Thursday, September 30, 2004

Kompilasi

Isnin, 27.9.2004

Mak : Kawan lagi ke ngan budak kl tu?
[hah budak??? eheheh the 30 years old man tu budak hehehe *wink*..aku senyum kelakar]
Mak : Kenapa nak sembunyikan, mak nak tau jek.
[Sebulan dua ni dah beberapa kali mak dok tanya pasal tu, dan aku lebih senang memberikan jawapan dengan senyuman...aku cuma tak mahu terlalu mengharap]
Me : Hmmm...kawan lagi
Mak : Dia ada kata apa-apa?
Me : Cakap apa..apa? [Aku faham maksud mak sebenarnya, saja buat-buat 'slow']
Mak : Pasal masa depan...serius ke tidak dia tu
Me : hmm...ada
Mak : Apa dia kata?
Me : Dia mintak An doakan supaya rezki dia murah hujung tahun ni, dapat banyak projek insya allah tahun depan...gantung situ jek

Aku kira itu respon yang baik dari mak, mak tersenyum kecil sebaik saja mak dengar tentang doa dan rezki dan tak semena-mena mak memberi aku petua-petua murah rezki. Sebelum ini bukan sengaja aku membiarkan mak tertanya-tanya akan hubungan aku dengan Abang, cuma entah mengapa aku selesa membiarkan ia 'senyap' begitu saja. Aku tak mahu nanti mak mempersoalkan kejujuran dan kesungguhan Abang nanti, sebab dia memang begitu dan mak tentunya sukar untuk memahami sama seperti apa yang aku lalui masa bulan-bulan awal hubungan jiwa antara aku dan dia.

Kadangkala aku kesal sendiri kerana aku terlanjur menceritakan hubungan aku dan Abang. Oh!! dulu aku khabarkan pada mak aku sudah punya teman baru kerana aku tak mahu mak fikir aku masih lagi bersedih atas 'kematian' teman pertama. Kesian incik Wawan, dia masih sihat walafiat tapi 'sudah mati' pada pengetahuan mak dan Abah. Hilang cinta petama membuatkan hati aku luluh, kerap kali bergenang air mata dan aku seperti anak kecil memeluk Apin patung teman tidurku sebagai pelindung muka yang suram mata bergenang.

Kecurangan Wawan seringkali membuatkan aku tertanya dimana silapnya aku. Oh!!! aku terlupa, dia suka digoda dan mengoda dan dia boleh mempunyai 2 atau 3 teman wanita dalam masa yang sama dan kerap kali terbongkar kerana di tidak berapa pandai 'berlakon'. Aku tahu sejarah itu, tapi barangkali kerana belum pernah merasa nikmat cinta aku jadi buta dan berharap dia akan berubah, setia dan terus jujur dengan aku. Gerak hati selalunya tepat, dan tak semena-mena aku tahu hal sebenar kala menceroboh masuk email dia.

Aku ini 'hamba cinta' barangkali. Susah untuk jatuh cinta, sekali bercinta terus mengharapkan hubungan itu kekal hingga ke ikatan yang sah. Sekarang aku belajar untuk sederhana dalam segala hal kerana aku tahu DIA yang maha berkuasa dan aku hanya hambanya yang bisa mengharap dan bermimpi sahaja. Harapan pada Abang itu tetap ada, cuma aku mengawal api cinta itu agar tidak terlalu marak, biarlah terang nyalanya umpama lilin dan bahangya bisa dirasai dia


Selasa, 28.9.2004

Heda : Kenapa kak Yam tak tukar bilik dengan si Nuha, kesian dia dok belakang tu
Kak Yam : Ala biarkan kecik. Senang dia nak berhimpit dengan laki dia nanti [What?? aku terkedu kala mendengar kata-kata kak Yam]
Kak Yam : Yan tau tak Nuha dah kawen?
Me : Haa ye ke...bila?
Kak Yam : Bulan 4 aritu, ni dah mengandung dah. Tak perasan ke tadi?
Me : Waaa jelesnyeeeeeee eeeee [respon yang hampeh dan tetap sama =)]...cakap kat dia nanti yan nak pegang baby dia

