Wednesday, April 20, 2005
Sedang mencari kerja...sambilan
Sedang usahakan pengeluaran ++++...moga dipermudahkan
moga Dia sempat menjalani treatment itu...doakan
10:33 AM
----------Friday, April 15, 2005
Usia aku bertambah lagi hari ini, 24 tahun. Juga ulang tahun perkahwinan Mak dan Abah yang ke 25.
Tahun sudah aku terima wish dari Dia lewat jam 3 petang, kala dia baru keluar dari hospital. Hari ini juga aku terima wish dari Dia kala jam 1++ pm, dalam keadaan kesihatan dia yang agak terganggu. Kala membaca ucapan dari dia lewat bicara YM...air mata aku hampir menitik. Sepatutnya aku yang berkata begitu kepada Dia...Moga Dia diberi kekuatan tuk terus bertahan.
Seperti tahun sebelumnya, aku terima advance birthday wish dari seorang teman yang aku sendiri tidak pasti isi hatinya kini. Mungkin dia masih menyimpan rasa atau sekadar ucapan dari teman biasa...hanya dia yang tahu. Maafkan aku...Jay
- happy besday semoga Allah panjang kan umur dan murah rezeki...dan semua yg dilakukan mendapat rahmat dan kejayaan - Dia
6:23 PM
----------Sunday, April 10, 2005
Hari ini genap 3 bulan perit jerih aku bersama Dia. 3 bulan!!! Temu 10 januari lalu setelah Dia hilang dalam 'radar' aku selama hampir 3 minggu, mengundang cerita dirinya yang aku sendiri tidak sangka begini jadinya. Sehingga ke hari ini, aku sendiri tidak menyangka 'kegilaan' aku yang satu ini. Berkali-kali Dia mahu aku meninggalkan dirinya, berkali-kali juga aku berkeras mahu terus bersama Dia dan nah...aku tetap bersama Dia, bersama doa kepada Yang Satu.
Barangkali berkat doa pada Yang Satu itu kala di awal hubungan hingga kini jugalah, menyebabkan aku tetap tegar di samping Dia. Segala urusan aku berkaitan Dia, alhamdulillah dipermudahkan juga. Aku bahagia juga walau dalam perit jerih begini. Suhu hubungan dahulu yang agak hambar kini mercup-mercup meningkat. Dia pernah cuba pergi jauh dari aku dalam kekalutan begini, namun akhirnya Dia mengaku kalah sendiri.
Aku tidak menyangka Dia jatuh sebegini teruk. Sebelum ini, aku cukup bimbang dan takut saat mendengar kata-kata putus asa, bosan untuk hidup terbit dari mulut Dia. Tapi selepas temu kedua 20 Mac itu, aku tahu dia sebenarnya kuat dan tabah. Kata-kata itu cuma mainan di bibir dan perasaan yang datang menyapa, sedangkan dia sendiri perlu berjuang agar tiada berita mengejut tentang dirinya yang akan sampai ke pengetahuan kedua ibu bapanya yang barangkali akan mengundang musibah nanti. Masih ada lagi gelak ketawa, usikan sakan dalam temu itu, walau sesekali dia menahan perit. Dia tetap kemas bergaya, sedangkan aku sendiri kalut serabai...cuma untuk temu 20 Mac itulah yang aku bergaya semata-mata tuk bertemu Dia, nasib baik aku masih boleh sembuyikan jerawat-jerawat yang terbit. Moga Dia terus kuat dan tabah...
Aku juga tidak menyangka aku sebegini 'gila'. Aku sudah berusaha hingga ke tahap ini. Aku cuma harapkan semua ini akan berbaloi, dan aku sunguh berharap agar Dia punya harapan dan peluang yang cerah nanti.Moga ada rezki Dia...
9:55 AM
----------
OBSESSION
CREDITS
host: Blogger & Blogspot
concept: Kimberly
base code: Drogue Designs
pictures: Foto Decadent