Tuesday, November 30, 2004


Jalan-jalan blog. Jumpa pulak blog 2 orang cousins aku. Jumpa juga dengan blog ex-housemates aku. Hoho zaman blog yek??

Masih lagi dalam mood rajuk. Hmm bukan rajuk lagi dah, cuma tak kesah dah. Fenomena sementara harapnya. Asal hati aku masih lagi berpegang pada apa yang aku rasa dan itu semua datangnya dari DIA...selagi itu aku berpegang pada rasa itu.

Cuma rindu saja yang menggila...aku juga patut kejungkan hati aku kan? Ikut rentak dia



4:37 PM


----------

Sunday, November 28, 2004


.



Acap kali kala bersedih atau tertanya-tanya hal berkaitan Abang, pasti aku akan dapat sesuatu input yang menyenangkan hati. Sesuatu yang akan aku peroleh dari Abang sendiri secara tak lansung, dari teman siber atau kala berbual dengan teman-teman lain. Aku tak tahu mengapa ini semua terjadi, aku makin kurang mengerti dan juga menakutkan aku. Patutkah aku katakan ini semua bantuan dari DIA yang mahu aku terus kuat dan rasional. Peringkat permulaan mungkin boleh aku katakan semua ini hanya satu kebetulan, tapi bila makin lama makin kerap berlaku aku jadi keliru. Betul ke semua ini dari DIA??. DIA mahu aku kuat dan rasional dengan memberi petunjuk/gerak hati kepada orang lain untuk disampaikan kepada aku. Paranoid kah ini? Hah!! Paranoid tu apa ya??? Atau aku yang suka fikir bukan-bukan dan merepek sendiri kerana sifat aku yang pendiam ini??

Petang tadi, aku baru baca email dari seorang teman siber lebih tepat lagi pengunjung blog aku[aku baru sedar aku ada tetamu lain selain mereka yang rajin meninggalkan komen...hmm] Oh!! Email dia menyebabkan air mata aku bergenang lagi, juga menyenangkan hati aku...sama keadaannya kala aku menerima email dari teman blog dahulu. Terima kasih kawan.

Entah mengapa beberapa hari sebelum raya, aku tiba-tiba sudah terasa penat yang amat untuk memahami Abang dan caranya. Bukan putus asa cuma...entah lah, barangkali juga rajuk yang tak pernah di ketahui dia. Kala teman rapat seronok bercerita tentang teman hati masing-masing, aku hanya mampu tersenyum. Kala mereka bertanya juga aku akan jawab dengan senyuman dahulu, kerana aku sendiri tidak tahu bagaimana harus aku ceritakan perihal aku dan Abang. Cerita aku berbeza dengan mereka, satu keadaan yang aku fikirkan akan mengundang pelbagai tanda tanya dalam fikiran mereka sendiri...mungkinlah. Jadi aku hanya ceritakan kenangan-kenangan yang mengembirakan aku juga yang me‘menang’kan Abang. Kalau aku ceritakan keadaan sebenar aku dengan Abang, bolehkah mereka faham seperti mana aku cuba memahami dia. Bolehkah mereka terima dan memahami ‘keadaan aku dan Abang’ sedangkan ‘keadaan’ mereka indah-indah belaka.

Rata-rata respon teman bila mereka bertanyakan usia Abang hampir sama saja. ‘Wah!!! Untung la Yan dapat lelaki umur macam tu, dia memang akan jaga ko betul-betul..memang settle down punya nanti’, ‘Wah!! Bestnye dapat yang lebih tua dari ko’, Wah itu Wah ini....aku juga ‘Wah!!! Mengapa dia begini!!!!!’. Semua respon itu memang mengembirakan aku, juga menakutkan. Menakutkan kerana cara Abang yang endah tak endah, aku pula ibarat ada atau tidak teman lelaki sama saja walhal usia hubungan jiwa ini akan menjangkau satu setengah tahun tak lama lagi.

Abang dari mula kenal sampai sekarang sama saja, tiada perubahan pun. Kata orang itu sesuatu yang baik kerana dia tetap dia. Tapi aku yang pening jadinya kerana dia ibarat tak punya hati dan perasaan, aku tak tahu bila dia rindukan aku, tak tahu bila dia perlukan aku, tak tahu juga apa yang menyebabkan dia sukakan aku dan mampu bertahan dengan sifat aku yang pendiam dan membosankan dia. Oh!! Mungkin kerana segala-galanya terjadi dengan pantas..dalam masa sebulan kenal, bertemu dan ikat hubungan jiwa terjadi....maka beginilah jadinya. Bila pendiam bertemu yang pendiam, hubungan itu aku rasakan agak hambar. Seringkali aku takut dan sedih dia akan ‘mati kebosanan’ dengan aku. Pernah sekali aku luahkan itu semua tapi tapi respon dia memeranjatkan aku. Dia tak pernah merasa bosan, juga tiada masalah dalam hubungan aku dan dia. Oh Abang, bukankah kita ada masalah komunikasi???? Kadangkala aku rasakan Abang bukannya pendiam seperti aku. Tapi entah mengapa kala bersama aku, dia juga seperti mahu melayan kesunyian dan keselesaan itu bersama. Kerjaya Abang memerlukan dia bergaul dan berkomunikasi dengan ramai orang dari setinggi-tinggi pangkat hatta kepada kuli sekali pun dan pastinya dia bijak berkomunikasikan?? Tapi mengapa dengan aku dia juga diam sama!!! Kala bercakap di telefon pun cuma seminit dua, kadangkala tak sampai seminit.

Mungkin juga aku masih dibayangi trauma ditinggalkan incik Wawan tanpa sebab dulu. Aku takut Abang juga akan tinggalkan aku kerana kebosanan. Tapi ajaibnya tetap bertahan sejauh ini. Chemistry yang kuat ke??? Untuk bertemu dia pun aku hanya nantikan dia menyuarakan keinginan dia bertemu aku. Bukan kerana malu untuk menyatakan keinginan aku bertemu dia cuma bila dia katakan dia mahu berjumpa aku, itu bagaikan satu penyata untuk aku yang dia rindukan aku dan paling penting keinginan dia itu ibarat menyangkalkan aku ini membosankan dia walaupun kala bersama nanti aku dan dia tetap diam kurang berbual...pandang-pandang senyum-senyum. Aku akan melihat dia secara intai-intai, bila berpisah aku akan salam dan cium tangan dia dan pergi tanpa melihat wajah dia yang akhirnya membuatkan aku menyesal sendiri. Perkara yang sama berulang tiap temu.