Petang itu aku singgah di rumah sewa kak Yam and the gang. Semasa berborak dengan Kak Yam dan Heda memang Nuha ada sebentar bersama. Dan kala ternampak susuk tubuh yang sedikit agak berisi dan perut sedikit buncit hati aku terdetik mengatakan dia mengandung. Tapi aku cuba buangkan andaian itu kerana tidak mahu bersangka buruk. Sungguh aku cemburu dengan Nuha yang bakal mengulit bayi kecil Januari nanti. Oh!!! beberapa bulan ini aku suka sangat tengok baby. Kalau penyanyi Waheeda sedang mencari calon suami kerana sudah mula merasakan naluri keibuan...aku juga begitu!!!Aduhh...hahaha


Rabu, 29.9.2004

He : Apsal duduk jauh-jauh tu, come here
[Aku tersenyum memandang dan bergerak mendekati dia]
He : Dah la tak selalu jumpa ['dekat-dekat tengok pun yan masih intai-intai tengok Abang'...sambung sendiri dalam hati]

Aku selalu fikir dia lelaki yang tak punya hati dan perasaan, kejam pula rasanya bila fikirkan dia begitu. Tapi sebenarnya dia agak sensitif dan manja juga. Temu kali ini dia juga banyak bicara. Dan aku teringat kata sis Azya, virgorian ni akan mula mesra, banyak bercakap bila dah lama kenal dan selesa. Hmm sama seperti aku juga sebenarnya...enjin lambat panas, tapi selalunya aku yang paling lambat sangat...bila nak berpisah baru la nak mula becok.

Me : Ni untuk Abang [Aku hulurkan bungkusan kecil]
He : Apa ni? You ni ada-ada jek...
Me : Suka [Aku hanya senyum dan memandang dia sekilas]
He : You bagi-bagi macam ni baik you tolong settlekan problem-problem I nie
Me : Yan mampu tolong doakan jek

Kala ayat spontan terakhir itu keluar dari mulut aku, aku tidak mampu untuk melihat dia. Aku tak mahu melihat riak 'touching' dia. Aku tahu banyak masalah yang melanda dia baru-baru ini, dan bukan niat aku untuk membuatkan dia tersentuh atau apa pun. Aku tak sengaja berkata begitu..sungguh!! Semalam dia mula 'patah kaki', kereta masuk bengkel...terbang lagi rm 1,000 ++ untuk repair, ketuk dan cat bahagian belakang kereta yang remuk teruk akibat dihentam pemandu cina. Mujur BatmaN selamat...


Malam tadi [ke awal pagi??]

It been a year since we've first meet.Thanks for all. Hope you'll enjoy your life with the one's you really love. One more time thanks to you ****an* for all the memories. :-) Ghost

Sender: Ed +601664*****
Sent: 30-Sept-2004 00.26.08


Aku tak sangka Ed masih ingat cerita temu pertama kala aku terima mesej dari Ed semalam. Dan pagi tadi aku cari dan baca kembali cerita temu pertama itu yang pernah aku tuliskan diblog. Yup...27.9.2003...Sudah setahun rupanya. Timbul pula rasa bersalah kala membaca mesej itu berkali-kali. Hingga ke saat aku menulis blog ini aku masih belum lagi membalas mesej itu, buntu pula jadinya.

