Saturday, May 28, 2005


Petang. Jalan-jalan di Jusco. Bila lihat ramai yang berpasangan, aku jadi cemburu sedih. Berserah pada takdir. Aku kene kuat. Harapan dan impian tetap ada segar dalam diri. Susahnya nak hilangkan semua itu....Aku tunggu keajaiban juga...

Ingatan pada Abang sedikit hilang kala aku leka dengan melihat ragam manusia-manusia di sekeliling aku. Berjalan menurut gerak kaki, susup sasap sana sini.

Sebelum sampai di Jusco, aku sudah memasang niat mahu mencari novel 'Keranamu Ain'. Aku belum pernah membacanya, entah kenapa tiba-tiba aku teringat novel ini pernah terletak kemas di tempat lepak Abang. Abang baca novel melayu!! novel cinta!! Aku semacam tak percaya Abang yang akan/mungkin/sedang atau telah selesai membacanya. Mustahil pulakan kalau novel itu hanya diam di penjuru tersebut tanpa disentuh baca. Ketika itu aku cuma sempat menyelak muka pertama yang kemudiannya jelas tertulis nama seseorang.

Arghhh!!! rindunya....

I miss my BatmaN...



9:22 PM


----------

Friday, May 27, 2005


Ada beberapa pintu yang harus aku tutup rapat. Ada beberapa jurang yang harus aku biarkan terus mendalam. Bukan maksud aku tuk menutup segalanya. Tapi aku tak mahu tindakan aku yang seterusnya nanti akan disalah anggap sekali lagi...sekali lagi.

Mungkin aku tak pandai menunjukkan bagaimana aku hargai mereka-mereka yang pernah wujud dan hadir dalam hidup aku. Memang aku tak pandai menunjukkan penghargaan dan kesediaan aku menerima kehadiran mereka. Aku cuma pandai mengingati setiap kenangan bersama. Kenangan-kenangan yang kerap kali diulang titir tanpa jemu.

Diam aku bukan bermakna aku melupakan kalian. Diam aku bukan bermakna aku tidak hargai dan berterima kasih atas kehadiran kalian dalam kamus kenangan hidup aku. Dan diam aku bukan bermakna aku manusia yang lupa kawan, teman, sahabat. Aku cuma tidak pandai menunjukkan rasa terima kasih dan ingatan aku.

Aku harus terus diam begini, dan perlahan-lahan hilang dari hidup mereka. Aku tak mahu lagi ulangi sesuatu itu yang nantinya akan di salah tafsirkan sekali lagi. Aku cepat gelabah..kan cepat bertindak tanpa berfikir panjang dan kemudiannya sesal sendiri..

Aku bukan manusia yang hanya ingatkan kawan bila susah...



11:30 AM


----------

Thursday, May 26, 2005


Email rajuk aku bertarikh 6 Mei itu berbalas juga akhirnya semalam. Semalam juga aku terima berita yang mengejutkan juga menyedihkan buat aku. Aku sangka Baiya juga seperti segelintir teman...yang hilang bila aku betul-betul dalam keresahan, sentiasa menganggu. Rupanya handset dia hilang..hmm

Baiya sudah bernikah. Aku patut gembira untuk dia. Memang aku gembira atas berita tersebut, tapi dalam masa yang sama aku sedih juga. Aku akan kehilangan seorang Abang yang aku panggil Baiya. Kalau sebelum ini dia bujang, aku boleh bermanja atas dasar abang dan adik, tapi sekarang...boleh ke nanti isterinya faham andai aku tiba-tiba call Baiya bila hati aku resah. Sudah tentu juga perhatian Baiya pada aku kurang dan akan hilang akhirnya.

Sudah dua bulan berlalu tanpa pangilan dari Baiya. Kalau bulan pertama aku sedih yang amat, tapi bulan kedua ni...aku sudah boleh terima. Dan aku rasa tak salah andai aku terus diam begini. Biar Baiya bahagia dengan kehidupan barunya. Bukan niat aku mematikan terus hubungan abang-adik itu, cuma aku tak mahu nanti timbul salah faham antara Baiya dan isteri disebabkan aku. Aku sudah bosan sebenarnya dengan keadaan begitu...aku malas nak lalui sekali lagi apa yang pernah aku lalui dulu.



Baiya sudah bahagia..bersama Kak T. Aku???
Baiya dan Abang sebaya. Baiya sudah temu bahagia dia, Abang???


Selamat Pengantin Baru Baiya, moga bahagia sentiasa bersama limpah rahmat dariNya..



12:06 PM


----------

Saturday, May 07, 2005


Ya Allah
berikan aku kekuatan tuk menempuh dugaan Mu ini
berikan aku kesabaran yang tinggi
tenangkan hati ku ini ya Allah

aku pohon padaMu jua
izinkan aku menjejaki dia
susur galur dirinya
izinkan pertemuan antara aku dan dia
walau apa pun jua keadaan dia
walau di mana jua pertemuan itu
izinkan aku bersanma dia buat seketika
izinkanlah ya Allah

izinkan lah
tuk aku hilangkan rindu ini

berikan aku kekuatan

selamatkan Dia Ya Allah

aku pohon keajaiban dari Mu
aku pohon belas kasih Mu ya Allah

hanya pada Mu...
aku meminta

tenangkan aku...tenangkan aku



2:15 PM


----------