Yang paling menyedihkan aku, dia seolah-olah tak punya masa lansung untuk aku, masa untuk berbual di telefon juga masa untuk bertemu. Untuk bertemu juga aku perlu menunggu bila jadual dia betul-betul kosong dan aku pula tiada halangan apa-apa. Selalunya bila aku terima panggilan dari dia jam 4 atau 5 pagi, menyatakan rasa ingin bertemu, aku akan terus membatalkan segala hal sepanjang hari itu nanti. Tahun ini saja cuma empat kali temu yang bermula pada Mei lalu, kemudian Jun, Julai dan akhir sekali sehari sebelum berakhirnya September. Temu pada Mei itu cukup bermakna pada aku kerana itulah temu pertama setelah 6 bulan pisah. 6 bulan yang mengundang pelbagai cerita dan keluh kesah aku sendiri. Pernah dia hilang tanpa khabar berita dan aku lansung tidak dapat menghubungi dia, dan dia tetap dengan caranya. Dan akhirnya aku mula faham dan tahu, kala dia hilang diam dengan panggilan aku yang tak berjawab itu tandanya dia sedang sakit. Kerap kali juga dia ‘balik hari’ ke kampung halaman yang makan masa hampir 5 jam perjalanan, bertemu ibu bapanya. Dan aku kadangkala seperti mementingkan diri sendiri memikirkan mengapa dia tidak luangkan masa ke tempat aku yang cuma 2 jam perjalanan. Terlalu sibukkan dia hingga terpaksa ‘balik hari’?? Terlalu sibukkah dia hingga tiada masa tuk menghubungi aku?? ‘Call back kejap lagi. I dengan client nie’, ‘I kat office lagi nie. Call balik nanti. Malam-malam sikit’ +++ sampai kadang kala aku bosan untuk menghubungi dia. Bila aku kenal dia baru aku tahu apa itu sebenarnya kerjaya dia yang selama ini aku salah tafsir. Aku tahu dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai rencam masalah dalam kerja dia, juga dengan kesibukan dia. Tidur yang kadangkala tak tentu masa, bergelumang dengan segala macam kertas kerja, kesihatan yang kerap kali tak mengizinkan, berhadapan dengan karenah pembekal juga pelanggan. Cuma...arghhhhhhh....aku mahukan sedikit perhatian saja!!!!!

Huh!!!

Masih aku ingat lagi riak wajah suka dia kala melihat bayi yang dikendong ibunya melintas dihadapan aku dan dia, kemudian dia merapatkan tubuhnya ke sisi aku jalan beriringan sambil tangannya melingkar di pinggang aku. Masih jelas lagi ingatan suasana saat aku menghantar dia ke stesen lrt selepas aku mengikut dia berurusan di bank dan aku baru tahu masalah sebenar dia, riak wajah yang menyentuh hati aku. Tergiang-giang lagi getar suara dia kala dia menelefon aku dari hospital pada satu Subuh Mei lalu. Terbayang-bayang lagi bertapa riangnya Pak Long menyakat anak buahnya yang berusia 4 tahun melalui telefon bimbitnya. Tergambar jelas betapa sukanya dia melihat wajah terkejut aku selepas menyakat dengan ciuman curi di pipi/dahi aku. Tergiang-giang juga telinga ini hello ala kucing dia itu....semua itu mengundang rindu yang sentiasa basah untuk dia. Kenangan-kenangan itu aku gunakan tuk memujuk hati aku sendiri....tapi sampai bilanya???

Mungkin aku ini terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Suka memikirkan sesuatu diluar jangkaan sendiri. Perempuan kan makhluk beremosi...Kesian Abang. Teruknya aku nie. Aku perlu yakin pada dia kan?? Barangkali kerana mulut yang berat untuk berbicara, jadi hati dan fikiran aku mula memainkan peranan memikirkan itu ini. Masalah remeh diperbesarkan. Perlu matangkan??

‘Doa-doakan rezki I murah hujung tahun ni, dapat banyak projek. Insya-Allah tahun depan...’ kata-kata yang tergantung dari dia pada temu Julai lepas jelasnya makin menghantui aku pula kebelakangan ini. Menjadikan harapan aku mula tinggi menjulang-julang kembali...oh Tuhan, permudahkanlah segalanya....tenangkanlah hati hambamu ini. Datangkanlah khabar gembira buatku nanti....



10:20 PM


----------

Monday, November 22, 2004


Lepas subuh tadi Abah, Mak, Jit, Man dan Angah bertolak ke utara. Abah ada meeting di Langkawi, Angah balik kolej. Kali ni seminggu aku tinggal berdua dengan Uda gara-gara aku final exam minggu nie. Uda kerja, Zet balik matrik.

Dok sesorang kat rumah ni tak best sungguh. Aku ni dah la tak boleh duduk sesorang, sure kepala tu nak melilau fikir lain. Belum sampai tengah hari dah dok rindu kat Mak, Abah ngan Angah. Rasa macam menyesal plak tak tengok muka Angah masa dia salam aku tadi. Hmm entah kenapa bila time nak berpisah macam tu sure aku tak boleh nak tengok muka orang yang aku nak tinggalkan @ orang yang akan tinggalkan aku, dengan Abang pun aku macam tu lepas tu menyesal sendiri nanti. Sesorang macam ni buatkan aku makin rindu kat Abang. Oh!!! Abang tak tahu aku bawa hati, dia ingat aku ni sama macam dia kot...bz sampai lupa orang. Hmm biarlah dulu, nanti bila tsunami rindu tu menggila...pandaila aku buat nanti.

