Saturday, July 31, 2004

sinar di hujung jalan






Aku mahu bepergian sebentar
mahu mencari putih di sebalik yang hitam
mahu berjuang memuntahkan segala kira-kira yang ada
mahu berjuang memuntahkan segala rangkaian yang membelit otak
mahu berjuang memuntahkan segala isi grafik yang oh!! hmm..
dan aku mahu mencari kekuatan yang saban kali punah dek 'kejahatan' aku

moga aku jumpa yang putih
moga aku berjaya muntah
moga aku KUAT

moga perjalanan aku bersama kancil yang selalu tersadai itu akan sampai ke penghujung jalan..menemui sinar yang aku cari



3:12 PM


----------

Wednesday, July 28, 2004

Tersenyum lega...






Membaca komen Azya tentang lelaki berzodiak virgo itu, membuatkan aku tersenyum lega. Walaupun ulasan itu hanya sedikit , tapi cukup tuk membuatkan aku tersenyum dan rasa lega yang amat. Sekurang-kurangnya ulasan itu menguatkan andaian aku tentang Abang.

Tafsiran zodiak ini aku peroleh dari majalah Eh! keluaran Julai 2002. Ini yang selalu aku baca sebagai 'penenang hati' kala aku tertanya-tanya tentang peribadi Abang..[ aku selalu fikir dia lelaki yang tak punya hati dan perasaan...].

Azya, Yan nak kongsi ni dengan you =)

Virgo

Perasaan lelaki virgo terhadap pasangannya Merupakan simbol yang paling pemalu dalam zodiak, lelaki virgo ada masanya tidak pandai mengawal emosi. Namun Virgo sentiasa perihatin terhadap semua perkara berkaitan wanita yang dicintainya-Dia selalu risau bil telefon wanita yang dicintainya, kondisi kereta, bil air dan elektrik rumah, kesihatan juga perasaan wanita. Seluruh jiwa dan raganya memang diserahkan untuk wanita yang dicintainya.

Mencuri hati lelaki Virgo Serius, tidak banyak bercakap tetapi cuma berkata-kata pada waktu yang dirasakan perlu sahaja. Ya, lelaki Virgo secara amnya menyukai wanita yang pendiam, tidak kecoh, simple, tapi bijaksana. Untuk mencuri hatinya, wanita mestilah menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, kelembutan, gaya yang manis, juga kesabaran

Tips Apabila bersiar-siar dengannya, pakai dress yang berwarna gelap, kerana baginya anda kelihatan misteri dan menawan dalam warna gelap


-----

Aku kurang bergaul dengan lelaki, dan agak kekok jika berada dalam kelompok itu. Punya 4 adik lelaki, tapi pergaulan aku dan mereka tentunya berbeza sekali dengan lelaki yang tak punya pertalian darah dengan aku. Alam persekolahan zaman aku muda remaja dulu dikelilingi teman-teman sejantina. Hmmm zaman mengatal, zaman mula mengenal dunia luar...bercerita tentang lelaki idaman, siapa penyanyi lelaki yang hensem bla..bla nakal dan heroin cuma dikalangan teman sejantina. Bila diletakkan dalam kelompok lelaki....jadi mati kutu serba tak kena.

Bila aku mula bermain cinta, itulah detik di mana aku berada dekat dan rapat dengan seorang manusia berjantina lelaki. Untuk mengenali Mr-ex aku dulu, aku suka gunakan tafsiran zodiak dan perhati apa yang dia suka lakukan. Mengenali dan memahami dia tidak susah aku rasa, kerana hasil tilikan melalui zodiac dan pemerhatian aku selalunya betul dan paling mudah aku dan dia sebaya.