Dia lelaki yang mengenali dan menyintai aku dalam diam selama hampir 3 tahun lebih sebelum temu pertama. Sebelum aku bertemu dia, sungguh aku lansung tak tahu akan kewujudan dia. Dia kawan adik lelaki aku, sesekali melihat aku kala berkunjung ke rumah [hmm mungkin dalam proses aku lari ke bilik atau lari ke dapur dia ternampak aku]. Kesian dia...pertama kali keluar dengan perempuan[it's me], pertama kali juga menyebabkan perempuan lain[aku juga!!!] menangis. Ya aku menangis kala dia meluahkan isi hati dia, bukan aku sengajakan kerana ku terlalu rindukan Abang masa tu kerana aku lansung tidak dapat menjejaki dia. Dia gelabah bila melihat aku menangis, lagi bertambah gelabah bila aku lari keluar dari restoran makanan segera itu. Mengagau dia mencari aku, call tak berjawab. Aku diam menangis dalam toilet. Menangis kerana rindukan Abang. Aku menangis juga kerana marah pada Abang, September tahun itu adalah bulan ke tiga usia hubungan jiwa antara aku dan Abang, aku rasakan dia hanya main-main saja kerana dia hilang dari radar aku. Cuma sekarang baru aku faham, kalau dia hilang itu adalah kerana dia menangung sakitnya sendirian...tanpa pengetahuan sesiapa termasuk ibu bapanya.


Oh!!! aku sudah mula bersentimental pula. Better stop now!!! Aku agak sibuk sedikit kebelakangan ini, namun sempat juga aku mengadap blog ini...cuma meninggalkan beberapa catatan pendek selama beberapa hari ni. Dan hari ini aku berkesempatan untuk menulis panjang. Aku sekarang sedang mengusahakan projek tahun akhir, masih lagi memikirkan dan mencari bahan sama ada mahu mengusahakan perisian pembelajaran awal kanak-kanak atau membuat web site pembelajaan awal kanak-kanak.



2:05 PM


----------

Tuesday, September 21, 2004


'Nak tengok magic tak?'
'Ape dia...'
'Tengok muka yan n kawasan sekeliling'
'Ok'
'Hey...apsal you boleh jadi rabbit ni??'
Ketawa besar bila lihat telinga bergerak-gerak...



---- argh!!!! ----



9:38 PM


----------

Monday, September 20, 2004

Permulaan yang baru

'Dah mula sekolah eh dik?'
'Ha'ah'
'Hari ni eh?'
'Ha'ah'

Pak cik cleaner yang sedang menyapu di koridor *S menyapa kala aku serba salah mahu memohon laluan secara diam. Aku hanya senyum kepada dia pada mulanya dan bergerak ke tepi, dia juga memberi laluan lalu menyapa aku. Wah!! hari pertama sekolah sudah bertegur dan senyum pada orang, entah kenapa aku rasa seronok heheh..

Alhamdulillah, kumpulan aku sudah cukup 3 orang, juga punya tajuk untuk projek tahun akhir. Moga segalanya berjalan lancar dan tidak terlalu menekan jiwa. Terserempak dengan sahabat baik aku dahulu, masing-masing hanya tersenyum.

Sempat juga ke bandar selepas selesai urusan di sekolah. Beli cd motivasi Fadzilah Kamsah untuk Abang sebagai hadiah hari lahir dia. Sebelum ini aku sudah beli cd part 1, kerana tak cukup duit cd part 2 aku tunggu mula musim persekolahan baru eheheh...Aku harap dapat bertemu muka dalam masa terdekat ini...rindula =)

Mak : Dah tak sama class lagi dengan A ke?
Me : Tak, tak de paper yang sama.
Abah: Kalau ada class sama dengan dia pun, pergi sendiri. Tak payah nak tumpang dia lagi. Orang terantuk sekali jek, tak payah nak tunggu sampai terbenjol-benjol baru nak serik..

Kes aku dengan si A, aku memang sudah cukup serik...dibuang, kutip dan buang balik...alahai manusia



8:07 PM


----------

Sunday, September 19, 2004

Semangat yang lewat =(

Esok akan bermula semester baru. Semester yang pendek, amat pendek. Selepas raya nanti bermula pula semester baru. Aduhai..cepatnya masa berjalan. 2 semester yang akan datang [semester yang bermula selepas raya] adalah masa-masa akhir aku bergelumang dengan buku, nota dan segala macam aktiviti kehidupan seorang pelajar. Memulakan semester baru esok hari, bukan sesuatu yang mengembirakan aku.