Semalam p tengok markah coursework aku. Hoho sungguh menyedihkan, menyebabkan aku tensi sekejap. Aku cuma dapat 10 saja dari 40 markah. Gila sungguh!!! Tu dah tentu la fail kalau aku seat exam sekali pun. Pagi tadi jumpa incik tutor tuk subject HS tu, sungguh bernasib baik...boleh dia tak nampak nama aku kat group report tu. Mungkin dia cuma tengok pertama jek, ishhh kalau tengok pada 1st report tu memang la tak de nama aku..sebab aku join group tu lambat, gara-gara perbuatan perempuan tu. Aduhai nasib baik la aku berani nak jumpa incik tutor tu, kalau tak kenela mengulang paper tu nanti. Minor mistake huh?

Malam Sabtu lepas, p beraya dengan Angah. Ingat nak p rumah sis Yat, tapi dia kat KL pulak. So p beraya rumah member-member Angah jek la. Sian Angah, jatuh saham dia...sama jatuh dengan saham aku...tapi Aku dah ada Abang hehhee. Member-member dia ingat aku ni Awek Angah, tak percaya pulak aku ni kakak dia. Aku dengan malu-malu kucing tak bersuara lansung, sengih jek manjang lagi la dorang ingat Angah tipu bila kata aku ni kakak dia. Angah pula stail macam 'orang tua'...katala Mak, hmm tapi kalau tengok Angah tu memang rupa dia nampak tua dari umor dia, kira macam umur-umur hujung 20-an.

kejungnya hati dia....



8:35 PM


----------

Thursday, November 18, 2004


Petang, Angah balik dari beraya...membawa pulang bersama berita yang agak mengembirakan hati aku. Bukan niat aku hendak tersenyum lebar dan gembira dengan berita itu, tapi entah mengapa ya aku rasa puas yang amat.

Perempuan itu, sudah menerima balasan setimpal. Menerima nasib yang sama seperti apa yang pernah dia lakukan kepada aku sebelum ini. Aku harap dia sedar akan kesilapan dia sebelum ini, dan akan lebih menghargai hati perasaan orang lain. Tuhan itu maha kaya. Alhamdulillah, moga dia sedar nanti.

Aku sudah tidak boleh terima perempuan itu sebagai seorang kawan hatta teman seperjuangan sekali pun. Cukuplah dengan apa yang telah dia lakukan sebelum ini. Hari ini aku mula mengerti dan faham akan perasaan bila dikhianati teman yang dipercayai.



10:29 PM


----------

Wednesday, November 17, 2004


'Mak, tengok jap selendang tu..'
"Nak ke?"
'Hmmmm..terbelit-belit, panas leher nanti. Rimas la.'
"Simpan jek la jawabnye. Tak pun buat alas meja...."
'Alas meja?? bak sini jap...haaaaaa'
"Apsal...nak pakai masa tunang nanti keee..."
'Heheheh...haaaa Mak yang cakap, bukan Annn...'
'Haah ek, bleh pakai time tunang. Ishh Ija kata jangan tunang, kawen terus. Pakai time nikah lah nanti...Doa-doala tahun depan ke tahun satu lagi ke...'

"Tengok tu anak awak dah berangan...."
'Heheeh sape soh Mak sebut dulu...hehe.'


Malam semalam, lepas ke kenduri 'doa selamat+potong jambul+rumah terbuka' jiran kat area perumahan terus ke rumah Uncle *an, abang Mak. Jam dah 9.40 pm masa tu, tapi redah la juga..alang-alang dah terlanjur semua adik beradik aku ada + memasing pun cuti pendek.

Kebetulan masa sampai rumah Uncle *an, dia pun ada tetamu lagi...jadi tak le terasa bersalah sangat mengganggu orang malam-malam macam tu.

Sebelum balik Uncle berikan kain selendang putih pada Mak, dan kain pelekat samarinda tuk Abah. Buah tangan dari seberang. Uncle bakal bekerja di Indonesia nanti.

Ija, sepupu aku yang bertunang Disember tahun lepas akan bertukar status tak lama lagi. Bukan sebagai isteri orang, tapi sebagai 'gadis single' yang mencari sekali lagi. Moga dia kuat dan berjumpa dengan 'Adam' yang diciptakan tuk dia



11:06 PM


----------

Tuesday, November 16, 2004

3 Syawal

Uncle *at, singgah rumah sebentar sebelum berangkat pulang ke K.L.

Sempat makan malam sebelum Kak Yat call. Tak sempat nak mandi, terus siapkan air+ kuih-muih. Wohoo...terkejut aku ingatkan Kak Yat dngan Kak I*a Kajang jek, rupanya Abang Afi + husband, anak-anak lelaki Kak I*a pun ada. Aiseh dah la masa keluar rumah aku cuma nampak Kak Yat jek...tengok blah driver rupanya Abang Afi, nampak lagi 2 bijik kereta masuk. Hohoho kene tukar baju la nampaknya, dah la aku pakai turtle neck+dress tali halus belah kiri kanan sampai lutut...kalau Abah keluar bilik tengok aku melayan tetamu yang ada lelaki-lelaki dengan baju macam tu dengan tak bertudung...mau kene tetak. lepas salam Kak Yat dan Kak I*a, lari masuk bilik tukar baju. 'Aik dah transform ke?' usik Kak Yat.

Kak Yat & the gang balik, makcik Ani plak call kata nak datang. Meriah pulak rumah aku hari ni ramai yang datang..


deepa-raya fever huh...terasa ayat macam keling lagi...



11:06 PM


----------

Monday, November 15, 2004

2 Syawal..

Rumah atuk yang semalam lagi sudah sedia penuh makin padat dengan kedatangan lagi 4 family. Semua anak cucu cicit Atuk berkumpul. Macam-macam jenis kereta park depan laman rumah...boleh buat show.

Luch tuk raya kali ni simple jek. Biasanya kalau tahun-tahun sebelum ni mesti ada nasi tomato @ nasi bukhari @ nasi ayam...selain ketupat rendang. Kali ni memang simple sangat..cuma sup ayam, asam pedas, sayur campur dengan keropok.

Tahun ni kira tahun ke-2 buat 'Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi'....heheh mesyuarat adik-beradik Mak.

Belah Mak ni, banyak cousin lelaki. Generasi baru..para baby pun semuanya lelaki Kak-kak sedara aku semua macam dok menunggu sapa yang akan dapat anak perempuan. Aku ni banyak cousin lelaki pun mana reti nak bergaul, dok ngan pakcik makcik dengar cerita jugak. Tpi bila orang dok tegur berborak boleh la aku bercerita sikit..

