Thursday, November 24, 2005

Mengerti

Pudar - Aku mula faham mengapa lagu ini jadi pilihannya



11:13 PM


----------

Thursday, November 17, 2005

Back to school

Semester ini cuma menghadap 1 paper saja.
Hari ini class bermula.
Balik dari ofis jam 3 petang.
Ke class jam 4 petang.

Bermula episod pelajar-pekerja sambilan.
Mampukah aku?

Abang, dulu yan selalu minta Abang doakan yan kan
kali ni...yan juga mohon Abang doakan yan
wish me luck ye..



12:01 AM


----------

Sunday, November 13, 2005

Mula memahami

Malam tadi susah sangat nak tidur. Mungkin sebab fikiran ni ligat flashback balik apa yang dah terjadi selama 2 tahun 4 bulan ni. Memikirkan segala kemungkinan atas tindakan dia tu. Dan akhirnya kala bagun dari tidur dan termenung seketika, aku sudah mula faham mengapa dan kenapa begini jadinya.




i b: i ada seorg girl dia baik sangat kat i byk tolong i tapi dia baik i tak sangup
i b: tapi i tak boleh terima dia
i b: i dah ckp kat dia cari org lain...i nak putus ok
i b: i sakit....
i b: i tak boleh terima siapa pun
s 3: ha ? u mean ur sick ?
i b: yes
s 3: can we be friends?
s 3: at least..
s 3: maybe i can help u
s 3: u need blood ?
s 3: whats ur sickness?
i b: no
i b: i ada ketumbuhan dlm otak
s 3: what can i do ?
s 3: tumor ?
i b: dah lama dah
s 3: i hve one too
i b: tumor yes
s 3: tapi in my ears
i b: sekarang i susah...i tak mampu nak buat pembedahan
s 3: what is that?
s 3: what is pembedahan ?
i b: masa u ckp mula dgn i u ckp ada girl yg tahu pasal i
i b: i rasa dia laa
i b: cakap kat u
s 3: ha ?
s 3: u think so ?
s 3: im sorry tapi your wrong
s 3: what for i need u if i have a friend
s 3: how old is she ? where is she working ?
s 3: maried?
i b: dia anak dara baik ok
i b: i tak layak dgn dia sebab dia terlalu baik
i b: saya tak mahu susahkan dia lagi
i b: i tak boleh dgn dia ...dia baik
s 3: is that the reason why u break up with ur gf?
i b: yes bukan untuk i ok....
s 3: why u say that
s 3: but i think u have a good heart
s 3: no one is pefect
s 3: my impression with u is that ur a nice person
i b: saya tak nak dia my heart dah tak ada rasa apa2 kat dia
i b: just friends
s 3: oh
s 3: did u still talk to her ?
s 3: how old is she ?
i b: no
i b: last 2 month....i dah tak nak ganggu ...lagi
i b: dear i now 2 poor ok...life like suck
i b: i try 2 be rich back
i b: i try be 2 normal person



1:09 PM


----------

Saturday, November 12, 2005

On dutty + the truth

On dutty untuk majlis sambutan dwiperayaan peringkat negeri. Pengalaman pertama. berlengas, lapar & berdepan dengan pelbagai ragam manusia.

Malam, join marhaban sekejap. Balik dari marhaban, dah ada sms dari Kak Safi. Jadi partner in crime lagi dengan dia. Sempat view webcam lagi tu. At last...dah tau the truth. Start to understand apa yang sebenarnya terjadi.



1:04 PM


----------

Friday, November 11, 2005

Kahwin...

Tadi lepas balik dari marhaban, mak kata petang tadi mak mimpi aku nak kawin. Siap kata dah jemput semua kengkawan dia, tapi khemah masa nak lansung tu tak di pasang lagi.

Hati aku tiba-tiba jadi sebak....

Ish mak nieee. Kenapa pulak boleh itu yang dimimpikannya, takda bende lain ke...

Next 2 weeks, bestfren aku time sekolah menengah dulu nak kawen. Hujung bulan depan pulak aku jadi pengapit cousin aku...hmm kawen???


Apsal sume nak kawen ni!!!!



11:13 PM


----------

Tuesday, November 08, 2005

Cerita lagi

Sekarang chatting dengan Kak Safi lagi. Hehee seronoknya ada spy macam dia. Now aku mula faham kenapa begitu jalan ceritanya.

Pagi ni aku mimpikan Abang lagi B. Tak melibatkan wajah Abang pun, cuma sms dari dia. Heheheh kelakar bila ingatkan sms mimpi tu. Macam mana kalau betul...mau tak tergolek-golek aku gelak nanti hehehe.

"Kalau ada pokok mangga kat tepi pantai, apa yang u nak buat?" hehee siap ada ikon buah mangga pusin-pusing lagi...hehehe



u masuk real, sbb ** says...in real ader la 1 tapi bukan budak kl



11:29 PM


----------

Monday, November 07, 2005

Bosan...sedih...

Bosan kat opis hari ni. Bos-bos kat floor aku semuanya cuti. Staff lain pun ada berapa kerat aje. Angin raya tu masih ada lagi, so mood nak kerja hilang.

Nasib baik la Kak Safi sms aku lepas zohor tadi. Boleh la juga ajak dia chatting kat YM. Dapat la hilangkan bosan. dan tak semena-mena he tolong spykan pulak. Hmm aku tak sedih B bila tahu hal sebenarnya, sebab aku pun dah bersedia dari awal dan sudah boleh mengagak pun. Cuma ada sedikit saja rasa terkilan. Tapi Alhamdulillahla semuanya ok...kan.

Baru kali ni dapat cakap banyak n boleh jadi agak close dengan Kak Safi, walhal dah 4 tahun juga la kenal dia. Dan tak sangka juga masa raya baru-baru ini, bernorak panjang...tukar-tukar story pasal Abang n his husband. Siap ambil no hp n yahoo id sekali.

Things happen for reason kan...ada sebab kenapa Allah ringgankan mulut Kak Safi tegur berborak dengan aku, sekarang aku sudah dapat jawapannya..



11:12 PM


----------

Sunday, November 06, 2005

Mimpi

Hai B..

Malam tadi Yan mimpikan Abang. Seronoknya!!!

Yan dan Abang dalam satu majlis/jamuan. Duduk makan bersebelahan. Abang selalu sakat Yan. Indahnya mimpi!! Dah lama Yan tak mimpikan Abang heheh.. Rindunya pada Abang..



8:52 AM


----------

Saturday, November 05, 2005

Salam temu...

Salam B,

Maaf, lamakan Yan tak coretkan sesuatu untuk B. Nampaknya sekarang Yan memang perlukan B untuk yan lakarkan segala yang patut, untuk Yan luahkan segala yang perlu. Izinkan Yan ya B...

Hari ini sudah masuk Syawal yang ke-3. Yan rindukan suara Abang. Nasi Daging, itu yang akan Yan dengari di hari raya kala Yan telefon Abang. Dah 2 kali raya Yan dengar perkataan tu, tapi raya kali ni...

Kalau semua ni dapat diulang kembali ...kalaulah semua ini bermula atas landasan yang betul...barangkali Yan tak akan sebegini ralat...

Yan kene kuatkan B. Kene tabah hadapi semua ni kan B. Doakan Yan ya B, doakan Abang juga...



5:44 PM


----------