Jumaat lepas, selepas menatap keputusan peperiksaan..aku jadi kecewa yang amat. Kecewa, sedih, rendah diri dan segala macam rasa menyerbu bersarang dalam diri. 'Semangat' yang aku cari-cari selama ini...tiba lewat, amat lewat dan dalam keadaan sekarang ini aku sudah tidak boleh buat apa-apa lagi. Aku cuma mampu kekalkan 'pointer' agak tidak jatuh , kalau naik pun mungkin tidak melepasi tahap yang boleh dibanggakan.

Di tahun akhir baru 'semangat' itu tiba. Sudah mencuba sedaya upaya, namun keputusannya tidak memberansangkan. Barangkali usaha aku belum cukup tinggi lagi. Barangkali juga aku memang jenis yang sederhana sahaja. Ilmu yang sedang aku dalami saat ini, bukan pilihan aku, bukan minat aku jadi sebelum ini aku belajar kerana tiada pilihan...juga hanya untuk lulus peperiksaan saja. Oh!!! Nikmat yang satu itu sudah ditarik DIA...aku rindu zaman sekolah..makin kecil rasanya sekarang ini..Aku tak boleh rendah diri. Aku tak boleh menyesal. Jalan ini aku perlu teruskan, alang-alang sudah bermula biar sampai ke garis penamat.



9:28 PM


----------

Thursday, September 16, 2004

Buat Dia...






Jun 2003....4.00 ++ am

Awak tak tidur lagi
Kejap lagi, baru habis kerja nie
Hmm..sama la macam ayah..batman
Batman??? Hahahaha...

Julai 2003...12.00 ++ pm

'Mana nama I??? tak de pun' Handset dikembalikan kepada tuan empunya
'Ohhh...cari nama dia rupanya. hehehe' kata aku dalam hati. aku tersenyum kecil
'Meh' kata aku pendek. Badannya didekatkan pada aku. Melihat bersama ke skrin telefon.
'Nieeee..heheh' Aku ketawa kecil
'Batman!!!!...hahahaa' Dia ketawa...


Sehingga kini, gelaran itu melekat pada dia. 'Mr.BatmaN' juga yang aku tuliskan di atas sampul kad-kad yang telah aku berikan pada dia, sebagai ganti nama. Kala kad bertukar tangan, pabila dia melihat nama itu dia akan tersenyum kecil.

Entah kenapa aku suka gelarkan dia BatmaN. Dan aku selesa menggunakan perkataan itu sebagai ganti nama dia kala bercerita bersama teman rapat[only selected person].

Pada aku, Batman dan dia begitu sinonim. Dia masih lagi lelaki misteri..juga pada diri aku. Masih belum banyak yang aku tahu tentang dia. Hmm...Aku mahu dia kekal terus menjadi dia, menjadi BatmaN yang diam enak memegang kunci hati ini dengan cara kasih sayangnya tersendiri.

Hari ini, tika 16 september masih berusia 1 minit, misi aku berjaya...barangkali juga aku orang pertama memberikan ucapan selamat. Oh!! dia masih di pejabat, sama seperti tahun sebelumnya. Tahun lepas aku orang terakhir memberi ucapan, beberapa jam sebelum menginjak hari baru. Bukan disengajakan, entah mengapa aku lansung tidak dapat menghubungi dia dan dia juga tidak menerima sms aku...alahai


Selamat Hari Lahir yang ke 30, Mr.BatmaN
Moga dimurahkan rezki dan diberi keizinannya tuk mencapai impian mu




1:17 AM


----------

Wednesday, September 15, 2004

Angah...

Angah kemalangan di Perak semasa dalam perjalanan pulang ke Utara. Mujur Angah dan teman-temannya selamat, hanya kecederaan kecil saja. Kata Abah, kalau dilihatkan pada keadaan kereta yang agak teruk itu, pasti orang akan menyangka penumpang terutamanya yang berada di sebelah pemandu cedera teruk atau parah. Ngeri bila aku mendengarnya. Cermin hadapan pecah, Badan kereta di bahagian hadapan bersebelahan pemandu kemik akibat dihimpit lori. Bukan salah Angah, tapi kelalaian pemandu lori...juga tidak bertanggung jawab kerana cuba untuk melarikan diri, mujur kebetulan polis ada ketika itu. Kuasa Tuhan, mujur semuanya selamat.