Tapi bila berdepan dengan Abang, segalanya aku rasa sukar dan susah tuk fahami dia. Dia seolah-olah lelaki misteri, terlalu banyak yang belum aku tahu mengenai dia. Dan dia seperti menyekat aku untuk memahami dia. Membaca zodiak dia buatkan aku tertanya sendiri 'inikah dia??' tapi kenapa dengan aku dia tidak begini??. Oh itu hanya tafsiran semata, tak semestinya apa yang ditafsirkan itu benar belaka. Aku cuba belajar menerima dan memahami dia. Barangkali kerana jarak usia yang terlalu jauh antara aku dan dia [7 tahun bezanya..oh!!]menyebabkan aku meletakkan 'high expectation' pada dia. Aku mengharapkan sesuatu yang bukan 'dirinya'...sesuatu yang lelaki matang harus lakukan. Hmm aku silap. Dia harus menjadi diri dia sendiri.

Abang agak pendiam bila bersama aku[ini yang aku rasakan...]. Bergelangang dalam dunia pekerjaan yang memerlukan dia berurusan dengan pelbagai manusia, perlukan banyak bercakap dan teman yang ramai...tapi kenapa dengan aku dia seperti aku yang selalu kelu?? Kadangkala aku sedih sendiri, banyak perkara yang mahu aku ceritakan pada dia, banyak perkara yang ingin aku lakukan dengan dia. Tapi bila bersama dia hatta mendengar suara dia sekali pun, lidah jadi kelu dan dia pula seperti sudi melayan ke'diam'an aku. Perbualan telefon pun hanya pendek saja...tak sampai 3..4 minit. Kalau dulu dia hanya menjawab soalan-soalan aku, alhamdulillah sejak kebelakangan ni dia sudah mula menyoal dan mengusik aku.

Oh!!! aku sudah melalut panjang pula....

Hmm aku masih lagi tercari-cari apa hadiah yang sesuai tuk diberikan pada Abang. Buntu pula jadinya. Fulus aku sudah menyusut, jadi aku kekurangan bajet. Hmm kalau sebelum ni aku akan belikan apa saja bila frasa ini 'Haa...ni sesuai tuk Abang' menjelma dalam kepala otak aku. Tapi sekarang fasa tu dah hilang pula..hahaha mungkin dia faham tuan punya badan ni dah tak de duit. Awal Mei lepas, Abang umpama menang hadiah terkumpul....hehehe 6 bulan tak jumpa, bermacam benda yang aku beli bila teringat dia.

Dalam otak aku hadiah yang aku short-listedkan[telah di buat sebelum aku jumpa 'Gift Guide' tu] semuanya menjangkau belanjawan aku dan 'melampau'. Heheh memang melampau.

Hadiah melampau...

1. PDA - saya tak mampu..['Budak sekolah tak boleh pegang duit banyak-banyak'] =) kalau ada jodoh mungkin ini akan dijadikan barang hantaran =p *wink*

2. Spa @ massage - patut bagi ni bila dah kawen *wink*

3. Buku - Dah bagi dia 3 buah buku...

Yang tinggal cuma keychain, teringat kunci rumah dia tak berkeychain...tapi tak tahu nak beli yang macam mana punya design. Oh!!!

Jalan mudah...no hadiah, just card dan doa. Dia sudah 'menang' hadiah terkumpul hari tu..kira okla kan...hahahha[gelak jahat!!]



12:15 PM


----------

Sunday, July 25, 2004

Gift Guide

Virgo Man

Gift Guide for Virgo

Personality Insights into Gift Giving for Virgo

Virgos love simple elegance, so whatever gift you give, make it classy. Virgos are also industrious, efficient, neat and well organized. Try giving the Virgo in your life something that will help them in this, such as a calendar, PDA (personal digital assistant), briefcase, or an organizer of any sort. Your Virgo would also be pleased with some stocks and bonds -- Virgos are good business people who enjoy following the progress of stocks in the market. If you are looking for a more exciting gift to give, Virgos also enjoy physical activity (Virgo rules the House of Health). Your Virgo would be thrilled with a gym membership, a book on hiking trials or even a massage. Last but not least, people born under this sign also have a love for pets, so if you are feeling brave, give your Virgo that fish or puppy they have been pining for. Not feeling that brave? A one year pass to the local zoo might do the trick.