Malam, balik lalu jambatan baru yang separa siap tu...tak banyak kereta+dekat sungguh pulak rasanya. Kalau guna jambatan yang biasa tu mau setengah jam lagi la sampai seberang. Time raya ni 'jem' kereta bersusun sampai kawasan rumah Atuk[rumah atuk tepi jalan..]

Ayat macam keling pula rasanya kali nie...deepa-raya huh??



11:49 PM


----------

Sunday, November 14, 2004

1 Syawal




Sebelum solat raya, sudah berada di kampung belah Mak. Mujur jalan tak sesak sangat. Untung juga rumah Atuk letak betul-betul sebelah masjid. Jadi aku hanya ke masjid dengan telekung sudah siap tersarung di kepala. Hahaha macam time malam-malam pula ke terawih.

Raya kali ni macam tahun-tahun sebelumnya, meriah juga la cuma kurang menyengat sejak arwah Atuk perempuan pergi 4 tahun lepas. 7 keluarga dari 11 adik beradik Mak sudah ada. Esok bakal menyaksikan semuanya ada sama, tradisi berkumpul raya kedua saban tahun.


'Hello, Assalamualaikum. Apa khabar?'
"Err..w'salam. Baik. Abang kat mana tu, bz ke?'
'I kat *enan* nie. Tengah drive. Bawa my mom p rumah Tokcik'
"Oo. Ok. Malam nanti la Yan call "

Malam, call Dia. Terkedu-kedu aku menjawab salam Dia. Heheh patut lain macam jek bila dia jawab my call dengan bagi salam, rupanya Mak ada kat sebelah. Selalunya Dia terus sakat dengan 'Hello ala kucing'....heheeh 'control' juga ye Bang...ehhehe.

Rajuk masih ada, cuma sedikit berkurangan. Dia masih tak tahu aku 'jauh hati' dengan Dia. Kak Safi menegur aku bila melihat aku asyik termenung barangkali..dan berkongsi cerita perihal lelaki 30 tahun. Hmmm cerita Kak Safi sedikit melegakan aku. Kak Safi tua setahun dari aku, punya anak dua dengan Abang Rie[sepupu aku] yang tahun ini berusia 30 tahun. Bezanya Kak Safi dan Abang Rie jenis banyak cakap, dan selalu gaduh-gaduh ringan, aku dan Abang pula sebaliknya hmm..

Kak Safi said -'Lelaki at that age, kalau dia dah cakap macam tu means dia memang dah plan dalam kepala. Jangan risau'
'Perempuan akan matang bila dah bersalin, tengok macam akak dengan dia'--refer to yang kawin muda



Kenapa ya orang selalu kata Untung dapat lelaki age macam tu, he will settle down dengan you...' bila tahu umur Abang. Respon yang menyenangkan hati dan menakutkan juga. Kata-kata orang juga ibarat satu doakan...moga kata-kata mereka itu makbul hendaknya



10:06 PM


----------


Dari Utara ke Selatan

Utara

For things i did wrong, for words which might hurt, for jokes u can't take, 1000 apologies frm the bottom of my heart. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin

14-Nov-2004
00:08:14


Selatan

Maaf kalau apa yg yan cakap @ tulis dalam kad2 sebelum ni ada yg mengecilkan hati Abang. maaf juga kalau Abang berasa bosan bila bersama yan

14-Nov-2004
08:08:00


Tengah malam tadi kala menerima sms dari Dia, aku mahu kejungkan hati sebenarnya. Mahu teruskan hati yang rajuk ini. Tapi entah mengapa kala menerima sms dari dia aku sebak sedikit tersentuh jadinya. Aku sangka dia tidak akan sms atau call tapi....kala nada sms masuk berbunyi di hp aku, hati aku kuat mengatakan itu sms dari dia. Pagi syawal, selepas mendengar takbir raya kala aku tiba di kampung hati aku kuat mahu mendengar suara dia. Dan aku memecahkan sendiri tembok rajuk itu lagi. Sms aku hanter sejurus selepas aku mendengar suara Dia.

Sms jek?? cukuplah kan asalkan Dia mahu sms, itu sudah cukup baik dari Dia lansung tak greeting apa-apa. Malam raya Dia bersilat bersama rempah ratus lauk pauk, aku bersilat dengan nota sekolah...



10:45 AM


----------

Saturday, November 13, 2004


Ku bawa hati jauh berlari, bukan bererti dirimu aku benci....


Entah kenapa hati ini tiba-tiba dilanda rajuk. Barangkali penat cuba tuk memahami diri yang satu lagi. Rajuk ini bukan disengajakan, bukan juga mencari petaka. Cuma rajuk menguji hati yang di sana. Masakan yang di sana bisa merasakan rajuk yang di sini andai tidak dikhabarkan pada yang di sana. Mestikah rajuk ini dikhabarkan pada yang di sana?? Biarkan..biarkan rajuk ini bermaharajalela, kerana sudah acapkali benar rajuk yang ingin dilancarkan tergendala gara-gara goyahnya benteng hati merindu, kerapkali juga suara yang disana memasuki frekuensi gegendang telinga enak didengar.

Petang akhir ramadhan, bakal membawa malam syawal...andai yang disana tidak dapat merasakan rajuk yang di sini, biarkan saja rajuk ini berpanjangan. Biarkan dahulu ribut rindu ini mengila sendiri, biarkan angin rajuk ini berpuput ganas dan kemudiannya hilang. Andai tsunami rindu pula melanda suatu hari nanti...pandailah nanti yang disini memecahkan sendiri benteng hati itu...

Maafkan Yan kerana rajuk tanpa sebab...salam syawal buat Abang, ampunkan Yan



6:20 PM


----------

Monday, November 08, 2004

Celaru

Hati aku bercelaru sebenarnya. Entah kenapa sejak aku tahu cerita aku dah Abang dijaja perempuan itu, aku jadi tak senang hati. Bermacam benda yang bermain difikiran aku. Kecewa pun ada. Kecewa dengan sikap aku dahulu yang terlalu mudah percaya pada perempuan itu. Kawan yang aku harapkan dapat membantu menenangkan hati aku tapi sebaliknya menambahkan kecelaruan hati dahulu dan sekarang. Silap aku sendirikan? Terlalu mudah mengadu pada kawan yang aku sangka jujur dan dapat membantu, silap aku juga dahulu kerana tidak memahami cara Abang. Dan sekarang...Abang, maafkan Yan.