Mak dan Abah, mula sakit-sakit belakang hari ni. Apa tidaknya semalam dengan rasa tak senang hati gundah gulana, entah semangat mana yang datang Abah tekad memandu ke Taiping. Hampir jam 10 semalam pulang kembali ke rumah. Kata Abah itu sudah jadi rekod baru, pergi balik memandu ke Taiping, berjumpa dengan calon menantu perempuan, juga bertemu muka dengan bakal besan. Hmm...sayang kereta kancil yang baru diambil 2 bulan itu sudah 'cacat'.

Dan entah macam mana semalam aku terfikir, DIA sudah memudahkan laluan Angah dan teman sejiwanya. Ada hikmah disebalik kemalangan itu. Sesudah pulang meminta restu, tanpa disangka Mak dan Abah dapat berjumpa dengan pilihan Angah, juga kedua ibu bapa Y*ti. Penerimaan orang tua Y*ti terhadap Angah baik, begitu juga Mak dan Abah. Moga laluan mereka di permudahkan dan dirahmati DIA. Aku sedikit sedih...juga cemburu, kerana aku belum berpeluang melalui itu semua. Aku masih perlukan masa agar Abang yakin pada aku. Perlahan-lahan aku perlu yakinkan Abang, walau apa pun terjadi pada kerjaya dan kesihatan dia..aku tak akan pergi jauh dari dia. Tuhan, permudahkanlah laluan kami ini...



11:04 AM


----------

Thursday, September 09, 2004

Imbasan...

'Hello...'
'Hai..hmm, awalnya call' Jam dikerling sepintas, 6++ am
'Hehehehe'
'Bisingnye...kat mana tu?
'Pudu. I nak balik kampung ni. Adik I kawen hari nie'
'Kawen?? Lelaki ke perempuan?'
'Perempuan'
'Umur dia?'
'22'
'Waaaa...jelesnyeeeee' Pecah tawa dia kala mendengar respon aku
'Esok I kene pergi +e+a+a. I nak jumpa you dengan +++a kejap'
'Pukul berapa??'
'Dunno yet. Pagi, maybe dalam 10..11. nanti I call you'
'Ooo ok'
'Ok, bye'
'Bye'

-- 15 hb Jun 2003, Ahad--


Aku mahu senyum gembira sepanjang masa. Bila bersama emak, aku bercerita bergelak ketawa. Menyakat adik bongsu juga kala dia ada bersama. Kala bersendirian aku memilih untuk mengimbas kembali kenangan-kenangan aku dan dia yang bisa mengundang senyum.

Aku dah malas nak ambil pusing mengenangkan manusia yang tak jujur, dah malas nak memeningkan kepala memikirkan hal sekolah. Aku mahu gembira....

Hehehe dan aku paling suka imbas kembali kenangan sebelum aku ada hubungan jiwa dengan Abang. Respon yang menyebabkan dia ketawa besar. Oh!!! aku sendiri tak duga itu jawapan yang keluar kala aku Abang menyatakan usia adik perempuannya ...yang sebaya dengan aku. Malunya bila ingatkan kembali semua itu...Aku rasa kalau diceritakan balik semua itu pada Abang...pasti dia juga ketawa besar sekali lagi. Adusss, nampak macam aku ni 'excited sangat' nak kahwin masa tu



2:41 PM


----------

Tuesday, September 07, 2004

Ada Apa Dengan...JUJUR

Watak 1: 3 ahli sekumpulan..A,B dan C

Soalan : Apa yang perlu dilakukan bila kamu tak ingin seorang teman sekumpulan berada dalam kumpulan kamu lagi. Maksudnya kamu mahu 'membuang' dia dan menggantikan tempatnya dengan muka lain??

