Wednesday, February 09, 2005










biar ia terhenti di sini buat seketika
moga liku-liku ini bisa di tempuhi
bersama dua kemungkinan masa akan datang
bahagia atau derita...

moga kuat menempuh dugaan
yang punya hikmah terselindung
redha dan tabah
bersama doa saban masa









11:08 PM


----------

Tuesday, February 08, 2005


apa yang sedang aku lakukan
tika ini amat memalukan untuk diri aku
aku cuba melawan takdir ke...entahlah
berusaha mungkin....
seorang teman berkata
berusaha tak salah...tak masuk lokap
tapi aku terpaksa menebalkan muka meminta pada yang sudi


ya mungkin benar aku cuba melawan takdir
aku cuma tak mahu kehilangan Abang
seribu kemaafan aku pinta
kepada mereka yang aku meminta-minta
dan aku juga bukan cuba tuk meraih simpati
dari cerita-cerita sedih ini


doakan moga Abang selamat..itu saja aku pinta
maafkan aku...maafkan aku...






6:23 PM


----------

Monday, February 07, 2005


Ya Allah...
aku pohon padaMu
bantulah dia
Berikanlah kekuatan kepada dia
agar dia bisa menghadapi dugaan Mu ini

Cekalkanlah hatinya
hilangkanlah resah gelisah dia
Ya Allah

Selamatkanlah dia
Panjangkanlah usia dia

Aku pohon 'keajaiban' dari Mu Ya Allah




Abang mula muntah darah...



9:10 PM


----------

Saturday, February 05, 2005

Tuhan.....bantulah hamba mu ini...

'Kenapa you buat I macam nie?'
" Apa yang Yan dah buat?"
'I suruh you cari orang lain, you tak nak. You tetap ada bila I..dah jadi macam nie. I....I pun tak boleh nak tinggalkan you...kenapa you buat I macam nie?'
"Sebab Yan sayangkan Abang...and I need you Abang.."



Kala Abang bertanyakan soalan itu, air mata aku sudah bergenang. Aku cuba kumpulkan kekuatan tuk memberikan jawapan yang terbaik...yang sememangnya datang dari lubuk hati aku. Aku tak sangka Abang akan bertanyakan begitu. Aku juga tak sangka Abang akan punya rasa yang sebegitu.

Alhamdulillah aku masih lagi boleh berhubung dengan Abang, walaupun amat payah. Aku cuma boleh nantikan panggilan dari dia.

Isnin 24, Januari itu cukup membuatkan aku kalut gelabah. Dan dalam masa yang sama aku juga sudah buat satu kesilapan. Kesilapan yang menyebabkan Kak X sudah memandang serong pada Abang. Abang maafkan Yan.

Isnin itu aku sangkaan Abang memang sudah tekad membawa diri, dan aku tak mungkin dapat berhubung atau menjejaki dia lagi. Aku mencari Kak X kerana aku hanya kenal Kak X sebagai teman Abang yang pada sangkaan aku, akan membantu Abang nanti. Rupanya tindakan dan andaian aku itu silap. Dalam tak sedar aku sudah memburukkan dan memalukan Abang. Maaf, bukan niat Yan begitu...cuma yang saja yang terbur-buru dan tidak berfikir panjang.

Tuhan, aku pohon padamu...bantulah aku dan Abang...

Sejak kejadian Isnin itu aku mula salahkan diri aku. Sesal rasanya kerana tidak belajar bersungguh-sungguh sebelum ini. Andainya aku tidak tersangkut paper pada tahun awal pengajian aku, sudah tentu aku sudah enak memegang duit sendiri. Aku juga tentu boleh mambantu Abang.

Tapi sekarang ni dalam keadaan aku yang masih lagi belajar, tanpa punya wang simpanan..aku tak dapat membantu dia. Sesalnya kerana segala wang simpanan itu aku gunakan tuk 'joli katak'..menyesal kemudian tak gunakan...kalau da simpanan sendiri...aku boleh bantu Abang...

Aku tak mahu kehilangan Abang....aku perlukan Abang dalam hidup aku...aku perlukan Abang...masih banyak yang aku belum tahu dan kenal tentang dia...

Abang juga sudah berhenti berharap barangkali...Tuhan, berikanlah dia kekuatan. Abang sendiri sudah tiada financial untuk rawatan selanjutnya. Rabu lepas, itulah saki baki wang terakhir tuk ubat dan buat 'scan'. Dia sudah buntu tuk mencari duit. Aku....aku tak punya apa-apa tuk membantu...

Bantulah aku...bantulah dia Ya Allah....
aku perlukan dia....

mungkin kah aku boleh jumpa wang sekarung dua di tepi longkang nanti...?
perlukah aku meminjam...?
perlukah aku membuat personal loan?
perlukah aku mencari 'along'?
perlukah aku ke syarikat 'peminjam wang berlesen'?
perlukah aku ke kedai pajak gadai sekali lagi??

hmm nak mengadaikan harta yang aku ada itu pun...nilainya tak sebegitu tinggi...

..aku tak mahu Abang putus asa
aku tak mahu Abang mengalah
aku tak mahu Abang pergi......

Apa yang perlu aku lakukan...


P/s :Terima Kasih daun keladi kepada Kak E*wa, kerana menghubungi Yan baru-baru ini. Cerita-cerita Yan kali ini banyak yang sedih belaka...sudah tak mampu tuk berblog seperti biasa. Kali ini bila sudah terbeban begini....di sini jug atempat meluahkan segalanya....





10:14 AM


----------