Tuhan itu maha mengetahui mengapa dia temukan kita. Hingga kini Yan masih mencari jawapannya. Jawapan atas kata-kata yeng terdetik di hati kala Yan menerima Abang. Apa yang Yan boleh lakukan tuk bantu Abang? Apa yang Yan telah lakukan untuk membantu Abang? Hanya DIA yang tahu, Yan cuma mampu berdoa saban waktu agar Yan diberi petunjuk, kekuatan untuk membantu Abang. Yan juga masih menantikan jawapan pada kata-kata Abang yang tergantung tempoh hari, adakah itu jawapan pada harapan dan impian Yan, atau entahlah...hanya Abang dan DIA yang tahu. Moga yang hitam itu nanti akan menjadi cahaya putih....



10:27 PM


----------



Semalam dah kemas rumah, 1st phase la...toilet belum sental lagi, barang-barang remeh macam segala cd's, majalah dan entah apa ke bende lagi belum susun dengan proper.

Bilik aku, semua dah clear kecuali bab langsir jek belum tukar...err tilam aku pun belum berbaju lagi. Dah berapa bulan dah tilam tu dok togel macam tu jek, malas nak pasang. Semester ni bz dengan project 1st phase aku, pergi sekolah pepagi hari..balik petang, jumpa tilam bantal terus bam then baru bangun solat asar..aduhai. Malam buat project, assigment pagi p class petang balik tidur baru solat..macam tu la tetiap hari. Sampai kekadang tak sempat nak kemas katil, tolak segala notes ke tepi dinding dan tidur. Bangun pagi segala kertas tu dah renyok....hehehe

Hari ni, family aku shopping raya. Aku cuma beli kasut raya+basahan. Sepasang kasut jek cuma bakal jadi 2 in 1 tak lama lagi. Kasut err....better aku kata heel, aku beli 'mini' heel [ada tumit ciput jek] tuk pakai time raya ni dan lepas tu buat pakai p sekolah [sesekali la]. Semalam baru aku perasan segala heel yang aku ada tingginye mak aiii[tak le tinggi sangat takat 1..1.5 inchi jek]....err tapi belum la takat macam orang gila lagi . Mr.Ex aku dulu kata 'awak tu dah la tinggi, pakai heel lagi macam orang gila'...hahah sebenarnya dia tak suka bila aku pakai heel ketinggian aku dah sama macam dia..choiii!!! Segala kasut dan sandal aku mesti ada stripe kat belakang, tak reti nak pakai kasut@sandal tanpa stripe..macam nak tercabut jek kasut@sandal tu rasanya. Dan aku ni agak hampeh juga, bila pakai heel aku takkan terpelecok...cuma kalau pakai sandal entah kenapa kadangkala aku boleh terpelecok, padahal sandal berstripe tu tapaknya rata hahahhaa.....dulu aku selalu kene gelak dengan bestfren aku tu [hmm...miss her la =( ...].

Sempat juga aku ke bahagian toys tadi, tengok-tengok apa mainan yang aku boleh adaptkan dengan project aku tu nanti. Adala 2..3 bentuk game yang boleh diguna-pakai. Semester depan nanti aku kena bina satu learning system untuk kanak-kanak, computer-based application...kiranya nanti 2nd phase nye project la. 1st phase buat documentation, 2nd phase baru build up system. Wohooo!!! dengan class melambak [7 paper+project], buat system lagi.....bakal togel lagila tilam untuk jangka masa panjang, bakal sakit kepala selalu, bakal tak teraurla bilik aku tu nanti. Alamak!!! bila agaknya ya aku boleh curi-curi jumpa Incik saya tu ye???



4:30 PM


----------

Saturday, November 06, 2004

Kuih.....CD

Chocolate cip cookie siap....

Beli cd-software, movie, Kenny G

Best la dengar suara demam orang tu..ehehe



8:17 PM


----------

Friday, November 05, 2004

Selesai sudah...

Alhamdulillah selesai sudah presentation project 1st phase aku. Group yang last dan slide yang paling sempoi dan sikit..less than 20. Group lelain semuanya dok buat slide bebanyak, segala macam dalam report semuanya dimasukkan. Aku ngan teammate cuma ambil yang penting jek....yang aku rasa penting la...lelain tu boleh bebel kat depan. Paling best lansung takde soal jawab, hoho bukan group aku jek macam tu...groups yang sebelumnya pun sama. Cuma 2 group yang buat project melibatkan algorithm jek incik-incik supervisor dok tanya.

Beberapa jam sebelum present aku lansung tak boleh cakap, masa buat rehearsal dengan Tie dan Wan. Terkebil-kebil, terkedu segala macam benda jadi sampai aku dah fikir...habisla masa presentation nanti. Tie dan Wan dah dok buat muka, even dorang dok cover sungguh tapi aku perasan...cuma dorang respect and cover giler sebab aku leader...kununnyelah!!! Aku tak anggap aku leader, aku anggap Tie and Wan pun leader. Biar semua lebih bertanggung jawab dan ada disiplin masa buat keje. Nanti kalau diharapkan aku sorang jek, kalau keluar angin singa aku..depa dok benci plak nanti..aku tak mo macam tu. Biar semua buat kerja senang hati dan bertanggung jawap..so semua leader..apa-apa decide sama-sama. Lepas present, Tie kata " You tadi masa rehearsal nervous sampai tak boleh cakap. Tapi tadi ok what. I baru ingat nak buat conclusion sekali pasal system kita, tapi you dah cakap tadi so i pendekkan jek my conclusion tu.".

Wohooo!!! ye ke cik Tie?? =p oh aku memang macam tu. Dalam masa terdesak[yang amat amat terdesak] aku memang akan cakap dengan ok walaupun masa rehearsal aku dok terkedu terkebil pening kepala dok susun ayat. Masa ambil ujian lisan SPM, Muet dan Pmr[adake? lupa la..] pun aku macam tu, bila time cakap aku rasa suara aku bergetar giler dan cakap macam tak de hujung pangkal merapu entah apa-apa, tapi cikgu komen aku ok[kekadang cikgu aku suka guna aku sebagai contoh =p]. Cuma dengan seorang lelaki itu jek aku tetap akan terkedu selalu hehehe..