Suggestions for the perfect gift:

a gym membership, roller blades, a massage or spa treatment, stocks and bonds, a wallet, a key ring, a pet, an exercise cycle, a diary or journal, a PDA (personal digital assistant), a leather-bound calendar, tennis lessons, passes to the zoo, a plant, a nice bottle of wine, a calculator

Mahu cuba??? sini-->Gift Guide



11:55 AM


----------

Friday, July 23, 2004

=D

1

ROMANTIC ONE.
The really most most most important for you is that she/he is romantic.
You love it to get love letters, red roses and be in a romantic atmosphere.
He/She must make you think that you are the most beautiful of all.
When he/she is romantic she/he has you got in his hands.
When he/she tells you all that he/she feels for you ,you are devoted to him/her.
At this point you are easy to be tempt.
Your heart is soft and pure and you would never cheat as long as you love your partner.
But if he cheats you, you are not hiding your feelings and show how much she/he hurt you because you trusted in him/her and never thought he/she could do this to you.

PLEASE VOTE, I want to know what you think about my quiz, I worked hard on it.You can always message me or tell me how I can improve that quiz. Ill sure write back.


~THE big LOVE TEST!! What do you need? With PICS! For girls and boys!~
brought to you by Quizilla



What Name Should You Have? by Lauren



gold heart
Heart of Gold


What is Your Heart REALLY Made of?
brought to you by Quizilla




8:51 PM


----------

Tuesday, July 20, 2004



Bila kurindu kurenung gambar wajah mu
kisah yang lalu tak akan berulang lagi
lupakan saja cerita sama
usah di rayu pada yang tak sudi
 
-Rindu bayangan, Carefree-

 
Rangkap itu dia nyanyikan kala aku bersama dia. Nyanyian dia kali ke dua, dan kali ini aku berada bersebelahan dia kala dia sedang memandu. Sesekali dia memandang ke arah aku dan aku hanya memandang telus ke luar cermin kereta. Ada genangan airmata yang aku tahan supaya tak tumpah. Hati aku menjadi gundah gulana bila dia nyanyikan lagu itu. Takut..yup, takut yang amat. Mahu saja aku menyuruh dia nyanyikan lagu lain, tapi aku tak mampu..suara aku tak keluar. Penyudahnya aku sembunyikan resah itu sendiri. Mungkin dia menyedari resah itu dari riak wajah aku. Aku memang tak pandai tuk menyembunyikan gundah rasa hati aku.
 
Dulu dia hanya nyanyikan lagu itu dari corong telefon, aku hampir menangis juga. Tapi oleh kerana dia sudah mendodoikan aku dengan lagu 'tidurlah pemaisuri' version dia terlebih dahulu...jadi aku tidur dengan senyuman.
 
Aku tidak tahu mengapa dia nyanyikan lagu itu. Aku tak tahu sama ada rangkap lagu itu biasan rasa hati dia atau sekadar nyanyian semata-mata. Tahukah dia aku sudah terlanjur meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap dia??? Tahukah dia aku mahu terus berada di sisi dia??? Tahukah dia aku terlalu takut akan kekecewaan sekali lagi???
 
Bila aku berada dekat dengannya
aku kekenyangan
kenyang kala melihat wajah dia
kenyang melihat dia tersenyum ketawa
aku lupa makan...
aku lupa minum...
 
