus berada dalam track ni sendirian dengan semangat, kekuatan dan keberanian. Aku kene lakukan perubahan tuk berjaya dalam hidup. Aku tak nak dipandang rendah lagi..macam semalam.
Silap aku juga barangkali, kerana terlalu memerlukan pendengar n penasihat. Aku senang hati meluahkan segala macam yang berlaku pada A dulu. Aku jadi buta kayu pula bila ada sifat jelik yang sedikit demi sedikit ditonjolkan A. Sifat sementara..bisik hati aku. Cukup setahun, segelanya berubah. Dia memang begitu. Pada pandangan mata dia hanya dirinya yang terbaik..si polan itu talam dua muka...si polan ini sudah jatuh terduduk...si polan sana mulut tempayan yang berkoyan-koyan besarnya. Manusia yang baik takkan mengaku dirinya baik kan?? ahaha aku rasala :p
Apa perasaanya ya kalau si B tahu si A pernah mengutuk mencaci si B pada si C?? Mengutuk dan mencaci mesra juga si B di depan si B sendiri dengan alasan tuk memberi kesedaran dan sebagai teman dia perlu menasihati. Si C melihat dengan sedih, B yang dikutuk dicaci depan belakang itu menjadi teman yang suam-suam kuku rapat si A. Huh!!! Pasti B sedih andai dia tahu, bahawa dulu si A pernah cuba menyingkirkan dia dalam satu kerjasama...C yang tolol macam biasa tak pandai membantah. Dan akhirnya si C pula yang disingkirkan dari kerjasama itu. A dan B bersekongkol. Alasan...aku rasa sebab A rasa C takkan mendatangkan manfaat dalam kerjasama tu sebab C buta kayu dan tak berminat lansung dalam gelanggang yang dia ceburi. B pula punyai segala macam kabel penguat yang akan membantu kejayaan kerjasama itu. Boleh ke aku katakan A mengambil kesempatan atas segala macam kabel dan network si B??? malang si C, malang juga si B..sebab bila kerjasama tamat nanti...dia juga akan diturun pangkat sebagai kain buruk!!!
10:09 AM
----------Thursday, June 03, 2004
Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.
When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,
cuz there's nothin' 'bout you I would change.
I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.
Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.
Stay the same - Joe Mcintyre
12:07 PM
----------Wednesday, June 02, 2004
Saat rindu mula mengigit
Aku hipokrit!! Yup sekarang ni aku umpama manusia bertopeng-topeng. Luar nampak ceria, tapi hati...hanya tuhan jek yang tahu. Bila terasa air mata berladung hebat, aku lari masuk bilik. Nangis sepuas-puasnya, berhelai-helai tisu aku sedekahkan ke tong sampah. Usai menangis, hati terasa lega. Semacam hilang segala rasa hati bersama air mata. Macam dah basuh dengan klorox pulak, sental dengan sabun yang ampuh kesannya. Rasa lega yang amat. Tapi mampu bertahan berapa lama??? Selama yang mampu...aku mencuba. Aku dah janji tak mahu menangis lagi. Janji lapuk yang entah berapa kali aku buat ikrar baru. Tapi satu pun tak jalan. Hanya menangis aku boleh lega. Hanya menangis aku tidak akan membebankan orang lain dengan cerita-cerita dongeng aku. Biarkan aku menangis sendiri...tangis bersulam doa, untuk Dia dan diri aku!!
Sudah hampir seminggu aku tak tahu perkembangan Abang. Seminggu selepas aku dapat mendengar suara dia di subuh hari..hari itu. Betapa kejamnya dia!!! kejam!!!! Huh!! aku tak boleh salahkan dia. Aku tahu kenapa dia buat aku begini. Aku tahu bukan dia sengaja perlakukan aku begini. Dia terpaksa mengeraskan hati keringnya semata-mata tak mahu aku risau dan yang paling penting dia tak mahu mendengar aku menangis, seperti mana dia tak sanggup mendengar tangisan ibunya. Call aku tak berangkat lagi, dan aku belum mendapat panggilan dari dia. Bermakna dia masih diam di sana. Aku mula menghitung, saat dia mula menjadikan tempat itu kediaman sementara...seminggu, sepuluh...huh sebelas hari. Sebelas hari!!! Tuhan, berikanlah dia kekuatan tuk menghadapi duagaan mu, lindungilah dia. Cekalkanlah hatinya
Berkali aku menangis, berkali aku hantar telepati...hahah telepati!!! Tapi suara dia belum lagi aku dengari. Getar rindu aku tak sama dengan denyut nadinya ke??? Dia tak rasa apa yang aku rasa?? Atau dia sengaja membutakan mata hatinya tuk sementara waktu???
