Wednesday, April 26, 2006
Sibuk...
Tiba-tiba rindu nak menulis. lama juga aku tak updet blog ni. Privacy kurang dan penat, ditambahkan dengan kesibukan kerja dan paper akhir aku untuk semester akhir ni. Moga semuanya ok.
April. Bulan yang penuh dengan pelbagai emosi dan kenangan, padat dengan pelbagai rancangan. Bercampur gaul dalam satu bulan. Cukup semua rencah. Huh!! Tak sangka juga aku berjaya lalui semua tu.
Permulaan awal April, membawa emosi berentetan dari peristiwa pertengahan Mac. Aku di'jerit'kan oleh bos aku akibat kesilapan ajk sepatutnya yang bertanggungjawab. Dahla aku cuma diminta membantu. Bila berlaku sedikit kesilapan aku di jeritkan pula. Sudahnya aku jadi jauh hati dengan bos sendiri.
April. tak sangka pula aku terpaksa bekerjasama dengan seorang pegawai yang 'sangat cantik budi bahasa'nya. Moga itu contoh teladan untuk aku agar tidak melayan orang bawahan begitu rupa. Mula-mula memang aku sakit hati, hampir nak menangis dimaki hamun. Marah aku macam aku tak buat kerja, sedangkan aku pentingkan kesempurnaan dalam setiap kerja aku. Tapi nasib baik aku kuatkan hati, zikir dan walllaaaa...menakjubkan hehehe muka aku sekarang cukup innocent dah :p Dan aku umpama manusia tak punya hati dan perasaan kala berdepan dengan perempuan itu!
Aku harapkan aku boleh lulus dengan baik paper akhir aku ni. Dan moga aku dapat cari pekerjaan yang lebih baik selepas ini berbekalkan dengan kelulusan yang aku ada. Moga-moga..
22 hb April. Satu kejutan untuk Mak dan Abah. Sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 26. Pertama kali makan diluar meraikan sesuatu. Memang suprise!! Mak Abah lansung tak menjangka 'makan-makan' itu untuk raikan mereka sebenarnya. Pandai adik-adik aku berlakon. Mak pula excited kununnya anak sulung nak belanja makan...hehehe. Hidangan semua dah licin, bila aku tengok air masing-masing masih berbaki cepat-cepat aku cakap 'lepas ni ada dessert, jangan habiskan air'. Tie n Zek bangun ambil hadiah dan kek yang dah dihantar awal-awal petang tu. Mak Abah gelak-gelak tengok frame yang penuh dengan gambar berdua mereka dari zaman muda sampai sekarang.
April yang penuh kenangan....
Dan tiba-tiba aku rasa bosan untuk lalui itu semua sekali lagi. Berikan aku masa untuk rehat seketika
8:28 PM
----------
OBSESSION
CREDITS
host: Blogger & Blogspot
concept: Kimberly
base code: Drogue Designs
pictures: Foto Decadent