Hmm selalunya aku tidak puas memandang wajah dia. Ingin sekali aku merenung melihat dia. Ingin sekali aku melihat dia sepuas-puasnya, bertentang mata sesekali. Tapi aku tak punya kekuatan itu, aku masih lagi malu-malu kala bersama dia. Penyudahnya aku hanya melihat dia secara 'intai-intai', mencuri pandang seketika bila dia leka. Hmm bila jauh aku rindu selalu rindu untuk melihat dia, tapi bila dekat...aku tengok 'intai-intai' pula...macam mana nak puas =p



2:47 PM


----------


Refresh

Hari aku jatuhkan ego aku. Ehh!!! aku manusia ego ke??? Hmm rasanya tidak. Ahh entahla. Tapi sebentar tadi entah kenapa aku tiba-tiba teringat akan A, kawan yang pernah menjadi 'kawan baik' selepas aku kehilangan sahabat baik. Aku call dia dengan harapan dan semangat untuk merefresh balik tali per'kawan'an aku dan dia yang tiba-tiba hambar.
 
Aku tak tahu di mana silapnya aku, dan aku juga tak tahu mengapa tiba-tiba aku dan dia semacam cuba berjauhan. Tapi aku letakkan semua itu ke bahu dia. Dalam erti kata lain aku menyalahkan dia kerana membuat aku begini, yang menyebabkan aku terkontang-kanting seorang diri. Mengapa aku salahkan dia??? Sebabnya dia yang melakukan semua itu, dan aku pula termangu-mangu menerima setiap perlakuan dia itu dengan tertanya-tanya.
 
Aku sudah cuba untuk memperbaiki keadaan itu secara senyap, tapi dia menolaknya secaa terang. Hmm barangkali ada sesuatu yang menyebabkan dia melakukan begitu pada aku. Barangkali juga dia tidak sedar. Ohh!!! masakan dia sendiri tidak sedar....mustahil dia tidak menyedarinya.  Hatta teman-teman aku yang lain menyedari perubahan 'suhu per'kawan'an' aku dan dia...inikan dia si pelaku.
 
Ok lupakan saja semua itu. Aku mahu cuba baiki tali 'perkawanan' aku dan dia. Kalau dia menolak...apa harus aku lakukan??? Aku sudah mencuba sehabis baik kan...jadi terpulang lah pada dia. Mungkin juga ada silap aku yang tak aku sedari..menyebabkan dia jadi begitu...
 
'perkawanan'...hahaha buruk sungguh bunyinya....



1:38 PM


----------

Sunday, July 18, 2004

Menepis Rindu...

Menguntum semua yang indah
Membelai manja bonda
Merbak wangian kasih ayah
ke sekujur tubuh
Menjengah segala kenangan
bersimbah air mandian dengan adik
 
Ku junjung cinta kasih bonda
Ku dakap sayang rindu ayah
Ku simpul mesra sejati adik adik
Semuanya abadi ke segenap saraf
dan aku makin terasa di bumi ini
walau di luar diri buat melupus resah rindu ini
ratusan rakan mengamit senda
 
Aku tahu doa restu bonda sentiasa membalut jasadku
Munajat syahdu ayah sentiasa menemaniku
Ingatan abadi adik beradik mengulitku
Namun aku gagal menepis rindu
kerana hatiku bercantum dengan kalian
 
Pepisahan ini
amat payah ku telan
Suara yang bergema tanpa wajah menjengah
Hanya mereda rindu seketika
yang nantinya akan lebih rakus mengelus
dan aku tenggelam dalam nostalgia
Ku rindu segala yang ku tinggalkan
 
Perpisahan yang tiada kupinta ini
adalah takdir ilahi
Dalam payah aku redha menerimanya
Kerna aku adalah pencari ilmu
dan pemburu kegemilangan hari muka
 
~~Idea awal 20042001; 12.50 am; tmn ihsan~~
 
 
Puisi itu hasil coretan awal Abah yang aku salin tanpa pengetahuan dia, beberapa hari selepas Zek mendaftar masuk MRSM di Perak sana.
 
Hampir setahun melayan karenah Zek yang kadangkala menyakitkan hati juga. Saban hari terpaksa menadah telinga mendengar tangisan dia melalui corong telefon. Kadangkala terpaksa ke sana saban minggu menjengah dia untuk menenangkan hatinya yang lara rapuh.
 