Habis presentation, Tie nak balik Seremban....deepavali is coming maaa. So aku tumpangkan dia ke Bas stesen kebetulan Angah pun nak tukar tiket balik Utara. Hari tu si Wan dah naik kereta aku, ni si Tie plak..

Markah CS aku, waaa sungguh suka aku melihatnya. Dan sungguh tak percaya total courseworkmark aku kurang sepuluh jek dari coursework mark nye full mark[ayat keling!! =p]. Harap aku boleh score paper tu final nanti. Incik cikgu CS saya...saya nak A yek...



11:09 PM


----------

Thursday, November 04, 2004

Tensi....penat...

Hari ini present assigment HSN sekali lagi. Aduhai aku datang lambat pulak, dekat dah nak habis present baru sampai. Gara-gara driver bas yang suka jalan ikut time sendiri..hampeh!!!

Presentation kali ni agak tenat dan tensi..terutama sekali tuk si Andy, our hero. Andy ni la yang dok buat semua, groupmates selebih seramai 4 orang dok goyang kaki kepala. Andy la yang buat segala macam coding buat simulation, Andy lah jugak yang present. Hohoho!!! kalau aku yang di tanya dek lecturer memang sah aku geleng kepala jek.

Presentation yang sepatutnya diadakan pagi tu terpaksa di buat sekali lagi pada petangnya, tu pun lepas si Andy dok merayu dia akan buat final check dan present pukul 1 tu jugak. Kalau ikutkan hangin si incik H*sin tu, memang le kene present hari isnin....deduct lagi 5 markah. Pagi tadi, simulator tu tak boleh run..ada sikit error. Incik H*sin plak dok push-push tanya tu ini..sian And. Hangin si H*sin tu tak hilang lagi gara-gara 1sr group yang present copy coding dari group lain dan tak nak mengaku. Wohoooo!!! nasib baik sungguh masa presentation petang tu si H*sin tak de...so agak releks sikit la si Andy bercakap. Nampak sangat lega si Andy bila Mr. Ng kata good. Berbaloi penat lelah sakit kepala tak tidur dia.

Ahaaa...malam ada test CS. Nasib baik dapat jawab dengan best. Wohoo!!! apa yang aku dok baca dan buat calculation tu keluar pulak. Best-best jek aku dok tenyeh jawap semua soalan tu. Kira nasib baik sungguhla, dah la pagi sampai ke petang tensen pasal HSN, notes CS plak aku tak bawa...terpaksala ke lab dok buat revision depan pc,nasib baik online note. Mr. S*a kata plak esok dah boleh dapat result test tu. Ayooo!!! sir you tak sejuk ke dok pakai short dalam lecture hall yang sejuk amat ni. saya dok selubung dengan sweater ni pun masih lagi terketar-ketar...



11:39 PM


----------

Wednesday, November 03, 2004

Lupa...

Sehari dua ni aku asyik lupa jek. Selalu sangat ingat class yang sepatutnya dah habis tu ada lagi. Ayooo!!! apa sudah jadi nie. Kemaruk nak p class ka apa nie???

Presentation HSN tangguh esok. Aduhai masa tengah nak install software dari internet tetiba ada plak mamat yang baik hati p langgar kabel belakang pc lab tu habis tershut down. Puas godek pun tak boleh nak on pc tu..hampeh sungguh. Dah la nak install sume tu makan masa dalam 20++ minit, tak pasal-pasal kene p pc lain. Masa presentation hour tuk tutorial session aku plak dah nak habis..alamat la tangguh esok dan kene deduct 5 markah lagi...choi!!!!

Dah register subjects tuk semester depan. Hohohoh...Isnin adalah hari yang paling blues untuk aku. Bercinta betul nak p sekolah nanti. Class direct dari jam 10 am ke 6 pm, mau pecah kepala dibuatnya. Register 7 subjects termasuk projek tahun akhir...jadi 8 semuanya. Hope aku boleh go on dengan schedule yang ada tu, hope sangat juga tak de paper yang sangkut semester depan so boleh buat praktikal dan habis sekolah dengan aman damaiiiiii.....



11:02 PM


----------

Tuesday, November 02, 2004

Soulmate...mungkinkah dia???

Pagi tadi masa aku habiskan masa di lab sementara menunggu kelas seterusnya, tiba-tiba tergerak hati nak baca satu cerpen yang ada di melayu. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku pasal soulmate...

--------------------------------------------------------------

"Kenapa awak yakin untuk meluahkan perasaan pada saya, walaupun kita baru kenal Riz? Tak sampai tiga empat bulan kan kita bertemu? Kenapa?" Tanya Qarin Nasuha, seketika dia tertunduk malu bila mata Hariz Azhan memandangnya tajam. Memang itulah yang sering menjadi persoalan pada dirinya. Pelik bila dengan mudah Hariz Azhan meluahkan isi hati dan dia pula begitu mudah menerimanya. Sedangkan selama ini dia bukanlah gadis yang mudah untuk jatuh hati. Dia bukannya mudah untuk menyayangi seseorang. Cuma kehadiran Hariz Azhan bagai mengubah segala galanya.

"Awak percaya dengan soulmate Qarin?" tanya Hariz Azhan kembali. Dia memandang gadis itu penuh kasih. Tersenyum bahagia bila gadis itu menganggukkan kepala dan terus memandangnya menantikan jawapan.


"Setiap orang yang ditelah ditakdirkan untuk hidup bersama mempunyai ikatan yang kuat antara satu sama lain. Ikatan yang terjalin samada dari sudut emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Ada beberapa ciri yang mungkin boleh menentukan samada orang itu sesuai atau tidak dengan kita, samada dia itu soulmate kita atau tidak." jawab Hariz Azhan, berdebar dadanya tiba tiba melihat wajah itu dari dekat. Bergetar rasanya disimbahi kasih sayang gadis itu.

"Apa cirinya?"tanya Qarin Nasuha, tertarik dengan apa yang dibentangkan lelaki itu. Soulmate, dia tahu semua orang mengimpikannya, tapi bukan mudah mahu bertemu dengannya.