Jawapan:
A melangkah masuk ke dalam kelas, duduk bersebelahan B. A dan B berada dihadapan C. 'Ko dah tanya D ke?' Tanya A pada B.
'Belum lagi...ko tanya lah' Jawab B. A dan B seraya memandang ke D yang duduknya selang beberapa bangku dari mereka.
'D..D. Next sem you buat project ke?' Tanya A
'Yup. why?'
'You ada member ke? You nak buat tajuk apa?'
'Member...tak confirm yet la. Maybe I buat pasal networking' Jawab D
'Kita orang pun nak buat pasal tu jugak...join us la..'Kata A tersenyum


Kata C: Hmm bukankah sebelum ini sudah setuju mahu buat project bersama..aku, kau dan dia. Tapi....oh...begini rupanya dia menyingkirkan aku.

--------

Watak 2: 2 ahli sekumpulan. Kumpulan 1..A dan B, kumpulan 2...C dan E

Soalan : Apa yang akan anda lakukan apabila teman sekumpulan anda berada dalam mood yang tunggang langgang dan amat emosional selepas dipukul oleh bekas teman sejiwanya, sedangkan anda mempunyai kertas kerja yang perlu diselesaikan secepat mungkin? Dan teman yang telah dipukul ini enggan bekerjasama dengan anda pada masa yang anda rasakan sesuai...

Jawapan:
A calling-calling E, berurusan berkenaan kertas kerja...mahu buat usahasama. E memaklumkan pada C tentang usahasama itu, dan bersetuju. A, C dan E memulakan tugas. A marah-marah, membebal dan mengadu pada C dan E berkenaan hal si B.
'C, you tak de group project lagikan, join me buat project next sem. Si B ni dah buat hal...ni tak boleh jadi nie' kata A tiba-tiba. C termanggu-manggu tak percaya, E memandang kehairanan. [E sedia maklum cerita A, B dan C]
'A..aaa. ok' Jawap C sepintas. A terus membebel


Kata C: Hmm sejak bila pula A ni jadi groupmate aku nie?? bukankah hanya aku dan E saja. Dan oh!!! A dan B tidak jadi untuk bersekongkol dengan D. Bila B buat perangai, A mula rasa tersepit dan mahu mencari 'backup'. Alahai senangnye...

---------------

Watak 3: A, B, C, E dan juga F

Soalan : Apa yang akan anda lakukan apabila anda merasakan sudah tidak serasi lagi untuk bekerjasama dengan teman yang telah dipukul teman sejiwa itu? Anda mahu mengantikan dia dengan muka baru. Walaupun anda telah mengundang kembali teman yang telah disingkir pada peringkat awal itu, kununnya untuk meneutralkan keadaan tapi anda merasakan sudah tiba masanya anda 'cut the limit!!!'Dan dalam masa yang sama, anda mendapat tawaran dari kumpulan lain untuk menyertai mereka?

Jawapan:
Hantar sms kepada F...you are welcome to our group. Anything...plz refer to C.
Hantar sms juga kepada B dan C...F will replacing me in our group due to some problem .

Beberapa hari kemudian C mendapat cerita dari E. Sebenarnya si A tidak mahu lagi bekerjasama dengan B...dah tak larat nak hadapi karenah B katanya. Dan A sudah mendapat offer dari kumpulan lain, yang kununnya manusia-manusia itu merayu-rayu mahukan A.


Kata C: Oh!!! patutlah sms tak direply, Panggilan tak dijawab. Senyap buat tak tahu jek!!! Alahai manusia ni..senangnye buang, kutip, buang kutip..tak fikir hati perasaan orang lansung. Bila terserempak boleh pulak senyum macam tak de apa berlaku...

-----------

Watak 4: Si perempuan, teman sejiwa dan lelaki lain

Soalan : Anda dan teman sejiwa anda telah bertunang [status terkini anda hanya diketahui oleh teman rapat sahaja]. Apakah yang anda akan lakukan bila sesekali anda dapati kawan lelaki anda memberikan atau mengucapkan kata-kata yang agak menyentuh jiwa raga anda. Layanan yang diterima pada fikiran anda agak berlainan?