Anak lelaki tidak sepatutnya menangiskan??? Anak lelaki perlu kuatkan??? Zek??? Hmm barangkali kerana usianya muda setahun dari teman yang lain dan juga kerana belum pernah berjauhan dengan keluarga dia jadi begitu. Oh!! dia juga tercampak di tanah Perak yang jauh dari keluarga di selatan.
 
Hmm ingatkan selepas setahun dia akan bertambah baik dan tak mudah menangis lagi. Tapi bila di pindahkan ke Selangor...cerita yang sama berulang lagi. Hampir setahun juga dia begitu. Perpindahan ke MRSM di Selangor bukan disengajakan, dia sememangnya patut berada di situ. Tapi kerana sekolahnya masih lagi dalam pembinaan jadi dia dan ratusan pelajar lain ditempatkan di Perak. Menangis..menangis..menangis...Alasan dia kerana persekitaran di Selangor tak sama seperti di Perak. Guru-guru di Selangor tak semesra dan seakrab di Perak. Zek memang agak payah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, makan masa yang agak lama.
 
Sekarang sudah masuk tahun keempat dia berjauhan dengan keluarga. Selalu diusik dengan cerita lama dia, dia hanya tersenyum ketawa. Zek!!!  Zek!!!
 
Pagi tadi dalam perjalanan menghantar dia balik ke asrama, aku perhatikan dia puas-puas. Dia sudah lebih tinggi dari aku, dan akan meninggi lagi..lelaki!!. Agak hensem..ehehehe.. Hmm ohh!! ini yang buatkan aku jeles. Dia punya hidung yang agak mancung. Tulang tersembul sedikit di bahagian atas hidung...mancung kah itu??? Aku jeles..jeles..kerana dalam adik beradik aku hanya dia saja begitu...cesss!!! hahaha
 
Kenapa aku cerita pasal Zek??? Entah....
 
   
 




9:52 PM


----------

Thursday, July 15, 2004

Malam indah....

Melihat suasana pagi di satu bilik kecil
buatkan aku terpegun terpaku
pasti malamnya indah belaka
itu firasat ku...
malam yang tenang
sunyi damai
hanya ditemani cahaya lilin...jika dia mahu
tatarias yang terlalu ringkas
yang terlalu minima..gaya minimalis barangkali
hmm aku kurang arif apa itu maksud minimalis =p

sesekali aku pejamkan mata
kala aku baring menenangkan diri
tubuh merengkok umpama bayi...
membayangkan suasana malam dia

ruang itu hanya punya
hamparan tilam beralas toto
sebuah televisyen dan vcd player penghibur hati
di pojok kiri
sebuah pasu besar
berisi 11 ekor ikan kecil berenang bebas
lilin-lilin besar di merata tempat
lilin yang dikelilingi botol berwarna hijau dan merah
dia juga punya bintang bersinar di dinding
...aku hampir tergelak melihat bintang-bintang itu..

itulah syurga kecil miliknya
malam yang indah..pastinya
dia punya jiwa seni
kreatif dan sensitif

aku pernah impikan suasana itu
sayang aku tidak dapat menikmatinya
aku hanya mampu membayangkan sinar cahaya yang indah
moga aku dapat berkongsi malam indah cahaya itu...

..aku hanya mengimbas kembali suasana selasa lalu, menaip dari lab kala lecturer sibuk membebel di hadapan =p..nakal aku ni !!! Hm...Dah lama aku tak berjalan-jalan ke blog kawan....










3:50 PM


----------

Monday, July 12, 2004

Dan mimpi pun sama....

Malam semalam aku mimpikan sahabat baik aku. Bekas sahabat baik, mungkin itu yang sesuai barangkali. Dia sudah membuang aku dari kamus hidupnya. Dia juga tidak mahu dan tidak dapat menerima aku kembali sebagai sahabat baik dia. 'Statement' itu aku peroleh sendiri dari dia tanpa dia sedari. Dia hargai setiap apa yang pernah aku lakukan terhadapnya dahulu. Dia juga katakan apa yang aku lakukan itu adalah perlakuan seorang sahabat yang sebenar.