Lewat malam semalam, duduk bercerita sekeluarga bersama Uncle Din. Uncle datang bermalam di rumah aku. Tempat kerja Abah perlukan perubahan, mahu diupgradekan segala bangunan lama yang gah berdiri sejak zaman merdeka ke bangunan baru yang moden. Mahu menambah infrastruktur tuk penggunaan jangkamasa panjang. Dan Uncle diperlukan khidmatnya sebagai penasihat, consultan untuk membantu pembentangan projek yang sudah diberi peruntukan berjuta ringgit. Mendengar cerita dan cadangan Uncle sebagai arkitek bertauliah, buatkan aku terfikir sendiri..agaknya inilah caranya Abang berdepan dengan kerjayanya. Mendengar angaran-angaran wang ringgit serta segala macam spesifikasi aku terbayang...mungkin juga Abang akan berkata begitu, penuh yakin dan membiaskan rasa kagum dalam diri aku. Walau Abang dan Uncle bukan bergelanggang dalam profession yang sama, tapi dua profession yang berbeza itu saling berkait rapat..memang macam isi dengan kuku. Huh!! terfikir aku, kalau pagi semalam Abah mencadangkan teman sekerja tuk menjadikan adik iparnya sebagai penasihat...mungkin juga aku boleh usulkan pada Abah..mengambil Abang tuk berkerjasama juga. Tapi aku tak berani!!! Situasi semalam cukup mengundang rindu yang amat..realitinya aku memang nampak Uncle yang bercakap..berada depan mata aku, tapi otak aku mentafsirkan dengan version lain..Abang yang bercakap..smack!!
Sempat juga berjalan-jalan semalam. Petang mencari software tuk kegunaan projek aku. Malam ke pameran..err yang macam karnival beli-belah tu. Kalau ke pameran aku suka jalan seorang diri. Diam membatu, mulut terkunci macam mangga hilang anak kunci. Aku memang begitu, jalan sorang-sorang dan tak akan bersuara bila ditegur promoter-promoter..hatta dengan si hensem cantik jelita pun mulut aku tetap terkunci. Sempat membelek purse, memang ada yang berkenan. Sudah berkira nak membeli, tapi entah kenapa last minute tak jadi pula. Hahaha aku berjaya mendidik nafsu shopping sakan tu ke tahap yang jatuh merudum. Kalau dulu pantang sentuh belek, terus nak beli. La ni aku belek puas-puas...lepas tu tak jadi beli...hahaha. Teringat masa ke book fair di PWTC hari tu, aku buat peel aku sendiri juga. Jalan sorang-soang, mulut terkatup. Ada sorang pakcik dok promote buku then tanya 'You study law....or what?', aku jawab 'No.' Pakcik tu ulang balik...no..Hahahaha termanggu-manggu pakcik tu dengan jawapan aku, Aku terus jalan jek. Sorii le pakcik, bukan saya tak paham bahasa, cuma memang itu perangai aku...keh keh keh aku pun tergelak sendiri bila ingat balik peristiwa tu :p
11:07 AM
----------Tuesday, June 01, 2004
Sedikit Kejutan
Aku jadi kejung sekejap. Otak blank tak mampu nak berfungsi barang seminit dua.
Mata aku tertacap sekejap di skrin pc. Membaca berulang kali nama yang tertera pada tagboard seorang blogger. Adusss, dia sudah mula menjinakkan diri dengan dunia blog...barangkali. Dia sudah rajin menjengah-jengah blog yang wujud di alam maya ini...barangkali. Aku jadi takut sekejap. Huh!! kenapa perlu takut ya??? Hanya aku yang tahu mengapa.
Aku perhatikan nama aku di member list blogger tu. Baguss!!! nama aku tak de. So kebarangkalian untuk dia sampai ke sini amat tipis...barangkali :( . Aku belek-belek blog aku ni...hmm rasanya tak da satu pun yang akan menunjukkan atau menyedarkan dia bahawa ini blog aku.
Koh!! Koh!! Kenapa aku begini kalut hah???
11:55 AM
----------
Hati ini..
8.30 pm aku sudah tidur kepenatan. Lie hantar message masa aku tengah sedap tidur, baca sepintas lalu...malas nak reply. Entah kenapa mata terasa macam susah sangat nak bukak. Sye kejutkan suruh makan pun roti john pun aku tak larat nak bukak mata. Nampaknya tidur lagi best dari roti johan tu :p
Alhamdulillah jam 2.30 am aku terjaga. Isyak belum ditunaikan :p. Macam biasa mandi, solat. 3.30 am, aku sudah berada depan pc, menatap wajah Abang n merayau-rayau singgah blog orang.
Rindu.
Aku jadi penunggu suara itu lagi...
Dia masih berdiam di sana
Moga Dia tabah n kuat
4:10 AM
----------
OBSESSION
CREDITS
host: Blogger & Blogspot
concept: Kimberly
base code: Drogue Designs
pictures: Foto Decadent