"Pertamanya, adanya deria asing,deria dalaman dalam erti kata lain deria batiniah membuat hati kita dapat selalu saling tahu. Dapat membaca apa yang ada dalam fikiran pasangan kita. Menduga apa reaksi dan perasannya dalam situasi tertentu. Keduanya pula bila berada disisinya kita terasa tenang, biarlah sehari suntuk, berjam jam lamanya. Perasaan itu tidak pernah pudar, tidak ada rasa bosan bila berada disisinya. Ketiga, setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kita tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan kita boleh tampil 'buruk' di depannya sekalipun dan menceritakan sejujurnya tentang kelemahan dan kekurangan kita pada dia. Petanda seterusnya pula adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kita, lihat daripada gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya?Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Bila berdepan dengan soulmate, kita selalu ada perasaan itu Qarin.Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya." ujar Hariz Azhan panjang lebar.

Dia diam seketika, tersenyum memandang Qarin Nasuha yang tekun mendengar kata katanya itu.Awak aje yang tak tahu apa yang saya rasakan Qarin.Kalaulah awak tahu apa yang ada dalam hati ni,bisik Hariz Azhan. Leka dia bermenung memerhatikan gadis itu.Terasa damai melihatkan wajah itu.

"Riz!Orang tunggu ni.Ada lagi ke tak?" ujar Qarin Nasuha, dia jadi malu bila Hariz Azhan memandangnya lama. Satu cubitan hinggap dilengan lelaki itu.

"Sakitlah." ujar Hariz Azhan, dia mengelak dari dicubit gadis itu. Tergelak dengan diri sendiri.Terlalu leka melihat gadis itu siap boleh termenung pula tu. Dia tersenyum memerhatikan wajah Qarin Nasuha yang sudah merah menahan malu. Cantiknya dia! Bisik hatinya.

"Apa lagi?" tanya Qarin Nasuha kembali. Menarik apa yang baru dikatakan lelaki itu.

"Tak ada, itu saja. Apa yang saya katakan pada awak tu, semuanya saya rasakan bila bertemu awak pertama kali dulu Qarin. Lepas tu hubungan kita berjalan tanpa dirancang. Untuk apa sebenarnya kita dipertemukan? Saya pernah berfikir begitu. Hidup kita tidak saling memerlukan kita untuk bertemu, tetapi kenapa selalu ada kebetulan yang tidak pernah dijangkakan. Mungkin sukar nak ungkapkan apa yang saya rasakan.Tapi saya tahu awak rasakan apa yang sedang saya alami saat ini kan. Itu aje jawapan yang saya ada untuk menjawab soalan awak Qarin. Cuma apa yang boleh saya katakan, hati ni menyakinkan saya yang awak adalah soulmate saya, seseorang yang telah ditakdirkan buat saya. Seorang wanita yang bakal bersama sama saya mendirikan baitul islam. Sebuah keluarga yang dipenuhi kasih sayang dan menjalani kehidupan dibawah redha Ilahi." tulus bicara Hariz Azhan.

Memang sukar untuk percaya begitu mudah Qarin Nasuha menempatkan diri dalam hidupnya.Tanpa sedar perlahan lahan gadis itu bertakhta dihatinya.Membina kerajaannya disitu. Hinggakan dia tidak boleh melarikan diri dari menyatakan rasa hatinya walaupun dalam masa sesingkat itu perkenalan mereka.

Terbuai Qarin Nasuha mendengarkan pengakuan Hariz Azhan. Lelaki itu kadangkala tampak suka bermain main,bergurau senda dan jarang serius, tapi dia sedar tiap kali perkara berbangkit yang melibatkan hubungan mereka Hariz Azhan selalu serius. Soulmate! Indahnya perasaan mendengarkan kata kata itu. Dia sendiri dalam diam mengakui perkara itu. Semua apa yang dibentangkan Hariz Azhan sering kali dialaminya. Walaupun berjauhan dari lelaki itu dia akan dapat merasai jika Hariz Azhan berdekatan dengannya.

----------- cerita lanjut sini -> Keringat Kasih 4 --------

Bila Dia sakit, aku tahu Dia sakit....ada rasa kurang enak bertamu dihati dan bila aku merisik khabar...memang betul Dia sakit.

Bila bertemu walau tak banyak bual bicara, aku rasa seronok yang amat dan bahagia. Terasa mahu sentiasa bersama Dia dan aku tak pernah bosan bila aku dan Dia diam saja, pelik!!!.

Tiap kali sebelum bertemu juga aku dapat rasakan kehadiran Dia. Tanpa diduga kala sudah berada di depan mata, mata bertentangan...ada rasa bahagia menjelma. Hahaha bila selalu sangat jadi macam tu, aku pula suka main teka-teka sendiri bila Dia akan muncul...selalunya memang seronok tak terkata bila tekaan tu tepat.

Kadangkala juga aku rasakan Dia sama saja seperti aku. Apa yang aku suka, pasti juga menjadi minat dia. Aku ingat lagi bila kali pertama aku masuk ke rumah dia, aku rasakan seperti masuk ke dunia kecil idaman aku sendiri. Melihat bahan bacaan dia juga sama seperti apa yang aku cuba lakukan..bezanya dia lebih menumpukan motivasi pada kerjaya dia. Peribadi yang kadangkala serupa...oh!!!

Semua itu bukankan aku makin takut jadinya. Mimpi aku sudah terlalu tinggi dan aku juga takut kehilangan dia. Aku mahu terus alami dan rasakan apa yang aku lalui sekarang ini. Aku mahu semua ini berkekalan dengan izin dari-Nya. Tuhan izinkanlah aku untuk terus berada di sisi dia...juga halal dan sah disamping Dia



9:45 PM


----------

Monday, November 01, 2004

Maafkan aku...pergilah kau!!!!

Usai kelas HS tengah hari tadi, perempuan itu menegur aku kala aku menunggu Anis di tepi lift. Aku tak mampu hendak memandang wajah dia, apatah lagi untuk membalas teguran dia. Maafkan aku...aku sudah tidak mampu lagi untuk berhadapan dan menerima kau dalam hidup aku lagi.Cukuplah atas apa yang telah kau lakukan selama ini. Tahap kesabaran aku sudah sampai ke penghujungnya. Cukup sudah kau mempermainkan kesabaran dan sifat pemaaf aku, cukup sudah kau mempermainkan sifat suka mengalah aku nie. Aku tak mahu lagi terhantuk berbenjol-benjol bengkak hati kala menghadapi karenah kau lagi..