Kala aku membaca catatan dia, aku menangis sendiri. Aku tak sangka apa yang pernah aku lakukan itu, memberi kesan pada dirinya membuatkan dia menghargai kenangan-kenangan itu. Dia ingat apa yang aku lakukan, sedangkan aku tidak lansung mengingatinya...malah aku tak sangka semua itu pernah aku lakukan. Dan aku tidak sangka apa yang aku lakukan itu menyenangkan dan mengembirakan dia.

Tuhan, terima kasih kerana menemukan aku dan dia. Syukur juga disebalik 'kekejaman' aku yang diingatinya itu, terselit juga kenangan-kenangan manis yang menyenangkan dia...yang mengharukan dia..barangkali =).

Mimpi...dalam mimpi aku semalam dia lansung tidak memandang muka aku. Malah dia juga terpaksa bercakap dengan aku..kerana aku dan dia sedang menguruskan sesuatu. Mimpi yang sama dengan realitinya beberapa bulan dahulu...tika aku dan dia cuba menyelamatkan tali persahabatan. Barangkali kerana terlalu rindukan dia, aku tidur bermimpikan dia. Sudah benci sangatkah dia pada aku???

Itu mimpi yang menyedihkan aku. Mimpi yang sama dengan keadaan realitinya. Hmm aku juga pernah mimpikan sesuatu yang mengembirakan, mimpi dan realiti yang sama. Aku dan Abang, seperti biasa tiada bicara panjang antara aku dan dia. Aku duduk disebelahnya memerhatikan Abang melakukan kerja-kerjanya. Sesekali Abang menoleh memandang aku dan tersenyum. Pandangan yang bertaut, mata berbicara mesra. Hati terusik, ada rasa beralun senada. Huh!!! mimpi dan realiti....sama...



8:27 PM


----------

Friday, July 09, 2004


Hati sudah sihat...Alhamdulillah
Tak menangis??...yup!!!
er tapi kekadang terlepas juga bila mengadap DIA
Sudah kuat???
hmm...boleh dikatakan begitu...
Betul tak menangis ni???
=) nangis dalam hati jek..

Botol hormon pula asyik jatuh tergolek
Oh!!!Jepun mahu mengganas
Aku harap kali ni aku boleh kawal emosi
Coklat...coklat!!!

Alamak!!! jerawat naik
aiseh macam mana nak hilangkan nie!!!
Next week nak p mengadap...big-big smile eheheh

Buat 'Teman'[anda tahu siapa anda =)] di sana...
maaf saya masih belum punya keinginan tuk membalas warkah elektronik anda
masih kekurangan kata-kata dan idea..
hari ini pun saya tulis entah apa-apa

buntu untuk menulis..kerana otak ini masih diburu cerita Hawa
cerita hitam dan putih yang menganggu Hawa
yang juga menganggu saya oh!!!...
hitam putih yang menyedihkan Hawa
juga menyedihkan saya...

sila pilih yang mana anda suka
a. Oh!!! cik saYANg banyak songeh la...
b. cik saYANg banyak cekadak laa...
c. cik saYANg ni entah apa-apa la..
d. semua yang di atas

Alahai...mengapa begini saYANg!!!



5:19 PM


----------

Monday, July 05, 2004

Berubah lagi...

Tiada lagi doneeh...
aku sudah malas nak melayan karenah doneeh
yang demamnya tak kebah-kebah
hmm...baru dua kali sakit....
sakit yang panjang
yang menyakitkan hati aku juga...
kerana dia mencacatkan 'keindahan rumah' aku..