Jawapan:

'Eee...kenapa dia cakap macam tu eh???'

'Eeee..kenapa dia tulis macam tu eh???'

'Hehehe...tadi dia kata dia rindu'

'Jap...jap nak call dia, nak tengok apa reaksi dia.'

'Ehh...perempuan kat sebelah dia tu sape eh???'

'weeeh...lelaki tu hensem laaa'

bla...bla...bla...


Kata aku: Bila kita mahukan sesuatu yang baik dari pasangan, kita perlukan lakukan yang baik juga pada pasangan. Tak kira la sama ada dah bertunang ke, kawen ke...couple lagi ke...JUJUR tu penting!!! Macam mana kita nak pasangan kita setia ngan jujur kat kita kalau kita sendiri main mata, main ayat jiwa raga dengan lelaki lain. Bukankah setiap bende yang kita lakukan tu ada timbal baliknye....kalau kita nak orang baik kat kita...kita buatla baik kat orang. Kalau kita tipu orang...satu hari nanti orang akan tipu jugak....

stop!!! stop!!!! selawat..selawat...jangan marah...



11:18 AM


----------

Friday, September 03, 2004

Hentikan..hentikan..hentikan...

Usai solat asar, aku mengaji sebentar. Tak semena-mena kala sedang mengaji terlintas difikiran..aku mahu belajar mengaji bersama ibunya. Aku mahu perbaiki bacaan aku, aku mahu baiki pengetahuan hukum tajwid aku..oh!!!. Dan sekali lagi aku menangis, menangis kerana betapa payahnya menhentikan mimpi-mimpi sebegitu...

Tuhan, aku tak mahu mengharap terlalu tinggi...bantulah hambamu ini...

Hentikan semua anganan itu...hentikan semua mimpi itu...

Aku mahu berhenti berharap...

Aku tidak mahu jatuh yang terlalu sakit nanti...




5:42 PM


----------


Buat mereka yang telah pergi....

Al Fatihah buat Uncle B*z*, juga sis **p*h...

Arwah Uncle B*z* meninggal dunia pada pagi 31 Ogos kerana sakit barah usus. Aku hanya dapat tahu pada malam harinya dari Sis Lil. Kenalan yang aku hanya pernah mendengar suaranya sahaja melalui corong telefon... 2 kali rasanya, juga pernah bersms beberapa kali. Agak terkilan juga kerana aku lansung tidak berpeluang untuk bertemu muka dengan arwah. Hmm bagaimana ya aku kenal Uncle??? Oh!! namanya pertama kali aku dengari dari mulut Abang. Lantas aku meminta bantuan Sis Lil merisik khabar mengenai Abang dari Uncle B*z*. Masa tu aku dan Abang masih baru dalam hubungan jiwa. Moga Uncle damai di sana...

Sis **p*h...pergi akibat sakit barah darah, pagi isnin seminggu sebelum arwah Uncle pergi. Aku hanya pernah mendengar namanya sahaja, tidak pernah bertemu muka apatah lagi berlabun mesra. Moga Sis Dicucuri rahmat-Nya

Tahun ini sahaja sudah beberapa orang teman/kenalan aku kembali pada penciptanya. Awal tahun penghujung Februari...arwah Yeil pergi kerana SLE. Pertengahan tahun pula, 2 teman persekolahan mengikut jejak, seorang kerana demam campak[Oh!! aku tidak tahu lansung sakit itu juga boleh menyebabkan kematian...khabarnya dia tidak berpantang..] dan seorang lagi kerana kemalangan[ baru beberapa bulan bertunang]. Dan penghujung Ogos pula 2 lagi menyusul....

Saat mendengar khabar kematian, aku menjadi takut. Cukupkah amalan ku nanti??? Apakah amalan-amalan aku akan diterimanYa...oh!!!



1:24 PM


----------