Pada pandangan mata kau, aku mungkin perempuan kurang elok...yup!! perempuan kejikan?? Jika tidak masakan kau menjaja cerita aku dan Abang pada AN[mungkin juga pada yang lain...Tuhan akan tunjukan nanti]. Usah persoalkan mengapa aku terima dia, jangan katakan aku terima dia kerana rupa dan harta seperti yang kau sangkakan. Hanya aku, dia dan DIA saja yang tahu keadaan sebenar. Usah persoalkan juga kisah silam Abang. Pasti ada sebabnya DIA temukan aku dan dia..DIA lebih mengetahui segalanya. Aku tak mengharapkan kau mendoakan kebahagiaan aku dan dia, cukuplah sekadar kau menutup mulut mu itu dari menjaja cerita aku dan dia. Aku minta kebahagiaan itu dari DIA, bukan dari manusia lain.

Di mana ya janji kau dahulu? kununnya kau akan menjaga maruah aku juga akan sehabis baik menjaga persahabatan..hoho rupanya kamu itu talam empat belas muka ya!!!



8:54 PM


----------


Wohoooo!!!!! ini jawapan untuk kamu...

P/s: Saya tiada idea untuk taip entry baru sebenarnya, jadi saya jawab comment kalian dalam entry saya kali ini. Doneeh sudah tiada, menyesal saya buang dia. Berguna juga doneeh rupanya yaa!!=p

Thanks to cik Intuisi and cik Zuril. Hehehe tetiba terasa nak tukar layout yang ada gambar sikit[heheh ciput pun tak pe..].

Layout blog ni kalau buka dari IE memang ok, bukak dari browser lain dia lari, hampeh!!..terutama part entry. Saya memang perasan mende ni dari pagi semalam [lepas sahur] masa nak upload coding layout. Kerja-kerja cilok[dari blogskins] dan edit blog's layout saya mulakan lepas sahur semalam sampai 9++ am.

Selalunye kalau saya mahu taip entry saya memang guna nestcape, nak tukar layout pun guna nestcape. Tapi entah kenapa semalam lepas saya edit dan view beberapa kali dari nestcape dan dalam masa yang sama guna frontpage[part entry tu memng degil!!!], saya jadi geram dan upload pulak coding layout dari IE dan cuba view. Wah!! tersusun cantik[perasan!!] dan kemas[perasan lagi!!!]. Jadi saya biarkan layout ni hanya cantik kalau dibuka dari IE, dan huduh kalau dibaca dari browser lain. Hmm, nanti-nantila saya buat yang baru..kalau rajin la..kalau tak pun guna layout sebelum ni la.

Doneeh??? masih memikirkan kepentingan cik Doneeh dalam blog nie. Entah kenapa saya jadi geram dan agak marah bila ada orang bertanyakan siapa empunya blog ni dan mahu saya reply thru YM! pada dia. Patut ke marah??? Hmm tapi saya marah...dan tak suka ditanyakan dan minta begitu. Mungkin saya bengong agaknya, dalam sesetengah perkara ada benda yang saya tak suka but pada orang lain it's ok...bengong la tu kan!! Nantila bila hati sejuk dan tak bengong saya memang akan gunakan khidmat cik Doneeh.

Mungkin saya perlu tambahkan kenyataan dalam layout saya 'Blog ini cantik dan kiyut bila dibuka baca dari IE' ...ahahah perasan lagi!!!

Hehehe saya mungkin dalam mood jiwang, suka dan gembira. Jiwang kerana saya masih terkenangkan perbualan telefon antara saya dan BatmaN baru-baru ini. Masih tergiang-giang di telinga ini bagaimana dia memberi hello[beberapa kali] dalam nada kucing mengiau malas, dan saya juga membalas dengan 'hmmm' dalam nada yang serupa. Dia menyakat saya sebenarnya kerana dia suka nada ala-ala kucing saya itu. Suka sungguh saya mendengar dia ketawa besar. Suka sungguh dia dengan nada itu ya =p ohoho mungkin saya perlu menjadi CatwomaN untuk memikat dan memastikan BatmaN itu terus berada dalam genggaman saya =p. Mungkin benar kata cik Azya dalam comment yang lepas...saya sudah boleh adapt dengan cara Abang. Saya juga boleh terima dan mula faham akan dia. Oh!!! cukup pasal dia....nanti saya bermimpi terlalu tinggi. Cukuplah saya angaukan dia setiap hari...ehehehe

Saya juga suka kerana, assigment CG saya sudah settle, report fasa pertama tahun akhir saya yang menyebabkan mata saya seakan-akan panda, balik dari sekolah terus cari bantal dan tilam juga telah siap. Assigment HN yang berkaitan simulator pula sedang diusahakan oleh seorang member yang brilliant[dia buat seorang diri]..4 ahli yang lain termasuk saya hanya duduk goyang kaki, dan dia updatekan kami setiap perkembangan assigment itu. Kata incik brilliant itu, dia bersalah juga[kami pun bersalah kerana goyang kaki tangan] kerana tidak membahagaikan tugas tapi agak sukar untuk memecahkan tugas kerana segala tugasan itu berkait rapat yang amat...jadi dia mahu usahakan seorang diri. Tak pe cik, nanti kami yang lain present yek!!

Jumaat ini ada presentation tuk report fasa pertama saya. Saya terasa suka pula kerana saya semacam sudah punya keyakinan tuk bercakap dalam bahasa 'ibunda' sekolah saya. Sebenarnya saya ini punya keyakinan diri yang tak stabil, kejap tinggi menjulang kejap macam runtuhan WTC New York jadinya. Saya juga kurang berkeyakinan dengan kemampuan saya untuk bercakap dengan bahasa 'ibunda' sekolah saya. Tapi selepas saya berurusan dengan incik Supervisor, incik Brilliant dan cik Tie..saya macam...WOWWWW!!! Hahahah...

Upss!!! saya mahu mandi dan bersiap ke sekolah...



9:37 AM


----------