Tiada lagi tagboard...
aku malas nak gunakan pelayan alternatif...
kerana itu bukan diri aku....
aku setia pada yang satu

aku cuba berbaik dengan taggie...
juga berdoa doneeh akan segera sembuh
tapi bagaimana ya???
bagaimana harus aku buang taggie
membiarkan doneeh melayan tetamu
bila doneeh sakit...
taggie ambil alih pula..

geram bila jadi begini
kedua-dua harus dibentuk bila pelu melayan tetamu
kedua-duanya harus serasi dengan keindahan rumah aku
bukan mudah nak membentuk
bukan mudah nak menyusun tata tertib...

ok!!! senang cerita..sengkel dua-duanya
guna haloscan!!!
sengkel????
Ahahaha...sengkel=cancel
bahasa songsang yang biasa digunakan di rumah aku
sengaja melucukan ayat yang terbina =p

Aku bersenang lenang sekarang nie[tiada kerja nampaknya walaupun hati selalu bersedih]. Dalam beberapa hari hiasan rumah aku bertukar rupa lagi. Tiada lagi gambar bergerak-gerak [ sob!! sob!!! tak da baby comey lagi...]. Tiada lagi tagboard atau doneeh, cuma haloscan. Hmm nampak simple saja..biarkan...biarkan...Oh, aku masih punya sang rama-rama, penyeri taman rumah aku.

Sekarang aku sentiasa terasa seperti mahu menangis. Aku cuma kuatkan diri agar tidak menangis, biar aku menangis dalam hati saja. Cuma kadang kala aku kalah juga. Sesekali air mata bergenang, malam bila aku kesorangan aku menangis hingga tertidur. Kenapa aku begini??? Kenapa aku masih belum cukup kuat lagi??? Sudah acap kali aku berjanji aku tak mahu menangis, tapi kenapa setiap masa janji itu terlerai...

Hati tenang lah!!!

Ya Allah dugaan apa yang engkau berikan ini. Sesunggguhnya aku tidak kuat menghadapinya tanpa bantuan Mu Ya Allah. Berikanlah aku petunjuk, berikanlah aku kekuatan. Hilangkanlah resah gelisah dan kesedihan ini. Andai ini adalah kifarah atas dosa-dosaku...ampunilah aku Ya Allah. Berikan jua aku kekuatan tuk menghadapi ketentuan takdir Mu



10:50 AM


----------

Friday, July 02, 2004


A : Hari tu nampak E jalan dengan perempuan?
Aku: E..??
A : Ala E, balak arwah Y tu. Tak tau la perempuan tu kawan dia ke atau girlfriend dia..

Aku diam saja bila A sampaikan cerita itu. Pada aku itu bukan satu perkara ganjil. E sudah kematian kekasih hampir 4 bulan, bukankan wajar dia mencari penganti. Apa nak dihairankan juga andai perempuan yang A lihat itu kekasih atau sekadar teman biasa.

Aku pernah lihat E menangis hiba, berdoa, bersolat hajat memohon padaNya agar arwah Y selamat. Tapi takdir Tuhan tetap terlaksana. E sudah membuktikan kasih sayangnya pada arwah Y, jadi untuk apa dia terus sendirian. Hendak menangis air mata darah sekali pun arwah Y takkan bangkit. E masih muda, berdarah manis...tentu punya perasaan tuk dikasihi dan mengasihi. Dia kematian kekasih, bukan kematian isteri!!! Adusss A...mende tu pun hang nak pelik ke??? tu pun hang nak buat gosip ke????

Hmm barangkali A sudah kehabisan modal tuk berbicara dengan aku, lalu keluar cerita-cerita yang entah apa-apa. Mungkin dia terasa bahang kedinginan yang dia ciptakan sendiri antara aku dan dia. Dia serba salah barangkali, lalu cuba merapatkan jurang yang ada.

Dunia...dunia...



6:13 PM


----------

Thursday, July 01, 2004




Email dari temanku ini hampir membuatkan aku menangis. Aku tidak menangis, cuma ada air mata yang bergenang. Dan aku tidak tahu bagaimana untuk mentafsirkan perasaan itu. Terharu barangkali. Terharu kerana ada insan lain yang dapat merasakan tempias bahagia dan kegembiraan aku. Hmmm...bukan mudah tuk aku kecapi bahagia itu. Bukan mudah tuk aku alami suasana yang membahagiakan aku kala aku bersama dia.

Saat aku merasa bahagia kala bersama dia terlalu sedikit...amat sedikit. Kerana itu aku terlalu menghargai detik-detik bersama dia. Walaupun hanya bertemu muka selama sejam dua, namun itu sudah cukup tuk membuatkan aku tersenyum sepanjang hari untuk tempoh masa 2..3 hari. Kadangkala air mata aku boleh bergenang hatta mendengar suara dia saja melalui corong telefon, gembira yang amat.

Aku seolah-olah bersama insan yang tak punya hati dan perasaan, endah tak endah. Cara dia memeningkan aku, buatkan aku tertanya-tanya akan kebenaran kasih sayangnya. Kadangkala aku umpama perigi mencari timba..pening..pening. Benarkah apa yang dikatakan selama ini? Benarkah apa yang dia lakukan selama ini? Aku cuma dapat memujuk diri sendiri yang dia sememangnya begitu.

"You nak I lagi ke?" Kata-kata yang dia lafazkan dalam nada suara yang terketar-ketar selepas dia menyatakan penyakitnya, membuatkan aku sedikit yakin dengan dia. Peristiwa suatu subuh bulan lepas itu, masih basah dalam ingatan aku. Bila aku sedih tak diendahkan dia, aku akan ingat kembali peristiwa itu....memujuk diri.

Kadangkala aku jadi takut sendiri kerana impian dan keinginan aku untuk bersama dia terlalu tinggi. Aku jadi manusia yang terlalu mengharap. Kadang kala setiap apa yang aku lakukan, aku harap dapat dilakukan bersama dia nanti. Melihat lelaki lain...aku nampak bayangan dia. Dan paling parah dalam hati aku hanya ada dia. Dulu kala bersama mr-ex aku tidak begini, tidak terlalu cinta dan nanar sebegini. Mengapa bersama dia begini jadinya??? Mencintai dia seolah-olah dia cinta pertama aku....

Benarkah apa yang aku rasakan selama ini. Benarkah permintaan dan doa aku telah didengariNya. Kadangkala aku juga takut andai tafsiran aku itu silap. Tuhan....Ya Allah ampunilah aku....

DIA maha mengetahui segalanya. Minta dan berdoa pada DIA kerana kita bergantung hidup padaNYA..ini yang aku pegang sedari dulu. Kepada DIA aku selalu meminta dan memohon, mohon juga diberi kekuatan tuk menghadapi ketentuan takdirNya andai aku tersilap membuat perhitungan.

Tak semua boleh fahami apa yang aku lalui, tak semua juga boleh rasai apa yang aku rasakan, dan tak semua boleh terima apa yang aku lakukan. Aku masih lagi belajar memahami dan meneruskan perjalanan ini mengikut rasa hati dan juga panduan dariNya. Andai DIA mengizinkan...aku akan teruskan liku perjalanan moga ada cahaya dihujung sana...cahaya yang kekal harapnya. Andai ada halangan, doakan aku kuat menghadapinya

Buat temanku itu [anda tahu siapa anda =)] terima kasih kerana dapat bersama berkongsi rasa bahagia yang sedikit ini, terima kasih juga atas doa mu itu, moga ditemukan dengan insan yang membahagiakan dirimu suatu hari nanti =)

Lagu yang melatari blog ini, adalah refleksi aku terhadap dia. Bersama sebahagian bait lirik yang menunjukkan aku sememangnya menerima diri dia seadanya dan aku tak mahu kehilangan dia. Dan aku juga berharap dia dapat menerima diri aku sebagaimana aku menerima dia...


[Aku emosional ke??? aku terlalu mudah emosional ke??? hmm sifat ini harus dicuba-buang..rite Cik Yan??]



11:14 AM


----------